🐯 Kuala Lumpur 19 Okt: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran agar tidak lagi terlalu ghairah bergantung kepada khidmat pengendali luar negara, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha membina semula reputasi dan kredibiliti skuad Harimau Malaya menerusi kepakaran tempatan.
Kecenderungan meletakkan harapan yang tinggi kepada jurulatih import wajar dinilai semula secara mendalam memandangkan pelaburan besar serta ganjaran lumayan yang ditawarkan selama ini belum tentu menjamin kejayaan hakiki atau perubahan berterusan buat skuad negara.
Pandangan itu dilontarkan bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar yang menegaskan amalan menukar pengendali asing yang menelan belanja tinggi tidak akan membawa jalan penyelesaian konkrit sekiranya aspek pembangunan dan kualiti pemain tempatan masih berada di takuk lama.
🐢 Kuala Terengganu 19 Okt: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengakui anak buahnya perlu segera bangkit memperbaiki kelemahan selepas tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Nafuzi berkata, pendekatan terlalu berhati-hati pada awal permainan menyebabkan skuad Penyu dibolosi dua gol mudah sekali gus memberi kelebihan kepada pasukan pelawat untuk mengawal perlawanan.
Bagaimanapun, beliau tidak menganggap pemainnya beraksi buruk, sebaliknya berpuas hati dengan komitmen dan kerja keras yang ditunjukkan walaupun beberapa tonggak utama tidak dapat diturunkan.
🐅 Kuala Terengganu 19 Okt: Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum positif apabila mengekalkan rekod tanpa bolos selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam tadi.
Ketua jurulatihnya, Xisco Munoz berkata, kemenangan itu cukup bermakna kerana bukan mudah untuk beraksi menentang TFC, selain menegaskan kepentingan mengekalkan konsistensi permainan dan disiplin pasukan.
Menurutnya, kejayaan mencatatkan satu lagi rekod tanpa bolos menjadi petanda positif buat skuad Harimau Selatan, terutama dalam usaha membina keyakinan menjelang perlawanan seterusnya.
🥳 Kuala Lumpur 19 Okt: Keberkesanan latihan taktikal dan impak cemerlang penyerang, Dalberto Luan Belo menjadi kunci utama kejayaan DPMM FC berjaya menewaskan Kuching City FC 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, malam tadi.
Dalberto muncul pemain paling menyerlah apabila meledak dua gol untuk DPMM FC pada aksi terbabit untuk mereka meraih kemenangan ketiga dalam Liga Super dan melonjak ke tangga keempat dengan sembilan mata.
Pengendali DPMM FC, James McAllister meluahkan rasa gembira dengan persembahan keseluruhan pasukan serta kejayaan taktikal yang dilatih sebelum perlawanan.
🐈 Kuala Lumpur 19 Okt: Insiden kad merah yang diterima Petrus Shitembi pada minit ke-60 jelas menjadi titik perubahan yang menghukum Kuching City FC (KCFC) apabila mereka terpaksa akur tumbang 2-3 di tangan DPMM FC, malam tadi.
Pengendali KCFC), Aidil Sharin Sahak mengakui bahawa kehilangan seorang pemain menyebabkan benteng pasukannya hilang fokus dalam tempoh singkat sehingga dibolosi dua gol pantas oleh pasukan tuan rumah.
Menurutnya, sebelum layangan kad merah berkenaan, anak buahnya berada dalam posisi selesa selepas berjaya bangkit daripada ketinggalan awal untuk mendahului perlawanan.
berita penuh sila follow harian metro online
#hanipiloiempire
#repoterataspokok
#hanisofeasupriseandgift
#legasisepuluh










