((تفريق المجالس وتقطيع ما بينها))
📌 Kita tidak sepatutnya memanjangkan tempoh masa pengajian bagi seorang pelajar dalam suatu bidang ilmu dengan merenggangkan sesi pertemuan dan menjarakkan selang masa antaranya.
Kerana hal demikian menjadi punca kepada terlupa dan terputusnya hubung kait pembahasan bidang tersebut antara satu sama lain.
Lalu, hal itu menyukarkan pembentukan penguasaan disebabkan penjarakkan tempoh.
📌 Apabila bahagian awal dan akhir sebuah ilmu itu sentiasa segar dalam fikiran dan masih belum terlupa, maka penguasaan ilmu menjadi lebih mudah diperoleh, lebih kukuh keterikatannya, dan lebih mudah terbentuk.
Hal ini kerana, penguasaan ilmu hanya akan terhasil melalui amalan yang konsisten dan berulang.
📌 Apabila pembelajaran atau latihan itu dilupakan atau dijarakkan tempohnya, maka hilanglah penguasaan yang sepatutnya terhasil.
Wallahua'lam.
Dipetik melalui Muqaddimah Ibn Khaldun.
– Al-Fawa'id al-Makkiyyah, Sayyid Alwi bin Ahmad bin Abdurrahman as-Saqqaf RH, secara olahan.
____
t.me/HifdzulLisan










