KHABAR BUMI PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡Έ Telegram channel photo

KHABAR BUMI PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡Έ

@khabar_bumi_palestinPublic Channel

Ikuti perkembangan terkini di Palestin secara pantas dalam bahasa Melayu di telegram KHABAR BUMI PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡Έ https://t.me/Khabar_Bumi_Palestin Minta jasa baik sahabat semua sebar-sebarkan πŸ™πŸ» #SavePalestine

Berita DuniaIndonesiaIndonesia

86

Last views

2.7k (2,745 subscribers)
Anggota
β€”
Rating
50
Total Posts
Oct 16, 2026, 3:05 AM
Diperbarui
Apr 13, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameKHABAR BUMI PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡Έ
Username@khabar_bumi_palestin
CategoryBerita Dunia
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota2,745
Channel TypePublic Channel
Created13 Apr 2026
Last Updated16 Okt 2026 β€’ 7 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#326632-584
Peringkat Bahasa
#1689+1
Peringkat Kategori
#2711-4

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 2.7K30 Days growth: -431.5%
09/1609/2109/2610/0110/0610/1110/15
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
16:09:20262,788
17:09:20262,788
18:09:20262,784
19:09:20262,784
20:09:20262,784
21:09:20262,784
22:09:20262,784
23:09:20262,784
24:09:20262,784
25:09:20262,784
26:09:20262,784
27:09:20262,784
28:09:20262,784
29:09:20262,784
30:09:20262,784
01:10:20262,784
02:10:20262,784
03:10:20262,784
04:10:20262,784
05:10:20262,784
06:10:20262,784
07:10:20262,784
08:10:20262,784
09:10:20262,784
10:10:20262,784
11:10:20262,784
12:10:20262,784
13:10:20262,784
14:10:20262,784
15:10:20262,745
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 13:04:20262,966
Week of 20:04:20262,966
Week of 27:04:20262,941
Week of 04:05:20262,941
Week of 11:05:20262,941
Week of 18:05:20262,910
Week of 25:05:20262,910
Week of 01:06:20262,910
Week of 08:06:20262,910
Week of 15:06:20262,910
Week of 22:06:20262,910
Week of 29:06:20262,855
Week of 06:07:20262,855
Week of 13:07:20262,855
Week of 20:07:20262,855
Week of 27:07:20262,855
Week of 03:08:20262,855
Week of 10:08:20262,855
Week of 17:08:20262,806
Week of 24:08:20262,806
Week of 31:08:20262,796
Week of 07:09:20262,788
Week of 14:09:20262,784
Week of 21:09:20262,784
Week of 28:09:20262,784
Week of 05:10:20262,784
Week of 12:10:20262,745
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20262,966
May 20262,910
June 20262,910
July 20262,855
August 20262,796
September 20262,784
October 20262,745
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20262,745

Top 10 posts

Most viewed posts from this channel

By views
  1. #1Hari tembok musuh dirobohkan.145
  2. #2πŸ“Ή Serangan Israel mengorbankan 263 wartawan dan petugas media di Gaza127
  3. #3Pusat Palestin bagi Pembelaan Tahanan melaporkan bahawa Israel telah m124
  4. #4𝟰𝟱𝟬 π—›π—œπ——π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π——π—”π—šπ—œπ—‘π—š 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗨𝗗𝗔π—₯𝗔 π—šπ—”π—­π—” 118
  5. #5Sempena memperingati Hari Tahanan Palestin, protes besar-besaran berla105
  6. #6Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober, tentera penja103
  7. #7Suasana solat Subuh di Musolla al-Qibli di Masjid al-Aqsa hari ini.100
  8. #8Amerika Syarikat mula melaksanakan sekatan terhadap kapal yang memasuk98
  9. #9Gerakan Hamas pada Sabtu memperbaharui tuntutannya agar pihak penganta97
  10. #10Pengawal penjara Israel didakwa melakukan serangan fizikal terhadap ta95

Postingan Terbaru

Video
Kanak-kanak Palestin, Maryam Ghanem, merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam serangan Israel terhadap kediaman keluarganya di Bandar Gaza, yang mengorbankan kedua-dua ibu bapanya serta menyebabkan rumahnya terbakar.

Kini dia terlantar di katil hospital, Maryam menangis menanggung kesedihan yang amat mendalam selepas kehilangan seluruh keluarganya. Dia terselamat daripada pengeboman tersebut, namun terpaksa menanggung kepiluan yang tidak sepatutnya dilalui oleh mana-mana kanak-kanak sepertinya.

Sumber: Quds News Network
86000
Photo1/2
Menara Bank of Palestine setinggi 13 tingkat di kawasan kejiranan al-Rimal, Bandar Gaza, berisiko runtuh selepas mengalami kerosakan struktur yang teruk akibat pengeboman Israel. Keadaan itu mengancam keselamatan keluarga Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan berlindung di dalam khemah di sekitar bangunan berkenaan.

Pertahanan Awam Gaza memberi amaran bahawa menara itu boleh runtuh pada bila-bila masa tanpa sebarang petanda awal, khususnya ketika musim sejuk semakin hampir, sekali gus membahayakan penduduk berhampiran serta orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Sumber: Quds News Network
70000
Photo1/2
Israel enggan membenarkan pembinaan sebuah pos tentera di Gaza yang dirancang untuk menempatkan 150 anggota tentera antarabangsa sebagai sebahagian daripada inisiatif Lembaga Keamanan yang dicetuskan Donald Trump, lapor The Guardian.

Kontraktor dan lori turut dilarang memasuki Gaza, menyebabkan projek itu tertangguh. Lembaga berkenaan menganggap pembinaan pos tentera tersebut sebagai langkah penting untuk memulakan pelaksanaan programnya yang lebih luas.

Sumber: Quds News Network
55000
Photo1/2
Israel telah menahan lebih 2,000 kanak-kanak Palestin sejak Oktober 2023, menurut Persatuan Tahanan Palestin.

Dalam laporan yang dikeluarkan pada Rabu, kumpulan hak asasi Palestin itu berkata pihak berkuasa Israel terus meningkatkan tindakan menyasarkan kanak-kanak Palestin.

Sekurang-kurangnya 350 kanak-kanak Palestin kini berdepan dengan β€œkeadaan yang amat buruk” di penjara Israel.

Sumber: Al-Jazeera
55001
Photo1/2
Di tengah-tengah sekatan berterusan oleh Israel, sebuah keluarga Palestin yang kehilangan tempat tinggal terpaksa menetap di dalam khemah di kawasan tanah perkuburan di Khan Younis, selatan Gaza. Mereka terpaksa mengharungi kehidupan yang serba kekurangan tanpa tempat perlindungan yang selamat, ketika musim sejuk semakin hampir.

Sumber: Quds News Network
58000
Photo1/2
Kementerian Pembangunan Sosial Gaza memberi amaran hampir 300,000 keluarga Palestin kehilangan tempat tinggal berisiko menghadapi banjir dan keadaan kemanusiaan semakin buruk menjelang musim sejuk.

Sebanyak 90 peratus khemah dilaporkan usang dan tidak lagi sesuai didiami, manakala 85 peratus kediaman rosak atau musnah akibat perang Israel.

Kementerian menggesa kemasukan segera 200,000 khemah tahan cuaca dan 300,000 kit perlindungan kecemasan bagi melindungi penduduk daripada hujan lebat dan suhu sejuk.

Sumber: Quds News Network
50000
Photo1/2
Kementerian Kesihatan Gaza:

Tiga rakyat Palestin syahid dan 17 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak gencatan senjata dilaksanakan meningkat kepada 1,501 orang.

Sumber: Al-Jazeera
40000
Photo1/2
Benjamin Netanyahu pada Selasa menolak kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan dari kem pelarian di utara Tebing Barat, sambil menegaskan tentera Israel akan terus menguasai kawasan berkenaan.

Kenyataan itu dibuat ketika dia melawat kawasan berhampiran kem pelarian Tulkarm bersama Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz serta pegawai kanan tentera, menurut video yang dikeluarkan pejabatnya.

Netanyahu menyifatkan kem berkenaan sebagai β€œkubu kuat pengganas” dan mendakwa tentera Israel telah membersihkan kawasan itu atas arahan kerajaan pimpinannya.

Sumber: Anadolu Agency
37000
Photo1/2
Kemusnahan infrastruktur kehakiman di Gaza, termasuk Istana Kehakiman, mahkamah syariah dan arkib dokumen, telah melumpuhkan sistem perundangan serta perlindungan hak wanita.

Akibatnya, ramai balu dan wanita yang bercerai tidak dapat mengurus tuntutan pewarisan, hak penjagaan anak, nafkah dan perceraian. Tanpa dokumen rasmi, mereka turut menghadapi kesukaran mengakses wang bank dan melindungi harta daripada dirampas ahli keluarga.

Keadaan diburukkan lagi apabila keputusan mahkamah sukar dikuatkuasakan susulan serangan tentera Israel terhadap pasukan penguatkuasaan undang-undang tempatan.

Sumber: Quds News Network
36000
Photo1/2
Ketika Israel terus mengalihkan Garisan Kuning ke arah barat Gaza, keluarga Palestin yang kehilangan tempat tinggal di kawasan Shujaiya sekali lagi berdepan bahaya tanpa mempunyai tempat yang selamat untuk berlindung.

Walaupun tentera penjajah Israel berundur ke belakang garisan itu selepas gencatan senjata Oktober 2025, mereka terus mengalihkan garisan pemisah lebih jauh ke dalam Gaza.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Israel kini menguasai kira-kira 65 peratus wilayah Gaza, meningkat daripada 53 peratus yang dipersetujui setahun lalu.

Sumber: Al-Jazeera
45000
Photo1/2
Lebih 21,900 kanak-kanak Palestin dibunuh di Gaza sejak bermulanya perang genosid Israel, termasuk lebih 1,100 bayi berusia bawah satu tahun, menurut angka rasmi yang dikeluarkan ketika rakyat Palestin di wilayah yang musnah itu memperingati tiga tahun genosid.

Dalam kenyataan mengenai skala malapetaka yang menimpa kanak-kanak Palestin, Pejabat Media Kerajaan Gaza memaklumkan sekurang-kurangnya 21,976 kanak-kanak dibunuh, termasuk lebih 612 bayi yang dilahirkan dan meninggal dunia sepanjang perang genosid, tanpa pernah berpeluang merasai kehidupan di luar genosid.

Sumber: Quds News Network
40000
Video
Rakaman udara menunjukkan keadaan selepas rejim penjajah Israel merobohkan puluhan rumah milik rakyat Palestin di perkampungan al-Dhahiya, wilayah Naqab Palestin yang dijajah.

Kira-kira 80 rumah dirobohkan, menyebabkan sekitar 400 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal. Perobohan itu menyasarkan rumah keluarga Abu Wadi.

Sumber: Quds News Network
45000
Photo1/2
Seramai 47 keluarga Palestin berdepan risiko pengusiran paksa dari sebuah perkampungan di utara Tebing Barat yang diduduki, selepas empat keluarga terpaksa meninggalkan kediaman mereka susulan ancaman oleh pendatang Israel bersenjata, menurut sebuah badan Palestin pada Isnin.

Suruhanjaya Penentangan Penjajahan dan Tembok Palestin berkata, pendatang Israel bersenjata menyerbu rumah penduduk di Khirbet Ras al-Ahmar, tenggara Tubas, serta mengancam untuk membunuh mereka sehingga memaksa empat keluarga meninggalkan kediaman masing-masing.

Sumber: Anadolu Agency
44000
Video
Tentera penjajah Israel mara lebih jauh ke Bandar Gaza, meluaskan kawasan kawalan mereka sekali gus melanggar perjanjian gencatan senjata yang dimediasi Amerika Syarikat dan berkuat kuasa lebih setahun lalu.

Perluasan β€œGarisan Kuning” yang menandakan sempadan antara kawasan di bawah kawalan tentera Israel dengan wilayah Gaza yang lain, memaksa keluarga Palestin melarikan diri sekali lagi apabila kediaman mereka termasuk dalam zon yang baru diperluaskan itu.

Wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud, melaporkan dari Bandar Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
56000
Photo1/2
UN Women menganggarkan lebih 38,000 wanita dan kanak-kanak perempuan terbunuh di Gaza sejak Oktober 2023, manakala 11,700 lagi mengalami kecederaan parah yang menyebabkan kecacatan sepanjang hayat.

Angka itu dilaporkan oleh Ketua Tindakan Kemanusiaan UN Women, Sofia Calltorp. Agensi itu turut memaklumkan bahawa 277 wanita dan kanak-kanak perempuan terbunuh sejak gencatan senjata pada Oktober 2025, manakala hampir satu juta penduduk wanita di Gaza masih kehilangan tempat tinggal.

Sumber: Quds News Network
64000
Video
πŸ“Ή Serangan Israel mengorbankan 263 wartawan dan petugas media di Gaza sejak Oktober 2023, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.

πŸ“Œ Seramai 50 wartawan ditahan, dengan 23 masih dalam tahanan manakala tiga lagi dilaporkan hilang.

πŸ’’ Lebih 80 peratus pejabat media rosak atau musnah, dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah AS$1 bilion.

🏠 Ratusan wartawan terus menjalankan tugas melaporkan perkembangan di Gaza dari khemah dan hospital, meskipun terpaksa berdepan pemindahan paksa.

Sumber: Anadolu Agency
127000
Photo1/2
Rejim penjajah Israel terus menghalang pesakit kritikal dan rakyat Palestin yang cedera daripada meninggalkan Gaza melalui lintasan Rafah, meskipun mereka telah mendapat kelulusan pemindahan perubatan.

Kementerian Kesihatan Palestin memberi amaran bahawa kelewatan itu mengancam nyawa pesakit, termasuk penghidap kanser dan kegagalan buah pinggang, serta menggesa campur tangan antarabangsa bagi memastikan lintasan Rafah dibuka tanpa halangan.

Sumber: Quds News Network
85000
Photo1/2
β€œTERLALU BANYAK PEMBOHONGAN”

Bekas setiausaha tentera Benjamin Netanyahu, Avi Gil mendakwa bahawa ketua staf pejabat perdana menteri cuba mengubah rekod rasmi berkaitan peristiwa 7 Oktober 2023. Dia turut mendakwa bahawa Netanyahu memberikan penjelasan yang tidak lengkap mengenai kejadian pada pagi serangan tersebut.

Sumber: Roya News
70000
Photo
HAMPIR β…” KELUARGA TINGGAL DI TEMPAT PERLINDUNGAN SEMENTARA. Lebih separuh daripada mereka telah tinggal di khemah yang sama selama lebih setahun.

Sumber: Quds News Network
37000
Photo
94% daripada penduduk Gaza memerlukan tempat perlindungan dan bantuan keperluan asas isi rumah, dengan 4 daripada 5 orang hidup dalam keadaan yang diklasifikasikan sebagai kritikal atau bencana. Mereka kekurangan:
πŸ”Έ Tempat tidur β€” 71% menghadapi kesukaran untuk tidur
πŸ”Έ Kemudahan memasak
πŸ”Έ Kemudahan mencuci diri
πŸ”Έ Tempat menyimpan makanan & air β€” 64% tidak dapat menyimpan makanan dan air secukupnya
πŸ”Έ Barangan kebersihan β€” 61% tidak mempunyai barangan kebersihan diri yang mencukupi.

Sumber: Quds News Network
38000
Photo
Keluarga Gaza Terperangkap di Tempat Perlindungan yang Tidak Selamat
94% Memerlukan Bantuan Segera
Laporan baharu oleh Shelter Cluster, diketuai oleh NRC

Sumber: Quds News Network
43000
Video
Seorang bapa Palestin mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada anak lelakinya yang syahid, Salim Sami Salim Fuqaha, 17 tahun, selepas rejim penjajah Israel menahan jenazahnya selama lima bulan.

Salim dibunuh oleh tentera penjajah Israel berhampiran bandar Sinjil di Tebing Barat pada Mac 2026.

Sumber: Quds News Network
40000
β–ͺ️ Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki ekstremis berwarganegara Australia bernama Dennis Michael Rohan telah memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa melalui Bab Al-Ghawanimah.

β–ͺ️ Dia kemudiannya membakar ruang solat Al-Qibli di dalam Masjid Al-Aqsa. Api memusnahkan sebahagian besar fasad, bumbung, permaidani, ukiran serta hiasan berharga, selain membakar mushaf al-Quran, perabot dan pelbagai kandungan masjid. Bangunan tersebut mengalami kerosakan besar sehingga memerlukan bertahun-tahun untuk dipulihkan dan hiasannya dikembalikan seperti asal.

β–ͺ️ Kebakaran itu turut memusnahkan mimbar bersejarah Masjid Al-Aqsa yang dibawa oleh Salahuddin Al-Ayyubi dari Aleppo.

β–ͺ️ Ketika itu, pihak pendudukan memutuskan bekalan air ke ruang solat Al-Qibli dan kawasan sekitarnya serta melambatkan penghantaran kenderaan bomba. Penduduk Palestin kemudiannya bergegas memadamkan kebakaran menggunakan pakaian mereka dan air daripada telaga-telaga di Masjid Al-Aqsa.

β–ͺ️ Setahun selepas kebakaran ruang solat Al-Qibli, kerja-kerja pemulihan dimulakan melalui penubuhan Jawatankuasa Pembinaan Semula Al-Aqsa. Satu penghadang bata dibina untuk memisahkan kira-kira seperempat ruang solat Al-Qibli yang terbakar daripada bahagian-bahagian lain yang tidak mengalami kerosakan.
42000
Photo
Pengarah Kementerian Kesihatan di Gaza berkata kepada Al Jazeera:

Terdapat 80 juta tan runtuhan di Gaza, yang menyukarkan usaha untuk mengeluarkan jenazah dan mengenal pasti mereka yang hilang.

Sumber: Al-Jazeera
45000
Video
πŸ•Š 5,004 ROTI UNTUK UTARA GAZA: Bantuan Kecemasan Palestin 2026

Alhamdulillah, sebanyak 5,004 keping roti (417 bungkus) hasil sumbangan anda telah berjaya diagihkan kepada 88 keluarga melibatkan 417 pelarian di Kem Palestin, Utara Gaza pada 16 Ogos 2026.

Sumbangan ini menjadi bekalan makanan asas buat saudara kita yang amat memerlukan. β€οΈβ€πŸ©Ή

🀲 SEDEKAH JUMAAT
Mari terus hulurkan bantuan untuk saudara kita di Palestin.
https://ezy.la/pekmakananG4z4?utm_source=chatgpt.com

Anjuran: Kelab Perwira Malaysia
53000
Photo
πŸ•Š 5,004 ROTI UNTUK UTARA GAZA: Bantuan Kecemasan Palestin 2026

Alhamdulillah, sebanyak 5,004 keping roti (417 bungkus) hasil sumbangan anda telah berjaya diagihkan kepada 88 keluarga melibatkan 417 pelarian di Kem Palestin, Utara Gaza pada 16 Ogos 2026.

Sumbangan ini menjadi bekalan makanan asas buat saudara kita yang amat memerlukan. β€οΈβ€πŸ©Ή

🀲 SEDEKAH JUMAAT
Mari terus hulurkan bantuan untuk saudara kita di Palestin.
https://ezy.la/pekmakananG4z4?utm_source=chatgpt.com

Anjuran: Kelab Perwira Malaysia
62000
Photo
Jenazah 50 rakyat Palestin dikebumikan selepas ditemui oleh pasukan Pertahanan Awam, setelah tiga tahun berada di bawah runtuhan rumah yang musnah akibat pengeboman Israel sepanjang perang di Gaza.

Sumber: Quds News Network
69000

Showing 30 of 50 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram KHABAR BUMI PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡Έ tentang apa?+

KHABAR BUMI PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡Έ (@khabar_bumi_palestin) adalah channel Telegram di kategori Berita Dunia di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 2.745 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan KHABAR BUMI PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡Έ (@khabar_bumi_palestin)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @khabar_bumi_palestin gratis.

Apakah KHABAR BUMI PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡Έ channel Berita Dunia yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan KHABAR BUMI PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡Έ sebelum bergabung. Saat ini sekitar 2.745 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Berita Dunia serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan KHABAR BUMI PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡Έ?+

Di tgdio, buka halaman @khabar_bumi_palestin untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.