Ramai dah serabut dengan isu salah guna dana. Tak kisahlah dana masjid, NGO atau tabung awam.
Kalau kita tengok NGO atau yayasan, banyak yang daftar SSM sebagai syarikat terhad jaminan.
Akaun jelas, ada audit dan laporan tahunan.
Public boleh akses laporan tahunan.
Bukan kena tanya orang dalam dulu..
Bukan nak kena tunggu ada isu meletup dulu...
Masjid pun sebenarnya hampir sama dengan NGO. Masjid tak kejar untung, tapi pegang amanah orang ramai.
Masjid kekal bawah Majlis Agama Islam Negeri. Tapi untuk urusan bukan ibadah macam sewa dewan, parkir, bazar atau projek ekonomi kecil, mungkin boleh WAJIBKAN guna pendekatan yang sama macam NGO.
Tubuh satu syarikat terhad jaminan berdaftar dengan SSM. Masjid fokus ibadah dan kebajikan. Syarikat pula urus hal ekonomi.
Memang betul, bila ada SSM, akan ada kos tambahan.
-Yuran pendaftaran.
-Audit tahunan.
-Setiausaha syarikat.
Tapi itu kos tadbir urus, bukan pembaziran.
Dan yang penting, Majlis Agama Islam Negeri kekal sebagai guarantor.
Kita bukan tak percaya dekat AJK masjid, cuma sistem yang kemas akan bantu lindungi mereka juga.
Yelah...SSM pun bukan jaminan orang tak salah guna.
Kalau pun ada yang nak sorok atau buat benda tak betul pun, dia kena susah payah jugaklah...
Mohon diusul di Parlimen.









