Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Setelah satu penggal memegang amanah, menempuhi cabaran dan mendengar keluhan setiap satu daripada pelajar yang bergelar mahasiswa UniSZA, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (MPP UniSZA) Sesi 2025/2026 secara rasminya akan melabuhkan tirai perjuangan pada 15 Oktober 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh mahasiswa serta warga UniSZA atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh kami menggalas tanggungjawab ini. Setiap suara yang disampaikan, setiap isu yang diperjuangkan dan setiap usaha yang dilaksanakan menjadi sebahagian daripada perjalanan dalam membawa aspirasi mahasiswa ke arah yang lebih baik.
Segala pengalaman dan kenangan yang tercipta akan terus menjadi pengajaran serta asas dalam membina legasi kepimpinan mahasiswa yang lebih progresif, berintegriti dan berdaya saing.
Semoga segala usaha yang telah dicurahkan menjadi manfaat buat seluruh warga mahasiswa dan menjadi titik tolak kepada kesinambungan perjuangan yang lebih bermakna pada masa hadapan.
Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan kebersamaan. Amanah mungkin berakhir, namun perjuangan demi mahasiswa akan terus mekar.
Sekian, terima kasih.
“Integriti Menjadi Landasan, Mahasiswa Menjadi Harapan”
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026









