Tips Rezeki & Kebahagiaan Telegram channel photo

Tips Rezeki & Kebahagiaan

@surimohamadPublic Channel

Selagi ada Allah, selagi itu keajaiban ada. Terus lah bermimpi yang indah-indah πŸ’•πŸ’

213

Last views

1.9k (1,868 subscribers)
Anggota
β€”
Rating
23
Total Posts
Oct 15, 2026, 4:01 PM
Diperbarui
Apr 10, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameTips Rezeki & Kebahagiaan
Username@surimohamad
CategoryKata-kata Inspiratif
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota1,868
Channel TypePublic Channel
Created10 Apr 2026
Last Updated15 Okt 2026 β€’ 6 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#310217-653
Peringkat Bahasa
#1521Tidak ada perubahan
Peringkat Kategori
#1487-2

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 1.9K30 Days growth: -251.3%
09/1609/2109/2610/0110/0610/1110/15
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
16:09:20261,893
17:09:20261,893
18:09:20261,887
19:09:20261,887
20:09:20261,887
21:09:20261,887
22:09:20261,887
23:09:20261,887
24:09:20261,887
25:09:20261,887
26:09:20261,887
27:09:20261,887
28:09:20261,887
29:09:20261,887
30:09:20261,887
01:10:20261,887
02:10:20261,887
03:10:20261,887
04:10:20261,887
05:10:20261,887
06:10:20261,887
07:10:20261,887
08:10:20261,887
09:10:20261,887
10:10:20261,887
11:10:20261,887
12:10:20261,887
13:10:20261,887
14:10:20261,887
15:10:20261,868
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 06:04:20261,998
Week of 13:04:20261,996
Week of 20:04:20261,996
Week of 27:04:20261,981
Week of 04:05:20261,981
Week of 11:05:20261,981
Week of 18:05:20261,961
Week of 25:05:20261,961
Week of 01:06:20261,961
Week of 08:06:20261,961
Week of 15:06:20261,961
Week of 22:06:20261,961
Week of 29:06:20261,946
Week of 06:07:20261,946
Week of 13:07:20261,946
Week of 20:07:20261,946
Week of 27:07:20261,946
Week of 03:08:20261,914
Week of 10:08:20261,914
Week of 17:08:20261,904
Week of 24:08:20261,899
Week of 31:08:20261,899
Week of 07:09:20261,893
Week of 14:09:20261,887
Week of 21:09:20261,887
Week of 28:09:20261,887
Week of 05:10:20261,887
Week of 12:10:20261,868
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20261,996
May 20261,961
June 20261,961
July 20261,946
August 20261,899
September 20261,887
October 20261,868
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20261,868

Postingan Terbaru

Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

21 Sep 2026, 10.11

Dear Diary...

Semalam ada lalu satu content tentang umur, tempoh perkahwinan dan anak. Bila baca ruang komen entahlah, rasa sebak pula.

Tahun kelahiran, 1985. Umur 41 tahun.
Ada yang nampak biasa. Anak 3, yang sulung 13, 14 tahun. Usia perkahwinan dah lebih 10 tahun. Tetap nampak normal. Kebanyakannya begitu.

Skrol lagi Komen. Terdiam sekejap, usia perkahwinan dah lebih 10 tahun. Anak baru 2 tahun. Rupanya 8 tahun tempoh menunggu. Begitu pula kisahnya.

Bergerak lagi ke komen lain, terdiam lebih lama. Sudah masuk ke-15 usia perkahwinan. Masih menanti satu nyawa di rahim. Allah.

Ada yang masih bersama pasangan yang sama, ada yang sudah berpisah dunia. Pelbagai cerita suka dan duka.

Rupanya Allah memberi ujian berbeza-beza. Belum lagi yang pada usia begitu, masih belum bertemu jodoh. Bahkan ada yang sudah berkira-kira untuk mendaftar di rumah orang tua-tua andai tiada jodoh kelak.

Bila difikirkan balik, sebab ini lah kita kena simpan rapat bahagia kita. Yang kita rasa biasa, rupanya terlalu berharga untuk orang lain.

Banyakkan bersyukur, kurangkan berkongsi apa yang perlu disimpan. Jauhi penyakit ain, pandangan mata kagum mahupun benci.

Semoga baik-baik untuk semua. ❀️
213002
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

07 Sep 2026, 01.39

Maka betullah kata Baba Eil.

Petang tadi selepas solat zohor, semasa sesi pengajian tafsir di pondok, Din bertanya kepada Baba Eil tentang fitnah Dajjal. Soalannya mudah: β€œBaba, betulkah Dajjal akan muncul semata2 hanya dalam bentuk fizikal dengan satu mata, bertubuh besar dan berjalan ke seluruh dunia?”

Baba Eil memandang lama wajah Din, lalu menjawab dengan penuh hikmah:

β€œDin, Dajjal memang akan muncul di akhir zaman dalam bentuk fizikal, itu kita tidak nafikan, kerana ia sabit dalam hadis-hadis sahih. Tapi ketahuilah… fitnah Dajjal tidak terhad kepada kemunculan jasadnya. Hakikatnya, Dajjal telah pun lama β€˜wujud’ dalam bentuk sistem.”

Baba berhenti sejenak, sebelum menyambung dengan nada tegas:

β€œKebanyakan manusia termasuk sebahagian agamawan masih melihat Dajjal hanya dari sudut rupa dan tanda-tanda fizikal seperti mata buta, perkataan β€˜kafir’ di dahinya, atau pergerakannya dari satu tempat ke tempat lain. Sedangkan yang lebih utama untuk difahami ialah sistem Dajjal yang sedang berakar umbi dan menjalar ke seluruh dunia hari ini.”

Dajjal dalam bentuk ekonomi riba yang memperhambakan umat manusia.

Dajjal dalam bentuk sistem pendidikan sekular, yang memisahkan ilmu daripada wahyu.

Dajjal dalam bentuk hiburan yang melalaikan, merosakkan akhlak dan memadam fitrah.

Dajjal dalam bentuk media dan maklumat palsu, yang membentuk persepsi tanpa asas kebenaran.

Dajjal dalam bentuk doktrin kebebasan mutlak, yang menghancurkan nilai agama dan moral.

Dajjal dalam sistem kesihatan moden yang memanipulasi rawatan, menyembunyi penawar sebenar, dan menyebar racun halus atas nama sains.

Baba menegaskan lagi: β€œJika umat Islam hanya menunggu kemunculan Dajjal sebagai individu fizikal, sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang hidup dalam sistem Dajjal maka mereka sudah pun tertipu. Mereka akan hanyut, kerana mereka hanya bersedia dari satu sudut, sedang serangan sebenar datang dari segala arah.”

β€œDin, fitnah Dajjal adalah fitnah paling dahsyat kerana ia menyamar sebagai kebenaran. Ia menghidangkan kebatilan dalam bentuk yang menarik. Ia menjadikan perkara haram kelihatan normal, dan perkara halal kelihatan ketinggalan zaman.”

Akhirnya Baba berpesan:

β€œBerjaga-jagalah. Jangan tunggu Dajjal muncul di depan mata untuk mula bersedia. Dajjal sudah pun berada di sekelilingmu dalam gaya hidup, dalam pemikiran, dalam cara kau melihat dunia. Maka lawanlah dengan ilmu, dengan kefahaman, dengan iman yang teguh. Jika tidak, kau akan ikut arus tanpa sedar, dan mungkin ketika itu… sudah terlambat.”

Copy & paste
1,320004
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

16 Jul 2026, 05.25

Isteri hari ni, entah kegilaan apa sampai suami pun dibuat musuh.

Nafkah isteri & anak-anak - tanggungjawab suami. Wajib. Bergegarlah dunia ni dia menuntut.

Bila masuk part diri sendiri – mengurus rumah, menjaga diri, menghormati suami. Dan paling utama, taat perintah suami, semuanya perlu ada timbal balik. Setiap apa yang mahu dilakukan, bersandar pada apa yang suami beri dahulu. Memilih-milih ketaatan.

Sedangkan, nafkah itu boleh gugur bila isteri derhaka. Bab suami berdegar, segala hujah datang dengan dalil. Bila bab diri sendiri, berapa banyak 'TAPI' yang keluar. Satu persatu alasan diberi.

Sesungguhnya hari ni, jika mahu merosakkan sesebuah bangsa, rosakkan perempuannya dulu. Terutama kaum bergelar ibu. Dia sudah gagal menjadi isteri, terus gagal menjadi ibu dan seterusnya melahirkan generasi yang gagal.

Bangunlah... Seperti mana kita suka melihat anak-anak mendengar kata tanpa syarat, begitu juga suami suka melihat isteri ikhlas melakukan ketaatan.

Tak perlu bersusah payah menuntut hak atas diri sendiri, para suami akan dengan rela hati memberi lebih dari apa yang sepatutnya.

Sebelum sibuk nak betulkan suami, betulkan diri sendiri dulu.

– Pesanan tulus dari seorang isteri, isteri yang pernah khilaf suatu masa dulu. Hari ini, dia bahagia bila meletakkan suami di tempat yang paling utama.
489002
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

11 Mar 2026, 15.32

KENAPA WANITA SUSAH BAHAGIA?

Pernah terfikir tak kenapa ramai wanita sekarang ni rasa susah sangat nak bahagia? Padahal makan cukup, tempat tinggal ada, suami pun baik. Jawapannya: Penyakit Suka Membanding. Sendiri cari tahu n sendiri yg panas. Pantang nampak post "Laki korang bagi nafkah berapa sebulan?", terus kita pun buka kalkulator, lepas tu jeling suami kat sebelah yang tengah tengok bola. Mula la drama masam muka sebab rasa "Eh, kenapa laki aku bagi sikit? Laki dia bagi RM5k kot!"

πŸ”„ Bayangkan Kalau Lelaki "survey" Guna Cara Sama?

Kita rasa berhak nak bandingkan poket suami secara terbuka. Tapi cuba korang bayangkan kalau suami-suami kat luar sana pun buat sesi "jujur" dan bandingkan isteri masing-masing secara public?

* "Jujur la eh, isteri korang tu cantik lagi tak macam masa awal kahwin dulu? Ke dah macam singa lapar?". Btw yg lawa macam artis biasanya akan dapat lebih kan?

* "Berapa berat badan isteri korang sekarang? Masih 'maintain' ke dah makin 'membahagi'?"

* "Berapa kali isteri korang masak sebulan? Ke asyik hidang plastik GrabFood je atas meja?"

* "Isteri korang 'bagi' tak bulan ni? Ke asyik alasan sakit kepala, penat, mengantuk?"

* "Berapa kali isteri korang tinggikan suara atau tak dengar kata bila kita tegur?"

Sakit hati tak kalau baca? Mesti rasa nak mengamuk, kan? Rasa macam tak dihargai, rasa macam maruah dipijak-pijak.

πŸ’‘ Point Dia Kat Sini...

Media sosial ni selalunya tipu daya je. Orang tunjuk yang indah-indah, yang buruk semua simpan bawah karpet. Dan nak compare tu, compare semua dan bukan duit semata mata. Adakah anda secantik artis yg dapat 10k sebulan? Adakah
anda isteri yang baik, patuh, jaga aib keluarga dan selalu membina suami anda? Pendapatan suami anda sama ke mcm suami org lain? Suami yg pendapatan 5k. Tapi bagi anda RM500 sebulan lebih pemurah dari suami yg income 50k tapi bagi 2k sebulan.

* Rezeki tu bukan dalam bentuk duit je. Ada orang nafkah berkepuk, tapi suami jarang ada kat rumah. Ada orang nafkah sikit, tapi suami tolong basuh pinggan, tolong jaga anak, layan kita macam permaisuri.

* Berhenti jadi "Judge" dalam rumah tangga sendiri. Jangan biarkan satu post random kat Facebook hancurkan kebahagiaan yang kita bina bertahun-tahun.

Dunia ni tempat ujian, bukan syurga. Kalau asyik tengok kelebihan orang, sampai bila-bila pun kita akan rasa kurang. Jaga hati, jaga suami, jaga rumah tangga kita sendiri.

Syukur itu kunci bahagia. Majority yg tak bahagia, sebenarnya adalah mereka yg tak teti bersyukur.

Kredit to owner asal
894001
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

13 Jan 2026, 04.45

Semalam, habis je Isya', imam tempat aku ini ajak la 'mengeteh' kejap nak borak. Ada la jugak dengan beberapa orang lain. Imam pun tanya la aku macam mana kerja, urusan anak. Aku pun mampu cakap ok je la. Dia mcm dpt baca je riak muka aku.

"Kita ni Fiq, kita ni makhluk Allah yang betul-betul berani ambik risiko dan akhirnya, kita setuju dengan 'kontrak' yang mana makhluk lain tak berani pun nak kata ya."

Aku terhenti jap nak hirup kopi. "Kontrak apa tu Tok Imam?"

Imam senyum, dia sambung...

Bayangkan dulu, jauh sebelum manusia wujud, Allah SWT ajak satu perbincangan besar. Dia tawarkan satu amanah, satu tanggungjawab gila berat, kepada makhluk yang paling besar, paling kuat, paling nampak tak tergoyahkan.

Pertama, Dia tanya langit. Langit yang luas tak bertepi, yang setiap hari bukak auratnya bagi kita tengok bintang, matahari, hujan. Langit pun geleng kepala. "Tak nak, terlalu berat. Aku takut tak mampu."

"Fuh baru lepas tazkirah, sambung pulak kat kedai kopi" aku ckp dalam hati

Kemudian bumi. Bumi yang sabar tanggung kita semua, tanam pokok, bagi kita rezeki, tahan gempa. Bumi pun jawab, "Maaf, aku takut gagal. Aku tak sanggup tanggung risiko tu."

Akhirnya gunung-ganang. Gunung yang tegap, tinggi menjulang, nampak macam tak goyah selamanya. Allah tanya jugak. Gunung pun menggigil. "Tidak, kami takut. Amanah ni terlalu besar, kami takut khianat."

Dalam surah Al-Ahzab ayat 72, Allah sebut yang diorang semua TOLAK. Bukan sebab derhaka, tapi sebab diorang takut.

"Tapi lepas tu, datanglah kita. Manusia. Kecil, rapuh, tapi entah macam mana, kita yang 'angkat tangan' dan cakap: Ya Allah, biar kami yang pikul."

"Itulah sebabnya Fiq, hidup kita rasa berat. Sebab kita tengah pikul sesuatu yang langit, bumi, gunung pun pernah tolak. Setiap kali kau lawan nafsu, setiap kali kau bangun Subuh walau badan penat, setiap kali kau pilih jalan benar walau orang lain kata 'senang je buat salah', itu kau tengah rasa beratnya amanah tu.

Tok Imam pandang tepat mata aku.

"Malaikat taat sebab diorang memang 'program' macam tu. Matahari terbit sebab dia turuti. Tapi manusia? Kita taat sebab kita PILIH untuk taat. Kita solat waktu penat, kita jujur waktu ada peluang nak menipu. Itu atas keputusan kita sendiri."

"Sebab tu satu doa kau, satu rintihan kau waktu tengah 'down', nilainya lebih berat daripada tasbih para malaikat. Sebab kau puji Allah dalam keadaan kau tak nampak Dia, dan kau puji Dia sambil kau lawan nafsu sendiri."

Tapi ingat – Allah takkan bagi amanah tu kalau Dia tak yakin kita mampu.

Dia cipta kita dengan potensi untuk menang. Dan kalau kita jatuh? Ada pintu taubat. Ada rahmat. Sebab Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Jadi kalau hari ni kau rasa penat, ingat: Kau bukan makhluk biasa. Kau manusia yang berani ambik risiko yang gunung pun takut nak ambik. Kau yang Allah percaya.

Maka bangkitlah. Teruskan. Sebab kontrak tu dah kita tandatangan. Dan kita tak nak khianat."

Aku terdiam. Kopi pun dah sampai, tapi tak sempat minum. Hati rasa lain macam. Lebih ringan, tapi lebih berat jugak. Campur aduk.

Dalam jugak ilmu orang tua ni, aku pun tak tau kalau dia tak bukak cerita

Sebab dia ni rajin tadabbur Al-Quran, penuh kat Quran dia bertulis dengan pensil

Moga Allah panjangkanlah umur Imam ni agar dapat aku ambil sebanyak mungkin ilmu daripada dia.

Kredit: Fique169
864003
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

13 Okt 2025, 20.26

Ahad baru ni sepatutnya ada jemputan ke event Dr Razin di Shah Alam.

Terkejut gak aku ada orang contact direct instagram aku hantar undangan.

Maaf sangat tak dapat hadir sebab ada program lain. Terima kasih pd staff yang tolong wakilkan ntk hadir program tersebut.Kadang risau orang salah faham ingat kita sombong.

Kekangan masa sebenarnya.

Sebenarnya, untuk isu influenza ni ianya adalah isu kecil sahaja. Tak perlu sampai nak suntik pelajar sekolah.

Kakitangan KKM dan semua anggota kesihatan seluruh dunia memg setiap tahun akan update booster vaksin flu.

Dan makin ramai kakitangan kesihatan skip tak update pun booster tu.

Protocol influenza ni simple jer. Homeopathy tu salah satu jer. Banyak lagi ikhtiar lain.

Nak lagi?

Megadose pure Vit C( ascorbic acid @ sodium ascorbate only) 1-2 gram setiap sejam+ D3+A+zinc.

Nak topup kasi padu lagi? Glutathione+melatonin.

Ni protokol guna supplement. Nak lagi? Haa rileks..
Setel. Xyahlah suntik2 ni... Dah x zamanlah.. 😌

https://www.facebook.com/share/p/1CcHegCYTr/

Facebook

Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

974003
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

10 Okt 2025, 07.48

Sekarang ni musim penyakit. Bunyi batuk sana. Bunyi bersin kat sini. Ada yang kena influenza dan sebagainya.
.
Untuk elak terkena jangkita begini, kita perlu kuatkan sistem imun. Boleh cuba formulasi di bawah. Saya buat sendiri saja.
.
Insyaa Allah di saat orang batuk, bersin, sakit tekak, kita bebas dari jangkitan begini.
.
Kalau dah terkena pun bagus makan. Biar antibodi kita sendiri lawan jangkitan. Formulasi ni namanya Honey Cough Syrup.
.
Dalamnya ada rosemary.
.
Kenapa guna rosemary? Dalam rosemary ada bioactive compounds seperti genkwanin, camphor, endo-borneol, dan hydroxyhy-drocaffeic acid. Mereka semua mampu lawan jangkitan. Bersifat antimicrobial.
.
Saya sendiri tak ambil ubat batuk sebab kesan buruknya pada otak. Macam mana saya tahu?
.
Saya pernah kerja scan otak orang. Saya lihat kesannya pada otak manusia.
.
Boleh cuba formulasi ni kat bawah:
.
Bahan bahan:

700ml madu, sediakan lebih sedikit untuk tutup bahan nanti plus more as needed to cover ingredients

1 labu bawang putih

1 biji bawang merah

20g rosemary atau 3-4 tangkai

2-3 batang kulit kayu manis ceylon

Botol (mason jar) bersaiz 800 ml atau lebih
.
Cara cara penyediaan
.
Semua bawang dipotong.
Masukkan semua bahan ke dalam mason jar
Masukkan madu melepasi bahan di dalam botol. Biar tenggelam semua bahan.
Tutup botol dengan tudungnya.
.
Biarkan semalaman atau sehingga 4 hari. Letak di dalam suhu bilik saja. Jauhkan dari terkena cahaya matahari.
.
Bila sampai masa, tapis. Masukkan air madu saja ke dalam bekas lain. Bahan yang tertinggal, boleh digunakan sebagai baja pokok.
.
Cara makan
.
Ambil 1 sudu besar sehari 3 kali.
.
Bolehlah cuba sebagai ikhtiar.
.
Kredit Dr Rizal

https://www.facebook.com/share/16ycMGHZNs/

Facebook

Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

965003
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

10 Okt 2025, 07.22

Jumpa Komen ni, sebab banyak Kes influenza.
+++

tak perlu elak jangkitan, hadap shj, treat mcm biasa

Perkongsian utk demam batuk

Madu asli + Bawang putih

Utk budak, tumbuk bawang putih seulas bagi keluar air bawang, campur madu sesudu, biar 20-30 minit, sebelum minum..

Utk dewasa ketuk bawang putih seulas, kunyah hancur bersama madu asli..

Buat klu mula2 nak demam, batuk atau selsema, insyaAllah, Allah bg sembuh..
702000
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

16 Sep 2025, 05.41

Video
Bila bukan Melayu lebih Melayu mana kita orang Melayu mahu letak muka?

Aney,

Orang Melayu memang tak guna.

Apabila bergaduh mereka berdendam.

Apabila diberi amanah khianat.

Apabila ada orang yang bersuara difitnah.

Apa you cerita 23 penduduk lain tiada tempat?

Anjing-anjing politik kata Rafidah seorang tinggal di situ.

Ajak Melayu bersatu ni Aney, buat kering air liur kita saja.

Selamat Hari Malaysia Aney! πŸ‡²πŸ‡Ύ
867002
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

13 Sep 2025, 12.29

Percayalah selesa itu membunuh. Tanpa sedar kita yang jadi punca pada kemusnahan yang berlaku pada hari ini & masa depan.

"Takkan nak jadi macam Indonesia, merusuh sana sini."

"Selagi cukup makan, boleh jalan sana sini, tak perlu takut nak keluar mana-mana, syukur lah."

"Nak berpecah-belah? Kerajaan hari ni tetap bagi bantuan, cuba tengok negara lain? Ada dapat macam kita."

"Rasa tak suka, pergi pindah. Jangan duduk Malaysia!"

Kita baca sekali, kita pun angguk. Betul lah tu, kena banyakkan bersyukur. Kita aman damai, tak ada rusuhan, duduk dalam rumah masih tenang, keluar rumah terasa selamat. Jadi apa guna kita nak melawan?

Percayalah selesa itu membunuh.

Kerana selesa, kita tak mahu ambil peduli apa kerosakan yang kerajaan sedang buat.

Berapa banyak rizab tanah melayu dilacurkan? Berapa banyak hak melayu dipertikaikan? Berapa banyak lagi yang perlu dikorbankan segala alasan, pembangunan, keselesaan?

Orang ambil hak kita, kita sabar.
Orang mempertikaikan hak kita, kita tenang.
Orang perkotak-katikkan kita, kita tak membalas.

Katanya, jangan! Nanti kita kena tangkap.
Jangan! Nanti kita perosak keamanan.

Maka kita duduk saja depan telefon pintar, membaca, menonton tanpa ada hati. Bukan hal kita pun, buat apa nak menyibuk.

Dan perlahan-lahan, kes diam. Tanah sudah tergadai. Hak sudah dirampas.

Majority bukan penentu kebenaran.
Minority juga bukan untuk ditindas.

Kita semua termaktub dalam kebebasan bersuara, ada hak sebagai individu.

Semoga kita dijauhkan dari ujian yang sama.
692001
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

27 Agu 2025, 12.00

Memang struggle sebenarnya nak sembunyikan hal-hal yang kita suka apatah lagi excited. Tapi macam mana kita struggle nk sembunyikan aib diri, macam tu juga sebenarnya kena sembunyikan rasa excited tu. kita cuba ya.. moga Allah bantu..

- copy n paste
836000
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

02 Jul 2025, 19.41

RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M

NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR

KAD PENGENALAN: 450101-01-0100
No AKAUN TH: 12345678

_________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.

Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.

Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.

Sekian, terima kasih.



Yang Mengharap,



(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)

No K/P: 450101-01-0100

Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:



e-mel – [email protected],
faks 03-77284959, atau
iii. menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.



Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC

#tipshaji
#impianterbesarku
#mariberdoasemogakitasemuadapatmenunaikanhajisecepatmungkindansihattubuhbadan
#doakansayafatimahabdghanidapatmenunaikanhajisecepatmungkin

https://www.facebook.com/share/p/1F82twpAk6/

Facebook

Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

1,300000
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

02 Jul 2025, 19.41

Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda. Boleh jadi giliran anda pada asalnya ialah tahun 2048, tapi pada tahun 2018 anda sudah berjaya mendapatkan giliran setelah membuat rayuan. Tidak mustahil, dengan izin Allah.

Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya. Namun jika giliran itu tetap juga tidak datang seawal yang anda harapkan, usahlah kecewa, teruskan berusaha, teruskan membuat rayuan SETIAP TAHUN dan yang pasti, berdoalah di sepertiga malam tentang hasrat anda untuk mengunjungi rumahNya, buktikan anda betul-betul mahu ke sana.

Ibadah haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak henti berdoa. Allah yang berhak pilih siapakah tetamuNya, maka buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.

Nota cara menabung secara ringkas:

1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?

2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).

Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.

P/s: Atau nak cara lebih cepat untuk dapat kuota haji, kahwinlah dengan orang yang giliran hajinya tidak lama lagi. Jika suami sahaja yang mendapat tawaran, isteri boleh buat rayuan dan kebiasaannya pihak Tabung Haji akan luluskan permohonan tersebut tapi pastikan RM10k tersedia di dalam akaun Tabung Haji. Dan untuk kes isteri (yang berumur 44 tahun ke bawah) yang mendapat tawaran haji, suami tak perlu risau kerana secara automatik suami akan dapat pergi bersama isteri kerana si isteri wajib ada mahram.

Silakan share untuk manfaat bersama atau sebagai rujukan anda pada masa hadapan.

[Edited: Tambahan tips dari saudara Syafiq Kamil. –> Saya berminat untuk tambah info sikit. Bagi yang nak daftar haji, tapi belum cukup wang permulaan sebanyak RM1300, anda hanya perlu print penyata KWSP anda yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Yang penting daftar siap2, insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Dah cuba, memang senang. Pihak TH juga minta war-warkan perkara ini. Terima kasih.]

Sumber: https://www.facebook.com/norsajidahzulkafli/posts/987407738038465



BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?

Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:



Bahagian Operasi Domestik,

Lembaga Tabung Haji,

Lantai 30,

Bangunan Ibu Pejabat TH,

201 Jalan Tun Razak,

50732 Kuala Lumpur.



Isi kandungan surat rayuan:



Nama penuh
Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad

Tujuan rayuan
Tandatangan


Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.

Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.



Rogayah binti Mokhtar

Lot 1234, Jalan Sinar

Kampung Sinar

84000 Muar

Johor

18 Disember 2015



Kepada,

Bahagian Operasi Domestik,

Lembaga Tabung Haji,

Lantai 30,

Bangunan Ibu Pejabat TH,

201 Jalan Tun Razak,

50732 Kuala Lumpur.



Tuan/Puan,

Facebook

Nor Sajidah Zulkafli

TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA. . .

807004
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

02 Jul 2025, 19.41

CARA CEPAT PERGI HAJI !!

Sumber daripada penulis asal 😍 Dihujung post ada saya nyatakan juga. Kut ada yg tak perasan sbb post trlalu panjang.

Credit to:
https://www.facebook.com/norsajidahzulkafli/posts/987407738038465

Hah! Tahun 2081 baru dapat pergi haji? Umur saya sekarang (tahun 2016) sudah 30 tahun. Maksudnya saya dapat pergi haji ketika berumur 95 tahun?

Nampak gaya macam peluang tipis nak pergi haji kalau tunggu giliran. Persoalannya, benarkah mustahil untuk kita pergi haji sebelum giliran yang diberikan?

Seorang pengguna FB telah menulis dalam akaun FBnya tips bagaimana dapat pergi haji lebih awal daripada tahun giliran yang sebenarnya.

TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA.

Tahukah anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang tempoh itu?

Jangan risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk β€œlajukan” giliran kita. Cara-cara ni semuanya inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua. Saya tulis ringkas dalam bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan. Ada 4 langkah semuanya;

1) Buka akaun Tabung Haji.

2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB

3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung. (Contoh cara menabung akan diberitahu di akhir artikel).

4)
a)Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.

b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).

c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.

d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.

e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji.

Facebook

Nor Sajidah Zulkafli

TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA. . .

667001
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

29 Mei 2025, 13.21

1. Masa kat U ada sorang budak kampung , muka awam sangat , baka pandai pun kurang , first sem dapat CGPA 2.4 .

2. Tapi kelebihan dia rajin , dia selalu kat library , ada satu tempat duduk tu dah macam dia bayar bulan , asyik situ je melekat.

3. Beza betul dengan sorang lagi ni , dia pun budak kampung juga tapi muka jambu , DNA matematik , kelas math masuk 2 kali je dalam satu sem, tapi result kekal A , bakat dia berkaitan nombor luar biasa.

4. First sem ada dalam 60% ponteng kelas , esok exam malam ni baru cari nota tapi CGPA dia kaut 3.2 juga . Banyak makan kismis masa kecik agaknya.

5. Tapi budak CGPA 2.4 tu , walaupun slow tapi tak pernah jalan mengundur , tanya kawan sana sini bila tak tahu , pi jumpa pensyarah bila keliru , dia gagal subject statistik gunaan , " budak ni tak kena tendang , extend semesta nanti ni " kata hati saya.

6. Dia repeat paper stat tu dan dapat A . Masa tu saya mula curiga dengan pandangan sendiri , boleh tahan juga daya melawan kau ya .

7. Budak CGPA 3.2 tu lepas dapat pinjaman sambar Suzuki Panther , niat nak sambar Rxz modal tak cukup , kemudian menu maggie hari - hari catu duit beli minyak , kadar memonteng kuliahpun mencunak naik ke 80% , sem 3 keluar U , letih belajar , rehat otak jap , campur mat rempit dan dengar dia ada ambil barang juga. Slow - slow dia mula undur ke belakang.

8. Masa berlalu saya pun dah bekerja , satu hari lalu satu U ni , tahu budak CGPA 2.4 tu kerja situ , call dia , jumpa kat guard je , tak sempat ngetih , nak cepat , dia dah ada Phd rupanya , walaupun mulut cakap tahniah bagai, hati aku kau , tuhan yang tahu , tak sangka kan duduk satu bilik aku degree kau phd .

9. Bertahun kemudian dapat pulak contact budak CGPA 3.2 tu , set masa , lepak mamak , handsome macam dulu juga , kami tak lepak lama sebab dia nak kejar trip , bawa teksi .

10. Bakat , sebesar manapun kau ada, kau miliki , dia tetap akan kalah dengan orang yang punya disiplin, punya kerja keras. Walaupun orang itu awam sangat .

Kredit: Adli Azamin Shukri
1,150000
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

25 Mei 2025, 20.09

Photo1/2
Rupanya ada kisah dalam Tafsir Abi Hatim berkaitan doa dari Surah Ahqaf. Mafhumnya bila kita ada masalah dengan anak-anak, bacalah doa ini. Yang berat jadi ringan, yang sukar jadi mudah, yang degil jadi taat, yang liar jadi jinak.
.

Tuan puan kalau ada masalah dengan anak anak, berdoalah dengan doa di surah Al Ahqaf ayat 15.
.
Wallahu A’lam.

Dari page Dr Rizal Abu Bakar
1,020003
Tips Rezeki & Kebahagiaan logo
Tips Rezeki & Kebahagiaan

01 Mei 2025, 07.33

Remedy batuk selsema.

1. Sesudu Besar Madu + Apple Cider + Garam pink Secoet

2. Rendaman Cengkih . 5 ulas aje. Rendam dalam air panas . Bila dah suap buat minum . ulang dan ulang.

3. Pati Habbatussauda 5ml . Kemam dalam mulut 20 saat . Kemudian bilas ngan air suam.

4. Buat kan sup ayam renehkan dengan halia dan extra bawang putih . Hirup sesedap rasa.

Focus dia pada anti radang secara natural. Bila terkadi jangkitan kuman . badan ada radang.

Radang dari dua sumber.

1. Dari jangkitan
2. Dari metabolisma badan kita.

Immune system kita ada 2 tugas .

1. Maintainance
2. Defense .

Bila radang banyak. Badan akan sibuk maintainance dan tak sempat defense. Jadi kita kita ambil makanan yang bersifat anti radang secara natural ini harapannya adalah kita COVER bab maintainance Baru immune system KUAT nak DEFENSE.

Boleh camtu ? Selamat mencuba ya . 😊😊


DrMizam Baha
https://www.facebook.com/share/16F9hWbVwr/
1,160004

Showing 23 of 23 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram Tips Rezeki & Kebahagiaan tentang apa?+

Tips Rezeki & Kebahagiaan (@surimohamad) adalah channel Telegram di kategori Kata-kata Inspiratif di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 1.868 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan Tips Rezeki & Kebahagiaan (@surimohamad)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @surimohamad gratis.

Apakah Tips Rezeki & Kebahagiaan channel Kata-kata Inspiratif yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan Tips Rezeki & Kebahagiaan sebelum bergabung. Saat ini sekitar 1.868 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Kata-kata Inspiratif serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan Tips Rezeki & Kebahagiaan?+

Di tgdio, buka halaman @surimohamad untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.