Artis perlukan siapa untuk kekal popular?
-Peminat.
Bank perlukan siapa untuk kekal beroperasi?
-Peminjam.
Influencer perlukan siapa untuk kekal dicontohi?
-Followers.
Kita perlukan siapa untuk kekal aman sejahtera?
-Polis, tentera, bomba, dll.
Kita perlukan siapa untuk kekal nikmati makanan laut?
-Nelayan.
Ahli politik perlukan sokongan siapa untuk kekal relevan?
-Pengundi.
Orang bisnes perlukan siapa untuk bisnes mereka kekal bertahan?
-Pelanggan.
Bos atau leader perlukan siapa untuk mereka kekal memimpin organisasi?
-Staf dan team.
Jadi siapa mereka semua ini yang memastikan kita semua untuk kekal bertahan di mana kita ada sekarang?
-The people, yakni rakyat.
Jadi sebagai pendiri bisnes, pemimpin, ketua, kita perlu jaga periuk nasi dulu baru kekal dapat pelanggan atau kita perlu jaga pelanggan untuk periuk nasi kita terus kekal?
Kita jadi pemimpin ni jangan ikut nafsu dan emosi. Kena berani buat keputusan yang memihak kepada majoriti, bukan kroni ataupun diri sendiri.
Kerajaan pun tumbang, ahli politik tewas, business owner melingkup, leader ditinggalkan, semua hanya kerana ego dan berasa diri betul sentiasa.
Remember, when the people are more intellectual than a leader, they are close to a revolution.
Simple kan?