Buletin Info 1 Malaysia Telegram channel photo

Buletin Info 1 Malaysia

@buletininfo1malaysiaPublic Channel

Selamat Datang ke Buletin Info 1 Malaysia Channel ini akan berkongsi info tentang... 🔍🚓🚑🚒INFO ROADBLOCK 1 MALAYSIA & KEMALANGAN DALAM DAN LUAR NEGARA TERKINI

51

Last views

2.7k (2,748 subscribers)
Anggota
—
Rating
47
Total Posts
Oct 16, 2026, 3:16 AM
Diperbarui
Apr 13, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameBuletin Info 1 Malaysia
Username@buletininfo1malaysia
CategoryBerita Terkini
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota2,748
Channel TypePublic Channel
Created13 Apr 2026
Last Updated16 Okt 2026 • 7 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#296548-588
Peringkat Bahasa
#1397Tidak ada perubahan
Peringkat Kategori
#5495-2

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 2.7K30 Days growth: -321.2%
09/1609/2109/2610/0110/0610/1110/15
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
16:09:20262,780
17:09:20262,780
18:09:20262,769
19:09:20262,769
20:09:20262,769
21:09:20262,769
22:09:20262,769
23:09:20262,769
24:09:20262,769
25:09:20262,769
26:09:20262,769
27:09:20262,769
28:09:20262,769
29:09:20262,769
30:09:20262,769
01:10:20262,769
02:10:20262,769
03:10:20262,769
04:10:20262,769
05:10:20262,769
06:10:20262,769
07:10:20262,769
08:10:20262,769
09:10:20262,769
10:10:20262,769
11:10:20262,769
12:10:20262,769
13:10:20262,769
14:10:20262,769
15:10:20262,748
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 13:04:20262,938
Week of 20:04:20262,938
Week of 27:04:20262,904
Week of 04:05:20262,904
Week of 11:05:20262,904
Week of 18:05:20262,882
Week of 25:05:20262,882
Week of 01:06:20262,882
Week of 08:06:20262,882
Week of 15:06:20262,882
Week of 22:06:20262,882
Week of 29:06:20262,834
Week of 06:07:20262,834
Week of 13:07:20262,834
Week of 20:07:20262,834
Week of 27:07:20262,834
Week of 03:08:20262,834
Week of 10:08:20262,834
Week of 17:08:20262,800
Week of 24:08:20262,800
Week of 31:08:20262,790
Week of 07:09:20262,780
Week of 14:09:20262,769
Week of 21:09:20262,769
Week of 28:09:20262,769
Week of 05:10:20262,769
Week of 12:10:20262,748
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20262,938
May 20262,882
June 20262,882
July 20262,834
August 20262,790
September 20262,769
October 20262,748
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20262,748

Postingan Terbaru

Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

"Dia pemain yang sangat luar biasa. Kita perlu menjaganya dengan baik. Keputusan yang diraih sudah membuktikan segala-galanya. Dia memang berbeza, sangat berbeza," katanya ketika ditemui semasa ketibaan skuad badminton remaja negara dari Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

🐯 Kuala Lumpur 19 Okt: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran agar tidak lagi terlalu ghairah bergantung kepada khidmat pengendali luar negara, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada usaha membina semula reputasi dan kredibiliti skuad Harimau Malaya menerusi kepakaran tempatan.
Kecenderungan meletakkan harapan yang tinggi kepada jurulatih import wajar dinilai semula secara mendalam memandangkan pelaburan besar serta ganjaran lumayan yang ditawarkan selama ini belum tentu menjamin kejayaan hakiki atau perubahan berterusan buat skuad negara.
Pandangan itu dilontarkan bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar yang menegaskan amalan menukar pengendali asing yang menelan belanja tinggi tidak akan membawa jalan penyelesaian konkrit sekiranya aspek pembangunan dan kualiti pemain tempatan masih berada di takuk lama.

🐢 Kuala Terengganu 19 Okt: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengakui anak buahnya perlu segera bangkit memperbaiki kelemahan selepas tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Nafuzi berkata, pendekatan terlalu berhati-hati pada awal permainan menyebabkan skuad Penyu dibolosi dua gol mudah sekali gus memberi kelebihan kepada pasukan pelawat untuk mengawal perlawanan.
Bagaimanapun, beliau tidak menganggap pemainnya beraksi buruk, sebaliknya berpuas hati dengan komitmen dan kerja keras yang ditunjukkan walaupun beberapa tonggak utama tidak dapat diturunkan.

🐅 Kuala Terengganu 19 Okt: Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan momentum positif apabila mengekalkan rekod tanpa bolos selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam tadi.
Ketua jurulatihnya, Xisco Munoz berkata, kemenangan itu cukup bermakna kerana bukan mudah untuk beraksi menentang TFC, selain menegaskan kepentingan mengekalkan konsistensi permainan dan disiplin pasukan.
Menurutnya, kejayaan mencatatkan satu lagi rekod tanpa bolos menjadi petanda positif buat skuad Harimau Selatan, terutama dalam usaha membina keyakinan menjelang perlawanan seterusnya.

🥳 Kuala Lumpur 19 Okt: Keberkesanan latihan taktikal dan impak cemerlang penyerang, Dalberto Luan Belo menjadi kunci utama kejayaan DPMM FC berjaya menewaskan Kuching City FC 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, malam tadi.
Dalberto muncul pemain paling menyerlah apabila meledak dua gol untuk DPMM FC pada aksi terbabit untuk mereka meraih kemenangan ketiga dalam Liga Super dan melonjak ke tangga keempat dengan sembilan mata.
Pengendali DPMM FC, James McAllister meluahkan rasa gembira dengan persembahan keseluruhan pasukan serta kejayaan taktikal yang dilatih sebelum perlawanan.

🐈 Kuala Lumpur 19 Okt: Insiden kad merah yang diterima Petrus Shitembi pada minit ke-60 jelas menjadi titik perubahan yang menghukum Kuching City FC (KCFC) apabila mereka terpaksa akur tumbang 2-3 di tangan DPMM FC, malam tadi.
Pengendali KCFC), Aidil Sharin Sahak mengakui bahawa kehilangan seorang pemain menyebabkan benteng pasukannya hilang fokus dalam tempoh singkat sehingga dibolosi dua gol pantas oleh pasukan tuan rumah.
Menurutnya, sebelum layangan kad merah berkenaan, anak buahnya berada dalam posisi selesa selepas berjaya bangkit daripada ketinggalan awal untuk mendahului perlawanan.


berita penuh sila follow harian metro online

#hanipiloiempire
#repoterataspokok
#hanisofeasupriseandgift
#legasisepuluh
51000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

Pengendali skuad yang bergelar Young Tigers itu berkata, momentum kemenangan 3-0 ke atas China, baru-baru harus dikekalkan seandainya mengidam untuk menamatkan saingan SOJC di kelompok tiga terbaik kerana jika seri atau tewas segalanya tampak sukar bagi memburu podium.
"Secara keseluruhan, saya puas hati dengan aksi pemain ketika menewaskan China dan berjaya meraih tiga mata. Namun, apa yang membuatkan saya kurang berpuas hati adalah kita melepaskan begitu banyak peluang untuk menjaringkan gol.

🏸 Odense 19 Okt: Juara badminton Olimpik, An Se Young mencipta sejarah apabila muncul pemain perseorangan wanita paling banyak meraih gelaran antarabangsa selepas menjuarai Terbuka Denmark, semalam.
Kejayaan pemain Korea Selatan itu hadir selepas dia menewaskan wakil Jepun, Akane Yamaguchi 21-23, 21-14, 21-18 pada aksi final di Odense, sekali gus meraih gelaran antarabangsa ke-47 sepanjang kariernya.
Pencapaian itu menyaksikan Se Young mengatasi rekod legenda Indonesia, Susi Susanti yang mengumpul 46 gelaran sebelum bersara pada 1997.
Bagaimanapun, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjelaskan jumlah berkenaan tidak mengambil kira gelaran dalam temasya serantau, selain rekod rasmi hanya disimpan sejak 1989.

🥇 Kuala Lumpur 19 Okt: Pelumba berbasikal para negara, Zuhairie Ahmad Tarmizi mencipta detik membanggakan apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini.
Kejayaan itu diraih menerusi acara ujian masa 1,000 meter lelaki kategori C4-C5 selepas Zuhairie mencatat masa 1 minit 5.361 saat (s) pada perlumbaan akhir, sekali gus menewaskan pencabar dari Thailand, Jaturong Niwanti yang meraih perak dengan catatan 1:07.206s.
Pingat gangsa menjadi milik wakil Indonesia, Sufyan Saori yang menamatkan perlumbaan dengan masa 1:08.166s.

🏸 Kuala Lumpur 19 Okt: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil langkah berjaga-jaga selepas berlaku demonstrasi besar-besaran di sana dengan menghubungi Kedutaan Malaysia di Paris untuk mendapatkan bantuan sekiranya diperlukan membabitkan pemain negara yang akan menyertai Terbuka Perancis 2026 bermula esok.
Menurut Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, pihaknya peka dengan apa yang berlaku di sana dan sebab itu, segala butiran pemain termasuk jurulatih sudah diberikan kepada pihak kedutaan untuk tindakan lanjut jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
"Kami sudah menulis surat kepada Kedutaan Malaysia di Paris dan memaklumkan nama pemain serta jurulatih yang terbabit dalam kejohanan ini. Kami berharap pihak kedutaan dapat membantu sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," katanya.

🏸 Kuala Lumpur 19 Okt: Kejayaan Pearly Tan-M Thinaah menjuarai Terbuka Denmark 2026 dan Low Zi Yu-Genevie Lim merangkul gelaran pada Kejohanan Remaja Dunia membuktikan kemampuan jurulatih tempatan membangunkan beregu wanita negara di peringkat senior dan remaja.
Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak berkata, kejayaan meraih dua gelaran itu cukup membanggakan dan mencerminkan hasil kerja berpasukan, komitmen serta usaha berterusan semua pihak dalam pembangunan pemain.
"Sebagai ketua beregu wanita, saya amat gembira dan bangga dengan pencapaian ini. Penghargaan saya kepada semua jurulatih dalam acara ini, daripada pasukan senior hingga program pembangunan remaja.

🏸 Kuala Lumpur 19 Okt: Bukan sekadar gelaran juara dunia remaja, tetapi kemampuan memahami permainan dengan pantas dan kematangan pada usia muda menjadikan Low Zi Yu prospek istimewa yang perlu diberikan perhatian serius.
Jurulatih beregu wanita remaja negara, Amelia Alicia Anscelly berkata, beliau percaya pemain berusia 16 tahun itu memiliki kelebihan tersendiri berbanding rakan seusianya dan potensi dimiliki Zi Yu tidak boleh dipandang ringan serta perlu dibangunkan dengan perancangan teliti supaya bakatnya mampu berkembang ke tahap lebih tinggi.
37000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

🥊 London 19 Okt: Derek Chisora menganggap karier tinju Fabio Wardley sudah berakhir selepas petinju itu mengalami kekalahan KO ketika perlawanan ulangan menentang Daniel Dubois.
Wardley menjatuhkan Dubois pada pusingan pertama dan ketiga dalam pertemuan mereka pada Mei lalu sebelum tewas menerusi keputusan henti pertarungan pada pusingan ke-11 dalam aksi klasik heavyweight di Manchester.
Namun, dalam perlawanan ulangan yang berlangsung hanya lima bulan kemudian, giliran Wardley, 31, pula dijatuhkan ke kanvas dalam beberapa saat selepas pusingan pertama bermula.
Dubois, 29, tidak melepaskan peluang untuk menamatkan pertarungan pada pusingan kedua apabila pasukan penjuru Wardley dan pengadil bersetuju menghentikan perlawanan.

🎾 Shanghai 19 Okt: Alejandro Davidovich merangkul gelaran ATP Masters 1000 pertama dalam kariernya selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan rakan senegara dari Sepanyol, Rafael Jodar, pada final Rolex Shanghai Masters.
Pemain pilihan ke-25 itu mencatat kemenangan 1-6, 7-6 (5), 6-4 dalam pertarungan sengit yang menyaksikan beliau mempamerkan semangat juang tinggi selepas dikuasai lawan pada set pertama.
Kejayaan itu menjadi penutup manis buat Davidovich Fokina sepanjang kempen di China apabila beliau terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu set dalam tiga daripada lima perlawanan untuk mara ke final, termasuk ketika menewaskan pilihan utama, Alexander Zverev.

👊🏻 Kuala Lumpur 19 Okt: Enam kemenangan berturut-turut menjadi bekalan berharga buat jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib untuk menguji kehebatan juara dunia Thailand, Prajanchai Pongsuphan PK dalam pertarungan yang dijadual berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, 18 Disember ini.
Pertembungan lima pusingan kategori strawweight ONE Championship itu bakal menjadi ujian besar buat Aliff yang kini menyandang gelaran juara dunia interim selepas menewaskan legenda Thailand, Sam-A Gaiyanghadao, Julai lalu.
Kemenangan ke atas Sam-A bukan sahaja mengangkat nama Aliff, malah membuka laluan buatnya berdepan Prajanchai dalam pertarungan yang sebelum ini tertangguh susulan kecederaan dialami jaguh Thailand itu.

🚀 Kuala Lumpur 19 Okt: Dua himpitan pelumba lawan yang menjejaskan kelajuannya menjadi faktor Datuk Azizulhasni Awang tersingkir dalam acara keirin pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek 2026 di Shanghai, China, minggu lalu.
Mengulas prestasinya menerusi hantaran di media sosial, jaguh berbasikal trek itu mengakui terkilan kerana gagal mencapai sasaran peribadi untuk mara ke final selepas menduduki tempat terakhir di suku akhir.
Azizulhasni berkata, strategi perlumbaan yang dirancang adalah untuk bermula dari belakang sebelum melakukan pecutan ketika memasuki pusingan terakhir.
Bagaimanapun, beliau mendakwa dihimpit pelumba Poland sejurus memasuki selekoh pertama ketika melakukan pecutan, sebelum satu lagi himpitan lebih besar di selekoh ketiga menjejaskan kayuhan serta kelajuannya.
Nasib berbeza dialami Azizulhasni dalam acara pecut individu apabila beliau berjaya melepasi sasaran peribadi untuk berada dalam kelompok 10 pelumba terbaik pada pusingan kelayakan.
Pelumba berpengalaman itu mencatat masa 9.564 saat untuk menduduki tempat kelapan daripada 33 peserta, sebelum menewaskan David Ortega dari Colombia dengan selesa pada pusingan pertama.

🏑 Johor Bahru 19 Okt: Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin menuntut barisan pemainnya tampil lebih bertenaga pada pertembungan menentang Jepun dalam aksi kedua Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, di sini, malam esok.
12000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

Bagaimanapun, pengendali itu melihat perkembangan positif dalam persembahan anak buahnya, lima hari selepas kekalahan 0-2 kepada Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara yang mencetuskan kritikan Lisandro Martinez terhadap pengurusan kelab berhubung kekurangan pelaburan pada jendela perpindahan musim panas.

🤩 London 19 Okt: Lapan bulan selepas segelintir penyokong Brighton & Hove Albion mendesak Fabian Huerzeler dipecat susulan kekalahan di laman sendiri kepada Crystal Palace, pengendali muda itu kini membawa The Seagulls melayang tinggi di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah lawan sama 5-0, pagi tadi.
Pengendali berusia 33 tahun itu, yang termuda dalam saingan liga utama England, menyaksikan anak buahnya membenam seteru tradisi, Palace, dalam aksi yang turut menyaksikan Diego Gomez menghasilkan gol menakjubkan menerusi rembatan dari garisan tengah padang sehingga mencetuskan sorakan gemuruh penyokong tuan rumah.
Situasi itu jauh berbeza berbanding kekalahan 0-1 pada Februari lalu dalam aksi 'Derbi M23' yang menyaksikan Brighton terumbang-ambing di tangga ke-14, malah ada penyokong melaungkan kata-kata mendesak Huerzeler dipecat.

🥳 Madrid 19 Okt: Kylian Mbappe meledak dua gol termasuk satu jaringan menakjubkan menerusi aksi individu ketika Real Madrid menewaskan Sevilla 4-1 dalam aksi La Liga, awal pagi tadi, untuk melonjak ke tangga ketiga liga.
Arda Guler membuka tirai jaringan menerusi rembatan menarik sebelum Mbappe menyumbat dua gol, manakala Yan Diomande turut mencatat nama selaku penjaring untuk membantu skuad kendalian Jose Mourinho mengatasi Real Betis dalam carta liga.
Kemenangan itu menyaksikan Real mengatasi Betis untuk menduduki tangga ketiga, namun masih ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Barcelona, yang membelasah Betis, kelmarin.
Atletico Madrid pula berada di tangga kedua, menjadikan persaingan di kelompok teratas semakin sengit menjelang pertembungan El Clasico antara Barcelona dan Real di Camp Nou hujung minggu depan.

🏎️ London 19 Okt: Bekas ketua pasukan Red Bull, Christian Horner mendedahkan detik mencemaskan apabila mengalami serangan panik ketika perlumbaan Formula Satu (F1), sehingga menyangka dirinya diserang sakit jantung.
Horner, 52, menerajui Red Bull selama lebih 20 tahun sebelum dipecat pada musim panas tahun lalu dan menerima pampasan penamatan kontrak berjumlah £67 juta (RM363.68 juta).
Selepas meninggalkan dunia perlumbaan, Horner mempunyai lebih banyak masa untuk mengenang perjalanan kariernya selain meneroka peluang baharu di luar sukan permotoran.
Dalam sesi bersama peminat itu, beliau berkongsi pelbagai perkara termasuk kemungkinan kembali ke F1, rundingan untuk mendapatkan khidmat pelumba seperti Lewis Hamilton dan Fernando Alonso, serta hubungannya dengan isteri yang juga bekas anggota kumpulan Spice Girls, Geri Horner.

🏍️ Tokyo 19 Okt: Pelumba Jepun, Ai Ogura, seakan-akan ditakdirkan melangkah ke MotoGP bersama Honda, namun keputusan mengejutkan menolak tawaran itu pada 2023 membuka laluan buatnya menyertai pasukan Yamaha empat tahun kemudian.
Ogura membina karier menerusi program pembangunan Honda, bermula dalam Asia Talent Cup sebelum beraksi bersama Honda Team Asia dalam kelas Moto3 dan Moto2.
Pelumba itu hampir dinaikkan ke kelas premier pada 2024 bersama LCR Honda, namun memilih untuk menolak tawaran berkenaan kerana mahu menumpukan perhatian kepada misi memburu gelaran dunia sebelum melangkah ke MotoGP.
Keputusan itu menyaksikan Ogura berpindah daripada Honda Team Asia ke MT Helmets-MSI bagi menghadapi musim 2024, satu langkah yang akhirnya membuahkan hasil apabila beliau muncul juara dunia Moto2 pada tahun berkenaan.
10000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata, polis membuka dua kertas siasatan berhubung isu tular membabitkan seorang aktivis media sosial serta isu berkaitan komuniti Rohingya di negeri ini.

👊🏻 Kunak 19 Okt: Polis menahan 12 remaja lelaki bagi membantu siasatan kejadian pergaduhan di Padang Pekan Kunak, di sini, yang videonya tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Rejali Ak Angong berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak mengesan video berkenaan kira-kira jam 8 malam tadi, yang memaparkan pergaduhan membabitkan beberapa lelaki di tempat awam.
"Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku di Padang Pekan Kunak.
"Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota berjaya mengesan dan menangkap 12 remaja lelaki secara berasingan untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

💇🏼‍♂️ Manchester 19 Okt: Penyokong Manchester United yang berambut panjang, Frank Ilett, atau lebih dikenali sebagai 'The United Strand', berkongsi perkembangan terbaharu selepas mencapai 100 perlawanan sejak memulakan cabarannya untuk tidak memotong rambut.
Ilett berikrar tidak akan menggunting rambut sehingga The Red Devils mencatat lima kemenangan berturut-turut, satu pencapaian yang semakin sukar direalisasikan dari minggu ke minggu.
Sejak cabaran itu bermula, United sudah menggunakan khidmat lima pengurus, dengan peluang Ilett mendapatkan potongan rambut bergantung kepada kemampuan pasukan kendalian Erik ten Hag ketika itu.
Selepas Ten Hag gagal mencatat lima kemenangan berturut-turut, pengendali sementara, Ruud van Nistelrooy, berjaya membantu United meraih dua kemenangan berturut-turut. Namun, beliau tidak berpeluang melengkapkan rentetan itu sebelum Ruben Amorim mengambil alih pasukan.
Amorim sempat menyuntik semangat baharu di Old Trafford, tetapi gagal membawa United meraih lebih daripada tiga kemenangan berturut-turut.
Selepas dipecat, pengendali dari Portugal itu kini mendapat kelab baharu di AC Milan, namun rambut Ilett masih belum dipotong.


berita penuh sila follow harian metro online

#hanipiloiempire
#repoterataspokok
#hanisofeasupriseandgift
#legasisepuluh


GOA_L ARENA SUKAN
+=+=+=+=+=+=+=+=+=


😎 Nottingham 19 Okt: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya kekuatan skuad yang memiliki ramai pemain berkualiti mampu menjadi faktor penentu dalam usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Noni Madueke muncul wira kemenangan 1-0 ke atas Nottingham Forest, pagi tadi.
Skuad kendalian Arteta itu jauh daripada prestasi terbaik di City Ground apabila gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke sasaran sehingga Madueke meledak gol kemenangan 10 minit sebelum tamat perlawanan.
Walaupun Arsenal tidak mempamerkan aksi menarik di East Midlands, keputusan itu sudah memadai buat The Gunners apabila mereka kini merapatkan jurang kepada tiga mata di belakang pendahulu, Manchester City.
Arteta memiliki antara barisan pemain simpanan paling berkualiti dalam EPL dan beliau memanfaatkan sepenuhnya pilihan yang ada untuk mengubah rentak permainan di tebing Sungai Trent.

😇 London 19 Okt: Pengurus Manchester United, Michael Carrick menganggap keputusan seri 1-1 menentang Leeds United sebagai permulaan baharu buat pasukannya, meskipun kemarau kemenangan mereka berterusan.
United gagal menamatkan rekod tanpa kemenangan selepas penyerang Leeds, Dominic Calvert-Lewin menyamakan kedudukan pada babak kedua, membatalkan jaringan pembukaan Bryan Mbeumo dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road, malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan United kini gagal mencatat kemenangan dalam enam perlawanan berturut-turut merentasi semua pertandingan, sekali gus menambah tekanan terhadap Carrick yang sedang berdepan kritikan.
9000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

👑 Shah Alam 19 Okt: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Buku Menjulang Takhta, selain sampul surat hari pertama, setem dan melancarkan syiling khas sempena Jubli Perak pemerintahan baginda.
Keberangkatan tiba baginda di Pustaka Raja Tun Uda di sini diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin dalam sembah ucapan merakamkan penghargaan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) atas kerjasama dan komitmen dalam merealisasikan penerbitan naskhah bersejarah Menjulang Takhta: 25 Tahun Pemerintahan Sultan Selangor.
Amirudin juga merakamkan penghargaan sama ke atas Pos Malaysia Berhad dengan keluaran setem khas yang mengangkat warisan serta kebesaran Diraja Selangor.
Katanya, setem menampilkan visual imej Balairung Seri, Istana Alam Shah, imej Tengkolok Balung Raja dan Keris Terapang Gabus, serta motif geometri dan Bunga Tanjung berkelopak sembilan, melambangkan keagungan institusi diraja, keluhuran adat dan kedaulatan Selangor.
"Selain itu, Perbendaharaan Negeri Selangor mengeluarkan syiling khas sebagai tanda penghargaan terhadap 25 tahun pemerintahan baginda serta lambang kemajuan, kestabilan dan kemakmuran di Selangor, disamping memartabatkan warisan Kesultanan Selangor.

🚅 Kuala Lumpur 19 Okt: Tambang perkhidmatan penumpang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi perjalanan Gombak-Kota Bharu bermula RM125 sehala untuk kelas Ekonomi menerusi perkhidmatan Transit, menjelang operasi komersial yang disasarkan bermula 12 Disember depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, kerajaan meluluskan cadangan struktur tambang itu pada 16 Oktober lalu berdasarkan mekanisme tambang dinamik.
"Bagi laluan Gombak-Kota Bharu sejauh 523 kilometer, tambang perkhidmatan Ekspres bermula RM147 sehala, manakala tambang Transit bagi perjalanan Gombak-Kuala Terengganu dan Gombak-KotaSAS masing-masing bermula RM95 dan RM60.
"Sementara itu, tambang Ekspres bagi laluan Gombak-Kuala Terengganu dan Gombak-KotaSAS masing-masing bermula RM110 dan RM68," katanya pada sidang media pengumuman kadar tambang ECRL hari ini.

🐘 Petaling Jaya 19 Okt: Tingkah laku stereotaip secara berulang yang ditunjukkan tiga gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat adalah petanda jelas berlakunya tekanan perasaan yang amat berat.
Sehubungan itu, haiwan berkenaan yang kini berada di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun perlu segera dibawa pulang oleh kerajaan berikutan keadaannya menjurus kepada gangguan mental dan tekanan perasaan.
Aktivis Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia, Dr Siti Rabiah Raws berkata, ketiga-tiga gajah itu dikesan menunjukkan tingkah laku berulang seperti menggeleng atau mengayunkan kepala secara berlebihan.
Beliau berkata, selain itu, keadaan Kelat iaitu gajah jantan juga berada dalam keadaan tidak baik apabila didakwa mengalami kekerapan episod musth (fasa peningkatan hormon pembiakan) yang dianggap sebagai tidak lazim.

🤯 Kota Bharu 19 Okt: Aktivis masyarakat, Abbe Hae menegaskan beliau tidak akan berhenti sebaliknya terus melaporkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan etnik Rohingya di negeri ini selepas apa yang berlaku terhadap dirinya dan kumpulannya.
Abbe Hae atau nama sebenarnya Mohd Azhan Mohd Adnan yang juga pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan berkata, sebagai rakyat Malaysia dan penduduk di negeri ini, dia terpanggil untuk berbuat demikian.
Semalam media melaporkan, Abbe Hae ditahan bersama 15 individu yang lain petang kelmarin selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu. Bagaimanapun, aktivis berkenaan bersama rakan-rakannya dibebaskan jam 12 tengah hari semalam.
9000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

🇨🇳 Tianshui, China 19 Okt: Pemilik sebuah tadika dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah menghasilkan dan menjual makanan beracun yang menyebabkan lebih 200 kanak-kanak terdedah kepada keracunan plumbum, lapor BBC.
Li Huifang, pengendali Tadika Heshi Peixin di Tianshui, wilayah Gansu didapati bersalah dalam kes itu bersama lima kakitangannya, menurut laporan media rasmi China.
Mahkamah Rakyat Pertengahan Lanzhou turut memerintahkan harta peribadi Li bernilai 500,000 yuan (kira-kira RM305,000) dirampas manakala pengetua eksekutif tadika, Zhi Jinglin, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan denda 300,000 yuan (kir-kira RM183,000).
Empat lagi kakitangan yang bertugas di dapur tadika itu dihukum penjara antara enam hingga lapan tahun selepas mahkamah mendapati mereka diarahkan Li dan Zhi menambah bahan beracun serta berbahaya ke dalam makanan untuk kanak-kanak dan kakitangan.

🇮🇳 New Delhi 19 Okt: Sekurang-kurangnya lapan pekerja maut dan 13 lagi cedera pada Ahad selepas sebuah kereta yang dipandu laju merempuh mereka di bahagian utara negeri Punjab, menurut polis, lapor Xinhua.
Kejadian berlaku di perkampungan Alisher dalam daerah Sangrur, kira-kira 164 kilometer ke barat daya Chandigarh, ibu kota Punjab.
"Kami dimaklumkan bahawa kereta berkenaan merempuh sebuah motosikal terlebih dahulu sebelum beralih ke arah pekerja terbabit, dengan sebahagian daripada mereka sedang berehat minum air di tepi jalan," kata seorang pegawai polis.
Menurut pihak polis, kira-kira 25 pekerja, sebahagian daripadanya wanita, dilanggar kenderaan berkenaan.

🇹🇭 Bangkok 19 Okt: Gara-gara diperdaya sindiket penipuan pusat panggilan, seorang penuntut universiti sanggup mengasingkan diri di bilik sewa dan melakonkan adegan penculikan palsu termasuk menyapu campuran sirap merah dan kopi pada tubuh serta dinding bilik bagi menyerupai darah, lapor Khaosod English.
Helah itu bertujuan memperdaya ibu bapanya supaya membayar wang tebusan selepas sindiket berkenaan gagal mendapatkan wang daripada mangsa yang sudah menyerahkan 36,000 baht Thailand (kira-kira RM4,400).
Bagaimanapun, rancangan itu terbongkar apabila ibu bapanya meragui dakwaan anak mereka menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian di luar negara.
Mereka menghubungi pensyarah universiti untuk mengesahkannya sebelum menyedari anak mereka mungkin menjadi mangsa penipuan dan meminta bantuan polis.


berita penuh sila follow harian metro online

#hanipiloiempire
#repoterataspokok
#hanisofeasupriseandgift
#legasisepuluh


GOA_L MEDSOS, POPULAR
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


🥺 Putrajaya 19 Okt: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), ibu negara, pada 28 September lalu.
Dr Mahathir juga merakamkan penghargaan kepada seluruh masyarakat yang tidak putus-putus mendoakannya.
"Sehari dua ini saya cuba ke pejabat tetapi upaya masih belum begitu kuat. Bagi pihak kesemua ahli keluarga, saya nak ambil kesempatan untuk ucap berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian Hasmah tempoh hari.
"Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk meminta maaf jika sepanjang tempoh ini ada salam yang tidak saya sambut, lambaian yang tidak saya balas serta ucapan takziah yang belum saya jawab. Terima kasih," katanya.
Negarawan itu berkata demikian menerusi kenyataan bertajuk "Terima Kasih oleh Dr. Mahathir bin Mohamad - 19 Oktober 2026 Putrajaya" yang dikongsikan dalam kumpulan WhatsApp, Dr M's Media Updates, oleh pegawai khas beliau, hari ini.
10000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

Tribunal turut diberitahu bahawa Bryan bertindak balas secara negatif terhadap tuduhan itu dan menunjukkan sikap bermusuhan secara peribadi walaupun Bingham benar-benar bimbang dan mempunyai alasan munasabah untuk berasa demikian berdasarkan situasi yang dialaminya.
Bingham melaporkan perkara itu kepada pengurusnya sebelum isu kebersihan peribadi dibangkitkan secara tertutup dalam sesi penilaian prestasi Bryan yang dijalankan secara tertutup.

🇫🇷 Paris 19 Okt: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengecam keganasan melampau yang tercetus dalam demonstrasi membantah kos sara hidup di seluruh negara, ketika polis berdepan penunjuk perasaan dan kumpulan perusuh di Paris, semalam.
Hampir 2,400 individu ditahan dalam rusuhan pada Sabtu, yang disifatkan antara keganasan bandar paling buruk di Perancis sejak beberapa tahun lalu.
Kementerian Dalam Negeri melaporkan hampir 1,000 anggota polis dan anggota keselamatan cedera termasuk tujuh yang parah.
Dalam ucapannya, Macron berkata pihak berkuasa tempatan boleh melarang perhimpunan tertentu jika perlu dalam beberapa hari akan datang.

🇫🇷 Paris 19 Okt: Rusuhan tercetus di beberapa bandar di Perancis pada Sabtu apabila demonstrasi membantah peningkatan kos sara hidup dan kemerosotan kualiti perkhidmatan awam bertukar ganas dalam kejadian yang disifatkan antara paling buruk dialami negara itu sejak beberapa dekad lalu.
Ratusan ribu penunjuk perasaan berarak secara aman di puluhan bandar, namun kumpulan radikal bertindak menyasarkan bangunan awam, merompak butik barangan mewah dan pasar raya selain menyerang kenderaan serta anggota polis.
Di Limoges, dewan bandar raya dibakar. Di Marseille pula, penunjuk perasaan berpakaian hitam menceroboh dewan bandar raya dan merosakkan bangunan itu dengan contengan simbol anarki manakala di pejabat pelancongan di Lyon turut dibakar.
Perdana Menteri Perancis, Sebastien Lecornu berkata, kerajaan tidak akan tunduk kepada ugutan keganasan sambil menyalahkan kumpulan 'ultra-kiri' dan penjenayah atas kekacauan itu, beberapa bulan sebelum pilihan raya presiden tahun depan.

🇧🇷 Belo Horizonte, Brazil 19 Okt: Seorang lelaki berusia 49 tahun dari Brazil sanggup menjual semua harta bendanya dan mengembara sejauh 1,931 kilometer demi bertemu wanita yang dipercayai bakal menjadi isterinya.
Namun, impian Edimar Martins musnah apabila mendapati wanita itu hanyalah watak rekaan yang dijana kecerdasan buatan (AI) seperti yang dilaporkan NDTV. Martins, seorang buruh binaan dari negeri Maranhao di timur laut Brazil memberitahu penyiar tempatan TV Mirante bahawa dia mula menemui akaun media sosial milik seorang wanita bernama Jessica Oliveira pada 2020.
Akaun yang dilaporkan mempunyai lebih 300,000 pengikut itu memaparkan video kehidupan wanita berkenaan di sebuah ladang selain erta mengajak lelaki berpindah ke sana dengan menjanjikan tempat tinggal dan sokongan kewangan.
Martins yang kesunyian selepas kematian ibunya percaya wanita itu mampu membantunya memulakan kehidupan baharu di ladang berkenaan.

🇵🇼 Koror, Palau 19 Okt: Pihak berkuasa Palau menyiasat dakwaan serangan di dalam air oleh seorang jurupandu selam (divemaster) warga Korea Selatan terhadap pemuzik Taiwan, Devon Song dan jurupandu selamnya yang berasal dari Bangladesh, lapor South China Morning Post.
Song, anggota kumpulan muzik Nan Quan Mama menerusi hantaran di media sosial mendakwa beliau dan jurupandu selamnya, Sobuj Patwary diserang seorang jurupandu selam Korea Selatan yang dikenali sebagai 'Romeo.'
Menurut Song, mereka sedang menyelam di Siaes Corner, lokasi menyelam popular di barat Koror apabila Romeo tiba-tiba menyerang mereka dari bawah pada kedalaman kira-kira 25 meter.
Romeo didakwa menumbuk topeng selam Song dan cuba menanggalkannya, namun Song berjaya mempertahankan diri.
10000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

"Majlis menegaskan solidariti penuh negara anggota GCC kepada kerajaan Arab Saudi, pendirian bersama mereka dalam menyokong negara itu serta sokongan terhadap segala langkah yang diambil Arab Saudi bagi mempertahankan kedaulatan serta melindungi keselamatan dan kepentingannya," menurut kenyataan akhir yang dikeluarkan pada sesi ke-168 Majlis Menteri-Menteri GCC di Manama, Bahrain pada Ahad.
GCC turut menzahirkan sokongan terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Yaman serta menggesa penyelesaian politik berasaskan dialog, Inisiatif GCC, hasil Persidangan Dialog Kebangsaan dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.
Berkenaan Selat Hormuz, Bab al-Mandeb dan Laut Merah, GCC menegaskan bahawa memastikan kebebasan pelayaran di laluan berkenaan adalah "kepentingan dan tanggungjawab bersama masyarakat antarabangsa."

🇮🇷 Tehran 19 Okt: Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata sebuah kapal tangki minyak terbakar di Selat Hormuz selepas terkena periuk api, dalam kes terbaharu seumpamanya sejak Tehran memperketat kawalan di laluan itu.
Iran menguasai Selat Hormuz selepas perang dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel tercetus pada akhir Februari, sekali gus menyekat laluan perkapalan penting yang lazimnya membawa kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia.
Republik Islam itu menuntut semua kapal mendapatkan kebenarannya sebelum melalui selat berkenaan.
"Sebuah kapal tangki minyak telah melanggar periuk api laut di selatan Selat Hormuz, mengakibatkan letupan dan kebakaran di bilik enjinnya," lapor media kerajaan Iran yang memetik kenyataan IRGC.

🇺🇸 New York 19 Okt: Kumpulan penjenayah bermotosikal termasuk anggota geng yang terdiri daripada pendatang tanpa izin mencetuskan ketakutan di bandar ini apabila meragut barang kemas bernilai ribuan dolar dari leher orang awam dan anggota polis, lapor New York Post.
Jabatan Polis New York (NYPD) merekodkan lebih 20 kes ragut rantai oleh penjenayah bermotosikal sejak September lalu dengan sekurang-kurangnya 10 daripadanya bertukar ganas.
Bagaimanapun, sumber polis mendakwa jumlah itu hanya sebahagian kecil daripada kejadian sebenar.
Kejadian paling mendapat perhatian apabila seorang detektif ditikam 10 kali selepas cuba melawan dua lelaki yang juga pendatang tanpa izin pada awal bulan ini.

🇨🇦 Ottawa 19 Okt: Perdana Menteri Kanada Mark Carney mengesahkan empat orang maut manakala puluhan yang lain cedera dalam kebakaran besar yang berlaku pada Sabtu di sebuah pangkalan tentera di wilayah Alberta, barat Kanada, lapor Xinhua.
Ketika memberikan perkembangan terkini berkenaan kejadian itu di Ottawa, Carney berkata waris terdekat empat anggota tentera yang terkorban sudah dimaklumkan.
"Petang semalam, api marak merebak dengan pantas di kawasan pangkalan Angkatan Tentera Kanada di Wainwright," kata Carney pada Ahad.
"Apa yang berlaku selepas itu antara tragedi terburuk menimpa angkatan tentera di bumi Kanada ketika negara berada dalam keadaan aman."

🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Bristol, England 19 Okt: Seorang pemandu bas wanita mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya selepas dituduh melepaskan kentut berbau busuk sehingga menyebabkan rakan sekerjanya terpaksa membasuh pakaian seragam, lapor Metro. co. uk.
Stephanie Bryan, pemandu bas elektrik syarikat The Big Lemon didakwa melepaskan kentut yang kuat ketika bertugas.
Tribunal diberitahu bahawa rakan sekerjanya, Samantha Bingham menyedari bau busuk yang masih melekat sebaik memulakan syif dan duduk di kerusi pemandu yang sama.
Bingham kemudian membuat kesimpulan bahawa Bryan mungkin terbuang air besar.
11000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

GOA_L 2️⃣4️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa campur tangan untuk menyiasat kes kematian Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, baru-baru ini. Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, penjelasan kononnya punca kematian Noorizwan, 42, akibat 'terjatuh dalam lokap' disifatkan tidak munasabah dan tidak boleh diterima, susulan kecederaan parah dialami mangsa.

GOA_L 2️⃣5️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Keadaan di Balai Undang Luak Rembau kecoh pagi tadi apabila berlaku percubaan menghalang petugas yang menyokong Datuk Abdul Rahim Yasin sebagai Undang Luak Rembau ke-22 daripada memasuki premis berkenaan. Insiden kecoh yang berlarutan hampir dua jam bermula jam 9.45 pagi membabitkan pihak Datuk Hassan Ab Hamid sebelum kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk menyelesaikan isu berkenaan menerusi saluran mahkamah.

GOA_L 2️⃣6️⃣ Batu Pahat 19 Okt: Seorang guru tuisyen lelaki direman tujuh hari selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan yang juga anak muridnya di sebuah pusat tuisyen. Perintah reman bermula hari ini dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman terhadap suspek berusia 32 tahun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

GOA_L 2️⃣7️⃣ Kota Kinabalu 19 Okt: Polis menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebuah kontena diletakkan di bahu Jalan Sepanggar, berhampiran Pelabuhan Sepanggar, di sini, sebelum terjatuh dan menghempap kenderaan pelbagai guna (MPV) sehingga meragut nyawa dua beranak semalam. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan turut meneliti sama ada kontena itu diletakkan di kawasan berkenaan secara sengaja atau disebabkan faktor lain yang tidak dapat dielakkan.

GOA_L 2️⃣8️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan hala tuju sistem percukaian negara susulan perbezaan pandangan yang dikatakan wujud antara gabungan politik membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini. Perbezaan itu membabitkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diguna pakai ketika ini, selain hasrat mengembalikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan syor menggabungkan kedua-dua sistem percukaian terbabit. Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) berkata, situasi ketidaktentuan itu tidak boleh dibiarkan berlarutan yang akan memberi impak negatif kepada masyarakat pelbagai lapisan, termasuk industri dan perniagaan.

GOA_L 2️⃣9️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Rapid KL akan menyediakan 85 perkhidmatan bas khas ke di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersempena perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia PETRONAS 2026 dari 30 Oktober hingga 1 November ini. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Syahrul Azmir Ahmad Zaki berkata perkhidmatan itu akan beroperasi dari beberapa lokasi utama terpilih iaitu Hab Bas Pasar Seni, Hentian Bas KLCC dan Hab Bas KLIA Terminal 2 ke SIC dengan kadar tambang tertentu.

GOA_L 3️⃣0️⃣ Melaka 19 Okt: Veteran DAP, Teresa Kok, memenangi saman fitnah terhadap Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh apabila Mahkamah Tinggi di sini, memerintahkan pembayaran ganti rugi am dan ganti rugi teruk berjumlah RM250,000 kepada beliau. Peguam Kok, Datuk Sankara Nair, dalam satu kenyataan berkata Hakim Isa Aziz Ibrahim turut mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Ketua Pemuda UMNO itu daripada membuat kenyataan berunsur fitnah terhadap Ahli Parlimen Seputeh itu pada masa hadapan.


berita penuh sila follow harian metro online

#hanipiloiempire
#repoterataspokok
#hanisofeasupriseandgift
#legasisepuluh


GOA_L LUAR NEGARA
=+=+=+=+=+=+=+=+=


🇹🇷 Istanbul 19 Okt: Menteri-menteri luar negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada Ahad menzahirkan solidariti kepada Arab Saudi susulan serangan oleh kumpulan Houthi dan menggesa dialog bagi menyelesaikan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi.
11000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

GOA_L 1️⃣6️⃣ *Putrajaya 19 Okt: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan masih perlu menanggung hutang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk faedahnya, sekali gus menafikan dakwaan semua hutang syarikat pelaburan strategik negara itu sudah diselesaikan.
Perdana Menteri berkata, pembayaran hutang lama perlu diteruskan meskipun kerajaan berusaha mengawal pinjaman baharu dan mengurangkan beban hutang negara menerusi pengurusan fiskal yang lebih berdisiplin.*

GOA_L 1️⃣7️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Malaysia sudah bersiap sedia membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan tanah di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan ketika ini hanya menunggu persetujuan dari Indonesia sebelum memulakan operasi berkenaan. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, memaklumkan Malaysia sebelum ini sudah menawarkan bantuan aset, membabitkan tiga helikopter dan sebuah pesawat, dengan kira-kira 50 anggota.

GOA_L 1️⃣8️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan serta Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin, mengemukakan permohonan baharu untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Menteri Besar dan 16 yang lain. Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban pada 15 Oktober lalu dengan menamakan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), serta enam plaintif dalam pertikaian undang-undang membabitkan DKU.

GOA_L 1️⃣9️⃣ Seremban 19 Okt: Beberapa bekas EXCO Negeri Sembilan memilih tidak mengulas lanjut berhubung tindakan undang-undang baharu yang difailkan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan serta Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin, bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Menteri Besar dan 16 individu lain, hari ini. Bekas EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor, berkata beliau dan rakan-rakannya berpandangan lebih baik tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu buat masa ini.

GOA_L 2️⃣0️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Kementerian Pengangkutan (MOT) diarah menyediakan satu Kertas Kabinet berhubung pendekatan terselaras bagi memperluas pelaksanaan langkah keselamatan motosikal yang sudah terbukti berkesan di peringkat nasional. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penyediaan kertas Kabinet dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu perlu menyatakan keutamaan yang jelas, garis masa pelaksanaan dan hasil yang boleh diukur.

GOA_L 2️⃣1️⃣ Batu Pahat 19 Okt: Pekebun direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana disyaki mengugut sambil mengejar isterinya dengan parang, gara-gara menuduh wanita itu menjalani hubungan dengan lelaki lain. Perintah reman ke atas suspek berusia 42 tahun yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

GOA_L 2️⃣2️⃣ Butterworth 19 Okt: Pesalah jalan raya tegar termasuk golongan yang terbabit dalam aktiviti lumba haram dicadang mengikuti program pemulihan selain dikenakan tindakan penguatkuasaan seperti saman dan penyitaan kenderaan. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, pendekatan pemulihan boleh dipertimbangkan sebagai langkah ketiga selepas penguatkuasaan dan pencegahan, sekiranya kedua-dua pendekatan berkenaan dilihat kurang berkesan dalam menangani masalah itu.

GOA_L 2️⃣3️⃣ Kota Bharu 19 Okt: Polis Kelantan dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung aktivis masyarakat yang didakwa mengganggu ketenteraman awam serta isu berkaitan komuniti Rohingya. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
15000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

Berbekalkan bot gentian kaca, enjin berkuasa tinggi serta beroperasi pada waktu malam, mereka bergerak pantas mengelak radar dan rondaan penguat kuasa demi mengaut keuntungan daripada setiap liter bahan api yang berjaya diseludup.*

GOA_L 8️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Hasrat seorang ahli perniagaan warga Singapura memiliki darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk' lebur selepas dia kerugian RM80,000 akibat ditipu oleh seorang lelaki tempatan, Ogos tahun lalu. Menurut sumber, mangsa berusia 52 tahun pada mulanya mengenali suspek yang mendakwa bergelar 'Datuk' melalui seorang rakan dan mereka berjumpa buat kali pertama di sebuah hotel terkemuka di pusat bandar raya awal Ogos 2025.

GOA_L 9️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Malang berganda apabila dua kali menjadi seorang ejen hartanah menjadi mangsa penipuan scammer menyebabkan kerugian lebih RM79,000. Menurut sumber, lelaki berusia 60-an itu pada mulanya ditipu RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan. "Pada hujung tahun lalu, dia kemudiannya ada melihat iklan perkhidmatan bantuan guaman di Facebook yang boleh membantu mendapatkan semula wang itu.

GOA_L 🔟 Kuala Lumpur 19 Okt: Polis tahan tiga lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kes curi motosikal di sekitar daerah Dang Wangi, di sini, sekali gus membantu menyelesaikan tiga kes lain di kawasan berkenaan. Ketiga lelaki berusia antara 23 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar Jalan Dang Wangi dan Kajang semalam. Ia adalah susulan dan hasil siasatan polis terhadap kes kehilangan sebuah motosikal jenis Honda RS150 yang parkir di Jalan Bukit Bintang, di sini, pada 26 September lalu.

GOA_L 1️⃣1️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Isi rumah berpendapatan sederhana (M40) yang kehilangan pekerjaan atau mengalami kemerosotan pendapatan boleh mengemukakan rayuan untuk penilaian semula kelayakan bantuan. Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata, penerima bantuan boleh membuat rayuan sekiranya status atau keadaan semasa mereka berubah. "Peratusan pengangguran sentiasa dikekalkan kurang daripada empat peratus dan ini satu kejayaan atau komitmen kerajaan.

GOA_L 1️⃣2️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Penulis blog Papagomo sekali lagi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang, hari ini atas pertuduhan menyebut kata hasutan mengaitkan kerajaan pro kepada Israel dan barat, tiga tahun lalu. Hakim Siti Aminah Ghazali memutuskan demikian selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap Papagomo atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris, 43.

GOA_L 1️⃣3️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Sebanyak 239 kes yang memerlukan bantuan kecemasan dan operasi membawa turun pendaki mengalami kecederaan atau ketidakupayaan meneruskan pendakian direkodkan di Gunung Kinabalu bagi tempoh lima tahun bermula 2022 hingga Oktober 2026. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, angka berkenaan menunjukkan keperluan terhadap kesiapsiagaan berterusan pasukan penyelamat di lokasi ikonik yang menjadi kebanggaan Sabah serta daya tarikan pendaki dari dalam dan luar negara itu.

GOA_L 1️⃣4️⃣ Putrajaya 19 Okt: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkembangan kes penahanan 288 individu yang dikaitkan dengan ajaran Ahmadiyah Qadiani. Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang maklumat lanjut dapat diberikan. "Ini soalan baharu, jadi saya kena siasat dulu dan dapatkan maklumat," katanya.

GOA_L 1️⃣5️⃣ Kota Bharu 19 Okt: Aktivis masyarakat, Abbe Hae menyifatkan Kelantan akan dibanjiri pendatang asing tanpa izin (PATI) dan komuniti Rohingya pada tahap membimbangkan jika ia tidak ditangani secara serius dan berkesan. Abbe Hae atau nama sebenarnya Mohd Azhar Mohd Adnan yang juga pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan berkata, dia sendiri mendapat banyak maklumat daripada masyarakat berhubung isu berkenaan terutama komuniti Rohingya.
16000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

20 Okt 2026, 05.22

G🅰️RA🅿️AN 🔛9️⃣ 🅰️L_LI🆖GI

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ & SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA FOLLOWER GOA_L.

SELASA 20 OKTOBER 2026 MASIHI BERSAMAAN 9 JAMADDIL'AWWAL 1448 HIJRAH

LIVE FROM BANDAR SENTOSA KLANG

WAKTU SOLAT DAERAH KLANG/ KUALA LANGAT DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA

IMSAK : 05:39am
SUBUH : 05:49am
SYURUK : 06:56am
ZOHOR : 13:01pm
ASAR : 16:18pm
MAGHRIB : 19:02pm
ISYAK : 20:11pm

artikel disiarkan pada tarikh 19 Okt

harianmetroonline
by:hanipiloiempire
repoterataspokok
since2011

GOA_L DALAM NEGARA
+=+=+=+=+=+=+=+=+=+


GOA_L 1️⃣ Putrajaya 19 Okt: Pelaksanaan reformasi ekonomi secara berperingkat sejak empat tahun lalu membolehkan kerajaan merangka dan membentangkan Belanjawan 2027 berasaskan kedudukan ekonomi negara yang lebih kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global serta tekanan kenaikan harga minyak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata reformasi dilaksanakan kerajaan merangkumi pengukuhan kerangka ekonomi, penyasaran subsidi, penambahbaikan proses perolehan serta pengurusan fiskal bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat diterjemahkan untuk manfaat kepada rakyat.

GOA_L 2️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Semua Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan diminta supaya tidak lagi campur tangan dalam soal Dewan Keadilan dan Undang (DKU) dan institusi raja, sebaliknya memberi tumpuan kepada perkhidmatan untuk rakyat. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan itu berpendirian permasalahan antara undang-undang dan institusi diraja dengan pentadbiran kerajaan mesti dipisahkan.

GOA_L 3️⃣ Klang 19 Okt: Pentadbiran Istana Selangor menyerahkan isu individu menyamar sebagai pengawal peribadi sulit kepada Raja Muda Selangor dengan memperdaya orang ramai kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Istana Alam Shah, Klang berkata, pentadbiran Istana Selangor mengambil maklum dan menerima laporan polis berkaitan individu terbabit.

GOA_L 4️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Tujuh negeri dikesan menjadi lokasi panas penyeludupan diesel dan petrol termasuk barangan kawalan lain berikutan kedudukan geografinya. Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, berdasarkan trend tangkapan dan analisis geografi, kawasan paling terdedah kepada aktiviti penyeludupan adalah negeri yang kedudukannya berhampiran dengan sempadan perairan negara jiran iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina atau memiliki laluan sungai yang banyak ke laut.

GOA_L 5️⃣ Kuala Lumpur 19 Okt: Penduduk yang tidak selesa dengan kehadiran warga asing, termasuk etnik Rohingya yang menyewa di residensi awam dan rumah kos rendah boleh melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Perumahan Negara. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, pihaknya akan turun padang untuk memantau laporan berkenaan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

GOA_L 6️⃣ Putrajaya 19 Okt: Kementerian Pendidikan (KPM) melanjutkan tempoh pengisian markah bagi beberapa pentaksiran persekolahan dalam Sistem Pengurusan Pendidikan Bersepadu (MOEIS) susulan gangguan sesi persekolahan dan pelaksanaan pentaksiran akibat jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini. KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tarikh akhir pengisian markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dan Peperiksaan Akhir Sesi Akademik (PAT/PASA) dilanjutkan selama seminggu, iaitu daripada 21 November kepada 28 November ini.

GOA_L 7️⃣ *Kuala Lumpur 19 Okt: Sindiket penyeludupan diesel dan petrol dilihat aktif menjadikan laut sebagai 'jalan tikus' untuk menyeludup keluar bahan berkenaan dari negara.
42000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

19 Okt 2026, 15.07

KEBALNYA MEREKA..ABBE TERIMA HADIAH SEBUAH PERJUANGAN

Abbe bersama 15 yang lain bermalam di lokap..

Merujuk siaran media Ketua Polis Kelantan yang melibatkan tangkapan 2 lelaki berkait kes samun bukan dari team abbe..

Tahniah pada 3 individu perempuan yang berniaga dan mengajikan warga asing kerana berjaya membuat laporan polis sehingga abbe dan 15 lagi adik adik abbe yang lain bermalam di IPD Kota Bharu..

Petang semalam selesai saja abbe meraikan 3 anak anak angkat abbe dari Machang yang berjaya memperolehi MyKid, abbe dan yang lain lain bergegas ke IPD KB kerana dipanggil untuk memberi keterangan..Abbe sampai di IPD KB jam 3 petang..

Selepas di ambil keterangan abbe sepatutnya ke Jalan PCB untuk membantu seorang warga tua yang hidupnya berteduh disebuah pondok yang sangat kecil yang tidak berdinding..

Bukan sekadar diambil keterangan malah abbe bersama adik adik yang lain terpaksa bermalam di IPD..Abbe tak kisah bermalam di IPD demi sebuah perjuangan untuk anak bangsa abbe..
Apa yang membuat abbe rasa amat terkilan adalah abbe dan 15 yang lain terpaksa dibuat kawad cam dan cop jari 10.

Turut bersama abbe yang ditahan adalah Dato Mizan dari I Sejahtera Malaysia, Tengku Harith Pengurusan Jenazah Pasir Puteh dan Pengasas Pusat Pemulihan Akhlak Dan Dadah Manzilu Rahmah iaitu Ayahanda Paduka Abe Aziz dan 11 lagi yang lain..

3 wanita yang membuat laporan tersebut berada disebalik cermin dan kami 16 orang beratur di kawad cam seolah olah kami ini penjenayah besar..Tahniah kerana kalian dah rasa puashati dan gembira kerana mengenakan kami..Salah seorang dari kalian bersuamikan lelaki warga asing..

Disebalik cermin itu adalah mereka yang melanggar undang undang tapi kami yang dilabelkan sebagai pesalah..

Tapi jangan gembira sangat dik....Jerat tidak pernah lupakan PELANDUK..Kesalahan jelas yang kalian buat telah adik adik abbe rakam semalam dikedai kalian semasa kami meringkup dalam lokap..Kalian tunggu masa dan ketika untuk kalian lagi rasa gembira..

Rakaman tersebut 17hb Oktober jam 8 malam menunjukkan kaunter kedai kalian dijaga oleh warga asing ..Sama ada mereka pekerja kalian atau kalian ali babakan lesen kalian..

Abbe sebenarnya kesian untuk mengambil tindakan undang undang terhadap kalian tapi tengok dululah macam mana..Abbe akan fikir dulu..Beberapa peguam dah pun bersedia untuk abbe tekan button hijau..

Abbe yakin kalian pasti tak mampu untuk membayar saman penat abbe dan adik adik abbe bermalam dalam lokap..Penat juga tau bermalam dalam lokap ni..Panas dan nyamuk lagi tau..

Kalian jangan rasa kalian ada kabel besar dengan pihak yang melindungi kalian..Abbe bukan seperti kalian yang ada kabel besar..Abbe hanya insan kerdil yang tiada apa apa kabel..

12 tengahari ni 18 Oktober sebelum dibebaskan tekanan terus dibuat sehingga semua alat perhubungan dirampas..Ada mainan dalam kes ini..Hebatnya kalian dan warga asing dibumi Kelantan dan Malaysia..

Jutaan terima kasih kepada pegawai pegawai bahagian jenayah IPD Kota Bharu yang memberi layanan yang baik semasa menjalankan tugas..

ABBE MOHON JANGAN DIKECAM PEGAWAI YANG BERTUGAS.. MEREKA HANYA MENGIKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN..

https://abbehaeshop.com/
116000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

06 Sep 2026, 09.41

Innalillahi wainnailai hirojiun..

Ustaz Halim Din meninggal dunia..

Shah Alam: Pendakwah bebas, Ustaz Halim Din meninggal dunia di Hospital Shah Alam jam 11.55 malam tadi.

Berita sedih itu dikongsikan Maahad Tahfiz Al Khalidiah (MATAK) menerusi hantaran di Facebook.

"Dengan dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Abdul Halim bin Din telah kembali ke rahmatullah Pada pukul 11:55 malam (5 September 2026) di Hospital Shah Alam," katanya.

Menurut hantaran itu, solat jenazah akan dilakukan selepas solat Zohor di Surau Bukit Kuda, Klang dekat sini.

Di dalam hantaran sama, pihak pusat pengajian itu turut memohon semua ahli keluarga dapat sama-sama berdoa agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, merahmati dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Terdahulu, kesihatan Allahyarham dilaporkan semakin merosot sejak awal Julai lalu.

Di ruangan komen, orang ramai menyifatkan kehilangan Allahyarham yang juga pengerusi maahad terbabit sebagai kehilangan besar.
34001
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

06 Sep 2026, 09.41

Video
Macam mana boleh bagi 𝗉𝗎𝖺𝗄 𝗁𝖺𝗇𝗒𝗎𝗍 rohingnya bawa kereta?

Siap hon² himpit² siap main brek lagi tu,𝖽𝖺𝗁 𝗆𝖼𝗆 𝗌𝖺𝗄𝖺𝗂 dia main cucuk² belakang orang jerit suruh berhenti dia bagi jari tengah 😒🤬

𝖬𝖺𝗇𝖺 𝗣𝗗𝗥𝗠 , 𝖯𝗈𝗅𝗂𝗌 𝖳𝗋𝖺𝖿𝗂𝗄 , 𝗝𝗣𝗝 𝗍𝖺𝗄 𝗉𝖺𝗇𝗍𝖺𝗎 𝗃𝖺𝗅𝖺𝗇𝗋𝖺𝗒𝖺 𝗄𝖾⁉️
37000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

06 Sep 2026, 09.41

Photo
WANITA CEMAS DIKEJAR DAN DIKEPUNG BELIA

JOHOR. Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila keretanya didakwa dikejar dan dikepung beberapa penunggang motosikal di sekitar Taman Universiti, Skudai.

Kejadian dipercayai bermula selepas seorang penunggang mendakwa motosikalnya dilanggar kereta wanita itu, sebelum rakannya menghampiri kenderaan berkenaan dan meminta bayaran ganti rugi.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa tiada sebarang pelanggaran berlaku, malah percaya penunggang terbabit sengaja mengambil kedudukan di hadapan, tengah dan belakang kereta bagi memaksanya berhenti.

Bimbang akan keselamatannya, wanita itu membunyikan hon untuk meminta bantuan orang awam sebelum menuju ke balai polis berhampiran. Detik berkenaan dirakam kamera papan pemuka bertarikh 2 September 2026.

Abang pengadu mengesahkan laporan polis sudah dibuat dan rakaman berkenaan diserahkan bagi membantu siasatan.
32000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

06 Sep 2026, 09.41

Photo
Ado Rkn Sahabat Yng Nk Blk Gmh Tp Tesalah Gmh Musim2 Jegobu Ni Tk🤣🤣🤣
33001
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

06 Sep 2026, 09.41

Photo
PerakDarulRidzuan
6Sept2026
9:22Pagi

Sungai siput muhibah muka tengok petronas Trafik bikin block

PBRC10🍼
32000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

06 Sep 2026, 09.41

9.20am ( 3/16 )
PNG
Exit Queensbay Mall After
Summerton Roundabout
To Jerejak Jetty Infront
Quay West Condominium
32000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

06 Sep 2026, 09.41

Pasukan penyelamat Nepal berjaya mengeluarkan seorang pekerja hidrokuasa warga China dan seorang wanita Nepal dalam keadaan hidup daripada runtuhan akibat banjir besar yang melanda negara itu, ketika operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan ribuan individu yang dilaporkan hilang.

Lu Haitao, seorang pekerja projek hidrokuasa, diselamatkan pada Sabtu selepas ditemui kira-kira 225 meter di dalam terowong yang ditenggelami banjir di daerah Rasuwa, kawasan pergunungan di utara Kathmandu.

Berita penuh di:
https://www.astroawani.com/berita-dunia/dua-mangsa-ditemukan-hidup-selepas-11-hari-terperangkap-dalam-bencana-banjir-nepal

#AWANInews
32000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

06 Sep 2026, 09.41

Afrika tak pernah kecil. Peta kita yang buat ia nampak begitu.

Hakikatnya, keluasan Afrika kira-kira 14 kali ganda Greenland. PBB menggalakkan Equal Earth, bukan mengharamkan Mercator.

Tapi saiz tepat belum menjawab semuanya. Kalau Palestin tidak dilabel, persoalan representasi masih ada.

Swipe untuk faham bagaimana peta dunia dilukis mempengaruhi cara kita memahaminya. #AWANInews
29000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

29 Apr 2026, 11.58

Video
Pemandu e-hailing didakwa memandu sambil layan tiktok, membahayakan penumpang

Kredit video : hajvr_
56000
Buletin Info 1 Malaysia logo
Buletin Info 1 Malaysia

29 Apr 2026, 11.58

Photo
9:30am ( 3 )
PNG/SPT: ( Prai )
Perai Roudabout To
Taman Nagasari Opposite
Honeywell/Mattel Factory🏭
54000

Showing 30 of 47 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram Buletin Info 1 Malaysia tentang apa?+

Buletin Info 1 Malaysia (@buletininfo1malaysia) adalah channel Telegram di kategori Berita Terkini di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 2.748 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan Buletin Info 1 Malaysia (@buletininfo1malaysia)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @buletininfo1malaysia gratis.

Apakah Buletin Info 1 Malaysia channel Berita Terkini yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan Buletin Info 1 Malaysia sebelum bergabung. Saat ini sekitar 2.748 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Berita Terkini serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan Buletin Info 1 Malaysia?+

Di tgdio, buka halaman @buletininfo1malaysia untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.