1) Mengenali hak bagi pemiliknya
Apabila kamu memasuki sebuah rumah, masjid, bandar, atau menziarahi sekolah, institusi, atau mana-mana lokasi, maka kamu perlu untuk mengetahui hak-hak orang lain. Janganlah kamu berbicara melainkan dengan izin.
Sekiranya kamu diizinkan, maka ucapkanlah penghargaan dan pujianmu kepada orang yang mengizinkanmu, serta ucapkanlah terima kasih kepada para hadirin atas kesudian mendengar dengan peka.
2) Adab apabila dihalang berbicara
Sekiranya kamu dilarang daripada bercakap, maka terimalah perkara itu dengan tenang dan cubalah meyakinkan mereka untuk menerima pelawaanmu.
Namun, jika kamu melihat keadaan tetap tidak memihak kepadamu, biarkanlah mereka dan beradablah ketika keluar dan ucapkan selamat tinggal.
3) Adab ketika meninggalkan majlis
Janganlah waktu keluarmu itu ketika waktu solat, atau kamu keluar tanpa mengucapkan selamat tinggal dan salam.
Ketahuilah bahawa apa yang berlaku kepadamu hari ini akibat layanan buruk mereka, akan kamu capai kelak asbab kerana akhlak yang baik.
– Bab: Syarat Umum buat Pendakwah, daripada kitab: Fiqh al-Da'wah fi al-Marhalah al-Mu'asirah (Strategi Berdakwah pada Era Moden), al-Marhum al-Habib Abu Bakar al-Adni bin Ali al-Masyhur.
–