
Walaupun baru berusia 10 dan 12 tahun, dua murid dari SK Pendang, Kedah ini sudah membuktikan bahawa idea untuk mengubah komuniti boleh bermula dengan memerhati dan peka dengan masalah di sekeliling kita.
Menerusi projek BIN-AIQ, mereka membangunkan tong sampah pintar berasaskan AI yang membantu murid mengenal pasti dan mengasingkan sampah dengan lebih baik.
Projek ini merupakan antara penerima anugerah EMAS dalam Pertandingan Inovasi STEM #AIBolehCode 2026 anjuran Future Skills for All (FS4A). 🏆
Nak cipta inovasi sendiri? Tak perlu tunggu besar untuk mula berfikir seperti seorang pencipta.
Jika mereka boleh, anda juga boleh! Jom terokai pembelajaran kendiri percuma di portal FS4A dan mula cipta sesuatu yang bermakna untuk komuniti anda.
🔗 Layari futureskills.moe-dl.edu.my
🔗 Baca berita lanjut https://www.instagram.com/p/DejQKV4FGRZ/?psln=MWFwc3VlMTVwOHJteg==









