Himpunan Fikrah Ilmiah Channel🍀🤍 Telegram channel photo

Himpunan Fikrah Ilmiah Channel🍀🤍

program mingguan sama ada podcast, muzakarah, muhasabah dan tadabbur quran & ta'lim hadis. fikrah itu ibarat koko. koko itu asalnya pahit, tapi dengan menghimpunkan ia bersama bahan² yg lain, maka terhasillah rasa yg manis🫰❤️

PodcastIndonesiaIndonesia

36

Last views

253 (253 subscribers)
Anggota
—
Rating
30
Total Posts
Oct 18, 2026, 1:38 AM
Diperbarui
May 13, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameHimpunan Fikrah Ilmiah Channel🍀🤍
Username@himpunanfikrahilmiahchannel
CategoryPodcast
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota253
Channel TypePublic Channel
Created13 Mei 2026
Last Updated18 Okt 2026 • 6 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#233249+195
Peringkat Bahasa
#984Tidak ada perubahan
Peringkat Kategori
#870+1

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 25330 Days growth: -10.4%
09/1809/2309/2810/0310/0810/1310/17
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
18:09:2026254
19:09:2026254
20:09:2026255
21:09:2026255
22:09:2026255
23:09:2026255
24:09:2026255
25:09:2026255
26:09:2026255
27:09:2026255
28:09:2026255
29:09:2026255
30:09:2026255
01:10:2026255
02:10:2026255
03:10:2026255
04:10:2026255
05:10:2026255
06:10:2026255
07:10:2026255
08:10:2026255
09:10:2026255
10:10:2026255
11:10:2026255
12:10:2026255
13:10:2026255
14:10:2026255
15:10:2026255
16:10:2026255
17:10:2026253
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 11:05:2026141
Week of 18:05:2026141
Week of 25:05:2026141
Week of 01:06:2026141
Week of 08:06:2026141
Week of 15:06:2026141
Week of 22:06:2026141
Week of 29:06:2026141
Week of 06:07:2026238
Week of 13:07:2026238
Week of 20:07:2026238
Week of 27:07:2026238
Week of 03:08:2026238
Week of 10:08:2026238
Week of 17:08:2026253
Week of 24:08:2026253
Week of 31:08:2026254
Week of 07:09:2026254
Week of 14:09:2026255
Week of 21:09:2026255
Week of 28:09:2026255
Week of 05:10:2026255
Week of 12:10:2026253
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
May 2026141
June 2026141
July 2026238
August 2026253
September 2026255
October 2026253
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
2026253

Postingan Terbaru

Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup Diredhai

عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi " (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.

2. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib di amalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini.

3. Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.

عن جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم قال اَلقُرْءَانُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ

Dari Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka” (HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis Sahih

4. Al-Sunnah adalah penjelas bagi Al-Qur-an yang diturunkan kepada Rasulullah. Al-Sunnah adalah jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah sama ada percakapan, perbuatan mahupun perakuan.

5. Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami asas ibadah yang diterangkan dalam al-quran serta dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan oleh Rasulullah seperti muamalah, jinayat, akhlak, pentadbiran dan lain-lain.

Marilah kita memastikan dua pusaka ini kita pelajari, fahami dan mengamalkannya sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW.
36001
Malam Jumaat & Hari Jumaat

Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal.”
(HR. Muslim no. 809)

Dari An Nawas bin Sam’an, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa di antara kalian mendapati zamannya Dajjal, bacalah awal-awal surah Al Kahfi.”
(HR. Muslim no. 2937)

Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal.”
(HR. Ahmad 6: 446)

Dalam hadis dari Abu Sa’id Al Khudri disebutkan Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.”
(HR. Ad Darimi 2: 546)

Juga dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR. Al Baihaqi)

Terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi secara keseluruhannya pada hari jumaat akan dipancarkan cahaya untuknya antara 2 jumaat, ini berdasarkan hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ

Maksudnya : "Sesiapa yang membaca surah Al kahfi pada hari jumaat Allah akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua jumaat."

Dalam hadis lain juga ada menyebut barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi maka akan dipelihara daripada fitnah dajjal sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Darda’, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya : "Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal Surah Al-Kahfi, dia akan dipelihara daripada dajjal."
24001
Keluarga Imran Dalam al-Quran
===========
1. Allah memilih untuk menampilkan kisah keluarga Imran sebagai contoh keluarga yang soleh dalam al-Quran. Imran adalah bapa kepada Saidatina Maryam. Menurut Ibn Asyur, beliau adalah di antara lelaki yang soleh dikalangan Bani Israel. (al-Tahrir wa al-Tanwir, 3/84)

2. Bukan sahaja Imran, isteri beliau turut digambarkan sebagai ibu dan isteri yang solehah. Ini dapat difahami melalui dialog (doa) beliau ketika mengandungkan Maryam. Isteri Imran bernazar agar anak yang dikandungnya menjadi seorang yang melindungi agama mengabdikan dirinya hanya untuk Allah. (al-Tabari, Jami’ al-Bayan).

3. Berkat doa ibu yang solehah serta ayah yang soleh, mereka dikurniakan anak yang solehah iaitu Maryam. Bukan itu sahaja, Allah menyusun agar guru yang mendidik Maryam juga adalah seorang yang soleh, iaitu Nabi Zakaria (surah Ali Imran: 37).

4. Kisah ringkas dalam Quran ini menggambarkan kepentingan sinergi gabungan peranan ibubapa dan guru dalam membesar, mendidik serta menghasilkan pelajar yang baik. Walaupun diuji dengan ujian yang amat sukar, Maryam berjaya melalui ujian ini dengan tenang.

5. Kehebatan keluarga ini menjadikan nama mereka dipatrikan sebagai salah satu nama surah di dalam al-Quran, iaitu surah Ali Imran. Menariknya disini, Allah turut menampilkan juga contoh keluarga yang tidak baik, yang berlawanan dengan kisah keluarga Imran.

6. Allah mengkhususkan satu surah untuk keluarga Abu Lahab, menggambarkan kedudukan mereka sebagai contoh keluarga yang teruk di dalam al-Quran. Surah ini dimulakan dengan lafaz “cilaka” (tabbat) buat Abu Lahab kerana bukan sahaja memusuhi Islam dan menyakiti Rasulullah, malah isteri serta anak mereka turut membantu dalam perkara ini.

7. Ummu Jamil, isteri Abu Lahab dikatakan bukan sahaja mencaci Rasulullah, malah menabur duri dijalan yang dilalui Rasulullah. Anak mereka yang berkahwin dengan puteri Rasulullah, Utbah (yang berkahwin dengan Ruqaiyah) serta Utaybah (yang berkahwin dengan Ummu Kalthum) disuruh pula menceraikan isteri mereka (iaitu anak-anak Rasulullah).

8. Kejahatan Abu Lahab serta ahli keluarga mereka dalam memerangi Islam diabadikan di dalam al-Quran di dalam satu surah khas, sebagai pedoman buat Muslim.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

myhadithtime.com
47002
Malam Jumaat & Hari Jumaat

Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal.”
(HR. Muslim no. 809)

Dari An Nawas bin Sam’an, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa di antara kalian mendapati zamannya Dajjal, bacalah awal-awal surah Al Kahfi.”
(HR. Muslim no. 2937)

Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal.”
(HR. Ahmad 6: 446)

Dalam hadis dari Abu Sa’id Al Khudri disebutkan Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.”
(HR. Ad Darimi 2: 546)

Juga dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR. Al Baihaqi)

Terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi secara keseluruhannya pada hari jumaat akan dipancarkan cahaya untuknya antara 2 jumaat, ini berdasarkan hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ

Maksudnya : "Sesiapa yang membaca surah Al kahfi pada hari jumaat Allah akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua jumaat."

Dalam hadis lain juga ada menyebut barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi maka akan dipelihara daripada fitnah dajjal sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Darda’, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya : "Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal Surah Al-Kahfi, dia akan dipelihara daripada dajjal."
71002
Photo1/2
Maybe life feels harder than you ever imagined…
Maybe you are exhausted and still cannot see the end of these difficult days. But Allah did not say that ease comes only “after” hardship. He says:
“Surely, with hardship comes ease.”
Even in the middle of your struggle, a path toward relief is already unfolding—although you may not see it yet. Be patient a little longer, take the next step, and trust the promise that never fails. 🤍
Save this verse for the difficult days.

Quran Talks. Join to listen.
📖 @QuranTalks365
131003
Video
Selamat Hari Malaysia semua. Kita mungkin berbeza bangsa, budaya dan bahasa, tapi hati kita tetap bersatu demi Malaysia tercinta. Kesatuan inilah yang menjadikan kita kuat, maju dan dihormati.

UstazLah 🌹
#ustazlah #ustazlahofficial #harimalaysia #doa #fyp #lambangcintaabadi #Malaysia #fyp
138001
Malam Jumaat & Hari Jumaat

Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal.”
(HR. Muslim no. 809)

Dari An Nawas bin Sam’an, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa di antara kalian mendapati zamannya Dajjal, bacalah awal-awal surah Al Kahfi.”
(HR. Muslim no. 2937)

Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal.”
(HR. Ahmad 6: 446)

Dalam hadis dari Abu Sa’id Al Khudri disebutkan Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.”
(HR. Ad Darimi 2: 546)

Juga dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.”
(HR. Al Baihaqi)

Terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi secara keseluruhannya pada hari jumaat akan dipancarkan cahaya untuknya antara 2 jumaat, ini berdasarkan hadis daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ

Maksudnya : "Sesiapa yang membaca surah Al kahfi pada hari jumaat Allah akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua jumaat."

Dalam hadis lain juga ada menyebut barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi maka akan dipelihara daripada fitnah dajjal sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Darda’, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya : "Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal Surah Al-Kahfi, dia akan dipelihara daripada dajjal."
28000
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sabar Ketika Bersama Manusia

عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ إِذَا كَانَ مُخَالِطًا النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ خَيْرٌ مِنْ الْمُسْلِمِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ
قَالَ أَبُو عِيسَى قَالَ ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ كَانَ شُعْبَةُ يَرَى أَنَّهُ ابْنُ عُمَرَ

Daripada Yahya bin Watsab dari seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Seorang muslim yang bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar terhadap gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar terhadap gangguan mereka." Ibnu Abi Adi berkata: Syu'bah berpendapat syeikh yang dimaksudkan itu adalah Ibnu Umar. (HR Tirmizi No: 507) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.    Sifat sabar adalah tuntutan Iman yang perlu ada pada setiap Muslim

2.    Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat bukan Islam atau masyarakat yang tidak menghayati Islam adalah suatu yang dipuji oleh Islam. Kehadirannya menjadi sumber peluang bagi memperoleh kebaikan yang banyak bagi sesiapa yang bersifat positif dan mahu meraihnya.

3.    Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat adalah suatu keperluan untuk merebut peluang berperanan memperbaiki masyarakat. Peluang untuk menyebarkan dakwah, menjadi pengislah kepada kejahilan dan kejahatan. Melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar memerlukan kesabaran.

4.    Berada di tengah-tengah kelompok manusia yang pelbagai ragam, melakukan engagement dengan semua golongan dan kaum, Islam dan bukan Islam, pastilah akan menghadapi pelbagai kerenah, kejahatan dan kesulitan. Bersabar dan berakhlak mulia terhadap mereka adalah amalan terpuji.

5.    Muslim yang ingin ganjaran besar di sisi Allah akan menghadapi semua golongan masyarakat, Islam dan bukan Islam atau pelaku maksiat ketika mengauli mereka dengan sifat RAHMAH bukan kebencian, permusuhan dan perkauman.

6.    Bersabar menghadapi pelbagai kerenah kelompok semasa engagement dilakukan akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah. Ibn Hajar menjelaskan bahawa bersabar terhadap gangguan merupakan satu bentuk jihad melawan nafsu, kerana jiwa manusia secara semula jadi merasa sakit apabila dihina atau diperlakukan secara buruk.

7.    Mereka yang memilih untuk berada di luar dari tengah-tengah manusia atau di luar dari tengah-tengah kejahatan, tidak seharusnya merasa dirinya lebih suci dari mereka yang yang berada di tengah-tengah manusia dan kejahatan. Namun bergaul lebih baik apabila membawa manfaat, manakala menjauhkan diri lebih selamat apabila seseorang bimbang agamanya rosak.

8.    Hadis ini bukan perintah supaya seseorang terus berada dalam persekitaran yang merosakkan iman atau membahayakan dirinya. Pergaulan diutamakan apabila membawa manfaat dan seseorang mampu menjaga agamanya. Pengasingan pula boleh dipilih apabila ia lebih selamat daripada fitnah atau kemudaratan.

9.    Penting bagi Muslim untuk mempertingkatkan amal-amal peribadinya secara konsisten agar menjadi qudwah kepada orang lain dan menjadi benteng terpengaruh dengan kejahatan juga keburukan mereka.

http://telegram.me/hadisharian_ikram
56002
LUASNYA NIKMAT ALLAH

Tidak ada yang lebih menyayangi dan mencintai kita selain Rabb kita.

Tidak ada yang lebih mengetahui gundah-gulana dan kesusahan kita kecuali Rabb kita.

Dan tidak ada yang mampu memudahkan urusan dan mengangkat derita dan kesulitan kita melainkan Rabb kita.

Saat kita sakit, dosa diampunkan Allah. Saat dizalimi, doa kita diangkat. Saat kita bersyukur, nikmat ditambah. Saat kita meminta, Allah kabulkan. Saat kita bertaubat, Allah maafkan. Saat kita berbuat dosa, Allah tutup aib kita.

Firman Allah SWT: "Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan?"
(Ar-Rahman: 13)
38000
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sabar Ketika Bersama Manusia

عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ إِذَا كَانَ مُخَالِطًا النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ خَيْرٌ مِنْ الْمُسْلِمِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ
قَالَ أَبُو عِيسَى قَالَ ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ كَانَ شُعْبَةُ يَرَى أَنَّهُ ابْنُ عُمَرَ

Daripada Yahya bin Watsab dari seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Seorang muslim yang bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar terhadap gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar terhadap gangguan mereka." Ibnu Abi Adi berkata: Syu'bah berpendapat syeikh yang dimaksudkan itu adalah Ibnu Umar. (HR Tirmizi No: 507) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.    Sifat sabar adalah tuntutan Iman yang perlu ada pada setiap Muslim

2.    Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat bukan Islam atau masyarakat yang tidak menghayati Islam adalah suatu yang dipuji oleh Islam. Kehadirannya menjadi sumber peluang bagi memperoleh kebaikan yang banyak bagi sesiapa yang bersifat positif dan mahu meraihnya.

3.    Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat adalah suatu keperluan untuk merebut peluang berperanan memperbaiki masyarakat. Peluang untuk menyebarkan dakwah, menjadi pengislah kepada kejahilan dan kejahatan. Melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar memerlukan kesabaran.

4.    Berada di tengah-tengah kelompok manusia yang pelbagai ragam, melakukan engagement dengan semua golongan dan kaum, Islam dan bukan Islam, pastilah akan menghadapi pelbagai kerenah, kejahatan dan kesulitan. Bersabar dan berakhlak mulia terhadap mereka adalah amalan terpuji.

5.    Muslim yang ingin ganjaran besar di sisi Allah akan menghadapi semua golongan masyarakat, Islam dan bukan Islam atau pelaku maksiat ketika mengauli mereka dengan sifat RAHMAH bukan kebencian, permusuhan dan perkauman.

6.    Bersabar menghadapi pelbagai kerenah kelompok semasa engagement dilakukan akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah. Ibn Hajar menjelaskan bahawa bersabar terhadap gangguan merupakan satu bentuk jihad melawan nafsu, kerana jiwa manusia secara semula jadi merasa sakit apabila dihina atau diperlakukan secara buruk.

7.    Mereka yang memilih untuk berada di luar dari tengah-tengah manusia atau di luar dari tengah-tengah kejahatan, tidak seharusnya merasa dirinya lebih suci dari mereka yang yang berada di tengah-tengah manusia dan kejahatan. Namun bergaul lebih baik apabila membawa manfaat, manakala menjauhkan diri lebih selamat apabila seseorang bimbang agamanya rosak.

8.    Hadis ini bukan perintah supaya seseorang terus berada dalam persekitaran yang merosakkan iman atau membahayakan dirinya. Pergaulan diutamakan apabila membawa manfaat dan seseorang mampu menjaga agamanya. Pengasingan pula boleh dipilih apabila ia lebih selamat daripada fitnah atau kemudaratan.

9.    Penting bagi Muslim untuk mempertingkatkan amal-amal peribadinya secara konsisten agar menjadi qudwah kepada orang lain dan menjadi benteng terpengaruh dengan kejahatan juga keburukan mereka.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026
"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

28hb Safar 1448H
12hb Ogos 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
http://telegram.me/hadisharian_ikram
41100
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tiga Dosa Disegerakan Balasannya Didunia

حَدَّثَنَا بَكَّارُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ‏:‏ كُلُّ ذُنُوبٍ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مِنْهَا مَا شَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، إِلاَّ الْبَغْيَ، وَعُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ، أَوْ قَطِيعَةَ الرَّحِمِ، يُعَجِّلُ لِصَاحِبِهَا فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الْمَوْتِ

Daripada Bakkār bin ‘Abd al-‘Azīz, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: " Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali perbuatan zalim (melampaui batas), derhaka kepada kedua ibu bapa, dan memutuskan silaturahim. Sesungguhnya Allah akan segerakan hukuman ke atas pelakunya di dunia sebelum kematiannya." (HR Abu Daud No: 4902) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.    Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, hadis ini menunjukkan bahawa Allah Maha Pengampun, dan banyak dosa manusia ditangguhkan balasannya hingga hari kiamat kecuali beberapa dosa berat yang tidak akan ditangguhkan  malah akan disegerakan azab atau bala di dunia.

2.    Tiga Dosa yang disegerakan balasannya semasa didunia
i) الْبَغْي – Kezaliman termasuk menindas orang lain, mengambil hak tanpa izin dan menganiaya atau menyakiti orang lain

ii) عُقُوق الْوَالِدَيْن – Derhaka kepada Ibu Bapa termasuk menyakiti, mengabaikan, tidak menghormati ibu bapa, bercakap kasar, meninggikan suara, enggan membantu, serta memalukan mereka

iii) قَطِيعَة الرَّحِم – Memutuskan Silaturahim dengan keluarga

3.    Dosa yang melibatkan hak manusia lain (seperti kezaliman, derhaka, dan memutuskan silaturahim) lebih berat kesannya, kerana ia merosakkan hubungan sosial dan kekeluargaan.

4.    Kezaliman terhadap sesama manusia adalah antara dosa yang Allah sangat murka, dan boleh menyebabkan kehancuran hidup, kehilangan berkat, atau ditimpa bala secara langsung.

5.    Hormat dan taat kepada ibu bapa adalah perintah Allah, dan kedurhakaan membawa kesan langsung dalam kehidupan, seperti rezeki disekat, hati tidak tenang, dan umur tidak diberkati.

6.    Memelihara hubungan kekeluargaan membawa keberkatan umur dan rezeki, manakala memutuskannya membawa kesempitan hidup dan kemurkaan Allah.

7.    Hadis ini memberi amaran dan juga peluang  bahawa selama belum mati, masih ada ruang untuk bertaubat dan memperbaiki kesalahan. Tidak semua dosa menunggu hari pembalasan. Ada dosa yang dibalas segera di dunia, seperti hidup susah, tidak diberkati, dihina, tidak tenang, ditimpa bala dan sebagainya.


http://telegram.me/hadisharian_ikram
60001
Kalau nak rasa manis dalam beribadah, kena kurangkan cinta kepada dunia. Tak salah nak kejar rezeki di dunia, tapi jangan tanamkan dunia itu tujuan utama hidup.

Bishr al-Hafi kata:

لَا يَجِدُ مَنْ يُحِبُّ الدُّنْيَا حَلَاوَةَ الْعِبَادَةِ

"Sesiapa yang mencintai dunia, tidak menemui kemanisan beribadah" [al-Zuhd al-Kabir, 1/134]

#FawaidUlama
57003
Aisyah R.Anha, Nabi SAW bersabda:

خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِي الْحَرَمِ الْفَأْرَةُ وَالْعَقْرَبُ وَالْحُدَيَّا وَالْغُرَابُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ

“Lima haiwan fasiq dan boleh dibunuh di tanah haram iaitu:
1. tikus 🐁
2. kala jengking 🦂
3. burung helang 🦅
4. burung gagak 🐦‍⬛dan
5. anjing gila atau ganas. 🐕

Riwayat al-Bukhari (3314) dan Muslim (1198)
58000
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Saling Berkasih Sayang Dengan Menyebarkan Salam

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman. Dan kamu tidak dikatakan benar-benar beriman sehingga kamu saling berkasih sayang. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu amalan yang apabila kamu melakukannya, nescaya kamu akan saling berkasih sayang? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam di antara kamu.” (HR Muslim No: 54) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.    Syurga hanya untuk orang yang beriman

2.    Satu daripada syarat iman yang sempurna ialah saling menyayangi sesama Muslim.

3.    Menurut Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim, syarat utama untuk masuk syurga ialah iman yang sempurna. Namun, iman itu tidak akan sempurna melainkan dengan adanya kasih sayang sesama Muslim.

4.    Kasih sayang yang dimaksudkan bukan hanya perasaan di hati, tetapi dizahirkan dengan perbuatan seperti memberi salam, membantu, mendoakan, dan menjaga hak-hak persaudaraan.

5.    Tuntutan menyebarkan salam apabila bertemu sesama Muslim sama ada orang yang kita kenal atau tidak. Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash RA berkata:

أنَّ رجلًا سأَل النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : أيُّ الإسلامِ خيرٌ ؟ قال : تُطعِمُ الطعامَ، وتَقرَأُ السلامَ، على مَن عرَفتَ، وعلى مَن لم تَعرِفْ

“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. [HR Muslim, no 56]

6.    Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebut bahawa amalan memberi salam adalah kunci kepada perhubungan hati. Salam bukan sekadar ucapan, tetapi doa keselamatan dan kesejahteraan bagi saudaranya.

7.    Menyebarkan salam ialah sunnah Rasulullah SAW yang menjadi kunci kepada pembinaan ukhuwah.

8.    Ucapan Salam menumbuhkan rasa cinta, menghilangkan kebencian, mengeratkan silaturahim, dan memupuk suasana aman dalam masyarakat.

9.    Setiap Muslim hendaklah menjadikan ucapan Assalamualaikum sebagai budaya harian yang diucapkan dengan ikhlas, kerana di sebalik lafaz yang ringkas itu terkandung doa, penghormatan, keamanan dan benih ukhuwah yang mampu menyatukan hati serta mengukuhkan perpaduan umat.

http://telegram.me/hadisharian_ikram
88001
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Orang Yang Enggan Masuk Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan, " Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?" Nabi bersabda: "Sesiapa yang taat kepadaku akan masuk syurga dan sesiapa yang mendurhakaiku sesungguhnya dialah orang yang enggan (untuk masuk syurga)." (HR Bukhari No: 6737) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.    Setiap umat Nabi Muhammad SAW akan masuk ke syurga dengan syarat mentaati dan mengikuti apa yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala yang dilarang.

2.    Taat dan patuh kepada Nabi SAW itu antaranya dengan mentauhidkan Allah serta istiqamah dalam melaksanakan syariat Allah seperti menunaikan solat, mengeluarkan zakat, melaksanakan puasa Ramadhan, berbakti kepada kedua orang tua, menjaga dari perkara yang haram seperti perbuatan zina, minum yang memabukkan, serta melakukan perkara haram yang lain.

3.    Ibn Hajar al-‘Asqalānī dalam Fath al-Bārī menegaskan bahawa enggan dalam hadis ini bukan bermaksud seseorang secara terang-terangan menolak syurga, tetapi ia bermaksud menolak ketaatan yang menjadi syarat untuk masuk syurga.

4.    Orang yang enggan dan tidak mahu mentaati syariat yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW adalah orang yang enggan untuk masuk syurga. Orang tersebut mencegah dirinya untuk masuk ke dalam syurga dengan melakukan amal keburukan dan meninggalkan syariat yang diwajibkan.

5.    Sunnah ialah jalan menuju syurga. Al-Qadi 'Iyad menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah menunjukkan segala jalan menuju syurga melalui akidah yang sahih; ibadah yang benar; akhlak yang mulia; muamalat yang adil; serta larangan terhadap segala bentuk maksiat. Oleh itu, sesiapa yang meninggalkan petunjuk Baginda sebenarnya memilih jalan yang berbeza daripada jalan menuju syurga.

6.    Wajib bagi setiap muslim untuk mentaati segala perintah Allah, serta mengikuti Nabi Muhammad SAW dalam setiap syariat yang baginda bawa. Firman Allah:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya” (Al Hasyr: 7)

7.    Syurga adalah ganjaran yang Allah janjikan kepada umat Islam, namun ia tidak dicapai dengan angan-angan, tetapi dengan ketaatan kepada Rasulullah SAW. Meninggalkan sunnah dan melakukan maksiat secara sengaja adalah tanda keengganan terhadap rahmat Allah.

Marilah kita sempena bulan Maulidurasul ini menjadi orang yang akan masuk syurga bukan orang yang enggan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448
Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026
"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

05hb Rabiulawal 1448H
18hb Ogos 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
151003
🕌AMAL YANG PALING UTAMA🕌

Rasulullah bersabda : " SHALAT PADA WAKTUNYA... "
📗 Hadits SHAHIH, Daripada Ibnu Mas'ud: Riwayat At-Tirmidzi (158).

🍂🌼 WAKTU SHALAT🌼🍂

▬▬▬▬▬▬•◇✿◇•▬▬▬▬▬▬

🌏 Hari : SELASA (الثلاثاء )
🗓 Tarikh : 24/Z.QAEDAH/1447 H.
🗓 Bersamaan: 12/MEI/2026 M.
🌻🌻🌻🌻🕌🕋🕌🌻🌻🌻🌻

🇲🇾 BANDAR² UTAMA 🇲🇾

🌺 ASAR (العصر) 🌺

🌆👉🏼J.Bahru 4:25
🌆👉🏼Kuantan 4:28 🌆👉🏼K.Tnggnu 4:27
🌆👉🏼K.Bharu 4:30 🌆👉🏼B.Melaka 4:32
🌆👉🏼Seremban 4:33
🌆👉🏼Ptra.Jaya 4.34
🌆👉🏼W/P KL 4:34
🌆👉🏼S.Alam 4:34
🌆👉🏼Ipoh 4:36
🌆👉🏼A.Star 4:37
🌆👉🏼P. Pinang 4:38
🌆👉🏼Kangar 4:38
🌆👉🏼Labuan 3:38
🌆👉🏼K.Kinabalu 3:35
🌆👉🏼Kuching 4:00
🌆👉🏼Brunei 3:38
🌆👉🏼S'pura 4:25
🌆👉🏼Jakarta 3:13

••●❁◎✾☆🍁☆✾◎❁●••

┏🗒️✒️🍂 ━━━━━━━━━┓
© ILMU DI MINDAKU ®
┗━━━━━━━━━🗒️✒️🍂 ┛

🟦 SHALAT SUNAT 4 RAKA'AT

◾ Drpd Saiyidina Ali, katanya: " Adalah Nabi Shalat SEBELUM Fardhu Asar 4 rakaat, dipisahkan antaranya dgn Salam kpd Malaikat Muqarrabin dan sesiapa yang mengikut mereka dari kalangan muslimin dan mukminin."
📚 Hadits HASAN Riwayat At-Tirmidzi no. 429; Ibnu Majah no. 960.

◾ Daripada Ibnu Umar Radhiallahu'anhuma, sabda Rasulullah : " Allah merahmati seorang yang Shalat 4 rakaat sebelum Asar. "
📗 Hadits SHAHIH, Riwayat Abu Daud no. 1271. DiShahihkan oleh Ibnu Hibban, disokong status Shahihnya oleh Syeikh Ahmad Syakir dlm Ta'liq Musnad Ahmad 5/325.

🟦 ANCAMAN TINGGAL SHALAT

◾ Drpd Buraidah al-Aslamiy, katanya: Rasulullah ﷺ bersabda (maksudnya): "Sesiapa yang meninggalkan Shalat Asar, maka RUNTUHLAH (terhapuslah) AMALANNYA."
📘 Hadits SHAHIH, Riwayat al-Bukhari 553.

Ada Ulama' yang mengatakan jika Shalat Fardhu Asar ditinggal secara sengaja dalam hidupnya , maka terhapus seluruh amal dalam hidupnya , tetapi jika ditinggal dalam satu hari , terhapus amalnya hari itu . Ancaman ini hendaklah diberi perhatian dan keutamaan untuk memastikan Shalat Fardhu Asar tetap didirikan .

◾ Drpd Ibnu Umar Radhiallahu'anhuma, Rasulullah ﷺ juga bersabda (maksudnya) :
" Orang yang melewatkan Shalat Asar, seolah-olah dia telah kehilangan keluarga dan hartanya. ”
📗 Hadits SHAHIH, Riwayat Al-Bukhari no. 552 dan Muslim no. 626.


🟦🚨 SEBAR TANPA EDIT 🚨🟦
🍃💦🍃💦🍃💦🍃💦🍃💦🍃
29001
🌞TAZKIRAH ZOHOR 🌞

Benar, kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan.

Tapi percayalah, suatu saat kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya. Percaya dan terus percaya.
31004
🕌AMAL YANG PALING UTAMA🕌

Rasulullah bersabda: " SHALAT PADA WAKTUNYA... "
📗 Hadits SHAHIH, Daripada Ibnu Mas'ud: Riwayat At-Tirmidzi (158).

🍂🌼 WAKTU SHALAT🌼🍂
▬▬▬▬▬▬•◇✿◇•▬▬▬▬▬▬

🌏 Hari: SELASA (الثلاثاء )
🗓 Tarikh : 24/Z.QAEDAH/1447 H.
🗓 Bersamaan: 12/MEI/2026 M.
🌻🌻🌻🌻🕌🕋🕌🌻🌻🌻🌻

🇲🇾 BANDAR² UTAMA 🇲🇾

🌇 ZUHUR (الظهر) 👇🏼

🌇👉🏼J.Bahru 01:04
🌇👉🏼Kuantan 01:07 🌇👉🏼K.Tnggnu 01:06
🌇👉🏼K.Bharu 01:10 🌇👉🏼B.Melaka 01:10
🌇👉🏼Seremban 01:11
🌇👉🏼Ptra.Jaya 01:12
🌇👉🏼W/P KL 01:12
🌇👉🏼S.Alam 01:12
🌇👉🏼Ipoh 01:15
🌇👉🏼A.Star 01:17
🌇👉🏼P. Pinang 01:17
🌇👉🏼Kangar 01:17
🌇👉🏼Labuan 12:17
🌇👉🏼K.Kinabalu 12:14
🌇👉🏼Kuching 12:39
🌇👉🏼Brunei 12:18
🌇👉🏼S'pura 01:03
🌇👉🏼Jakarta 11:51

◎◎۩❁۩◎◎

┏🗒️✒️🍂 ━━━━━━━━━┓
© ILMU DI MINDAKU ®
┗━━━━━━━━━🗒️✒️🍂 ┛

🟦 SHALAT QABLIYYAH DAN SHALAT BA'DIYYAH ZUHUR:
◾ Daripada Saiyidah Ummu Habibah, RasuluLlah ﷺ bersabda (maksudnya): " Sesiapa yg SHALAT 4 rakaat sebelum Zuhur dan 4 rakaat selepasnya, TIDAK AKAN DISENTUH API NERAKA."
📚 Hadits SHAHIH Riwayat an-Nasaa'i no. 1817; At-Tirmidzi no.428.
🔸 Sunat Qabliyah : Antara azan Zuhur sehingga ke Shalat Fardhunya.
🔸 Sunat Ba'diyah : Setelah Shalat Fardhu Zuhur sehingga ke waktu Asar.
🔸Lakukan 2 rakaat 2 rakaat SECARA BERASINGAN (pendapat imam Malik, imam asy-Syafi'e, imam Ahmad) dan boleh juga 4 rakaat dengan 1 salam (pendapat imam Hanafi).
📘 Boleh dirujuk: Syarah an-Nawawi 'Ala Muslim, 6/20.

💎 " ILMU diUkur BUKAN pada sejauh mana seseorang itu menuntut. Sebenarnya ILMU itu diTentukan pada KEFAHAMAN dan AKHLAK yang dimiliki oleh seseorang . "
( UIA - 060124 )


🟦🚨 SEBAR TANPA EDIT 🚨🟦
🍃💦🍃💦🍃💦🍃💦🍃💦🍃
32001
HADIS TENTANG SALING BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا.‏ أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَىْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ؟ أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ ‏

Drpd Abu Hurairah RA berkata, Rasullullah SAW bersabda :
"Demi jiwaku yg berada di dalam kekuasaan-Nya. Kamu tidak akan memasuki syurga hingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling berkasih sayang. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perkara yg apabila kamu melakukannya nescaya kamu akan saling berkasih sayang? Sebarkanlah salam di antara kamu (Riwayat Imam Muslim)

Huraian
- Hadis di atas menunjukkan bahawa iman seseorang itu tidak akan sempurna melainkan apabila dia saling berkasih sayang sesama muslim yg lain
- Rasullullah pula memberikan satu jalan yg paling mudah utk kita saling berkasih sayang iaitu dgn menyebarkan salam

Tambahan :
Allah berfirman dlm surah al-An'am ayat 54 yg bermaksud,

"Apabila telah dtg kepada kamu org beriman, maka katakanlah "سَلَامٌ عَلَيْكُمْ" (sejahtera ke atas kamu)"

Jadi, kita dpt lihat bahawa memberi salam ini anjuran drpd Allah dan Rasulullah, menunjukkan betapa pentingnya memberi salam ini

Contoh :
1. Semasa seorang pelajar berjalan di koridor dan berselisih dgn muslim lain yg sejantina dgn dia, maka dia boleh mulakan dgn senyum dan memberi salam
2. Semasa seorang pekerja memasuki pejabat dan bertemu dgn rakan sekerja yg lain, maka dia mulakan perbualan mereka dgn memberi salam
3. Semasa pergi ke masjid, apabila bertemu dgn jemaah lain dia memberi salam

Wallhu 'Alam
35001
HADIS
RASULULLAH SAW YANG MAKSUM PUN BERTAUBAT

عن الَأَغَرَّ بْنِ يَسَارِ الْمُزَنِّي قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللهِ، فَإِنِّي أَتُوبُ، فِي الْيَوْمِ إِلَيْهِ مِائَةَ مَرَّةٍ. (رواه مسلم).

Daripada al-Aghar bin Yasar al-Muzanni RA; katanya: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana sesungguhnya aku juga bertaubat kepada-Nya dalam sehari seratus kali.”
(HR Muslim).
35003
❏ Amalan Sunnah Sebelum Tidur

1 @ Berwudhu
2 @ Bersihkan tempat tidur
3 @ Perbanyakkan istighfar
4 @ Membaca surah Al-Mulk
5 @ Membaca tiga Qul ( Surah Al-Ikhlas 3×, surah Al-Falaq dan surah An-Nas )
6 @ Zikir Fatimah ( Tasbih 33×, Tahmid 33×, Takbir 34× )
7 @ Tidur mengiring ke kanan
8 @ Membaca doa tidur
9 @ Membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah
10 @ Membaca ayat Kursi

➥ Tak mampu buat semua, jangan tinggal semua ᝰ.ᐟ
34003
˖𓍢ִ໋❀.ೃ࿔DOA OF THE DAY˖𓍢ִ໋❀.ೃ࿔
Surah Al-Anbiya' Ayat 79:
فَفَهَّمْنٰهَا سُلَيْمٰنَ ۖ وَكُلًّا اٰتَيْنَا حُكْمًا وَّعِلْمًا ۘ وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوٗدَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ ۗ وَكُنَّا فٰعِلِيْنَ
Terjemahan:
"Maka Kami berikan kefahaman kepada Sulaiman (tentang hukum yang lebih tepat); dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan; dan Kami mudahkan gunung-ganang dan burung-burung memuji Kami bersama-sama dengan Daud; dan adalah Kami orang-orang yang melakukan perkara
itu."

𝙎𝙥𝙚𝙖𝙠𝙞𝙣𝙜 𝙛𝙧𝙤𝙢 𝙚𝙭𝙥𝙚𝙧𝙞𝙚𝙣𝙘𝙚, 𝙖𝙥𝙖𝙗𝙞𝙡𝙖 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙢𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙤𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧, 𝙪𝙧𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙝𝙖𝙢𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙣𝙜𝙖𝙩𝙞 𝙨𝙚𝙣𝙩𝙞𝙖𝙨𝙖 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙧𝙢𝙪𝙙𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 💗
37006
🌆SALAM MAGHRIB & ISYAK 🌃

Tua bukan syarat kematian. Syarat mati adalah hidup. Tidak kira usia sama ada tua atau muda. Kematian adalah kepastian yang boleh datang pada bila-bila masa, muda atau tua. Oleh itu, manusia diminta sentiasa mempersiapkan diri dengan amal soleh dan tidak tertipu dengan usia muda atau badan yang sihat.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua husnul khatimah—pengakhiran hidup yang baik dalam iman dan Islam, serta dapat mengucap kalimah "La ilaha illallah" sebelum meninggal. Sentiasalah memohon pengampunan, beramal soleh, dan berdoa agar ajal menjemput dalam keadaan diredhai-Nya. Aamiin ya Rabbal Alamin.
39005
🕌AMAL YANG PALING UTAMA🕌

Rasulullah bersabda: " SHALAT PADA WAKTUNYA... "
📗 Hadits SHAHIH, Daripada Ibnu Mas'ud: Riwayat At-Tirmidzi (158).

🍂🌼 WAKTU SHALAT 🌼🍂

▬▬▬▬▬▬•◇✿◇•▬▬▬▬▬▬

🌏 Hari : ISNIN (الإثنين )
🗓 Tarikh : 23/Z.QAEDAH/1447 H.
🗓 Bersamaan: 11/MEI/2026 M.
🌻🌻🌻🌻🕌🕋🕌🌻🌻🌻🌻

🇲🇾 BANDAR² UTAMA 🇲🇾

🌺 MAGHRIB/ ISYAK 🌺
🌺 العشآء / المغرب 🌺

🏙🎇J.Bahru 7:08 8:21
🏙🎇Kuantan 7:13 8:26 🏙🎇K.Tnggnu 7:15 8:28
🏙🎇K.Bharu 7:20 8:29 🏙🎇B.Melaka 7:16 8:28
🏙🎇Seremban 7:17 8:30
🏙🎇Ptra.Jaya 7:20 8:32
🏙🎇W/P KL 7:20 8:32
🏙🎇S.Alam 7:20 8:32
🏙🎇Ipoh 7:23 8:36
🏙🎇A.Star 7:28 8:41
🏙🎇P. Pinang 7:27 8:40
🏙🎇Kangar 7:28 8:42
🏙🎇Labuan 6:27 7:40
🏙🎇K.Kinabalu 6:24 7:37
🏙🎇Kuching 6:44 7:56
🏙🎇Brunei 6:26 7:39
🏙🎇S'pura 7:07 8:19
🏙🎇Jakarta 5:47 6:59

••●═❁═◎✾☆🍁☆✾◎═❁═●••

┏🗒️✒️🍂 ━━━━━━━━━┓
© ILMU DI MINDAKU ®
┗━━━━━━━━━🗒️✒️🍂 ┛

🟦🚨 SEBAR TANPA EDIT 🚨🟦
🍃💦🍃💦🍃💦🍃💦🍃💦🍃
36001
Pasangan Yang Memberi Kebahagiaan
=========
1. Dalam menerangkan tentang kebahagiaan, Rasulullah meletakkan isteri yang solehah sebagai elemen yang paling utama dalam mencapai ketenangan hidup. Sabda Rasulullah:

أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَبُ الهنيء

“Empat daripada perkara kebahagiaan iaitu isteri (atau pasangan) yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik serta kenderaan yang tenang.” (HR Ibnu Hibban)

2. Pada hakikatnya, sifat soleh atau solehah tersebut bukan sekadar untuk dirinya sendiri sahaja bahkan seseorang itu seharusnya berupaya memberi ketenangan kepada pasangannya.

3. Ini selaras dengan fitrah yang diciptakan oleh Allah buat manusia. Al-Quran menjelaskan bagaimana setiap pasangan itu adalah tempat untuk seseorang memperoleh ketenangan jiwa. Firman Allah:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا

“Dan antara tanda kebesaran Allah, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dalam kalangan kamu, supaya kamu memperoleh ketenangan dengannya.” (Surah al-Rum: 21)

4. Ketika penurunan wahyu pertama berlaku, Rasulullah pulang dalam keadaan cemas dan ketakutan. Bahkan Baginda mengadu kepada Saidatina Khadijah tentang kebimbangannya terhadap dirinya sendiri. Ketakutan ini dileraikan dan ditenangkan oleh Khadijah.

5. Di sini jelas terpamer peranan Khadijah sebagai agen yang menyuntik ketenangan buat Baginda. Khadijah bukan sahaja menyelimutkan Baginda, memujuk Rasulullah bahkan menyebutkan sifat-sifat baik memuji Rasulullah bagi menenangkan Baginda. Perhatikan bagaimana pasangan kita seronok ketika dipuji. Bukankah ia menyuntik kebahagiaan seketika?

6. Begitulah ketika kepulangan suami/isteri yang pulang dalam keadaan dirundung kebimbangan tidak seharusnya disambut dengan pertambahan kekusutan masalah yang lain sebaliknya ditenangkan kemelut pasangan tersebut.

7. Perkara yang sama turut dilakukan oleh Saidatina Ummu Sulaim yang tidak menceritakan tentang kematian anaknya kepada suaminya Abu Talhah sehingga sesudah diselesaikan urusan Abu Talhah.

Menurut riwayat al-Bukhari, Ummu Sulaim dikatakan menguruskan segala keperluan Abu Talhah dahulu dan mencari waktu yang sesuai untuk disampaikan berita sedih tersebut. Perhatikan bagaimana pasangan memainkan peranan penting dalam menghadapi kemelut domestik.

8. Atas dasar itu Rasulullah menjelaskan bahawa sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Mereka bukan sekadar menenangkan mata yang memandang bahkan menyejukkan jiwa yang kekusutan. Sabda Rasulullah:

الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

“Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (HR Muslim)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://mylink.la/myhadithtime
40001

Showing 30 of 30 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram Himpunan Fikrah Ilmiah Channel🍀🤍 tentang apa?+

Himpunan Fikrah Ilmiah Channel🍀🤍 (@himpunanfikrahilmiahchannel) adalah channel Telegram di kategori Podcast di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 253 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan Himpunan Fikrah Ilmiah Channel🍀🤍 (@himpunanfikrahilmiahchannel)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @himpunanfikrahilmiahchannel gratis.

Apakah Himpunan Fikrah Ilmiah Channel🍀🤍 channel Podcast yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan Himpunan Fikrah Ilmiah Channel🍀🤍 sebelum bergabung. Saat ini sekitar 253 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Podcast serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan Himpunan Fikrah Ilmiah Channel🍀🤍?+

Di tgdio, buka halaman @himpunanfikrahilmiahchannel untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.