ππππππππ ππππππ πππππ πππππππππππππ πππππ πππππ ππ ππππ ππππππππ
Alhamdulillah, pemartabatan syiar Islam dan kesejahteraan ummah terus menjadi teras utama dalam Belanjawan MADANI.
Peruntukan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ditingkatkan secara signifikan daripada RM2.6 bilion kepada RM3.1 bilion - menzahirkan komitmen utuh Kerajaan MADANI dalam memartabatkan kesucian Islam dan memelihara kebajikan rakyat.
Antara inisiatif utama yang dilaksanakan merangkumi:
πππππππππππ ππππππππππ & ππππππππ ππππππ
π RM200 Juta Peruntukan: Disalurkan kepada Sekolah Agama Rakyat, institusi tahfiz, dan sekolah pondok berdaftar di bawah JAKIM, dengan skop bantuan diperluas meliputi kos operasi.
π Kelestarian Pondok & Turath: Penubuhan Majlis Penasihat Pondok dan Turath Malaysia bersama tokoh ulama antarabangsa seperti Syeikh Ali Gomaa dan Syeikh Idris al-Fasi, serta pengenalan Sijil Turath Malaysia.
π Pendigitalan Pondok: Kerjasama JAKIM dan MDEC membekalkan peranti serta latihan kemahiran digital kepada guru dan pelajar di lebih 300 sekolah pondok seluruh negara.
πππππππππ & πππππππππππ
ππ ππππ πππππ
π Sumbangan Khas RM750: Diberikan kepada 70,000 petugas agama merangkumi Guru KAFA, Guru Takmir, Imam, Bilal, Tok Siak, Noja, dan Marbut.
π Perlindungan PERKESO Percuma: Tabung Haji menanggung sepenuhnya caruman PERKESO bagi 40,000 petugas masjid dan guru takmir.
π Insentif KAFA Pendidikan Khas: RM150 sebulan buat 500 Guru KAFA yang mendidik murid berkeperluan khas (termasuk kelas Bahasa Isyarat & Al-Quran Braille).
ππππππ πππππππ
& πππππππππ ππππππππ πππππππ
π Dakwah Era Digital & AI: Program Dakwah Kreatif diperkenalkan bagi menghasilkan kandungan dakwah yang segar, sahih, dan dekat dengan jiwa anak muda menerusi media digital, pempengaruh, serta kecerdasan buatan (AI).
π Prinsip Diyat & Memelihara Nyawa (Hifz An-Nafs): Langkah tegas diambil menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa.
ππππππππππ πππππππ πππππ & πππππππππ πππππ ππππππ
π Peneraju Kewangan Syariah: Pengecualian cukai pendapatan 40% bagi pengurusan dana patuh Syariah (2028β2030), potongan cukai kos penerbitan Sukuk Prisma (2027β2030), dan pengecualian cukai geran Skim Sukuk SRI serta Bon bermula 1 Januari 2027.
π Sokongan PMKS Halal: Geran padanan sehingga RM5,000 bagi permohonan Sijil Halal kali pertama, serta geran RM25,000 bagi pemerkasaan PMKS Halal sektor kosmetik dan farmaseutikal.
π Kemudahan Zakat Dividen KWSP: Ahli KWSP Simpanan Shariah kini boleh membayar zakat secara terus daripada dividen, seiring kemudahan di PNB dan Tabung Haji.
Syukur, alhamdulillah. Semoga segala usaha ini melimpahkan keberkatan dan membolehkan syiar Islam terus subur serta mekar di bumi Malaysia.
π€²π²πΎ
#SebarkanSalam
#MadaniMembantu