📢 HEBAHAN SENARAI NAMA PELAJAR KUOTA AKTIF KOLEJ RAHMAN PUTRA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa senarai nama pelajar bagi Kuota Aktif Kolej Rahman Putra kini telah diluluskan dan boleh merujuk melalui senarai yang disertakan.
Senarai ini melibatkan pelajar yang telah dipilih berdasarkan penglibatan aktif dalam program, aktiviti serta sumbangan kepada kolej dan universiti.
📌 Sila semak nama dan no matrik anda dengan teliti serta pastikan maklumat adalah tepat.
📌 Sekiranya nama anda tidak tersenarai dalam Kuota Aktif, anda dikehendaki untuk mengisi Google Form rayuan yang disediakan bagi tujuan semakan lanjut oleh pihak pengurusan kolej.
📌 Rayuan yang dikemukakan akan disemak dan diputuskan oleh pihak Pengetua Kolej.
📌 Bagi pelajar yang sedang menjalani latihan industri (internship) atau mempunyai kekangan untuk hadir semasa sesi pemilihan bilik pada 17 Jun 2026, pelajar dibenarkan untuk melantik rakan sebagai wakil dengan mengemukakan:
• Surat kebenaran pelajar untuk diwakili.
• Dokumen atau bukti sokongan yang berkaitan.
• Dokumen maklumat pelajar (salinan kad pengenalan)
⚠️ Hanya rayuan dan permohonan yang lengkap akan dipertimbangkan.
📞 Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi masalah, sila hubungi nombor yang tertera:
Muhammad Daniel - 01169765117
Kerjasama dan perhatian daripada semua pelajar amatlah dihargai.
Pautan borang rayuan penempatan bilik di Kolej Rahman Putra:
https://forms.gle/i78Fn6xWkNr4uvaHASekian, terima kasih.
JAWATANKUASA KOLEJ PELAJAR
KOLEJ RAHMAN PUTRA SESI 25/26
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA