1/2إنَّا ِللّٰهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف عَنْهُ
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."
Amin ya rabbal alamin...
KVMT BERDUKA...
Khabar sedih di hari yang mulia ini...
Adalah dimaklumkan bahawa saudara Muhammad Alif Hakimie bin Mohd Sarizan, pelajar Tahun 2 Diploma Teknologi Kimpalan KVMT, telah meninggal dunia pada 23 Oktober 2026 bersamaan 11 Jamadilawal 1448H pada pukul 4.04 petang. Seluruh warga KVMT mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham.
Untuk makluman, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Besar Melaka kerana kemalangan.
Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
Aamiin...
Update : Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Hospital Besar Melaka. Solat jenazah di Masjid An-Nur, Sri Dayong Batu Pahat, Johor, dan dikebumikan di Wakaf Pt Hj Arif, Batu Pahat, Johor.
#dukacita
#HariTanpaTarikh









