HEBAHAN PENAWARAN MALAYSIA-ISLAMIC DEVELOPMENT BANK JOINT SCHOLARSHIP PROGRAMME (M-IsDB) BAGI SESI AKADEMIK 2026/2027
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam (IsDB), Arab Saudi menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, Ijazah Kedoktoran dan Pos-Doktoral secara sepenuh masa dalam pelbagai bidang bagi tahun akademik 2026/2027.
Tawaran biasiswa ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pelajar antarabangsa dari negara anggota IsDB yang sedang atau ingin melanjutkan pengajian di universiti awam dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih di Malaysia seperti di Lampiran 1. Bagi rakyat Malaysia, biasiswa ini hanya menawarkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dan Pos-Doktoral sahaja.
Pembiayaan di bawah Malaysia-Islamic Development Bank Joint Scholarship Programme (M-IsDB) ini meliputi bayaran yuran pengajian, kos sara hidup bulanan, kos perubatan di hospital universiti/kerajaan serta tiket kapal terbang ekonomi pergi-balik sepanjang pengajian.
Calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dan dokumen sokongan melalui sistem permohonan dalam talian di pautan
https://isdbscholarships.smartsimple.com/s_Login.jsp. Permohonan ini dibuka sehingga 31 Januari 2026. Maklumat lanjut berkenaan program biasiswa ini boleh diakses di pautan
https://www.isdb.org/scholarships.Sebarang pertanyaan lanjut berhubung penawaran biasiswa ini boleh dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui e-mel:
[email protected] atau di talian: 03-8870 6375/6346.