SIRI KESEDARAN vs AUTOPILOT - EPISOD 3... BAGAIMANA AUTOPILOT MENYEKAT REZEKI, HUBUNGAN & KESIHATAN
Dalam episod lepas, kita dah bedah 7 lapisan autopilot yang mengawal hidup kita.
Tapi sekarang, soalan paling praktikal...
Macam mana autopilot ini secara senyap menyekat hidup kita?
Kenapa ada orang berusaha keras tapi rezeki tetap sempit?
Kenapa ada orang selalu jumpa pasangan yang sama iaitu yang menyakiti?
Kenapa ada penyakit yang tak sembuh walau ubat sudah dimakan?
Jawapannya bukan pada dunia luar...
Jawapannya pada sistem dalaman yang sedang mensabotaj kita dari dalam.
Allah berfirman... Yang demikian itu karena sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Al-Anfal: 53)
Ayat ini menyatakan dengan jelas, perubahan luar tidak akan berlaku sehingga perubahan dalam berlaku dahulu, nikmat (rezeki, kesihatan, hubungan baik) tidak akan ditarik atau hilang, kecuali manusia sendiri yang mula mengubah sesuatu dalam diri mereka, iaitu apa yang ada dalam diri mereka itulah yang kita panggil sistem dalaman, skrip lama, trauma, cara fikir, cara rasa, cara tubuh bertindak balas berdasarkan informasi yang dikumpul dari kecil hingga saat ini.
ANALOGI CERMIN BERKABUS YANG TIDAK MEMANTULKAN REALITI
Bayangkan kamu berdiri di depan sebuah cermin besar.
Cermin itu sepatutnya memantulkan wajah kamu dengan jelas, setiap butiran, setiap ciri.
Tetapi...
Cermin itu berkabus.
Ditutup dengan lapisan debu, kotoran, dan wap yang tebal.
Maka walau wajah kamu sebenar cantik, sempurna, dan utuh...
Pantulan yang kamu lihat hanyalah bayangan yang kabur, tidak jelas, dan seolah-olah rosak.
Kamu kata... Wajah aku memang buruk.
Tetapi hakikatnya...
Wajah kamu tidak berubah. Cermin itu yang tidak bersih.
Inilah autopilot.
Ia seperti lapisan kabus yang menutup sistem dalaman kamu - RAS, hormon, sistem saraf, supaya ia tidak dapat memantulkan realiti sebenar (rezeki yang melimpah, hubungan yang sihat, kesihatan yang baik).
Langit tidak menolak kamu. (Allah tidak pernah pilih kasih, Rahmat Allah 24 JAM tanpa henti). Tetapi cermin dalaman kamu yang belum dibersihkan, maka pantulan yang kamu terima sentiasa kabur dan menyakitkan.
(Jika kamu ingat, dalam siri sebelum ini kita pernah guna kiasan Piring Astro yang tidak diselaraskan. Konsepnya sama, sistem dalaman yang tidak bersih/tidak selaras menapis realiti. Tapi kali ini, kita lihat dari sudut yang berbeza, bukan sekadar tidak menangkap siaran, tetapi tidak memantulkan realiti sebenar.)
1. AUTOPILOT DALAM REZEKI... RAS MENAPIS PELUANG
Pernah tak kamu dengar orang berkata...
Aku dah usaha habis-habisan, tapi rezeki tetap sempit.
Peluang datang, tapi mesti ada halangan yang tak dijangka.
Orang lain senang je dapat, aku kena kerja 10 kali ganda.
Mereka rasa dunia tak adil.
Tetapi hakikatnya, RAS (Reticular Activating System) mereka sedang bekerja 24 jam untuk menyembunyikan peluang.
Contoh Kisah... Amin, Usahawan yang Tak Bertuah
Amin seorang yang rajin. Dia bangun 5 pagi, baca buku bisnes, pergi networking.
Tetapi setiap kali ada peluang besar datang...
- Klien tarik diri saat akhir
- Pelabur batal perjanjian
- Projek yang nampak bagus tiba-tiba ada masalah
Amin kata... Aku memang tak bertuah.
Tetapi bila kita selami sistem dalaman Amin...
Rupanya sejak kecil, ayahnya selalu berkata...
Orang macam kita ni, rezeki cukup-cukup makan je. Jangan bermimpi besar.
Skrip itu tertanam dalam otaknya kesan yang berulang ulang sehingga terbentuk saraf neuroplasticity.
Maka RAS Amin secara automatik...
- Menapis keluar peluang yang terlalu bagus (kerana tak selari dengan identiti)
- Menonjolkan halangan kecil (kerana mengesahkan skrip lama)
- Membuat tubuhnya rasa gelisah bila ada peluang besar (kerana tak selamat, ingat tak di siri lepas tentang level rezeki?)
Hakikatnya... Amin bukan tak bertuah. Sistem dalaman dia sedang mensabotaj peluang yang sebenarnya ada di depan mata. Ingat Allah tak pernah pilih kasih, semua hambaNya tetap akan mendapat nikmat 24 jam tanpa henti.