Arahan dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah memaklumkan bahawa semua calon persendirian di pusat ujian MK1901- SMK SIK, KEDAH akan menduduki semua komponen kertas ujian MUET di SMK AGAMA SIK, KEDAH.
Semua calon persendirian pusat ujian MK1901- SMK SIK, KEDAH diminta untuk menyemak dan mencetak semula Slip MUET/D yang dikemaskini tempat pusat ujian di portal rasmi MPM http://www.mpm.edu.my/ mulai 28 Mac 2025 (Jumaat) selepas 10:00 pagi.
Pihak MPM memohon maaf sekiranya terdapat masalah yang timbul berkaitan pertukaran pusat ujian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri ini.
Sekian, terima kasih










