My #HadithTime Telegram channel photo

My #HadithTime

@myhadithtimePublic Channel

Kenali Rasulullah SAW dan hadis-hadis baginda: https://mylink.la/myhadithtime

AgamaIndonesiaIndonesia

1.3k

Last views

10k (10,028 subscribers)
Anggota
—
Rating
82
Total Posts
Oct 14, 2026, 2:06 PM
Diperbarui
Apr 5, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameMy #HadithTime
Username@myhadithtime
CategoryAgama
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota10,028
Channel TypePublic Channel
Created5 Apr 2026
Last Updated14 Okt 2026 • 7 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#219756-36
Peringkat Bahasa
#946-1
Peringkat Kategori
#4286-8

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 10.0K30 Days growth: -270.3%
09/1509/2009/2509/3010/0510/1010/14
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
15:09:202610,055
16:09:202610,055
17:09:202610,051
18:09:202610,051
19:09:202610,051
20:09:202610,051
21:09:202610,051
22:09:202610,051
23:09:202610,051
24:09:202610,051
25:09:202610,051
26:09:202610,051
27:09:202610,051
28:09:202610,051
29:09:202610,051
30:09:202610,051
01:10:202610,051
02:10:202610,051
03:10:202610,051
04:10:202610,051
05:10:202610,051
06:10:202610,051
07:10:202610,051
08:10:202610,051
09:10:202610,051
10:10:202610,051
11:10:202610,051
12:10:202610,051
13:10:202610,051
14:10:202610,028
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 30:03:202610,099
Week of 06:04:202610,080
Week of 13:04:202610,080
Week of 20:04:202610,080
Week of 27:04:202610,078
Week of 04:05:202610,078
Week of 11:05:202610,083
Week of 18:05:202610,083
Week of 25:05:202610,083
Week of 01:06:202610,110
Week of 08:06:202610,110
Week of 15:06:202610,110
Week of 22:06:202610,110
Week of 29:06:202610,093
Week of 06:07:202610,093
Week of 13:07:202610,093
Week of 20:07:202610,081
Week of 27:07:202610,081
Week of 03:08:202610,083
Week of 10:08:202610,083
Week of 17:08:202610,071
Week of 24:08:202610,064
Week of 31:08:202610,064
Week of 07:09:202610,055
Week of 14:09:202610,051
Week of 21:09:202610,051
Week of 28:09:202610,051
Week of 05:10:202610,051
Week of 12:10:202610,028
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 202610,078
May 202610,083
June 202610,093
July 202610,081
August 202610,064
September 202610,051
October 202610,028
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
202610,028

Postingan Terbaru

My #HadithTime logo
My #HadithTime

09 Okt 2026, 07.26

Keluarga Imran Dalam al-Quran
===========
1. Allah memilih untuk menampilkan kisah keluarga Imran sebagai contoh keluarga yang soleh dalam al-Quran. Imran adalah bapa kepada Saidatina Maryam. Menurut Ibn Asyur, beliau adalah di antara lelaki yang soleh dikalangan Bani Israel. (al-Tahrir wa al-Tanwir, 3/84)

2. Bukan sahaja Imran, isteri beliau turut digambarkan sebagai ibu dan isteri yang solehah. Ini dapat difahami melalui dialog (doa) beliau ketika mengandungkan Maryam. Isteri Imran bernazar agar anak yang dikandungnya menjadi seorang yang melindungi agama mengabdikan dirinya hanya untuk Allah. (al-Tabari, Jami’ al-Bayan).

3. Berkat doa ibu yang solehah serta ayah yang soleh, mereka dikurniakan anak yang solehah iaitu Maryam. Bukan itu sahaja, Allah menyusun agar guru yang mendidik Maryam juga adalah seorang yang soleh, iaitu Nabi Zakaria (surah Ali Imran: 37).

4. Kisah ringkas dalam Quran ini menggambarkan kepentingan sinergi gabungan peranan ibubapa dan guru dalam membesar, mendidik serta menghasilkan pelajar yang baik. Walaupun diuji dengan ujian yang amat sukar, Maryam berjaya melalui ujian ini dengan tenang.

5. Kehebatan keluarga ini menjadikan nama mereka dipatrikan sebagai salah satu nama surah di dalam al-Quran, iaitu surah Ali Imran. Menariknya disini, Allah turut menampilkan juga contoh keluarga yang tidak baik, yang berlawanan dengan kisah keluarga Imran.

6. Allah mengkhususkan satu surah untuk keluarga Abu Lahab, menggambarkan kedudukan mereka sebagai contoh keluarga yang teruk di dalam al-Quran. Surah ini dimulakan dengan lafaz “cilaka” (tabbat) buat Abu Lahab kerana bukan sahaja memusuhi Islam dan menyakiti Rasulullah, malah isteri serta anak mereka turut membantu dalam perkara ini.

7. Ummu Jamil, isteri Abu Lahab dikatakan bukan sahaja mencaci Rasulullah, malah menabur duri dijalan yang dilalui Rasulullah. Anak mereka yang berkahwin dengan puteri Rasulullah, Utbah (yang berkahwin dengan Ruqaiyah) serta Utaybah (yang berkahwin dengan Ummu Kalthum) disuruh pula menceraikan isteri mereka (iaitu anak-anak Rasulullah).

8. Kejahatan Abu Lahab serta ahli keluarga mereka dalam memerangi Islam diabadikan di dalam al-Quran di dalam satu surah khas, sebagai pedoman buat Muslim.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

myhadithtime.com
1,260000
My #HadithTime logo
My #HadithTime

02 Okt 2026, 11.21

Jumuah Mubarakah!

Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan tuan/puan bagi menaja pelajar untuk menyertai Konvensyen My #HadithTime pada Disember 2026

💰 Dana Terkumpul: RM8,795

🎓 117 pelajar telah ditaja setakat ini
👥 213 penyumbang telah bersama-sama menyumbang

Kami masih membuka peluang kepada tuan/puan untuk bersama-sama menaja lebih ramai pelajar menghadiri Konvensyen My #HadithTime, dengan sumbangan serendah RM20.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham pahala yang berterusan, melalui ilmu yang dipelajari, diamalkan dan disebarkan oleh para pelajar ini.

➡️ Taja pelajar di sini:
https://myhadithtime.com/taja-peserta/
1,360000
My #HadithTime logo
My #HadithTime

02 Okt 2026, 11.20

Jumuah Mubarakah!

Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan tuan/puan bagi menaja pelajar untuk menyertai Konvensyen My #HadithTime

💰 Dana Terkumpul: RM8,795

🎓 117 pelajar telah ditaja setakat ini
👥 213 penyumbang telah bersama-sama menyumbang

Kami masih membuka peluang kepada tuan/puan untuk bersama-sama menaja lebih ramai pelajar menghadiri Konvensyen My #HadithTime, dengan sumbangan serendah RM20.

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi saham pahala yang berterusan, melalui ilmu yang dipelajari, diamalkan dan disebarkan oleh para pelajar ini.

➡️ Taja pelajar di sini:
https://myhadithtime.com/taja-peserta/
1,190000
My #HadithTime logo
My #HadithTime

01 Okt 2026, 15.17

HANYA AMALAN MENEMANI KITA

Saidina Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

يَتْبَعُ المَيِّتَ ثَلاَثَةٌ، فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ: يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ، فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ

“Tiga perkara akan mengiringi jenazah. Dua daripadanya akan pulang, manakala satu akan kekal bersamanya. Keluarganya, hartanya dan amalannya akan mengiringinya. Tetapi keluarganya dan hartanya akan pulang, sedangkan amalannya kekal bersamanya.” (Sahih al-Bukhari, no. 6514)

1. Dalam hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa tiga perkara mengiringi seseorang yang meninggal dunia hingga ke kuburnya. Dua daripadanya akan kembali ke tempat masing-masing, manakala satu lagi akan kekal bersamanya.

2. Keluarganya benar-benar mengiringinya, termasuk anak-anak dan kaum kerabatnya. Hartanya juga mengiringinya, seperti hamba sahaya yang dimilikinya pada zaman dahulu. Namun, keluarga dan hartanya akan kembali setelah selesai segala urusan berkaitan kematiannya.

3. Amalannya pula akan kekal bersamanya dan masuk bersamanya ke dalam kubur. Dia akan dihisab berdasarkan amalannya itu seorang diri.

4. Hadis ini menggalakkan kita supaya berusaha sepanjang hidup untuk mengumpulkan setiap amalan soleh yang akan kekal bersama kita di alam kubur, memberikan manfaat di akhirat serta menjadi sebab kita dimasukkan ke dalam syurga.

5. Hadis ini juga menjelaskan bahawa segala kenikmatan dunia yang tergambar melalui keluarga dan harta akan lenyap, sedangkan amalan kita akan terus kekal.

6. Oleh yang demikian, jangan kita menghabiskan kehidupan hanya untuk mengumpulkan harta atau menguruskan keluarga dan anak-anak dalam perkara yang tidak bermanfaat untuk akhirat.

7. Pastikan kesibukan mencari harta dan menguruskan keluarga turut menghasilkan amal yang berguna untuk akhirat, bukan sekadar memenuhi kepentingan dunia.

Semoga Allah menerima amalan kita.

https://mylink.la/myhadithtime
2,770000
My #HadithTime logo
My #HadithTime

29 Sep 2026, 11.58

Hanya Amalan Yang Akan Menemani
=====
1. Apabila kita meninggal dunia nanti, hanya amalan sahaja yang akan menemani kita. Ahli keluarga, harta dan segala kemegahan dunia akan meninggalkan kita. Sabda Rasulullah:

يَتْبَعُ المَيِّتَ ثَلاَثَةٌ، فَيَرْجِعُ اثْنَانِ وَيَبْقَى مَعَهُ وَاحِدٌ: يَتْبَعُهُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَعَمَلُهُ، فَيَرْجِعُ أَهْلُهُ وَمَالُهُ وَيَبْقَى عَمَلُهُ “

“Orang yang meninggal dunia akan diikuti oleh tiga perkara. Dua daripadanya akan kembali, sedangkan satu akan kekal bersamanya. Dia diikuti oleh keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka keluarganya dan hartanya akan kembali, sedangkan amalannya akan kekal bersamanya.” (Sahih al-Bukhari)

2. Atas dasar itu al-Imam al-Hasan al-Basri berpesan agar jangan sekali-kali kita bertanggguh untuk melakukan amalan. Kata beliau:

ابْنَ آدَمَ، إِيَّاكَ وَالتَّسْوِيفَ؛ فَإِنَّكَ بِيَوْمِكَ وَلَسْتَ بِغَدِكَ، فَإِنْ يَكُنْ غَدٌ لَكَ فَكُنْ فِي غَدٍ كَمَا كُنْتَ فِي الْيَوْمِ، وَإِلَّا يَكُنْ لَكَ غَدٌ لَمْ تَنْدَمْ عَلَى مَا فَرَّطْتَ فِي الْيَوْمِ»

“Wahai anak Adam, jauhilah sikap bertangguh-tangguh. Sesungguhnya engkau memiliki hari ini, sedangkan engkau belum tentu memiliki hari esok. Jika esok masih menjadi milikmu, maka beramallah esok sebagaimana engkau beramal hari ini. Tetapi jika esok bukan lagi milikmu, engkau tidak akan menyesal kerana tidak mensia-siakan hari ini.” (Ibn Abi Dunya, Qasr al-Amal)

Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga YAB Tun Dr Siti Hasmah.

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
1,160000
My #HadithTime logo
My #HadithTime

25 Sep 2026, 13.18

Sifat Malas Mendirikan Solat
=========
1. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan tentang antara sikap orang munafik ialah mereka mendirikan solat dalam keadaan malas. Firman Allah:

وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَى

“Dan apabila mereka hendak mendirikan solat, mereka berdiri dalam keadaan malas.”

2. Ketika menghuraikan ayat ini al-Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa sifat orang munafik ini sangat bertentangan dengan sifat orang yang beriman. Ini kerana orang beriman itu mereka mendirikan solat dalam keadaan khusyuk. Firman Allah:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ * الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.”

3. Menghuraikan mengenai penyakit orang munafik ini, al-Imam al-Tabari menjelaskan bahawa punca mereka bersikap begini adalah kerana mereka tidak menyakini akan adanya hari kebangkitan. Dengan itu, mereka mendirikan solat dalam keadaan yang leka dan bermalas. Kata al-Tabari:

لأنهم غير موقنين بمعادٍ ولا ثواب ولا عقاب، وإنما يعملون ما عملوا من الأعمال الظاهرة إبقاءً على أنفسهم

“Ini kerana mereka tidak menyakini akan hari pembalasan, tidak percaya pada pahala dan dosa. Sesungguhnya mereka sekadar mendirikan solat kerana untuk menunjukkan (menzahirkan) amalan mereka agar mereka boleh kekal hidup (seperti biasa) dengan manusia lain.”

4. Manakala al-Maududi pula melihat dari aspek kesungguhan mendirikan solat sebagai antara elemen paling penting yang membezakan antara orang yang beriman dan orang munafik.

Kesungguhan dan kecintaan mendirikan solat membayangkan penjiwaan yang terbentuk dalam diri seorang Mukmin yang menghayati kepentingan solat dalam kehidupan mereka. Ia ruang dialog secara terus antara hamba dengan Tuhannya.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://mylink.la/myhadithtime
1,990000
My #HadithTime logo
My #HadithTime

22 Sep 2026, 08.37

Nabi SAW Mengiktiraf Kepakaran Seseorang
====
1. Ketika Saad b Abi Waqas mengadu sakit, Baginda memerintahkan Saad agar bertemu dengan al-Harith b Kaldah. Abu Daud meriwayatkan:

إِنَّكَ رَجُلٌ مَفْؤُودٌ، ائْتِ الْحَارِثَ بْنَ كَلَدَةَ، أَخَا ثَقِيفٍ، فَإِنَّهُ رَجُلٌ يَتَطَبَّبُ،
‘Sesungguhnya kamu seorang yang mengalami penyakit pada jantung. Pergilah kepada al-Harith bin Kaldah, saudara kaum Thaqif. Sesungguhnya dia seorang yang mengetahui ilmu perubatan.

2. Menariknya di sini Rasulullah meminta Saad berjumpa dengan orang yang pakar dalam bidang tersebut. Boleh sahaja Baginda sendiri menawar tetapi Baginda mengiktiraf kepakaran seseorang.

Barakallahu fikum.

Jemput sertai grup Waiting List - Konvensyen My#HadithTime: Prophetic Wellness:

➡️ https://chat.whatsapp.com/CSgA1t60QDu9V57JcH4Orf?s=cl&p=i&mlu=4&ilr=4
1,360000
My #HadithTime logo
My #HadithTime

19 Sep 2026, 10.39

Jangan Normalisasikan Budaya Songsang
=========
1. Telah tular semalam video sambutan kebudayaan yang memakai pakaian tradisi Melayu tetapi dihiasi dengan perwatakan seakan cenderung kepada kesongsangan. Sehinggakan mesej yang ingin dibawa dari sambutan ini telah menjadi kabur.

2. Lebih menyedihkan, yang menampilkan elemen songsang ini melibatkan warga Muslim sendiri sedangkan Allah secara jelas mengutuk perlakuan ini. Al-Quran menyifatkan kumpulan yang melakukan perbuatan songsang sebegini sebagai golongan yang melampau. Firman Allah:

إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاء بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ مُّسْرِفُونَ

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas". (Surah al-A’raf: 81)

3. Andai sekiranya Allah menyifatkan perbuatan songsang ini sebagai perbuatan yang terkutuk yang dibenci oleh Allah, maka mengapa perlu kita melakonkan perbuatan tersebut yang secara tidak langsung menjadi medium promosi dan normalisasi perlakuan mungkar.

4. Bukan sekadar dikeji oleh Allah, Rasulullah turut melaknat kumpulan manusia yang melakukan perlakuan songsang ini. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ اللهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ

“Allah melaknat mereka yang mengamalkan amalan kaum Lut.” (HR Ahmad - dinilai Sahih li Ghairihi oleh al-Arna’ut)

4. Kita sedia maklum bahawa perlakuan songsang sebegini bukan sahaja menyalahi agama, malah ia memberikan impak yang negatif terhadap kesihatan manusia. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, kebanyakan pengidap HIV kini berpunca dari hubungan songsang.

5. Perubahan lanskap data pengidap HIV ini menunjukkan betapa seriusnya masalah yang dihadapi oleh negara dalam menangani gejala hubungan seks sejenis. Barangkali inilah kebimbangan yang pernah dinyatakan oleh Baginda Nabi. Sabda Rasulullah:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي عَمَلُ قَوْمِ لُوطٍ

“Antara perkara yang paling aku takuti (bimbangi) dikalangan umat aku adalah perlakuan kaum Nabi Lut.”

6. Oleh yang demikian, andai jelas perlakuan terkutuk ini dibenci oleh Allah, malah memberikan impak negatif kepada kesihatan manusia, maka apa perlunya lagi kita mempromosikan unsur-unsur yang berupaya membawa kepada kemungkaran?

7. Tidak kira samada kita adalah penerbit filem atau pelakon yang memainkan watak bertemakan gay, adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk tidak terlibat dalam perlakuan berunsur mempromosikan kemungkaran.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
1,750000
My #HadithTime logo
My #HadithTime

08 Sep 2026, 16.17

Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan untuk My#HadithTime

💰 Dana Terkumpul: RM 6,539
👥 163 penyumbang setakat ini

Kami membuka peluang untuk tuan/puan terus menyokong usaha dakwah ini melalui sumbangan serendah RM10.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham pahala yang berterusan sehingga di akhirat kelak.

➡️ Sumbang di sini: https://myhadithtime-konvensyen-2026.netlify.app/
624000
My #HadithTime logo
My #HadithTime

08 Sep 2026, 16.17

Alhamdulillah terima kasih atas sumbangan untuk My#HadithTime

💰 Dana Terkumpul: RM 6,416
👥 155 penyumbang setakat ini

Kami membuka peluang untuk tuan/puan terus menyokong usaha dakwah ini melalui sumbangan serendah RM10.

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham pahala yang berterusan sehingga di akhirat kelak.

➡️ Sumbang di sini: https://myhadithtime-konvensyen-2026.netlify.app/
731000
My #HadithTime logo
My #HadithTime

08 Sep 2026, 16.17

Kepentingan Kawan Yang Baik
=====
1. Dalam hadis Rasulullah berpesan bahawa seorang kawan itu akan mempunyai pengaruh terhadap kawannya yang lain terutama dalam perihal keagamaan. Sabda Rasulullah:

الْمَرْءُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِطُ. وَقَالَ مُؤَمَّلٌ: مَنْ يُخَالِلُ

"Sesungguhnya seseorang itu berada di atas agama kawannya. Maka perhatikanlah seorang dari kamu semua dengan siapa dia berkawan." (HR Ahmad)

2. Begitu juga dengan anak-anak kita. Perhatikan dengan siapakan mereka berkawan. Atas dasar itu al-Imam al-Ghazali menegaskan bahawa prinsip asas dalam pembentukan anak adalah mengelakkan mereka dari bertemu dengan pengaruh yang tidak baik. Kata al-Ghazali:

أَصْلُ تَأْدِيبِ الصِّبْيَانِ الْحِفْظُ مِنْ قُرَنَاءِ السُوْء

"Asas dalam pendidikan adab seorang anak ialah menjaga mereka dari kawan-kawan yang tidak elok." (Ihya Ulumuddin)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://mylink.la/myhadithtime
1,510000

Showing 30 of 82 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram My #HadithTime tentang apa?+

My #HadithTime (@myhadithtime) adalah channel Telegram di kategori Agama di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 10.028 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan My #HadithTime (@myhadithtime)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @myhadithtime gratis.

Apakah My #HadithTime channel Agama yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan My #HadithTime sebelum bergabung. Saat ini sekitar 10.028 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Agama serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan My #HadithTime?+

Di tgdio, buka halaman @myhadithtime untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.