Islamic Quotes📚 Telegram channel photo

Islamic Quotes📚

@nota_nasihatPublic Channel

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim) - Put Allah first, and you will never be last ♥ - Whoever you are, be a good 👍 - Allah always with us

688

Last views

4.6k (4,624 subscribers)
Anggota
—
Rating
45
Total Posts
Oct 15, 2026, 7:38 AM
Diperbarui
Apr 9, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameIslamic Quotes📚
Username@nota_nasihat
CategoryKata-kata Inspiratif
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota4,624
Channel TypePublic Channel
Created9 Apr 2026
Last Updated15 Okt 2026 • 7 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#330675-843
Peringkat Bahasa
#1728-2
Peringkat Kategori
#1659-7

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 4.6K30 Days growth: -761.6%
09/1609/2109/2610/0110/0610/1110/15
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
16:09:20264,700
17:09:20264,683
18:09:20264,683
19:09:20264,683
20:09:20264,683
21:09:20264,683
22:09:20264,683
23:09:20264,683
24:09:20264,683
25:09:20264,683
26:09:20264,683
27:09:20264,683
28:09:20264,683
29:09:20264,683
30:09:20264,683
01:10:20264,683
02:10:20264,683
03:10:20264,683
04:10:20264,683
05:10:20264,683
06:10:20264,683
07:10:20264,683
08:10:20264,683
09:10:20264,683
10:10:20264,683
11:10:20264,683
12:10:20264,683
13:10:20264,683
14:10:20264,683
15:10:20264,624
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 06:04:20265,199
Week of 13:04:20265,199
Week of 20:04:20265,199
Week of 27:04:20265,129
Week of 04:05:20265,129
Week of 11:05:20265,069
Week of 18:05:20265,069
Week of 25:05:20265,069
Week of 01:06:20265,069
Week of 08:06:20264,990
Week of 15:06:20264,990
Week of 22:06:20264,990
Week of 29:06:20264,898
Week of 06:07:20264,898
Week of 13:07:20264,898
Week of 20:07:20264,898
Week of 27:07:20264,898
Week of 03:08:20264,783
Week of 10:08:20264,783
Week of 17:08:20264,751
Week of 24:08:20264,729
Week of 31:08:20264,729
Week of 07:09:20264,700
Week of 14:09:20264,683
Week of 21:09:20264,683
Week of 28:09:20264,683
Week of 05:10:20264,683
Week of 12:10:20264,624
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20265,129
May 20265,069
June 20264,990
July 20264,898
August 20264,729
September 20264,683
October 20264,624
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20264,624

Postingan Terbaru

Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

06 Sep 2026, 08.38

Jangan pernah lelah menyemangati diri sendiri… 🌷

Ada hari, kita rasa lemah.
Ada saat, hati terasa penat.
Ada waktu, kita memandang cermin dan tertanya-tanya…

“Mampukah aku terus bertahan?”

Tapi lihatlah…
Walaupun dunia tidak sentiasa memberi kata-kata indah, kita masih boleh menjadi penyokong terbesar untuk diri sendiri.

Tulis. Ulang. Ingatkan hati.

“You can do it.”

Bukan kerana kita kuat tanpa ujian,
tetapi kerana Allah tidak pernah menguji hamba-Nya melebihi kemampuan.

Kadang-kadang, yang kita perlukan bukan pujian manusia…
tetapi bisikan kecil kepada hati sendiri:

✨ Aku boleh sabar lagi.
✨ Aku boleh cuba lagi.
✨ Aku boleh bangun semula.
✨ Aku boleh berubah menjadi lebih baik.
✨ Aku boleh terus melangkah kerana Allah bersamaku.

Walaupun perlahan, tetaplah bergerak.
Walaupun penat, tetaplah bertahan.
Walaupun menangis, jangan pernah menyerah.

Kerana setiap langkah kecil menuju kebaikan…
tetap dikira besar di sisi Allah.

Percayalah,
suatu hari nanti kamu akan melihat ke belakang dan tersenyum,
kerana ternyata kamu lebih kuat daripada yang kamu sangka.

You can do it. Dengan izin Allah. 🤍

#SemangatDiri
#YouCanDoIt
#MuslimahKuat
#PercayaPadaAllah
#Istiqamah

@Nota_nasihat
688000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

06 Sep 2026, 08.34

Menarik pepatah arab ni.

“Jadikan rumah kita bersih seolah kita menanti hadirnya tetamu. Jadikan hati kita bersih seperti kita menunggu datangnya maut”

@Nota_nasihat
539000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

06 Sep 2026, 08.33

Suka ayat ni :
Bersangka baik dengan aturan Allah. His timing is always perfect. Never too early, never too late. Trust His plan.”

~ تَوَكَّلْتُ عَلَى ٱللَّهِ

@Nota_nasihat
585000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

06 Sep 2026, 08.29

T.me/notatazkirah

Jika tak mampu berkata baik, pilihlah diam. jika tak mampu memiliki rezeki orang lain, belajarlah bersyukur. jika tak mampu menjadi seperti mereka, tundukkan hati dalam doa. kadang kita terlalu sibuk memandang milik orang, hingga lupa menghargai nikmat yang masih Allah titipkan pada kita.

اَللهُمّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

ros faridah 78

@Nota_nasihat

Telegram

🌺 NOTA TAZKIRAH 1🌺

Mari manfaatkan media untuk DAKWAH...📱

VIEW CHANNEL
578000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

23 Agu 2026, 08.27

"Berhati-hatilah saat engkau mengucapkan dengan ucapan yang kasar kepada orang lain, sesungguhnya luka yang ditimbulkan daripadanya tidak akan pernah hilang seumur hidup mereka dan jika engkau tidak mampu berucap lemah lembut maka diamlah..."

- Ustadzah Fatimah Iksir Al-Hamid

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ❤
982000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

23 Agu 2026, 08.27

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amal Yang Disukai Allah Pada Eidul Adha

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan Ikhlas melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Hari Raya Korban (Eidul Adha) semakin hampir. Amal yang paling Allah sukai pada Hari Raya Eidul Adha daripada setiap Muslim ialah melaksanakan ibadah korban berbanding amalan sunat yang lain.

2.  Mereka yang melaksanakan ibadah korban ini di hari akhirat nanti akan datang binatang yang dikorbankan berserta tanduk, kuku dan bulunya sebagai saksi ibadat yang telah mereka laksanakan semasa di dunia dengan Ikhlas.

3.  Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa ia juga menunjukkan kesempurnaan pahala yang diperoleh — bukan setakat ibadah biasa, tetapi ibadah yang datang dengan bukti nyata pada hari kiamat. Dimana setiap bahagian haiwan korban akan menjadi pahala dan saksi kepada pelakunya di akhirat.

4.  Ibadah Korban yang ikhlas dilaksanakan oleh Muslim, akan diterima Allah dan diredaiNya sebelum darahnya menitik ke bumi. Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa ini menunjukkan Allah sangat suka kepada ibadah ini kerana ia menggabungkan keikhlasan, pengorbanan harta, dan menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim a.s.

5.  Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan, cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna.

6.  Sunnah berkorban perlu terus dihidupkan, terutamanya dalam masyarakat yang semakin melupakan erti pengorbanan sebenar. Jom daftar untuk menyertai ibadat korban.
918000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

23 Agu 2026, 08.27

Rasulullah SAW nak semua orang masuk syurga. Sekali pun manusia yang memusuhi Baginda.

Kita mendoakan orang yang memang dah baik,
itu biasa. Tapi mendoakan syurga untuk orang yang berbuat jahat pada kita, itu susah.

Tapi itu kesukaan Rasulullah.

Ulang lagi, itu kesukaan Rasulullah.

SubhanAllah.
687000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

11 Jul 2026, 09.23

Jom Bersalawat

"Barangsiapa yang bersalawat kepadaku sekali,maka Allah akan bersalawat keatasnya 10 kali dan digugurkan 10 kesalahan (dosa) serta ditinggikan baginya 10 darjat (di syurga kelak) " Riwayat Ahmad, Nasa'ie dan Al Hakim.

#salehudin

@Nota_nasihat
1,300000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

11 Jul 2026, 09.22

Doa Agar Tidak Dihilangkan Nikmat

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada kehilangan nikmat, berubah kesihatan, kecelakaan secara tiba-tiba dan kesemua kemurkaanMu.

(HR Muslim, 2739)

@Nota_nasihat
1,190000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

11 Jul 2026, 09.20

ZIKIR YANG TINGGI NILAINYA

Salah satu daripada zikir yang terdapat dalam Al-Mathurat yang disaran kepada kita dibaca setiap pagi dan petang.

Rugi kalau tak baca,
1 minit pun tak sampai.

Istiqamah baca setiap hari iaitu 3x pada setiap pagi dan petang.

"Subhanallahi wa bihamdihi ‘adada khalqihi,wa ridha nafsihi, wa ziinata ‘Arsyihi, wa midada kalimatihi"

Maksudnya:
"Maha Suci Allah dan segala puji bagiNya sebanyak bilangan makhlukNya, dan sebesar ridha diriNya, dan seberat ‘Arasy-Nya,dan sebanyak hitungan kalimatNya." ~ HR Muslim

Allah SWT berfirman:
"Katakanlah (wahai Muhammad) "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan". ~ Qs Kahfi ayat 9

Aamiin...🌹

@Nota_nasihat
1,180000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

11 Jul 2026, 09.19

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwuduk' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wuduk' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wuduk' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk' dengan air. Sementara wuduk' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1.bertaubat

2.menyesali dosa yang dilakukan

3.tidak tergila-gilakan dunia

4.tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5.tinggalkan sifat berbangga

6.tinggalkan sifat khianat dan menipu

7.meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

SHARE
Himpunan Cerita Dan Kisah Teladan

@Nota_nasihat
696000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

11 Jul 2026, 09.17

5 Penat Yang Tidak Sia-Sia

Kerana Ia Sedang Membina Diri Menjadi Lebih Bernilai

Bismillah.
Kadang-kadang kita rasa penat sangat.

Penat bekerja.
Penat menjaga keluarga.
Penat belajar.
Penat menghadapi ujian.

Tetapi saya ingin mengajak kita melihat penat dari sudut yang berbeza.
Tidak semua penat itu sia-sia.

Ada penat yang menjadi ibadah apabila dilakukan kerana Allah.

1.
Penat Mencari Rezeki Yang Halal
Setiap titik peluh mencari nafkah yang halal mempunyai nilai di sisi Allah.
Bekerja bukan sekadar mencari gaji.
Tetapi menjalankan amanah.

2.
Penat Menuntut Ilmu
Ilmu yang bermanfaat akan terus mengangkat darjat seseorang.
Setiap halaman yang dibaca dan setiap ilmu yang diamalkan menjadi pelaburan untuk dunia dan akhirat.

3.
Penat Menjaga Keluarga
Menjadi ibu, ayah atau anak yang bertanggungjawab memang meletihkan.
Tetapi kasih sayang, pengorbanan dan kesabaran itulah yang membina sebuah keluarga yang bahagia.

4.
Penat Bersabar Ketika Diuji
Ujian bukan untuk melemahkan kita.
Tetapi untuk mematangkan jiwa.
Kadang-kadang, Allah sedang membina karakter yang tidak mampu dibina ketika hidup sentiasa mudah.

5.
Penat Beribadah dan Berbuat Kebaikan
Bangun awal untuk solat.
Membaca al-Quran.
Membantu orang lain.

Semuanya mungkin memenatkan tubuh.
Tetapi ia menenangkan hati.

Peringatan Buat Diri Saya

Kita mungkin penat hari ini.
Tetapi jangan sampai penat itu membuat kita berhenti melakukan kebaikan.
Kerana ada penat yang menghabiskan tenaga.

Dan ada penat yang membina jiwa.
Allah SWT berfirman:
“Dan bahawa manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.”
(Surah An-Najm: 39)

Semoga setiap penat yang kita lalui kerana mencari reda Allah menjadi asbab keberkatan hidup, ketenangan hati dan ganjaran yang berterusan.

Ya Allah Ya Wahhab
terimalah setiap usaha kami, kuatkan langkah kami dan jadikan setiap penat ini bernilai di sisi-Mu. Aamiin.

Perkongsian Dr Azizah Osman

@Nota_nasihat
736000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

11 Jul 2026, 09.16

Nasihat Hari Ini :

“Allah tidak menjanjikan hidup tanpa ujian, tetapi Dia menjanjikan kekuatan bagi mereka yang bersabar.”
🤲🏻

@Nota_nasihat
827000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

22 Jun 2026, 09.24

BERHATI-HATILAH DENGAN PUJIAN.

"Berhati-hatilah apabila kamu menjadi orang yang hebat dengan pujian orang ramai. Sedangkan kamu tahu diri kamu sendiri. Penuh dengan aib yang tersembunyi." (Syeikh Yusuf Bukhour

Al-Hasani)

Kalau mereka tahu sedikit sahaja diri kita yang asli, aib kita, dosa kita, perbuatan kita, hal-hal buruk yang kita sembunyikan dari pandangan orang ramai. Pastinya bukanlah pujian atau sanjungan yang kita akan dapat.

SIAPA YANG MENGENAL DIRI SENDIRI. PASTI TAHU APA YANG TERSEMBUNYI.

#Ilmu #Amal #Dakwah

@Nota_nasihat
1,050000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

22 Jun 2026, 09.22

‎10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI SAW

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w..

Bersambung -

@Nota_nasihat
872000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

22 Jun 2026, 09.20

Manfaat dari bacaan Ayattul Kursi:

►1. Bacalah saat meninggalkan rumah anda, dan 70,000 malaikat akan melindungi anda dan seisi rumah.
►2. Bacalah saat memasuki rumah anda, dan kemiskinan tidak akan masuk ke rumah anda.
►3. Bacalah setelah berwudhu dan anda dapat naik 70 darjat di sisi Allah SWT.
►4. Bacalah sebelum tidur dan 1 Malaikat akan melindungi anda sepanjang malam.
►5. Bacalah setelah solat fardu, dan satu-satunya yang dapat memisahkan anda dari syurga adalah kematian.
►Jika anda berkongsikan amalan ini, ia menjadi Sadaqatul Jaria. Ertinya anda akan terus mendapatkan pahala untuk amalan itu, setiap saat seseorang membacanya bahkan sampai ketika anda telah tiada, sampai hari akhir nanti).
►Astarghfirullah! 3x
►Hasbunallahu wa nikmal wakeel. 7x
► Setelah membaca, terus kongsikan.
►Dalam beberapa minit, ramai orang akan dapat membacanya.
► Anda tidak akan kehilangan apa-apa jadi kongsikan lah ke teman² dan keluarga.

@Nota_nasihat
696000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

25 Mei 2026, 19.30

Mari kita semua puasa sunat besok..

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Arafah

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ  أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

Daripada Abu Qatadah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Puasa pada hari 'Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan daripada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah bagi selain orang yang berada di 'Arafah (bukan Jemaah haji yang wuquf di Arafah). (Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.    Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji

2.    Puasa pada hari Arafah mempunyai kelebihan yang sangat besar. Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan dosa setahun sebelum dan setahun yang akan datang.

3.    Menurut ulama, yang dimaksudkan pengampunan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang ialah dosa-dosa kecil. Adapun dosa besar memerlukan taubat yang khusus.

4.    Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun. (Musnad Ahmad No: 21568)

5.    Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa.

سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر

Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih

6.    Hadis ini menunjukkan kelebihan luar biasa puasa Hari Arafah sebagai salah satu amalan terbaik dalam sepuluh awal Zulhijjah. Dengan rahmat Allah, puasa ini menjadi sebab penghapusan dosa selama dua tahun bagi orang yang melakukannya dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Ia juga mendidik umat Islam agar sentiasa merebut peluang hari-hari yang mulia untuk memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Selasa ini 26hb Mei 2026 bagi kita di Malaysia. Ayuh ingatkan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan kita untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu kita menemuinya.

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

06hb Zulhijjah1447H
23hb Mei 2026

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

@Nota_nasihat

Telegram

1 Hari 1 Hadis

Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

VIEW CHANNEL
1,370000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

25 Mei 2026, 18.12

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tuntutan Ibadat Korban Bagi Yang Mampu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

Daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang mempunyai kelapangan belanja (kemampuan) tetapi tidak melakukan ibadah korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat (masjid) kami. (Musnad Ahmad No: 7924) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Ibadah korban sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat yang kita perolehi.

2.  Orang yang mempunyai kelapangan (kemampuan kewangan) tetapi dengan sengaja tidak melaksanakan ibadah korban, seolah-olahnya tidak layak mendatangi masjid untuk melaksanakan ibadat solat pada Hari Raya (menunjukkan satu bentuk ancaman).

3.  Dalam Mazhab Syafie, kelapangan belanja bermaksud seseorang yang mempunyai wang lebihan untuk membeli binatang korban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya pada hari raya dan hari-hari tasyrik (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah).

4.  Dalam Mazhab Hanbali pula, kelapangan belanja ialah mereka yang dapat membeli harga korban walaupun secara meminjam atau berhutang, dan hutang itu mampu dijelaskan.

5.  Imam Malik berkata: “Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)

6.  Berusaha melaksanakan ibadat korban agar ia menjadi penghapus kepada dosa-dosa kita dan memberi kelegaan khususnya kepada fakir miskin dan kegembiraan jiran tetangga.

7.  Islam sangat menekankan semangat pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian sosial melalui ibadah korban. Sikap sambil lewa terhadap ibadah boleh membawa kepada kelalaian dalam agama.

8.  Bagi mereka yang berkemampuan dan ada lebihan wang, afdhal  melaksanakan Ibadat Korban di mana kita tinggal. Ayuh buat tempahan korban sekarang.

@Nota_nasihat
1,040000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

25 Mei 2026, 18.11

فَمَنْ عَلِمَ وَعَمِلَ وَعَلَّمَ فَهُوَ الَّذِي يُدْعَى عَظِيْمًا فِي مَلَكُوْتِ السَّمَوَاتِ فَإِنَّهُ كَالشَّمْسِ تُضِيْءُ لِغَيْرِهَا وَهِيَ مُضِيْئَةٌ فِيْ نَفْسِهَا

Barang siapa yang 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙧𝙩𝙞 ilmu agama, 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙢𝙖𝙡𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖 dan 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙟𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣𝙣𝙮𝙖, maka ia akan 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 sebagai pembesar di kerajaan langit. Hal ini dikarenakan ia laksana matahari yang menyinari lainnya dan juga dirinya.

• Imam Ghozalie, Ihya’ Ulumiddin I/11

@Nota_nasihat
630000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

25 Mei 2026, 18.09

𝗗𝗼𝗮 𝗗𝗶𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮𝗻

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك

Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.

#ustazwadiannuar

@Nota_nasihat
931000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

25 Mei 2026, 18.05

"Berhati-hatilah saat engkau mengucapkan dengan ucapan yang kasar kepada orang lain, sesungguhnya luka yang ditimbulkan daripadanya tidak akan pernah hilang seumur hidup mereka dan jika engkau tidak mampu berucap lemah lembut maka diamlah..."

- Ustadzah Fatimah Iksir Al-Hamid

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد ❤
@Nota_nasihat
856000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

20 Mei 2026, 10.43

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berakhlak Dalam Pertuturan

عَنْ عَائِشَةَ  رضي الله عنها قَالَتْ : اسْتَأْذَنَ رَهْطٌ مِنَ الْيَهُودِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا : السَّامُ عَلَيْكُمْ  فَقَالَتْ عَائِشَةُ : بَلْ عَلَيْكُمُ السَّامُ وَاللَّعْنَةُ  فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الْأَمْرِ كُلِّهِ قَالَتْ : أَلَمْ تَسْمَعْ مَا قَالُوا  قَالَ : قَدْ قُلْتُ وَعَلَيْكُمْ

Daripada Aisyah RA beliau berkata, sekumpulan orang Yahudi meminta izin untuk bertemu Rasulullah SAW lalu mereka mengucapkan: Assam ‘alaikum (kematian ke atas kamu). Aku (Aisyah) berkata: Ke atas kamu kematian dan laknat!. Lalu Rasulullah SAW menegur: Wahai Aisyah, sesungguhnya Allah itu mencintai kelembutan dalam setiap urusan.” ‘Aku (Aisyah) bertanya: Kamu tak dengarkah apa yang mereka sebut? Baginda berkata: Ya, aku sudah jawab Wa a’laikum (ke atas kamu juga). (HR Bukhari no: 6927) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Hadis ini menggambarkan kehalusan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi provokasi dan keburukan orang lain dengan sifat lemah lembut (rifq).

2.  Islam agama rahmah yang mengajar umatnya berakhlak mulia dalam perbuatan, pertuturan mahupun penulisan.

3.  Islam mengajar umatnya sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dengan bersikap lunak dan santun kerana Allah itu menyukai kelembutan dalam semua perkara termasuk semasa kita dihina atau marah. Kelembutan dalam pertuturan membantu meredakan ketegangan dan menjaga hubungan.

4.  Walaupun orang lain mungkin bersikap kasar atau menghina kita, Islam mengajarkan kita untuk tidak membalas keburukan dengan keburukan. Sebaliknya, kita hendaklah menunjukkan akhlak yang baik dan bersabar. Hal ini adalah cara yang lebih mulia dan akan menerima ganjaran di sisi Allah.

5.  Seorang Muslim perlu bijak mengawal tindak balas, tidak terburu-buru membalas dengan kemarahan. Tidak semua keburukan perlu dibalas secara keras; kadangkala jawapan ringkas dan berhemah lebih baik.

6.  Islam mengajar kita memelihara tutur kata yang baik-baik dan jangan sampai dipengaruhi oleh syaitan dalam mengeluarkan kata-kata sama ada dalam percakapan mahupun penulisan. Firman Allah:

وَقُل لِّعِبَادِي يَقُولُواْ ٱلَّتِي هِيَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ يَنزَغُ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ كَانَ لِلۡإِنسَٰنِ عَدُوّٗا مُّبِينٗا

Maksudnya: “Dan katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.” (al-Isra: 53).

Kata Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini: “Allah memerintah Rasulullah SAW memberitahu kepada hamba-hamba Allah agar berkata dalam ucapan dan perbincangan mereka ungkapan yang terbaik dan kalimat yang baik. Jika itu tidak dilakukan, syaitan akan menghasut mereka. Maka ucapan itu akan membawa tindak balas, berlaku keburukan, permusuhan dan peperangan.” (Ibn Kathir, 5/87. Mekah: Dar al-Taybah).

7.  Seseorang boleh, bahkan disuruh menegur ataupun mengkritik sesuatu perkara yang salah. Namun, Islam mengajar agar kita berdisiplin dalam ucapan dan tulisan kita. Jangan sekali-kali menggunakan bahasa yang buruk dan kotor. Malangnya rata-rata di media sosial hari ini komen berbentuk celaan, makian, umpatan serta fitnah telah menjadi makanan harian.

Orang yang suka memaki orang lain merupakan golongan yang fasik (golongan pendosa). Mereka bukanlah penegak agama sebaliknya untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri dan dipengaruhi syaitan.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
919000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

20 Mei 2026, 10.43

Pernah tak kamu rasa hidup ni terlalu berat..
sampai rasa macam tak mampu nak teruskan?

Dalam Al-Quran dan hadis, Allah dah tunjuk banyak kisah wanita hebat yang diuji.. tapi mereka tetap kuat kerana iman.

Aisyah r.a
tidak dikurniakan zuriat…
namun Allah muliakan dengan ilmu yang sangat tinggi, menjadi rujukan umat.

Asiyah (isteri Firaun)
hidup dengan suami paling zalim…
tetapi Allah abadikan doanya dalam Al-Quran:
“Wahai Tuhanku, bina untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga…” (At-Tahrim: 11)

Maryam
diuji dengan tuduhan yang berat…
tetapi Allah sendiri membela kesuciannya dalam Al-Quran (Surah Maryam).

Hajar
ditinggalkan di lembah yang tiada manusia…
tetapi Allah jadikan usahanya sebagai ibadah (Sa’i) sampai hari ini.

Khadijah r.a
mengorbankan harta dan diri untuk Islam…
dan Rasulullah ﷺ menyebut kelebihannya sebagai wanita mulia.

Sumayyah r.a
diseksa hingga syahid…
dan menjadi syahid pertama dalam Islam.

Ummu Salamah r.a
diuji dengan kehilangan dan perpisahan…
lalu dia berdoa seperti yang diajar Nabi ﷺ:
“Ya Allah, gantikanlah bagiku dengan yang lebih baik”
dan Allah benar-benar menggantikannya.

⸻

✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Dia akan mengujinya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dan Allah juga berfirman:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah: 286)

⸻

Jadi kalau hari ini kamu sedang diuji…
itu bukan tanda kamu lemah.

Mungkin Allah sedang angkat darjat kamu.
Mungkin Allah sedang hapuskan dosa kamu.
Mungkin Allah sedang siapkan sesuatu yang lebih baik…

Kerana Allah takkan uji hamba-Nya tanpa sebab 🤍

🌱Sebahagian kisah ini disebut dalam Al-Quran dan hadis sahih, dan sebahagian lagi masyhur dalam sejarah Islam.”

⸻

#UjianHidup
#SabarKeranaAllah
#AllahTahuKitaMampu
#Dakwah
#TeguhDalamUjian
1,130000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

20 Mei 2026, 10.43

DOA WAKTU PAGI

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima."

( HR Ahmad, Ibnu As-Sunni & Ibnu Majah )

Selamat pagi semua
664000
Islamic Quotes📚 logo
Islamic Quotes📚

20 Mei 2026, 10.43

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah  Penyayang Untuk Dirahmati Allah

سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ

Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang bersifat penyayang" (Sahih Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim. Kasih sayang sesama manusia adalah asas kepada meraih rahmat Allah.

2.  Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain. Jika kita ingin mendapat rahmat-Nya, kita perlu menjadi orang yang penyayang dan penuh empati terhadap orang lain.

3.  Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya  ialah sifat saling hormat menghormati, saling bermaafan serta sifat  membantu mereka yang sedang menghadapi musibah,  sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat.

4.  Sifat kasar, zalim dan tidak berperikemanusiaan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

5.  Dengan mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan seharian, ia bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah tetapi juga dapat memperbaiki hubungan sosial kita dengan orang lain. Sikap kasih sayang dapat membina masyarakat yang harmoni dan penuh dengan bantuan serta sokongan sesama ahli.

6.  Di musim lebaran ini, suburkanlah sifat mengasihi orang lain dengan mendoakan kebaikan, membantu mereka yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.

7.  Jika kita benci atau tidak suka kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun dilaman sosial.

Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih dan penyayang terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak.
814000

Showing 30 of 45 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram Islamic Quotes📚 tentang apa?+

Islamic Quotes📚 (@nota_nasihat) adalah channel Telegram di kategori Kata-kata Inspiratif di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 4.624 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan Islamic Quotes📚 (@nota_nasihat)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @nota_nasihat gratis.

Apakah Islamic Quotes📚 channel Kata-kata Inspiratif yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan Islamic Quotes📚 sebelum bergabung. Saat ini sekitar 4.624 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Kata-kata Inspiratif serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan Islamic Quotes📚?+

Di tgdio, buka halaman @nota_nasihat untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.