Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mohon semua Guru Kelas, Penyelaras PAJSK dan pihak pentadbir sekolah mengambil maklum perbezaan status kelas dalam sistem SPPB-PAJSK serta fungsi yang boleh diakses bagi setiap status.
š“ 1. BELUM DITAKSIR
Guru kelas belum memulakan sebarang pengisian dalam sistem.
⢠āļø Boleh edit data: Ya, untuk memulakan pengisian.
⢠š Boleh jana slip: Tidak.
⢠š Boleh tengok analisis: Tidak.
š” 2. SEDANG DITAKSIR
Guru kelas telah mula membuat pengisian data murid dalam kelas tersebut, tetapi pengisian masih belum lengkap.
⢠āļø Boleh edit data: Ya, untuk meneruskan pengisian.
⢠š Boleh jana slip: Tidak.
⢠š Boleh tengok analisis: Tidak.
Pastikan semua komponen pentaksiran dilengkapkan dan setiap komponen disimpan.
šµ 3. SEMAKAN
Guru kelas telah menekan butang HANTAR dalam menu Keputusan.
⢠āļø Boleh edit data: Ya. Data masih boleh dikemas kini walaupun selepas butang HANTAR ditekan.
⢠š Boleh jana slip: Ya, melalui menu Laporan.
⢠š Boleh tengok analisis: Tidak. Analisis masih belum boleh dijana pada peringkat ini.
Perhatian: Butang HANTAR hanya tersedia kepada guru yang didaftarkan sebagai guru kelas berkenaan dalam Modul Pengurusan Institusi.
š¢ 4. TELAH DISAHKAN
Penyelaras PAJSK telah menekan butang HANTAR dalam menu Pengurusan selepas proses semakan dan pengemaskinian selesai.
⢠āļø Boleh edit data: Tidak. Data telah dikunci dan tidak boleh dikemas kini.
⢠š Boleh jana slip: Ya, slip akhir boleh dijana melalui menu Laporan.
⢠š Boleh tengok analisis: Ya, analisis boleh dijana.
Perhatian: Butang HANTAR dalam menu Pengurusan hanya tersedia kepada guru yang diberikan peranan Guru Penyelaras. Pengesahan akhir hendaklah dibuat atas arahan pihak pentadbiran sekolah setelah semua slip disemak, diserahkan kepada ibu bapa untuk semakan dan dikemas kini berdasarkan maklum balas terkini.
āāāāāāāāāāāāāāāāāā
š PERKARA PENTING UNTUK DIINGATI
ā BELUM DITAKSIR dan SEDANG DITAKSIR: Pengisian belum bermula atau masih berlangsung. Slip dan analisis belum boleh dijana.
ā SEMAKAN: Data masih boleh diedit dan slip boleh dijana, tetapi analisis belum boleh dijana.
ā TELAH DISAHKAN: Data tidak lagi boleh diedit, slip akhir boleh dijana dan analisis boleh dijana.
ā ļø Jangan tergesa-gesa membuat pengesahan akhir. Pastikan semua data murid telah lengkap, semua slip telah disemak dan tindakan pengemaskinian telah selesai sebelum Penyelaras PAJSK menekan butang HANTAR dalam menu Pengurusan.
š£ Mohon makluman ini dikongsi dengan semua guru kelas, Penyelaras PAJSK dan pihak pentadbir sekolah agar setiap tindakan dibuat mengikut peringkat yang betul.
Terima kasih atas kerjasama semua.
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
![[Channel] PAJSK TERENGGANU Telegram channel photo](https://cdn.tgdio.com/channels/2026/04/pajskganu.webp)










