Mukmin Perintis Telegram channel photo

Mukmin Perintis

@pmperintisPublic Channel

Pertubuhan Mukmin Perintis Non-Governmental Organisation (NGO) No Pendaftaran: PPM-017-10-25112024 Sertai Perintis 4 Siswa: https://tinyurl.com/PERINTIS4SISWA

AgamaIndonesiaIndonesia

56

Last views

1.7k (1,669 subscribers)
Anggota
—
Rating
40
Total Posts
Oct 17, 2026, 12:03 AM
Diperbarui
Apr 22, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameMukmin Perintis
Username@pmperintis
CategoryAgama
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota1,669
Channel TypePublic Channel
Created22 Apr 2026
Last Updated17 Okt 2026 • 5 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#121068+392
Peringkat Bahasa
#511Tidak ada perubahan
Peringkat Kategori
#2032+9

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 1.7K30 Days growth: +211.3%
09/1709/2209/2710/0210/0710/1210/16
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
17:09:20261,648
18:09:20261,648
19:09:20261,654
20:09:20261,654
21:09:20261,654
22:09:20261,654
23:09:20261,654
24:09:20261,654
25:09:20261,654
26:09:20261,654
27:09:20261,654
28:09:20261,654
29:09:20261,654
30:09:20261,654
01:10:20261,654
02:10:20261,654
03:10:20261,654
04:10:20261,654
05:10:20261,654
06:10:20261,654
07:10:20261,654
08:10:20261,654
09:10:20261,654
10:10:20261,654
11:10:20261,654
12:10:20261,654
13:10:20261,654
14:10:20261,654
15:10:20261,654
16:10:20261,669
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 20:04:20261,399
Week of 27:04:20261,399
Week of 04:05:20261,422
Week of 11:05:20261,422
Week of 18:05:20261,422
Week of 25:05:20261,422
Week of 01:06:20261,422
Week of 08:06:20261,422
Week of 15:06:20261,422
Week of 22:06:20261,422
Week of 29:06:20261,422
Week of 06:07:20261,536
Week of 13:07:20261,536
Week of 20:07:20261,536
Week of 27:07:20261,536
Week of 03:08:20261,536
Week of 10:08:20261,536
Week of 17:08:20261,615
Week of 24:08:20261,615
Week of 31:08:20261,627
Week of 07:09:20261,648
Week of 14:09:20261,654
Week of 21:09:20261,654
Week of 28:09:20261,654
Week of 05:10:20261,654
Week of 12:10:20261,669
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20261,399
May 20261,422
June 20261,422
July 20261,536
August 20261,627
September 20261,654
October 20261,669
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20261,669

Postingan Terbaru

Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

20 Okt 2026, 17.33

Photo1/2
"Realiti manusia kadang-kadang jemu mendengar ceramah dan nasihat. Mereka amat berhajat kepada orang yang boleh dicontohi."
Muhammad Abduh

Persediaan keempat dalam kitab Intima' ialah menjadi qudwah, iaitu contoh yang boleh diikuti.

Penulisnya menyebut sesuatu yang jujur tentang keadaan manusia. Mereka sudah penat mendengar. Bosan dengan percakapan yang kering dan kosong.

Bukan kerana nasihat itu salah, tetapi kerana nasihat sahaja tidak lagi menggerakkan sesiapa.

Yang mereka perlukan ialah seorang yang boleh dilihat, yang memadukan kelurusan akidah dan kekuatan iman dengan akhlak yang mulia.

Kesannya pula halus. Bila manusia melihat contoh di depan mata, mereka sendiri dapat memahami kekurangan yang perlu diperbaiki, tanpa perlu ditegur.

Itulah sebabnya qudwah disebut sebagai wasilah tarbiah dan taghyir yang amat penting.

Hanya qudwah yang mampu mengubah kata-kata yang kering menjadi sesuatu yang hidup.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
56000
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

18 Okt 2026, 17.32

Photo1/2
Siapa yang kita tinggalkan kerana dia lambat?

Dalam setiap bulatan, ada seorang yang paling perlahan.

Yang paling kerap tidak hadir. Yang paling susah dihubungi. Yang sudah berkali-kali dinasihat tetapi masih di tempat yang sama.

Dan selalunya, dialah yang paling mudah kita lepaskan.

Bukan dengan keputusan rasmi. Cuma dengan berhenti bertanya khabar.

Padahal yang lambat bukan semestinya tidak mahu. Kadang dia sedang berperang dengan sesuatu yang tidak kita nampak.

Sebelum minggu baharu bermula, sebut satu nama.

Hantar satu mesej. Tanya khabar sahaja, tanpa mengajak ke mana-mana program.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
1940012
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

18 Okt 2026, 07.04

Photo1/2
Para muslimah adalah aset ummah yang sangat hebat.

Tangan-tangan mereka bukan sahaja hijau, cekap di rumah dan lembut menghayun buaian tetapi boleh menggoncangkan kezaliman dan kelalaian umat.

Kerana itu usaha perbaikan umat ini turut melibatkan pentarbiahan kaum hawa.

Dalam bulatan gembira ini ada ruang selamat dan terpecaya untuk mereka bertumbuh, berkembang & akhirnya menyumbang.

Mukmin Perintis
https://mukminperintis.com/
185003
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

17 Okt 2026, 17.31

Photo1/2
"Jemaah Islam takkan sampai ke matlamatnya melainkan mesti melalui ibtila atau tribulasi."
Dr Hammam Said

Prinsip kelapan menegaskan bahawa ujian itu sunnatullah, bukan tanda kita tersalah jalan.

Hujahnya bermula daripada logik kerja. Bila sesuatu kerja itu susah dan kompleks, ia menuntut persediaan dan latihan yang lebih berat supaya orang yang memikulnya sampai ke tahap kerja itu.

Beliau menambah satu perkara yang jarang disebut. Tanggungjawab selepas kemenangan fikrah itu lebih besar daripada sebelumnya, jadi ujian tidak berhenti apabila keadaan bertambah baik. Ia cuma bertukar bentuk.

Maka ibtila bukan gangguan dalam perjalanan. Ia sebahagian daripada perjalanan itu sendiri.

Ia yang membuktikan kebenaran dakwah, dan membentuk diri kita mengikut acuan aqidah.

Kalau hari ini kita sedang diuji, itu bukan isyarat untuk berpatah balik.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
200001
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

16 Okt 2026, 17.32

Photo1/2
هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا

SALAM JUMAAT

"Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk?"
(Surah Al-Kahfi 66)

Lihat bagaimana Musa bercakap.

Baginda tidak berkata ajarkan aku. Baginda bertanya, bolehkah aku mengikutmu.

Baginda meminta izin sebelum meminta ilmu.

Sayyid Qutb menyebut adab Musa dalam ayat ini sebagai adab seorang penuntut di hadapan gurunya, walaupun Baginda seorang rasul dan yang di hadapannya seorang hamba.

Baginda meminta izin, meletakkan dirinya sebagai pengikut, dan menyebut ilmu itu datang daripada Allah, bukan milik peribadi gurunya.

Ayat ni mengajar dua arah sekaligus.

Kepada yang belajar, adab didahulukan sebelum ilmu.

Kepada yang mengajar, ingat bahawa ilmu di tangan kita pun pinjaman, sebagaimana ia pinjaman pada Khidir.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
187000
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

15 Okt 2026, 17.34

Photo1/2
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ

"Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa daripada kamu."
(Surah Al-Hajj 37)

Ayat ini dibawa dalam Al-Raqaiq untuk menjelaskan satu perkara yang mudah difahami tetapi susah dihayati.

Allah tidak menerima jumlah. Allah menerima niat.

Bayangkan besarnya pengorbanan itu pada pandangan manusia. Namun semua itu disebut sebagai tidak sampai.

Yang sampai hanya taqwa.

Buat kita yang bekerja dalam dakwah, ayat ini sepatutnya menggetarkan.

Kerana kita juga ada daging dan darah kita sendiri. Program yang besar. Bilangan peserta. Senarai pencapaian yang boleh dibentangkan.

Semua itu dilihat manusia, dan semua itu boleh tidak sampai.

Maka sebelum menambah amal, perbaiki dahulu sebabnya.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
168000
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

15 Okt 2026, 13.52

Photo1/2
Pernah satu orang menyapa kami ketika sedang iktikaf berkumpulan di sebuah masjid,

"Kamu ini dari mana?"

"Kami NGO Perintis"

"Oh. NGO ada bagi-bagi bantuan ke?"

Begitulah.

Sering kali kerja NGO dikaitkan dengan amal kebajikan, hulur bantuan, bantu orang susah, miskin & memerlukan.

Sudah begitu banyak NGO atau apa-apa nama kumpulan telah terjun dalam bidang berkenaan.

Namun, ruang perbaikan yang kosong atau dibiarkan ini adalah usaha mendidik anak-anak muda dengan tarbiah islamiyyah.

Kerja perbaikan (islah) individu lebih-lebih lagi anak muda biasanya tidak menarik, lambat memberi impak dan terlalu renyah.

Namun, islah manusia inilah yang akan membuka jalan kepada perbaikan ruang dan relung kehidupan yang lain.

Kerana institusi, masyarakat, sistem dan kesemuanya, digerakkan oleh manusia.

Semoga lebih ramai yang ingin turut serta dalam projek islah ini.

Mukmin Perintis
https://mukminperintis.com/
221007
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

14 Okt 2026, 17.32

Photo1/2
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Allah pasti memberi pertolongan kepada hamba-Nya yang benar dan sabar. Sabar dalam erti memiliki iradah yang kuat, keazaman yang benar yang mampu menguasai jiwanya kerana taat kepada Allah."
Muhammad Abduh

Persediaan kedua dalam kitab Intima' ialah iradah yang kuat.

Penulisnya membuka dengan satu andaian yang ramai pegang. Apabila kita memilih jalan perjuangan, pertolongan Allah pasti datang.

Beliau tidak menafikannya, cuma menambah syaratnya.

Pertolongan itu datang selepas halangan dilalui, dan dengan syarat dia menang ke atas dirinya sendiri terlebih dahulu.

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu."
(Surah Muhammad 7)

Maka sebelum bertanya bila pertolongan akan datang, tanya dahulu, sudahkah kita menang ke atas diri sendiri?

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
211000
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

14 Okt 2026, 12.50

Photo1/2
Sekumpulan aktivis tarbiah dan murabbiyah baharu menyertai daurah isti'ab baru-baru ini untuk mengupas topik ini.

Isti'ab adalah keupayaan seseorang terutamanya dalam konteks tarbiah; keupayaan untuk menarik sasaran dakwah untuk membersamai kerja amal islami dan kemampuan untuk membina & menyusun mereka.

Semakin membesar dakwah ini, semakin luas jangkauannya, maka kapasiti para daie juga semakin dituntut.

Sekiranya sang murabbi tidak memberi perhatian kepada peningkatan isti'ab dirinya, ia akan cepat pancit, sentuhannya makin hambar dan magnet tarikan dia akan semakin lemah.

Mukmin Perintis
615001
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

13 Okt 2026, 17.32

Photo1/2
KAMUS HARAKAH
Istilah 5: JIDDIYYAH

Maksudnya kesungguhan.

Kitab Intima' mentakrifkannya sebagai lawan kepada main-main dan tidak serius. Ia bermaksud bersungguh-sungguh, memberi perhatian lebih daripada biasa, dan bersegera menunaikan sesuatu kerja.

Dan ada satu syarat tambahan yang sering dilupakan, iaitu tidak teragak-agak atau malas di pertengahan jalan.

Di situlah ujian sebenarnya.

Penulisnya menggambarkan dengan jujur bagaimana seseorang menurun. Semangat luntur kerana jalan terlalu panjang. Keazaman jadi tumpul. Berasa berat menguruskan amal. Berpada dengan kerja yang sedikit, itupun sudah terasa banyak.

Tiada satu pun daripada tanda itu kelihatan seperti pengkhianatan. Semuanya nampak seperti keletihan biasa.

Maka jiddiyyah bukan diuji pada hari pertama kita menyertai. Ia diuji pada tahun kelima, ketika semuanya sudah menjadi rutin.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
173000
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

12 Okt 2026, 17.33

Photo1/2
"Si-aqidi mempunyai neracanya yang tertentu, menimbang, membanding, memeriksa dan merumus sebelum melangkah. Si-spontan pula penuh marah, melenting dan tergesa-gesa."
Al-Muntalaq, Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rashid

Bab keenam belas bertajuk Pemilihan Memelihara Dari Kecundang.

Ar-Rashid membandingkan dua jenis manusia dalam harakah.

Yang pertama bergerak dengan neraca. Yang kedua bergerak dengan perasaan, lalu terperosok dalam masalah.

Dan sifat ini bukan hanya pada individu. Tekanan daripada ahli boleh menyeret seluruh jamaah bertindak tanpa fikir, sehingga memusnahkan kekuatan yang dibina bertahun-tahun.

Penyelesaiannya pula tidak dijangka.

Bukan menambah peraturan, tetapi berhati-hati menyerahkan kerusi taujih dalaman. Ia hanya diberikan kepada individu yang thiqah, yang beriman, berilmu dan beramal.

Kerana orang yang memegang arah bicara dalam harakah akan membentuk cara berfikir seluruh anggota di bawahnya.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
219002
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

12 Okt 2026, 11.57

Photo1/2
🌙 QUM! Qiamulail | Ukhuwah | Masjid

رُهْبَانٌ بِاللَّيْلِ، فُرْسَانٌ بِالنَّهَارِ
“Sujud di malam hari, berjuang di siang hari”

Jom bangun malam, kuatkan iman dan eratkan ukhuwah bersama! 🤝

Istimewa kali ini, QUM dimeriahkan dengan liga futsal!

🗓 24–25 Oktober 2026 (Sabtu–Ahad)
🕙 10 malam – 10 pagi
📍 Masjid UKM

Ajak kawan sekali. Jom penuhkan saf! 🕌

Daftar segera😆
https://forms.gle/DPMJn24QiKxghG9z8
209001
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

11 Okt 2026, 17.34

Photo1/2
Kalau ilmu kita berhenti hari ini, cukupkah untuk mendidik?

Soalan ini bukan untuk menakutkan sesiapa.

Ia cuma peringatan bahawa seorang murabbi memberi daripada apa yang ada padanya. Bila simpanan itu tidak ditambah, yang diberi akan jadi semakin nipis.

Bukan bermakna kita perlu menunggu sempurna dahulu sebelum mendidik. Tiada siapa akan sampai ke situ.

Cuma jangan berhenti.

Satu buku. Satu bab. Satu halaman seminggu pun memadai, asalkan ia tidak terhenti.

Yang berhenti belajar, perlahan-lahan berhenti memberi.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
275003
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

10 Okt 2026, 17.35

Photo1/2
"Seorang daie yang bijak tidak akan bercakap semua benda yang diketahui kepada semua orang yang dia kenal."
Dr Hammam Said

Prinsip ketujuh Qawaid Dakwah menyentuh satu kesilapan yang sangat biasa, iaitu bercakap mengikut kadar kemampuan kita, bukan kadar kemampuan mad'u.

Dr Hammam Said menjelaskan bahawa hikmah bermaksud mengetahui kesesuaian dakwah bagi setiap golongan manusia.

Seorang daie berinteraksi mengikut kadar akal yang mendengar, dan tidak membawa pemikiran seseorang melebihi kemampuan fikirannya.

Dalilnya menarik.

Ibnu Abbas menafsirkan perkataan rabbaniyyun sebagai orang yang lemah lembut dan faqih.

Imam Bukhari pula menyebut seseorang itu dikatakan rabbani apabila dia mentarbiah manusia dengan ilmu yang ringan dan kecil dahulu sebelum perkara yang besar.

Maka apabila mad'u kita kelihatan jauh, mungkin masalahnya bukan dia lambat faham.

Mungkin kita yang mula terlalu tinggi.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
283006
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

09 Okt 2026, 17.30

Photo1/2
لَا أَبْرَحُ حَتَّىٰ أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا

SALAM JUMAAT

"Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, atau aku berjalan terus bertahun-tahun."
(Surah Al-Kahfi 60)

Kita masuk ke kisah ketiga dalam Surah Al-Kahfi, iaitu fitnah ilmu.

Dan ia dibuka dengan sesuatu yang mengejutkan.

Musa seorang rasul. Baginda bercakap terus dengan Allah. Namun apabila diberitahu ada seorang hamba yang memiliki ilmu yang Baginda tidak tahu, Baginda terus bergerak mencarinya.

Bukan menghantar pesanan, bukan menunggu orang itu datang. Baginda sendiri berjalan, dengan kesediaan berjalan bertahun-tahun.

Semakin lama kita dalam saf, semakin senang kita berasa cukup. Lama-lama kita berhenti menjadi pelajar.

Sedangkan seorang nabi pun masih mencari guru.

Jumaat ini, tanya diri. Bila kali terakhir kita duduk sebagai pelajar, bukan sebagai penyampai?

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
261004
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

08 Okt 2026, 20.48

Photo1/2
🌟 PROGRAM PEGUAM MUSLIMAH PERINTIS 🌟

Mahasiswi Tahun 1 Undang-Undang, inilah masa untuk bermula!⚖️✨

Nak jadi peguam Muslimah yang bukan sahaja hebat dalam ilmu undang-undang, tetapi juga kukuh dengan nilai dan prinsip Islam? 🤍

PERINTIS membuka ruang untuk anda berkembang bersama:

📖 Quranic Legal Circle
🤝 Bimbingan Mentor
🎓 Sokongan Akademik
🌐 Networking
💼 Pendedahan Kerjaya
🌱 Pembangunan Diri

✨ Terbuka kepada mahasiswi Tahun 1 LLB/LLBS di IPTA.

📅 Tarikh tutup pendaftaran: 21 Oktober 2026

🔥 JOM JADI PERINTIS !
Satu langkah kecil hari ini,
mungkin menjadi permulaan kepada peguam Muslimah hebat pada masa hadapan. ⚖️🌷

👉 Daftar sekarang:
https://forms.gle/CPjdWCuJkNyPELSj8

#PERINTIS2026 #PeguamMuslimah #MahasiswiUndangUndang #MuslimahLawyer #PertubuhanMukminPerintis
335000
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

08 Okt 2026, 17.34

Photo1/2
"Wahai malam, berqiyam padamu adalah madrasah tentang makna ikhlas, lalu aku berpegang dengannya sebagai suatu jalan hidup."
Dinukilkan dalam Al-Raqaiq, Syeikh Muhammad Ahmad Ar-Rashid

Ar-Rashid menyebut mengenali erti ikhlas dan merasai kepalsuan angan-angan dunia itu antara kurniaan utama madrasah malam.

Perhatikan perkataan madrasah. Bukan ibadah sahaja, tetapi tempat belajar.

Dan yang diajarnya ialah ikhlas. Kerana pada waktu itu tiada sesiapa melihat dan tiada pujian menanti.

Di situlah niat diuji dengan paling jujur.

Seorang daie yang banyak beramal di hadapan orang, tetapi kosong ketika sendirian, sebenarnya sedang membina sesuatu yang rapuh.

Sebab itu Ar-Rashid meletakkan sudut ini sebagai perkara yang wajib ditekan dan diperdalamkan dalam sistem tarbiah kita.

Malam ini, cuba bangun walau sebentar. Bukan untuk menambah amal, tetapi untuk menguji siapa sebenarnya yang kita cari.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
263005
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

07 Okt 2026, 17.33

Photo1/2
"Jika kita andaikan peratus iman hanya 50 peratus, bermakna nisbah sumbangan seseorang itu kepada agama dan dakwahnya tidak akan lebih daripada 50 peratus sahaja dari apa yang sepatutnya."
Muhammad Abduh

Bab kedua kitab Intima' membuka senarai sepuluh persediaan seorang daie. Yang pertama bukan kemahiran, bukan ilmu, bukan pengalaman.

Yang pertama ialah iman yang mendalam.

Penulisnya meletakkan satu ukuran yang tajam. Kadar sumbangan kita kepada dakwah tidak akan melebihi kadar iman kita.

Maknanya, bila seseorang mula lambat dan mula berpada, puncanya jarang pada jadual.

Ustaz Mustafa Masyhur menyebut tarbiah dan kerohanian itu umpama roh bagi jasad.

Maka sebelum kita menambah program, semak dahulu sumber tenaganya.

Perigi yang cetek tidak akan mengeluarkan air yang banyak, walau berapa kali pun timba diturunkan.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
284001
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

04 Okt 2026, 07.12

Photo1/12
Barakah effect dari al-Quran sangat luar biasa.

Kita menyaksikan pemuda berkumpul dan berhimpun untuk hidup dengan isi-isi al-Qur'an.

Demikianlah al-Quran memberi kesan. Sebagaimana ia pernah mengesani generasi awal.

{ وَكَذَٰلِكَ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ رُوحٗا مِّنۡ أَمۡرِنَاۚ مَا كُنتَ تَدۡرِي مَا ٱلۡكِتَٰبُ وَلَا ٱلۡإِيمَٰنُ وَلَٰكِن جَعَلۡنَٰهُ نُورٗا نَّهۡدِي بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنۡ عِبَادِنَاۚ وَإِنَّكَ لَتَهۡدِيٓ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ }
[Surah Ash-Shūrā: 52]

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) -

Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu): apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu;

akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.

Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus

https://mukminperintis.com/
381002
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

04 Sep 2026, 21.03

Photo
Kekurangan hari ini bukanlah kuliah di masjid, ceramah di surau, selebriti & pempengaruh islami..tidak.

Yang kurang adalah murabbi. Individu yang sedia untuk hidup dengan umat di lapangan, mencari anasir baik, memilih dan mentarbiah mereka.

Mari bersama membina murabbi ❤️
https://mukminperintis.com/
665001
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

04 Sep 2026, 21.03

Photo
Melekatkan diri dengan dakwah itu disebut sebagai muntasib, orang yang telah menasabkan dirinya dengan islam, dakwah dan fikrahnya.

Seolah-olah, namanya berbin atau berbintikan dakwah. Ia tidak dikenali kerana anak kepada si fulan atau si fulanah, tetapi dikenali sebagai anak dan pejuang dakwah.

Masih ada kah individu seperti itu?

Mukmin Perintis
https://mukminperintis.com/
206001
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

04 Sep 2026, 21.03

Photo
Tanpa hijrah, kita tidak tahu rupanya potensi kita akan lebih berkembang di tempat baharu.

Tanpa hijrah, kita tidak tahu rupanya sambutan dakwah lebih meriah di tempat baharu.

Tanpa hijrah, kita tidak tahu rupanya aset pengalaman kita itu diperlukan di tempat baharu.

Tanpa hijrah kita tidak rasa berat amanah risalah.

Tanpa hijrah, kita tidak lalui cabaran memulakan medan amal

Tanpa hijrah, kita tidak teruji kejujuran dengan islam

Kerana itulah mungkin hikmah hijrah.

Menjadi titik persimpangan penting dalam islam.

Pastinya banyak ketidaktentuan.

Banyak cabaran. Banyak perubahan perlu diadaptasi.

Tetapi, selepas berazam, maka bertawakal kepada-Nya.

Katakan,

{ .. وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَىٰ رَبِّيٓۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ }
[Surah Al-ʿAnkabūt: 26]

"Aku hendak berhijrah kepada TuhanKu, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Tahniah kepada aktivis yang mengambil langkah berani untuk melakukan hijrah kerana Allah, Rasul & Dakwah.

Mukmin Perintis
211000
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

04 Sep 2026, 21.03

إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا

"Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu yang berat."
(Surah Al-Muzzammil, ayat 5)

Perhatikan susunan surah ini, kerana di situlah letaknya pengajaran.

Allah tidak memulakan dengan menyenaraikan tugas. Allah memulakan dengan satu arahan yang kelihatan peribadi sahaja: bangunlah pada waktu malam, dirikan solat, dan bacalah Al-Quran dengan tartil.

Barulah selepas itu disebut sebabnya. Kami akan menurunkan kepadamu wahyu yang berat.

Maknanya bekalan disediakan dahulu, sebelum beban diberikan.

Ini terbalik dengan cara kita selalu bekerja. Kita ambil tugas dahulu, kita sibuk dahulu, kemudian baru terfikir hendak mencari kekuatan bila sudah kelelahan.

Al-Muzzammil mengajar cara yang lain. Malam untuk mengisi, siang untuk menghabis. Dan seperti disebut dalam surah ini juga, ibadat malam lebih kuat kesannya kepada jiwa.

Daie yang ringan qiamnya akan rasa berat dakwahnya. Yang berat qiamnya akan rasa ringan bebannya.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
215007
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

04 Sep 2026, 21.03

Photo
Kalau gap generasi adalah halangan untuk kita berdakwah, pastinya ia juga alasan untuk Nabi Nuh AS. Baginda tinggal menyeru kaumnya selama 950 tahun, bukankah ada gap generasi?

Namun ia bukan halangan.

Sebaliknya jika persiapan yang rapi dibuat, gap umur boleh jadi satu kelebihan buat para pendakwah.

Pendakwah yang berusia, senior, matang dan berpengalaman lebih disegani, lebih banyak ilmunya dan pastinya lebih dihormati jika memiliki wibawa.

Tahniah kepada pendakwah muda yang bersedia untuk berhadapan dengan mad'u Gen-Z.

Ayuh kita turun ke medan dan menyantuni mereka.

Mukmin Perintis
https://mukminperintis.com/
233005
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

04 Sep 2026, 21.03

Photo
Kesyumulan islam yang dikurniakan oleh Allah dan ditunjukkan oleh baginda ar-Rasul SAW adalah termasuk dalam urusan rumah tangga.

Rumah tangga Rasulullah didirikan bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan fitrah manusia, tetapi amat jelas untuk kepentingan dakwah dan islam.

Kerana itu, di Mukmin Perintis, para aktivis dipersiapkan dengan ilmu yang mahal ini sebelum melangkah membentuk baitul muslim agar ia melangkah dengan mantap, tenang, bersedia dan paling penting terus menjadi pemangkin untuk berkomitmen dengan dakwah & tarbiah.

Mukmin Perintis
https://mukminperintis.com/
207003
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

04 Sep 2026, 21.03

BENTUK HUBUNGAN RASULULLAH SAW DAN PARA MUKMININ

{ لَقَدۡ جَآءَكُمۡ رَسُولٞ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٞ رَّحِيمٞ }
[Surah At-Tawbah: 128]

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Menurut pengarang Zilal,

Dalam ayat ini Allah tidak mengatakan "telah datang seorang Rasul dari kamu" منكم malah ia mengatakan "dari (kalangan) diri kamu" من أنفسكم kerana ungkapan ini lebih peka dan lebih mendalam hubungannya serta lebih memperlihatkan semacam hubungan yang rapat yang mengikat mereka dengan beliau, iaitu beliau adalah sebahagian dari diri mereka yang mempunyai hubungan jiwa yang mendalam dan lebih peka.

عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُمْ
"la sangat prihatin terhadap segala kesusahan yang dialami kamu"

Maksudnya, beliau sangat susah hati apabila kamu ditimpa kesulitan dan kesusahan.

حَرِيصٌ عَلَيْكُم
"Dan ia begitu prihatin terhadap kamu."

Maksudnya, Rasulullah s.a.w. tidak sekali-kali bermaksud mencampakkan kamu ke dalam kebinasaan atau menolak kamu ke dalam gaung.

Justeru itu apabila beliau menyuruh kamu berjihad dan menempuh kesusahan-kesusahan, maka bukanlah bererti beliau hendak menyusahkan kamu dan bukanlah kerana beliau mempunyai hati yang kejam dan kasar terhadap kamu, malah itulah suatu bentuk rahmat, iaitu rahmat terhadap kamu dari kehinaan dan dari dosa dan kesalahan, juga keprihatinan beliau agar kamu mendapat kehormatan memikul amanah da'wah Islamiyah di samping mendapat keredhaan Allah dan Syurga yang dijanjikan kepada para Muttaqin.

Salam Maulidur Rasul SAW
https://mukminperintis.com/
235002
Mukmin Perintis logo
Mukmin Perintis

04 Sep 2026, 21.03

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا"

Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin telah mendengar Al-Quran yang aku bacakan, lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan."
(Surah Al-Jin, ayat 1)

Peristiwa ini berlaku dalam salah satu fasa paling berat dalam hidup Baginda.

Baru sahaja pulang dari Taif dengan tubuh berdarah dan tawaran yang ditolak mentah-mentah. Pintu di hadapan tertutup rapat. Pada saat itulah Allah menghantar pendengar yang langsung tidak terlintas di fikiran sesiapa.

Sekumpulan jin mendengar bacaan Baginda, lalu terus beriman.

Perhatikan susunannya. Baginda tidak berhenti membaca walaupun tiada manusia yang menyahut. Dan justeru ketika itulah pendengar yang lain dihantar.

Inilah pengajaran buat kita. Kerja kita mengetuk pintu, bukan menentukan pintu mana yang akan terbuka. Kadang kala penolakan di satu tempat sebenarnya sedang membuka jalan ke tempat yang kita tidak pernah rancang.

Jadi teruskan membaca, teruskan menyeru. Pendengar itu urusan Allah.

Mukmin Perintis
Merintis Perubahan Dengan Tarbiah
https://mukminperintis.com/
228005

Showing 30 of 40 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram Mukmin Perintis tentang apa?+

Mukmin Perintis (@pmperintis) adalah channel Telegram di kategori Agama di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 1.669 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan Mukmin Perintis (@pmperintis)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @pmperintis gratis.

Apakah Mukmin Perintis channel Agama yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan Mukmin Perintis sebelum bergabung. Saat ini sekitar 1.669 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Agama serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan Mukmin Perintis?+

Di tgdio, buka halaman @pmperintis untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.