Pujuk Hati dengan AlQuran ❤️ Telegram channel photo

Pujuk Hati dengan AlQuran ❤️

Jom sama-sama mengambil motivasi daripada ayat-ayat Al-Quran sebagai penguat semangat menjalani kehidupan dunia menuju destinasi akhirat 🌹 https://abbascentre.onpay.my/order/form/bukuustaz/43 https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/67

224

Last views

1.4k (1,425 subscribers)
Anggota
—
Rating
31
Total Posts
Oct 16, 2026, 4:16 AM
Diperbarui
Apr 13, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NamePujuk Hati dengan AlQuran ❤️
Username@pujukhatidenganalquran
CategoryMotivasi Harian
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota1,425
Channel TypePublic Channel
Created13 Apr 2026
Last Updated16 Okt 2026 • 7 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#166999+342
Peringkat Bahasa
#687+12
Peringkat Kategori
#1263+1

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 1.4K30 Days growth: +30.2%
09/1609/2109/2610/0110/0610/1110/15
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
16:09:20261,422
17:09:20261,422
18:09:20261,425
19:09:20261,425
20:09:20261,425
21:09:20261,425
22:09:20261,425
23:09:20261,425
24:09:20261,425
25:09:20261,425
26:09:20261,425
27:09:20261,425
28:09:20261,425
29:09:20261,425
30:09:20261,425
01:10:20261,425
02:10:20261,425
03:10:20261,425
04:10:20261,425
05:10:20261,425
06:10:20261,425
07:10:20261,425
08:10:20261,425
09:10:20261,425
10:10:20261,425
11:10:20261,425
12:10:20261,425
13:10:20261,425
14:10:20261,425
15:10:20261,425
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 13:04:20261,437
Week of 20:04:20261,437
Week of 27:04:20261,435
Week of 04:05:20261,435
Week of 11:05:20261,435
Week of 18:05:20261,430
Week of 25:05:20261,430
Week of 01:06:20261,430
Week of 08:06:20261,430
Week of 15:06:20261,430
Week of 22:06:20261,430
Week of 29:06:20261,423
Week of 06:07:20261,423
Week of 13:07:20261,423
Week of 20:07:20261,423
Week of 27:07:20261,423
Week of 03:08:20261,423
Week of 10:08:20261,423
Week of 17:08:20261,423
Week of 24:08:20261,423
Week of 31:08:20261,420
Week of 07:09:20261,422
Week of 14:09:20261,425
Week of 21:09:20261,425
Week of 28:09:20261,425
Week of 05:10:20261,425
Week of 12:10:20261,425
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20261,437
May 20261,430
June 20261,430
July 20261,423
August 20261,420
September 20261,425
October 20261,425
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20261,425

Postingan Terbaru

Video
Ramadan mengajar aku satu hal...
bahawa kembali itu bukan tentang sempurna,
tetapi tentang tidak pernah berhenti melangkah.

Dan jika ada yang tertinggal daripada diriku sepanjang perjalanan ini,
aku berharap Allah menerimanya sebagai usaha yang kecil,
yang dipersembahkan dengan hati yang sedang belajar ikhlas. 🌱
456004
.:A Message A Day.:

Ramadan kali ini bukan sekadar tentang hari-hari yang berlalu, namun ia tentang hati yang perlahan-lahan diajar untuk kembali.

Di celah kesibukan, Allah hadirkan ruang kecil bernama A Message A Day. Satu ayat, satu renungan, satu sentuhan yang diam-diam membentuk jiwa. Tidak terasa, setiap hari menjadi pertemuan, antara aku dengan kalam-Nya, antara aku dengan diriku yang sebenar.

Bersama sahabat-sahabat Murajaah Group, perjalanan ini bukan hanya tentang berkongsi mesej, tetapi tentang saling menguatkan dalam diam.

Ada lelah yang tidak disebut, ada usaha yang tidak ditunjukkan, tetapi semuanya terasa kerana yang kita cari bukan pujian manusia, tetapi pandangan Tuhan.

Ramadan mengajar aku satu hal...
bahawa kembali itu bukan tentang sempurna,
tetapi tentang tidak pernah berhenti melangkah.

Dan jika ada yang tertinggal daripada diriku sepanjang perjalanan ini,
aku berharap Allah menerimanya sebagai usaha yang kecil,
yang dipersembahkan dengan hati yang sedang belajar ikhlas.

Dan aku titipkan harapan
moga setiap perkongsian kecil ini tidak terhenti pada bacaan semata,
tetapi mengalir sebagai manfaat pada hati yang membaca dan tangan yang menyebarkannya.
Moga ia menjadi jejak kebaikan yang berpanjangan,
meski kita telah melangkah pergi.

Terima kasih ya Allah,
kerana mempertemukan aku dengan jalan ini,
dan dengan jiwa-jiwa yang sama-sama ingin pulang. 🌙


تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنكُم
" Semoga Allah menerima (amal ibadah) daripada kami dan (juga) daripada kamu. "

.:SyafiniRomli:.
30 Ramadan 1447H
20 Mac 2026

Telegram: PujukHatiDenganAlQuran
393002
Photo
💬 ”A Message A Day” by Muraja'ah Group

📍 Juzuk 8:
Surah Al-An'ãm': Ayat 165 [QS 6:165]

Tajuk : DUNIA MEDAN UJIAN, AKHIRAT TEMPAT PERHITUNGAN (with QR audio)

🎯 8 Ramadan 1447 H

#AMessageADay (AMAD)
#MurajaahGroup
#Juzuk08
403005
Jangan tinggalkan 4 zikir ini jika ada kekangan masa:

‎1. بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Dibaca 3 x)

‎2. رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا

“Aku ridha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama dan Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai nabi.” (Dibaca 3 x)

‎3. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

“Maha Suci Allah, aku memujiNya sebanyak makhluk-Nya, sejauh kerelaan-Nya, seberat timbangan ‘Arsy-Nya dan sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya.” (Dibaca 3 x di waktu pagi saja)

‎4. أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya.” (Dibaca 3 x pada waktu petang)
439005
Assalamualaikum Tuan/Puan/Ibu Ayah sekalian

Alhamdulillah. Kelas Rahsia di Sebalik Nama Surah kembali lagi.

Kali ini kita akan sambung perbincangan nama surah bermula Surah Fussilat hingga Surah Qaaf.

Program akan diadakan setiap hari Selasa sepanjang Ogos (4 Siri) bermula pukul 8 malam hingga 10 malam.

Promosi Early Bird 50 TERAWAL HANYA RM59 SAHAJA (NP: RM75)

Rakaman dan nota disediakan

Jom sama-sama tambah kefahaman kita tentang Al-Quran. JANGAN lepaskan peluang.

Jemput daftar di sini:😊

https://abbascentre.onpay.my/order/form/RAHSIANAMASURAH4/43

OnPay

PENDAFTARAN RAHSIA DI SEBALIK NAMA SURAH 4.0

Webinar ini akan menelusuri makna tersembunyi dan hikmah di sebalik nama-nama surah dalam al-Quran.

379000
Photo1/2
Ada yang masih keliru tentang darah haid, Istihadah dan nifas?

Tidak tahu nak bezakan darah haid atau istihadah?

Masih pegang 15 hari haid dan 15 hari seterusnya istihadah?

Haid jadi tidak teratur apabila ambil perancang depo, implanon dan sebagainya, bagaimana nak kira haid atau istihadah?

Baru lepas bersalin atau bakal bersalin nanti, konfius tentang darah nifas?

Ayuh sertai 👇

🔰 BORAK FIQH: DARAH WANITA
(Persoalan Isu Haid, Istihadah dan Nifas)

Tarikh: 26 Julai 2026
Hari: Ahad
Masa: Jam 9-12 tghri
Medium: Zoom & YouTube (Rakaman disediakan)

Penyampai: Dr Shamsiah Mohamad (Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji TH-JAKIM)

Moderator: Ustazah Nik Fatma Amirah (Pengasas Mutiara Tadabbur)

Yuran:
Super Early Bird (100 terawal) Rm44
Early Bird Rm49 (sehingga 20/7)
Biasa Rm59 (Bermula 21/7)

Daftar di sini:
https://mutiaratadabbur.onpay.my/order/form/BORAHFIQHDARAHWANITA/7

Sebarkan.🌹
302000
Photo1/2
Nabi SAW bersabda:
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain, manakala amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kebahagiaan yang engkau berikan kepada diri seorang Muslim …”
(Hadis Riwayat al-Tabarani ) 🌱
3020010
Nabi SAW bersabda:
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain, manakala amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kebahagiaan yang engkau berikan kepada diri seorang Muslim …”
(Hadis Riwayat al-Tabarani )

Moga-moga tindakan saya itu diterima Allah SWT sebagai satu usaha untuk memberikan kebahagiaan kepada anak tersebut.

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

#KisahKecilMemaknakanKehidupan

WalLahu a’lam. 🌱

.:SyafiniRomli:.
23 Muharam 1448H
09072026

Telegram: PujukHatiDenganAlQuran
https://t.me/PujukHatiDenganAlQuran
#notasyafini
#damaidenganalquran

Telegram

Pujuk Hati dengan AlQuran ❤️

Jom sama-sama mengambil motivasi daripada ayat-ayat Al-Quran sebagai penguat semangat menjalani kehidupan dunia menuju destinasi akhirat 🌹https://abbascentre.onpay.my/order/form/bukuustaz/43https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/67

VIEW CHANNEL
276003
.:Kapal Terbang Kertas:.

BismilLah.

Sementara menunggu waktu persekolahan anakanda saya di Tahap 2 tamat, saya melihat pelbagai gelagat anak-anak di Tahap 1 yang berkumpul di ruangan menunggu sekolah.

Ada yang menekap muka di pagar, sambil matanya melilau-lilau mencari kelibat waris dan penjaga yang akan menjemput mereka pulang.

Ada yang duduk seorang diri sambil melayan perasan.

Ada yang sedang bersembang dengan kawan sambil mulut mengunyah makanan yang dibeli di kantin sekolah.

Tapi, ada beberapa orang anak lelaki yang sedang berlari ke sana sini menarik perhatian saya. Saya cuba melihat apalah yang dikejar oleh mereka. Selalunya botol minuman plastik menjadi ‘mangsa’ dan berfungsi sebagai bola.

Sangkaan saya meleset.
Rupa-rupanya anak-anak itu sedang mengejar kapal terbang kertas ciptaan masing-masing yang diterbangkan dari jarak tertentu. Mungkin sedang ‘bertanding’; kapal terbang siapa yang lebih jauh perginya.

Waktu itu angin sedikit kuat. Sebuah kapal terbang kertas seorang anak meluncur laju melalui celah-celah pagar keluar dari kawasan sekolah. Jatuh di atas rumput, nyaris-nyaris masuk ke longkang.

Saya perhatikan anak tersebut, si pemilik kapal terbang kertas. Dia merapatkan badannya dekat dengan pagar, menghulur-hulurkan tangan untuk menggapai hasil ciptaannya dari dalam kawasan sekolah.

Sekali-sekala saya nampak matanya mengerling ‘pakcik jaga’ di pagar utama. Mungkin dia ingin mencuba nasib untuk menyusup keluar sebentar ke luar sekolah, mengambil semula kapal terbang yang sudah terhempas di tanah.

Nampak wajah anak ini sedikit kecewa kerana tangan yang digapai-gapai itu, tidak langsung mencecah kapal terbang kertasnya, biarpun beberapa kali dia mencuba.

Aduhai… Naluri keibuan saya mula terusik.

Saya keluar dari kenderaan, terus menuju ke arah tempat ‘landing’ kapal terbang kertas anak tersebut. Saya ambil dan membelek-beleknya. Cantik dan kemas untuk hasil tangan seorang anak Tahap 1. Dia menggunakan kertas buku latihan garis 3. Saya teka anak ini murid tahun 1 atau 2.

Saya tanya, “Ini awak punya,ya?”.
“Ya”, jawab anak itu sambil mengangguk. Wajahnya macam takut-takut. Mungkin bimbang dimarahi kerana bermain dan berlari-lari tadi.
“Cantik. Pandai awak buat,” kata saya sambil menghulurkan kapal terbang kertas itu melalui celah-celah pagar.
Dia senyum.
Dia ambil, ucap terima kasih kepada saya dan terus berlari ke arah kawan-kawannya tadi sambil tangan kecilnya meliuk-lentukkan kapal terbang kertas itu di udara seperti sedang membelah awan.

Wajahnya yang suram tadi terus bertukar ceria dengan tawa hingga ternampak gigi.
Kapal terbang yang “terhempas” tadi, sudah kembali “terbang” tinggi.

Masya-Allah. Begitu jujur hati anak-anak ini.
Sedih; mereka muram. Gembira; mereka ketawa.
Saya bahagia menyaksikannya.

Apa yang saya pelajari daripada kisah ini?

1. TERUS BERUSAHA WALAU NAMPAK MUSTAHIL UNTUK BERJAYA.
Tindakan anak ini dengan beberapa percubaan mengambil semula kapal terbang yang berada di luar pagar dengan tangan kecilnya, cukup untuk mengajar saya bahawa usaha selagi terdaya, dan insya-Allah bantuan Allah akan tiba, daripada jalan yang tidak disangka-sangka.

2. KECIL DI MATA KITA, MUNGKIN BESAR MAKNANYA BUAT ORANG LAIN.
Boleh saja anak ini membiarkan kapal terbang itu terdampar di situ. Namun, apabila melihat dia tetap berusaha untuk mengambilnya kembali, saya percaya kapal terbang kertas itu berharga buat dirinya. Boleh jadi itu kertas terakhir yang dia ada. Lalu, Allah menggerakkan hati saya untuk membantu mengambil semula ‘khazanah berharga’ itu buat dia.

Ya, awalnya saya terfikir, “Ala, kapal terbang kertas je pun. Kalau hilang atau rosak boleh buat semula.”
Tapi, mungkin buat anak ini, “Alahai, itu kertas terakhir yang saya ada. Saya dah tak ada permainan lain. Saya nak main kapal terbang ini dengan kawan-kawan.”

*****
Pada akhirnya, kisah kecil ini mengingatkan saya kepada satu petikan hadis yang saya belajar baru-baru ini:
288004
Photo1/2
Syahadah ialah pasport untuk mendapat rahmat Allah dan asas kepada seluruh rukun Islam.

Tanpa Syahadah yang hidup dalam hati:

- Solat hanya sekadar pergerakan, tetapi dengan Syahadah ia menjadi sumber ketenangan dan kawalan jiwa.

- Zakat terasa seperti kehilangan harta, tetapi dengan Syahadah ia menjadi penyucian diri dan rezeki.

- Puasa hanya menahan lapar, tetapi dengan Syahadah ia melahirkan muraqabah — rasa sentiasa diperhati Allah.

Syahadah yang benar-benar meresap ke dalam hati akan mengubah hidup manusia daripada sekadar melafazkan kalimah kepada benar-benar bergantung dan tunduk kepada Allah dalam seluruh kehidupan.

Webinar Rukun Islam Menurut Lensa Al-Quran

Daftar disini
👉🏻 https://abbascentre.onpay.my/order/form/RIMA/43
551000
🔰 Beza Antara Dua Tuntutan Solat

Ada dua ayat tentang solat dalam awal surah al-mukminun. Orang yang khusyuk خَٰشِعُونَ dan yang menjaga solat يُحَافِظُونَ.

Ada perbezaan ketara antara dua kalimah ini menurut kajian bahasa. Mari saya kongsikan penerangannya.

ٱلَّذِينَ هُمۡ فِي صَلَاتِهِمۡ خَٰشِعُونَ (2)
“Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”

وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَلَىٰ صَلَوَٰتِهِمۡ يُحَافِظُونَ (9)
“Dan mereka yang sentiasa memelihara solat-solat mereka.”

Ayat kedua menyatakan orang yang khusyuk. Perkataan خَٰشِعُونَ dalam bahasa Arab ialah kata nama; maksudnya adalah “orang yang memang khusyuk.”

Berbeza dengan ayat sembilan, menyatakan orang yang memelihara. Perkataan يُحَافِظُونَ dalam bahasa Arab ialah fi`il mudhari`, yang menunjukkan sesuatu yang berterusan dan sentiasa mengalami perubahan.

Maksudnya adalah “orang yang sentiasa memelihara.”

Kembali kepada ayat dua, fokusnya adalah khusyuk dalam setiap solat. Sebab itu perkataan صَلَاتِهِمۡ digunakan, lafaz mufrad yang menunjukkan “satu atau setiap solat.”

Ayat sembilan pula, fokusnya adalah menjaga semua solat. Sebab itu perkataan صَلَوَٰتِهِمۡ digunakan, lafaz jamak yang menunjukkan “banyak solat atau solat-solat.”

Oleh kerana solat ini tidak sama rakaatnya, sentiasa wujud, sentiasa berubah bentuk, maka fi`il mudhari` يُحَافِظُونَ digunakan.

✅ Rumusan:
Kita gabungkan kedua-dua nilai,
a- Kita berusaha khusyuk dalam setiap solat.
b- Kita berusaha menjaga semua solat.

Mari bersama lima ustaz dalam kelas Rukun Islam Dalam Lensa Al-Quran. 🌱

https://abbascentre.onpay.my/order/form/RIMA/43
506000
🔰 RUKUN ISLAM YANG LIMA

Berdasarkan hadith Nabi salla Allah `alaih wa sallam, terdapat lima Rukun bagi Islam. Rukun umpama tiang utama, tanpa tiang tersebut, runtuhlah agama.

Ada beberapa perkara menarik untuk dikongsikan.

✅ 1- Sebahagian kita sering terkeliru apakah Rukun Islam yang ketiga. Acap kali saya bertanyakan soalan ini, pasti ada yang tersilap.

Rukun yang ketiga ialah zakat, bukannya puasa.

✅ 2- Rukun ini bukan hanya membina hubungan dengan Allah Taala, malah:-

(a) Hubungan dengan utusan Allah salla Allah `alaih wa sallam. Kepercayaan kepada Allah namun memperlekehkan sunnah hanyalah meruntuhkan tiang tersebut.

(b) Hubungan dengan harta-manusia, melalui zakat.

(c) Hubungan dengan makanan-manusia, melalui puasa.

(d) Hubungan dengan tempat peribadahan-manusia, melalui haji.

✅ 3- Ulama berbeza pandangan apakah rukun yang keempat dan kelima. Biasanya kita akan meletakkan puasa sebagai rukun keempat dan haji rukun kelima.

Terdapat sebahagian lain meletakkan haji sebagai rukun keempat dan puasa pula rukun kelima.

Perbezaan pendapat ini ialah kerana perbezaan cara ulama memandang dan menganalisis hadith-hadith yang berkaitan.

Bagaimana pula Rukun Islam menurut lensa Al-Quran? Jom bersama kita bahaskan di sini:

https://abbascentre.onpay.my/order/form/RIMA/43
https://abbascentre.onpay.my/order/form/RIMA/43
https://abbascentre.onpay.my/order/form/RIMA/43

OnPay

WEBINAR | RUKUN ISLAM MENURUT LENSA AL-QURAN

Bersama 5 asatizah yang akan mengupas secara mendalam 5 rukun Islam dari lensa Al-Quran

361002
Photo
💬 ”A Message A Day” by Muraja'ah Group

📍 Juzuk 1:
Surah al-Baqarah: Ayat 23 [QS 2:23]

Tajuk : UJIAN TERBESAR AKAL MANUSIA (with QR audio)

🎯 1 Ramadan 1447 H

#AMessageADay (AMAD)
#MurajaahGroup
#Juzuk1
3340010
Photo
Nabi SAW yang bersabda:

مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ

Maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”

(Riwayat Muslim)
419007
.:TIDAK LAYAK DAN DITOLAK:.

BismilLah.

Ahad lepas saya ke satu lokasi untuk menderma darah.
Bersungguh juga mencari parkir, mengatur masa, mengisi helaian-helaian borang.

Dalam hati, saya fikir: “Hari ini saya boleh berkongsi "kehidupan", walau setitis.”

Namun selepas proses pendaftaran dan saringan darah, pegawai itu memandang saya dan berkata,
“Maaf puan, hari ini puan tidak layak menderma kerana darah puan … (beliau menerangkan sebab-sebab ketidaklayakan saya menderma).”

Terkesima juga saya sebab ini pengalaman pertama darah saya ditolak. Apa tidaknya, saya sempat membayangkan darah saya sudah penuh mengisi beg-beg darah yang disediakan sewaktu mengisi borang tadi lagi. Semangat betul saya. 🥲

Namun, sedih itu ada, kecewa juga terasa.

Saya insaf,
Mungkin beginilah sekelumit rasa yang Allah ajarkan kepada saya untuk saya sentiasa berfikir, “Adakah saya telah menepati “kelayakan” untuk diterima masuk ke syurga?”.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ
(Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu syurga.)

Pastilah tidak mampu digambarkan rasa itu andai tatkala tiba di akhirat, dikatakan kepada kita,
“Anda tidak layak masuk ke syurga.”😔

Jika sudah tidak layak ke syurga, ke mana lagi destinasi yang kita akan dibawa?

Tiada pilihan lain selain “destinasi” itu.

Allahuakbar… membayangkan “destinasi” yang satu lagi ini pun sudah cukup membuatkan jiwa bergetar takut.

اللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
(Ya Allah, lindungilah kami daripada api neraka.)
*****

Hari itu, darah saya tidak layak untuk orang lain.
Mungkin isyarat bahawa tubuh ini perlu dijaga dahulu.
Mungkin ada penerima lain yang Allah sedang sediakan melalui orang lain.

Boleh jadi rasa kecewa itu datang kerana saya terlalu yakin pada awalnya.
Yakin bahawa saya sudah cukup bersedia,
Yakin bahawa usaha saya sudah sempurna.

Sedangkan dalam hidup,
bahkan dalam urusan sekecil menderma darah,
Allah sedang mengajar perkara yang lebih besar:

Kelayakan bukan kita sendiri yang tentukan.

Seperti syurga …
bukan kerana banyak amal kita layak,
tetapi kerana rahmat Allah SWT, syurga itu dibuka.
Namun, tetaplah kita perlu terus beramal selaku hamba-Nya.

RasululLah SAW bersabda:
“Tidaklah dimasukkan seseorang daripada kamu ke dalam syurga kerana amalannya. Dan tidak dijauhkan daripada neraka (kerana amalannya). Dan tidak juga aku. Kecuali dengan rahmat daripada Allah.”
(Sahih Muslim)

*****
Hari itu saya pulang dengan sedikit kecewa,
tetapi hati yang lebih faham.
Untuk terus berusaha, untuk teguh beramal.

Saya tetap menyimpan niat.
Insya-Allah, saya akan cuba lagi
dan terus memperbaiki diri.
Selagi usia ini masih dipinjamkan ILAHI.

#MencariRahmatAllah

WalLahu a’lam. 🌱

.:SyafiniRomli:.
25 Sya’ban 1447H
12022026

Telegram: PujukHatiDenganAlQuran


#notasyafini
#damaidenganalquran
#dermadarahselamatkannyawa
405007
Video
Nota catatan Kuliah Hisnul Muslim (Tadabbur Surah Al-A'raf) bersama Ustaz Muhammad Faiz Osman - anjuran Akademi Tadabbur Malaysia. 🌱
682005
Photo
Ilmu melatih kita berhati-hati.
Pengalaman menjadikan kita matang.
Tapi hanya Allah yang menenangkan hati.
Hanya Dia yang mampu “menelan” segala kebatilan dengan kebenaran.
SUNGGUH, HANYA ALLAH SUMBER KEKUATAN DAN KETENANGAN. 🌱
786007
Photo
🔰 Ayuh kita lazimi doa yang diajarkan Nabi SAW:

اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عليَّ
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada aku tersesat atau disesatkan orang lain, daripada aku tergelincir atau digelincirkan orang lain, daripada aku menzalimi atau dizalimi orang lain, daripada kebodohanku atau dibodohkan orang lain.”
HR Abu Daud (5094)
653003
اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عليَّ
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada aku tersesat atau disesatkan orang lain, daripada aku tergelincir atau digelincirkan orang lain, daripada aku menzalimi atau dizalimi orang lain, daripada kebodohanku atau dibodohkan orang lain.”
HR Abu Daud (5094)

Berwaspadalah sahabat semua. Semoga Allah selamatkan kita dan ahli keluarga kita daripada menjadi mangsa “sihir” para scammer yang semakin berleluasa. Mereka seolah-olah tidak percaya akan tibanya hari kebangkitan dan hari pembalasan.

Ittaqullah.

WalLahu a’lam. 🌱

.:SyafiniRomli:.
23 JamadilAwal 1447H
14112025

Telegram: PujukHatiDenganAlQuran


#notasyafini
#damaidenganalquran
#SurahTAHA
535004
.:TENANG DALAM DEBARAN:.

BismilLah.

Telefon berdering,

“Selamat tengah hari, saya Aiman dari National Scam Response Centre (NSRC).”

Saya diam sejenak, menelan gugup yang tiba-tiba naik ke dada.

Menyesal pun ada sebab menjawab panggilan ini. Awalnya saya fikir panggilan ini mungkin daripada guru anak-anak di sekolah memandangkan aplikasi “TrueCaller” saya tidak menunjukkan ‘bendera merah’.

“Puan, kami ada aduan bahawa nombor anda digunakan untuk sebarkan pautan scam. Ada 10 aduan di Terengganu,” sambung beliau.

Nada suaranya tegas, meyakinkan. Saya cuba menarik nafas panjang, tapi degup jantung sudah laju … antara bingung, takut, marah dan cuba berfikir waras.

Dalam fikiran saya teringat kisah Nabi Musa a.s. berdepan ahli sihir Firaun dalam Daurah Surah TAHA bersama Ustaz Syaari Ab Rahman semalam.

🎬

Ahli-ahli sihir berpencak dengan kehebatan helah yang menggoncang pandangan manusia.
Tali dan tongkat mereka tampak hidup, “mengkhayalkan” mata ramai.

Namun Nabi Musa a.s. tetap tenang.
“أَلْقُوا۟ - Campakkanlah dahulu,” kata Nabi Musa a.s..

Tenang, bukan kerana tidak takut. Malah Allah rakamkan perasaan baginda pada ayat 67:

فَأَوْجَسَ فِى نَفْسِهِۦ خِيفَةً مُّوسَىٰ ٦٧
“Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.”

Baginda ditenangkan Tuhan dan tahu bahawa kebenaran tidak perlu berlawan dengan panik.

🎬

Saya cuba ikut jejak itu.
Dalam debaran, saya cuba bersuara sekadar berbasa-basi.

“Selalunya kalau panggilan rasmi, bukankah akan menggunakan talian tetap?.”
“Dan kalau benar ini panggilan rasmi, boleh saya lihat surat atau bukti aduan bertulis yang tuan katakan tadi?.”

Pemanggil di sana tiba-tiba berubah nada.
Marah. Meninggi suara.
Katanya saya tidak bekerjasama dan mahu laporkan perbuatan saya ini kepada pihak polis.

Hati saya kembali bergetar. Bukan takut pada mereka, tapi takut kepada Allah andai saya hilang adab dalam ujian ini.

Ketika itu saya sedar, mungkin beginilah rupanya wajah tipu daya (“sihir”) zaman moden.
Bukan tongkat bertukar ular, tetapi suara bertukar nada, sopan bertukar kasar …
mendesak penuh ancaman.
… berselindung di sebalik penyamaran.

Mereka mungkin bukan bermain sihir, tapi cuba bermain dengan emosi manusia.
cuba meruntuhkan rasa biar terlucut prinsip kebenaran.

Pemanggil di sana semakin marah kerana saya tidak memberi respons terhadap percakapannya. Rupanya, saya larut berfikir tentang hikmah ayat-ayat al-Quran yang telah saya lalui dalam kisah Nabi Musa a.s. semalam.

Saya cuma mampu membalas, “Baiklah.” Lalu saya memutuskan talian. Rasa berat beban hilang.

Melalui peristiwa ini, Allah ajarkan kepada saya bahawa iman bukan ketiadaan langsung rasa takut, tetapi keberanian untuk tetap teguh pada asas kebenaran.

Kerana dalam ketakutan itu, saya belajar bahawa
- kekuatan bukan datang daripada pengalaman lalu dalam bidang guaman,
- bukan jua daripada ilmu menggunung tentang helah sang penipu,
tetapi saya perlu sedar bahawa,

KEKUATAN DAN KETENANGAN ITU DATANG DARIPADA ALLAH, yang meneguhkan hati ketika dunia cuba menggoncangnya.
“Dan Allah jualah yang lebih baik dan lebih kekal balasan pahala-Nya.”
وَٱللَّهُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰٓ … (Surah Taha:73)

Ilmu melatih kita berhati-hati.
Pengalaman menjadikan kita matang.
Tapi hanya Allah yang menenangkan hati.
Hanya Dia yang mampu “menelan” segala kebatilan dengan kebenaran.
SUNGGUH, HANYA ALLAH SUMBER KEKUATAN DAN KETENANGAN.

Dan seperti ahli sihir Firaun yang akhirnya sujud pada kebenaran, saya mendoakan agar suatu hari nanti, para ‘scammer’ di dunia ini juga akan disentuh cahaya wahyu Allah dan kembali menjadi ‘orang-orang yang membersihkan dirinya daripada perbuatan kufur dan maksiat - مَن تَزَكَّىٰ.’

Saya merenung perintah Allah kepada Nabi Musa a.s. supaya melepaskan apa yang ada DI TANGAN KANAN BAGINDA (وَأَلْقِ مَا فِى يَمِينِكَ - Ayat 69).

“Tangan kanannya” sebagai simbol kekuatan, keberanian dan keyakinan bahawa apabila sesuatu itu dilepaskan dengan nama Allah, maka tipu daya akan terhapus kerana Allah sentiasa ada bersama.

Ayuh kita lazimi doa yang diajarkan Nabi SAW:
475000
Photo
DOAKU, “Ya Allah, aku serahkan kepada-Mu hatiku dan segala ketakutanku. Dengarilah doaku, pandanglah kelemahanku dan jadikanlah aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang tenang hatinya dengan mengingati-Mu.” 🥺
4430013
Video
Assalamualaikum.

Karya terbaharu Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor!!
*****
Saya ada kongsikan dalam video ini bagaimana semuanya bermula…

daripada soalan-soalan ringkas tentang nama, yang datang satu demi satu…

sampai akhirnya membuatkan saya rasa perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Ada kegelisahan di situ… bila melihat ramai yang ingin memilih nama yang baik, tetapi tidak tahu di mana hendak rujuk.

Dari situlah bermulanya perjalanan buku ini, "RAHSIA DI SEBALIK NAMA"

-Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor-

👉🏻 Dapatkan disini

https://abbascentre.onpay.my/order/form/BUKURAHSIANAMA/43

BarakalLahufiikum 🌱
526000

Showing 30 of 31 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram Pujuk Hati dengan AlQuran ❤️ tentang apa?+

Pujuk Hati dengan AlQuran ❤️ (@pujukhatidenganalquran) adalah channel Telegram di kategori Motivasi Harian di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 1.425 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan Pujuk Hati dengan AlQuran ❤️ (@pujukhatidenganalquran)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @pujukhatidenganalquran gratis.

Apakah Pujuk Hati dengan AlQuran ❤️ channel Motivasi Harian yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan Pujuk Hati dengan AlQuran ❤️ sebelum bergabung. Saat ini sekitar 1.425 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Motivasi Harian serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan Pujuk Hati dengan AlQuran ❤️?+

Di tgdio, buka halaman @pujukhatidenganalquran untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.