Refleksi Nadia Telegram channel photo

Refleksi Nadia

@refleksinadiaPublic Channel

Tenang & tumbuh bersama al-Quran. β™₯️

SpiritualitasIndonesiaIndonesia

494

Last views

5.6k (5,586 subscribers)
Anggota
β€”
Rating
79
Total Posts
Oct 14, 2026, 11:41 AM
Diperbarui
Apr 5, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameRefleksi Nadia
Username@refleksinadia
CategorySpiritualitas
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota5,586
Channel TypePublic Channel
Created5 Apr 2026
Last Updated14 Okt 2026 β€’ 8 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#250643-353
Peringkat Bahasa
#1070+1
Peringkat Kategori
#1621+5

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 5.6K30 Days growth: -350.6%
09/1509/2009/2509/3010/0510/1010/14
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
15:09:20265,621
16:09:20265,621
17:09:20265,618
18:09:20265,618
19:09:20265,618
20:09:20265,618
21:09:20265,618
22:09:20265,618
23:09:20265,618
24:09:20265,618
25:09:20265,618
26:09:20265,618
27:09:20265,618
28:09:20265,618
29:09:20265,618
30:09:20265,618
01:10:20265,618
02:10:20265,618
03:10:20265,618
04:10:20265,618
05:10:20265,618
06:10:20265,618
07:10:20265,618
08:10:20265,618
09:10:20265,618
10:10:20265,618
11:10:20265,618
12:10:20265,618
13:10:20265,618
14:10:20265,586
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 30:03:20265,584
Week of 06:04:20265,571
Week of 13:04:20265,571
Week of 20:04:20265,571
Week of 27:04:20265,602
Week of 04:05:20265,602
Week of 11:05:20265,598
Week of 18:05:20265,598
Week of 25:05:20265,598
Week of 01:06:20265,600
Week of 08:06:20265,600
Week of 15:06:20265,600
Week of 22:06:20265,600
Week of 29:06:20265,644
Week of 06:07:20265,644
Week of 13:07:20265,644
Week of 20:07:20265,652
Week of 27:07:20265,652
Week of 03:08:20265,638
Week of 10:08:20265,638
Week of 17:08:20265,619
Week of 24:08:20265,627
Week of 31:08:20265,627
Week of 07:09:20265,621
Week of 14:09:20265,618
Week of 21:09:20265,618
Week of 28:09:20265,618
Week of 05:10:20265,618
Week of 12:10:20265,586
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20265,602
May 20265,598
June 20265,644
July 20265,652
August 20265,627
September 20265,618
October 20265,586
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20265,586

Postingan Terbaru

Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

09 Okt 2026, 15.55

Photo1/2
✨Waktu mustajab doa✨

Jom kita doa sebanyak-banyaknya sebelum masuk waktu maghrib ❀️
4940012
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

06 Okt 2026, 09.13

Photo1/4
Saya perasan, masuk usia 40 tahun ni banyak perubahan pada diri.

Tak pasti juga kalau ini kesan slow living bila kami pindah ke kampung suami sejak tahun 2021 yang lepas.

Kebetulan sekarang saya lebih banyak menulis guna pen dan kertas.

Jadi, saya decide untuk simpan semua Jurnal Quran Digital yang saya kongsi di media sosial ke dalam buku.

Cuma rasa kelakar sikit sebab sebenarnya saya tak mahir melukis. Jadi Jurnal Quran saya memang plain begini.

Beza sangat dengan yang digital kan? πŸ˜‚

Nak letak stickers, saya personally tak berapa suka dia timbul-timbul atas kertas. Entah apa simtom ni.πŸ˜…

Ada kawan-kawan di sini yang aktif buat Quran Journaling juga?
7800026
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

02 Okt 2026, 09.19

Direkod oleh Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:
Ω…ΩŽΩ†Ω’ Ω‚ΩŽΨ±ΩŽΨ£ΩŽ Ψ³ΩΩˆΩ’Ψ±ΩŽΨ©ΩŽ Ψ§Ω„ΩƒΩŽΩ‡Ω’ΩΩ فِي ΩŠΩŽΩˆΩ’Ω…Ω Ψ§Ω„Ψ¬ΩΩ…ΩΨΉΩŽΨ©Ω أَآَاَؑ Ω„ΩŽΩ‡Ω Ω…ΩΩ†ΩŽ Ψ§Ω„Ω†Ω‘ΩΩˆΩ’Ψ±Ω Ω…ΩŽΨ§ Ψ¨ΩŽΩŠΩ’Ω†ΩŽ Ψ§Ω„Ψ¬ΩΩ…ΩΨΉΩŽΨͺΩŽΩŠΩ’Ω†Ω
Maksudnya: β€œSesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat Allah akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua Jumaat.”
Riwayat al-Hakim (3392), dan al-Baihaqi (5996)

Apa maksud cahaya sepanjang masa antara dua Jumaat tu?

1. Limpahan cahaya yang Allah beri terlihat pada wajah, penglihatan, hikmah atau pada peribadi pembaca.

2. Cahaya yang menaik tinggi ke langit amalan yang dikerjakan itu dan dilihat para malaikat.

3. Cahaya itu di akhirat. Dia akan lebih menyinar di akhirat berbanding orang yang tidak membaca.

4. Cahaya ini yang akan melindungi pembaca, tanda diterima amalan bacaan tersebut oleh malaikat, serta mengelak gangguan syaitan.

Rujukan:
https://dorar.net/hadith/sharh/146478
795006
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

02 Okt 2026, 09.18

Photo1/2
Dah beberapa hari batuk.
Nak baca al-Kahfi hari ni pun rasa tak semangat. Huhu.

Tadi standby air suam dan stopwatch πŸ˜…

Kenapa stopwatch?

Siapa yang dah lama follow tahu yang saya suka guna stopwatch bila datang angin malas baca al-Kahfi.

Untuk trick otak sendiri yang sebenarnya tak lama pun mengaji 110 ayat tu. πŸ₯²

See? 25 minit, 22 saat je.

Jadi, bila sambil mengaji tengok masa berjalan ni, otak rasa oh sekejap je!

Automatik semangat baca sampai habis.

Apa kelebihan baca 110 ayat terus?
6400010
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

28 Sep 2026, 06.30

PENDAFTARAN DITUTUP

Terima kasih semua yang mendaftar.

Insya-Allah kita jumpa dalam group dua hari lagi! πŸ₯°
811000
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

27 Sep 2026, 10.03

Tinggal 2 seat lagi.
Muslimah sahaja ya.

Kawan-kawan, group belajar asas tadabbur ni hanya untuk yang belum pernah ada pengalaman tadabbur al-Quran sahaja ya.

Nak belajar cara tadabbur tapi tak pasti macam mana.

Kalau yang biasa join kelas-kelas tadabbur saya tak galakkan join, risau kecewa sebab saya cover topik basic 101 πŸ˜„

PM @puannadia untuk daftar segera.

Insya-Allah kita mula 1 - 22 Oktober 2026 ❀️
827001
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

25 Sep 2026, 13.46

Photo1/2
Woman to woman,

Tadabbur al-Quran supaya kita tahu hakikat hidup dan perkara yang benar tentang dunia sehingga kita jauh daripada tipu daya dan tidak menjadi orang yang menyesal di akhirat kelak. 🩷

Tadabbur satu ayat setiap hari.

Insya-Allah ya! 😊
8900013
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

24 Sep 2026, 08.07

Ada 12 seat lagi untuk kelas asas tadabbur ya.

PM saya, @puannadia untuk daftar sehingga 30 September ni.

Saya utamakan pendaftaran untuk subscribers sini dulu. ☺️
770000
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

24 Sep 2026, 07.37

Photo1/2
Kalau ikutkan dah terlambat briskwalk hari ni.

Tapi asyik teringat ayat,

"Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."

(Surah al-Baqarah, ayat 195)

Heret diri juga, curi masa sekejap.

Jadi kita buat Japanese Walking saja 30 minit.

Geng 40s dah senaman hari ni? πŸ˜„

Menurut Tafsir al-Sa'adi,

Menjatuhkan diri ke dalam kebinasaan bukan sahaja bermaksud membahayakan tubuh, tetapi juga jiwa dan agama.

Termasuk meninggalkan kewajipan sehingga menyebabkan kerosakan, melakukan perkara yang membahayakan diri, terus hidup dalam maksiat serta berputus asas daripada taubat kepada Allah. πŸ₯Ή

Ayat ini antara sebab saya kembali aktif bersenam semula.

Sebab tu saya suka sangat tadabbur al-Quran. Dengan izin Allah, banyak mengubah diri saya. Terutama isu unresolved trauma.

Alhamdulillah, Allah Maha Baik beri kita al-Quran. πŸ₯Ή
821009
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

23 Sep 2026, 12.33

Alhamdulillah.

Akhirnya siap juga ruang buat kawan-kawan yang masih mencari-cari jalan untuk mentadabbur al-Quran. ☺️

Ini impian yang tertangguh sejak sekian lama. Tapi bila masih dapat soalan yang sama sehingga hari ini, saya cuba usahakan sikit-sikit.

Asalnya dulu dalam bentuk ebook. Tapi saya rasa tak puas hati. Bimbang jika ada yang kurang faham.

Jadi saya sediakan group supaya kawan-kawan boleh baca di sana dan bertanya soalan.

'Tadabbur tu apa?'

'Tak tahu macam mana nak tadabbur'

'Boleh ke tadabbur sendiri?'

'Nak join kelas tadabbur yang mana satu?'

'Buku apa yang sesuai untuk beginner?'

Insya-Allah semua soalan ni ada jawapannya dalam group.

Dengan sedikit pengalaman mentadabbur selama 7 tahun ini, saya cuba bantu kawan-kawan yang memerlukan.

Tapi sebagai permulaan, saya buka untuk 20 peserta sahaja supaya lebih mudah kita berkomunikasi.

Support group akan dibuka selama 3 minggu. Insya-Allah cukup masa untuk kita sama-sama belajar asas mentadabbur al-Quran. ☺️

Pendaftaran bermula hari ni sehingga 30 September 2026.

✨Maklumat Kelas

Tempoh : 1-22 Oktober 2026
Jam : 9 pagi-9 malam setiap hari
Terbuka untuk wanita sahaja. πŸ§•πŸΌ

Yuran istimewa RM35 untuk kawan-kawan di sini ya.

DM saya @puannadia untuk daftar.

✨P/S: Hanya untuk yang belum pandai tadabbur lagi. Yang dah boleh tadabbur, tidak digalakkan sertai πŸ˜„
806002
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

21 Sep 2026, 07.30

TEKNIK, SKIL, ATAU SENI BERFIKIR?

Antara dilema kecil yang mengganggu saya ketika memilih judul besar & kandungan kelas terakhir tahun ini, adalah nak menentukan kategori mana satukah 'berfikir' yang dimaksudkan.

Teknik berfikir ke, skil berfikir ke, kaedah berfikir ke.

Saya pernah berada dalam satu fasa begitu obses membaca buku-buku 'self-help', yang mencadangkan teknik dan skil kebanyakannya tetapi sangat kurang dalam memperincikan asas ilmu dan kompleksiti.

Faham je, sebab buku 'self-help' ni memang bersifat 'hands-on'.

Buat ini, dapat ini.

'Straight forward'.

Nampak mudah, senang, dan boleh buat.

Inilah yang mendedahkan segala idea buku 'self-help' ini ke arah yang merosakkan, bukan membaikkan pun. Dia macam ikut nasib, kalau jadi maka jadilah.

Tetapi ia tidak cukup 'scientific' untuk jadi satu cara yang boleh jadi kepada semua kes.

Ini yang saya risau tentang kelas kali ini.

Maka, awal-awal lagi saya nak hapuskan ciri 'self-help' dalam kandungan. Apatah lagi kita nak sandarkan kepada Nabi ο·Ί.

Yang kenal dan ikuti saya lama, pasti tahu saya agak 'anti' dengan buku-buku teknik & skil itu ini yang dikaitkan dengan Nabi ο·Ί.

Apatah lagi saya tak lihat ada proses yang serius dan empirikal di balik tabir dalam melabel teknik sekian-sekian pada batang tubuh Baginda.

Semacam sesuka hati pula menempel teknik dari mana-mana kemudian 'claim' teknik Nabi ο·Ί.

Apa beza dengan 'Seni Berfikir'?

Dalam kelas kita, apa yang berlaku adalah kita akan menelusi ringkasan & rumusan yang dimanusiawikan & disederhanakan daripada beberapa buah kitab berfikir yang berat-berat.

Ini sebenarnya level kitab UsΕ«l Fiqh, tetapi saya percaya kepada praktikalnya dalam kehidupan & kedalaman kajian yang dilakukan penulis.

Ini senarai Fiqh Berfikir yang saya akan lenturkan dalam kelas;

Fiqh al-Mizān (Berfikir secara berneraca)
Fiqh al-Awlawiyāt (Berfikir secara berkeutamaan)
Fiqh al-Muwāzanāt (Berfikir dengan pertimbangan)
Fiqh at-Tasawwurāt (Berfikir dengan memahami gambaran penuh sesuatu kes)
Fiqh al-Ma-ālāt (Berfikir dengan memahami risiko & konsekuens)

Atas meja belajar saya, dah mula berselerakan nota-nota dan buku-buku bacaan untuk kelas.

Saya harap, semua pun excited juga.

Saya rasa takut & risau juga, tapi excited untuk berkongsi itu lebih-lebih lagi.

Dua minggu lagi, kita akan mula kelas Insya-Allah.
855000
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

21 Sep 2026, 07.28

Photo1/2
Saya tak sangka Ustaz Khubaib akan bawa topik ni.

Antara persoalan yang bermain di fikiran saya juga.

Kita belajar tentang akhlak baginda melalui banyak kisah sirah. Tapi bagaimana cara baginda ο·Ί berfikir?

Saya kongsi sikit tulisan ustaz tentang kelas ni di bawah.
543000
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

18 Sep 2026, 06.31

Talk to Allah, cerita semua dengan jujur, minta kepada-Nya walau sekecil-kecil hal sehingga sebesar-sebesarnya.

- kasut hilang
- sakit hati dengan kawan
- masalah kewangan

Paling istimewa, curhatlah seberapa banyak kali pun pada Allah, Dia tak pernah judge kita kerana kita ini hamba-Nya.

Memang Dialah tempat kita bergantung segalanya. ❀️

Sama-sama kita belajar sentiasa cari Allah dulu ya.

Semoga lelahmu semakin berkurang. Resahmu semakin menghilang.
8460032
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

18 Sep 2026, 06.29

Photo1/2
Baru-baru ni saya ada sembang dengan kawan tentang safe space.

Kami berdua ada persamaan dari segi ujian kehilangan demi kehilangan sejak kecil. Tapi saya kira ujian dia jauh lebih besar daripada saya πŸ₯Ή

Makin lama saya makin jelas tentang satu perkara.

Pada saat kita kehilangan manusia-manusia yang sepatutnya menyayangi dan melindungi kita, ketika itulah kita mula nampak siapa sebenarnya yang benar-benar ada untuk kita.

– Allah SWT.

Jadi, pada saat kita rasa tiada safe space untuk kita, ingatlah ada Tuhan yang sentiasa menjadi tempat bergantung semua makhluk tanpa kecuali.

Dan mungkin perkara yang paling kita perlu belajar sekarang ialah mengadu kepada-Nya.
7890016
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

17 Sep 2026, 18.01

Di dunia, al-Quran diam membisu.

Tapi, bermula di alam barzakh nanti, dialah yang paling sibuk mempertahankan kita di hadapan Allah.

Jadi, jangan tinggalkan al-Quran walau sehari kerana selepas mati nanti, dialah penyelamat kita.✨
7440026
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

17 Sep 2026, 17.19

Kawan-kawan,

Walau sesibuk apa pun kita, cuba jadikan amalan membaca al-Quran sebagai rutin.

Masukkan dalam jadual harian kita.

Baca satu muka surat pun cukup. Biar sedikit tapi berterusan. πŸ₯°

Daripada Aisyah R.A, Nabi SAW bersabda:

Ψ£ΩŽΨ­ΩŽΨ¨Ω‘Ω Ψ§Ω„Ψ£ΩŽΨΉΩ’Ω…ΩŽΨ§Ω„Ω Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‰ اللهِ ΨͺΩŽΨΉΩŽΨ§Ω„ΩŽΩ‰ Ψ£ΩŽΨ―Ω’ΩˆΩŽΩ…ΩΩ‡ΩŽΨ§ ، وَΨ₯ِنْ Ω‚ΩŽΩ„Ω‘ΩŽ

Maksudnya: β€œAmalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun ia sedikit.”

Riwayat Muslim (1780)

Jangan biarkan sehari lagi berlalu tanpa membaca al-Quran.

Sama-sama kita ya! ✨
8650018
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

08 Sep 2026, 20.17

Photo
Biasa kan dengar ayat ni?
Surah ar-Ra'd, ayat 28.

Dulu saya tak berapa boleh relate diri sendiri dengan ayat ni.

Bila ingat Allah ketika diuji, kita akan tenang?
7240013
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

08 Sep 2026, 20.17

Photo
Ini antara tips tadabbur Quran yang berharga saya pernah pelajari tujuh tahun lepas.

Kawan-kawan pun boleh amalkan dan dengan izin Allah dapat rasai sendiri kesannya dalam kehidupan. 😊

Bila terjumpa ayat tentang syurga, jangan abaikan dan terus baca ayat-ayat seterusnya.

Tetapi, berhenti seketika dan berdoalah (tak perlu tadah tangan). Sebut dalam hati pun boleh.

"Ya Allah, pilihlah aku dan zuriat keturunanku menjadi ahli syurga-Mu. Bimbinglah kami ya Allah."

Ringkas saja doanya.

Tetapi bila selalu diamalkan, Insya-Allah kita lebih bersemangat untuk melakukan perkara-perkara yang selayaknya seorang ahli syurga lakukan di dunia.

Sabar ketika diuji.
Tidak aniaya orang lain.
Bantu orang yang susah.

Mudah-mudahan kita semua berjiran di syurga yang abadi. Yang tiada lagi kegelisahan dan kesedihan di dalamnya. ❀️
1,0400030
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

08 Sep 2026, 20.17

Semua Tafsir al-Azhar dah jumpa pemilik baharu. Jadi saya delete post tadi. Terima kasih! ☺️✨
912000
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

08 Sep 2026, 20.17

Kalau ada terfikir macam tu, cepat-cepat tepis tau!

Baca ta'awwuz:

أَعُوذُ Ψ¨ΩΨ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ω…ΩΩ†ΩŽ Ψ§Ω„Ψ΄ΩŽΩ‘ΩŠΩ’Ψ·ΩŽΨ§Ω†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ¬ΩΩŠΩ…Ω

"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam."Β 

Kita tak nak terikut hasutan syaitan dan desakan nafsu sendiri.
Tak pasal-pasal terikut perangai orang Yahudi yang tuduh Allah seberat itu.

Sedangkan dalam ayat yang sama Allah jelaskan bahawa kurniaan-Nya sangat luas. Jauh sungguh daripada sifat kedekut.

Tak logik kalau Allah kedekut kerana Dia sendiri menamakan diri-Nya ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki).Β Β 

Bahkan, sumber semua rezeki yang kita dapat selama ini pun datang daripada-Nya semata-mata.

Ya. Memang kita bekerja keras. Ada yang berniaga, membina kerjaya dan mencari pelbagai jalan untuk mendapatkan rezeki. Tetapi semua itu hanyalah sebab.

Yang membuka jalan, memberi peluang dan mengizinkan rezeki itu sampai kepada kita tetap Allah.Β 

Jadi, jika ada hajat kita yang belum termakbul, tepislah sangkaan-sangkaan buruk kepada Allah dengan usaha mengingati nikmat-nikmat yang pernah terwujud sama ada melalui doa yang kita minta atau tidak.

Agak-agak hati mula terdetik sangka buruk, ingatkan diri yang kita tidak mahu mengikut perangai macam sebahagian orang Yahudi ni okay? πŸ‘πŸΌ
1,1800015
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

08 Sep 2026, 20.17

Photo
Waktu mengaji tadi saya terhenti pada Surah al-Maidah: Ayat 64.

Dalam ayat ni Allah bongkar perangai buruk sebahagian orang Yahudi yang tuduh Allah kedekut. Amboi beraninya! 😩

Sekarang, cuba kita periksa diri sendiri.

Barangkali sudah lama kita berdoa, meminta sesuatu yang kita anggap penting bagi kita. Tapi belum dapat lagi.

Ada tak kita rasa macam Allah kedekut dengan kita? πŸ˜”
934005
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

08 Sep 2026, 20.17

Photo
Ada yang tanya,

"Apa yang paling suka tentang al-Quran?"

Dulu saya jawab sebab dapat ketenangan. Tapi bila go deeper, sebenarnya lebih daripada itu.

"Al-Quran tak judge sesiapa yang kembali kepadanya untuk berubah ke arah kebaikan." πŸ₯Ή

Al-Quranlah sahabat sejati kita.

Dia bukan hanya menegur kita, bahkan ada kasih sayang Tuhan yang sangat luas.

Dan al-Quran tidak pernah mengkhianati kita.

Jika di dunia dia diam membisu, bermula di alam barzakh nanti, dialah yang paling sibuk mempertahankan kita di hadapan Allah.
9320023
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

08 Sep 2026, 20.17

Photo
Woman to women,

Tadabburlah al-Quran setiap hari sehingga kita semakin yakin bahawa dunia ini hanya sementara.

Letaklah dunia di tangan untuk diuruskan, bukan letak di hati sehingga melalaikan.

Kerana akhirat itu jauh lebih baik bagi orang yang melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan-Nya ketika di dunia.

Semoga Allah SWT terus membimbing kita.

❀️❀️❀️
1,2800043
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

08 Sep 2026, 20.17

Photo
Kawan-kawan, kita bukan sahaja diperintahkan untuk menjaga mata daripada melihat perkara yang haram, tetapi juga menjaga mata daripada terlalu lama memandang nikmat yang Allah SWT beri kepada orang lain.

Kadangkala, kita rasa hidup kita baik-baik sahaja sehinggalah kita buka media sosial.

Melihat seorang demi seorang berkongsi kejayaan, rumah baharu, kereta baharu, bercuti ke sana sini, atau berkongsi pencapaian mereka.

Tanpa sedar, hati mula terdetik,

β€œKenapa hidup aku macam biasa je. Takde apa yang berubah?”

Sedangkan Allah SWT sudah mengingatkan bahawa semua itu hanyalah perhiasan dunia yang menjadi ujian.

Mengagumi kejayaan orang lain jangan sampai kita hilang rasa syukur terhadap rezeki yang Allah SWT telah berikan.

Moga Allah SWT menjaga hati kita daripada terlalu sibuk memandang apa yang ada di tangan orang lain, sehingga terlupa menghargai apa yang sudah ada dalam genggaman sendiri.

Jaga diri okay? 🀍
1,3300021
Refleksi Nadia logo
Refleksi Nadia

24 Agu 2026, 22.29

Siapa yang baca Surah al-Kahfi 110 ayat sekali gus pada Hari Jumaat, akan mendapat cahaya antara dua Jumaat.✨

Apa maksud cahaya antara dua Jumaat?

Direkod oleh Abu Sa’id al-Khudri RA, Nabi SAW bersabda:

Ω…ΩŽΩ†Ω’ Ω‚ΩŽΨ±ΩŽΨ£ΩŽ Ψ³ΩΩˆΩ’Ψ±ΩŽΨ©ΩŽ Ψ§Ω„ΩƒΩŽΩ‡Ω’ΩΩ فِي ΩŠΩŽΩˆΩ’Ω…Ω Ψ§Ω„Ψ¬ΩΩ…ΩΨΉΩŽΨ©Ω أَآَاَؑ Ω„ΩŽΩ‡Ω Ω…ΩΩ†ΩŽ Ψ§Ω„Ω†Ω‘ΩΩˆΩ’Ψ±Ω Ω…ΩŽΨ§ Ψ¨ΩŽΩŠΩ’Ω†ΩŽ Ψ§Ω„Ψ¬ΩΩ…ΩΨΉΩŽΨͺΩŽΩŠΩ’Ω†Ω

Maksudnya: β€œSesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat Allah akan meneranginya dengan cahaya sepanjang masa di antara dua Jumaat.”

Riwayat al-Hakim (3392), dan al-Baihaqi (5996)

1. Limpahan cahaya yang Allah beri terlihat pada wajah, penglihatan, hikmah atau pada peribadi pembaca.

2. Cahaya yang menaik tinggi ke langit amalan yang dikerjakan itu dan dilihat para malaikat.

3. Cahaya itu di akhirat. Dia akan lebih menyinar di akhirat berbanding orang yang tidak membaca.

4. Cahaya ini yang akan melindungi pembaca, tanda diterima amalan bacaan tersebut oleh malaikat, serta mengelak gangguan syaitan.

Rujukan: https://dorar.net/hadith/sharh/146478

Semoga Allah SWT permudahkan untuk kita semua amalkan al-Kahfi ☺️
900007

Showing 30 of 79 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram Refleksi Nadia tentang apa?+

Refleksi Nadia (@refleksinadia) adalah channel Telegram di kategori Spiritualitas di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 5.586 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan Refleksi Nadia (@refleksinadia)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @refleksinadia gratis.

Apakah Refleksi Nadia channel Spiritualitas yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan Refleksi Nadia sebelum bergabung. Saat ini sekitar 5.586 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Spiritualitas serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan Refleksi Nadia?+

Di tgdio, buka halaman @refleksinadia untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.