๐ข HEBAHAN PROGRAM SUARA MADANI: AKU KASIH MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Eksekutif (BE) dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat (BKK), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri akan menganjurkan Program Suara MADANI: Aku Kasih Malaysia seperti ketetapan berikut:
๐๏ธ Tarikh: 16 Oktober 2026 (Jumaat)
โฐ Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 pagi
๐ป Platform: Facebook Rasmi AKM (https://www.facebook.com/AkademiKenegaraanMalaysia)
๐ Tajuk: Rukun Negara: Antara Prinsip Kenegaraan dan Nilai Islam oleh:
Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Ali@Fadzil
(Mufti Wilayah Persekutuan)
Program ini bertujuan memperkukuh semangat patriotisme, jati diri dan perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui perkongsian serta penghayatan nilai-nilai kenegaraan dan Malaysia MADANI.
Sehubungan itu, tuan/puan dijemput untuk mengikuti program ini secara langsung menerusi Facebook Rasmi AKM dan sijil penyertaan disediakan.
Kerjasama dan sokongan tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.













