Adli Ishak - Tips kewangan, pelaburan dan financial freedom Telegram channel photo

Adli Ishak - Tips kewangan, pelaburan dan financial freedom

MBA Holder, Investor & Trader, Financial Advisor, Certified Financial Planner (CFP). Follow saya untuk #tipskewangan #pelaburan dan #financialfreedom Contact: wasap.my/60195357835

72

Last views

3.9k (3,907 subscribers)
Anggota
—
Rating
30
Total Posts
Oct 15, 2026, 4:03 PM
Diperbarui
Apr 10, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameAdli Ishak - Tips kewangan, pelaburan dan financial freedom
Username@theofficialadlichannel
CategoryPasar Saham & Trading
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota3,907
Channel TypePublic Channel
Created10 Apr 2026
Last Updated15 Okt 2026 • 6 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#132926+385
Peringkat Bahasa
#548Tidak ada perubahan
Peringkat Kategori
#1283+4

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 3.9K30 Days growth: +360.9%
09/1609/2109/2610/0110/0610/1110/15
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
16:09:20263,871
17:09:20263,871
18:09:20263,858
19:09:20263,858
20:09:20263,858
21:09:20263,858
22:09:20263,858
23:09:20263,858
24:09:20263,858
25:09:20263,858
26:09:20263,858
27:09:20263,858
28:09:20263,858
29:09:20263,858
30:09:20263,858
01:10:20263,858
02:10:20263,858
03:10:20263,858
04:10:20263,858
05:10:20263,858
06:10:20263,858
07:10:20263,858
08:10:20263,858
09:10:20263,858
10:10:20263,858
11:10:20263,858
12:10:20263,858
13:10:20263,858
14:10:20263,858
15:10:20263,907
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 06:04:20264,060
Week of 13:04:20264,059
Week of 20:04:20264,059
Week of 27:04:20264,022
Week of 04:05:20264,022
Week of 11:05:20264,022
Week of 18:05:20263,997
Week of 25:05:20263,997
Week of 01:06:20263,997
Week of 08:06:20263,997
Week of 15:06:20263,997
Week of 22:06:20263,997
Week of 29:06:20263,937
Week of 06:07:20263,937
Week of 13:07:20263,937
Week of 20:07:20263,937
Week of 27:07:20263,937
Week of 03:08:20263,898
Week of 10:08:20263,898
Week of 17:08:20263,889
Week of 24:08:20263,883
Week of 31:08:20263,883
Week of 07:09:20263,871
Week of 14:09:20263,858
Week of 21:09:20263,858
Week of 28:09:20263,858
Week of 05:10:20263,858
Week of 12:10:20263,907
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20264,059
May 20263,997
June 20263,997
July 20263,937
August 20263,883
September 20263,858
October 20263,907
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20263,907

Postingan Terbaru

Bukan bermaksud kita tak boleh enjoy duit hasil titik peluh sendiri.
Cuma kalau setiap kali income naik, expenses pun naik sama banyak, sampai bila pun susah nak bina wealth.

THE ULTIMATE GOAL: FINANCIAL FREEDOM

Financial Freedom bukan bermaksud kita wajib mempunyai empat sumber pendapatan.

Seseorang yang hanya mempunyai satu pekerjaan tetapi konsisten membina investment portfolio juga boleh mencapai Financial Freedom.

Apa yang penting ialah kita mempunyai aset dan sustainable cash flow yang mencukupi untuk menampung perbelanjaan hidup tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada active income.

Jadi, dalam konsep ASPP:

ACTIVE INCOME: Cover your NEEDS.

SIDE INCOME: BUILD your wealth.

PASSIVE INCOME: Fund your WANTS.

PORTFOLIO INCOME: GROW and PRESERVE your wealth.

Tak semestinya kena ikut turutan. Kita boleh mula membina investment portfolio walaupun masih bergantung kepada gaji bulanan.

Yang penting, faham fungsi setiap income dan gunakan duit dengan strategi yang betul.

Itulah konsep ASPP yang saya nak kongsikan.
105000
Ramai orang ada side income, tapi kenapa masih susah nak bina wealth?

Sebab setiap kali income bertambah, lifestyle pun ikut naik.

Dapat extra RM2,000 sebulan, terus upgrade kereta, beli barang mahal atau tambah komitmen baru.

Sedangkan kalau kita pandai urus income tambahan tersebut, duit itu sebenarnya boleh membantu kita membina wealth dan mencapai Financial Freedom dengan lebih cepat.

Saya nak kongsikan satu konsep yang dipanggil ASPP (Active, Side, Passive & Portfolio Income).

Konsepnya mudah. Setiap sumber income kita berikan fungsi dan tujuan yang berbeza.

1. ACTIVE INCOME: COVER YOUR NEEDS

Ini sumber pendapatan utama kita seperti gaji bulanan, komisen atau pendapatan daripada bisnes yang kita uruskan sendiri.

Fungsi utama income ini adalah untuk menampung basic needs dan financial commitments.

• Bayar rumah dan kereta
• Duit dapur dan bil bulanan
• Perbelanjaan anak dan keluarga
• Takaful dan keperluan asas

Kalau ada lebihan, gunakan juga untuk savings dan investment.

Yang penting, pastikan pendapatan utama cukup untuk menampung keperluan hidup tanpa terlalu bergantung kepada side income.

2. SIDE INCOME: BUILD YOUR WEALTH

Ini pendapatan tambahan yang kita jana di luar pekerjaan utama.

Contohnya freelance, berniaga online, affiliate marketing atau part-time business.

Tapi di sinilah ramai orang mula tersilap.

Bila dapat extra income, terus digunakan untuk menampung lifestyle yang semakin mahal.

Sedangkan fungsi utama side income dalam konsep ASPP adalah untuk mempercepatkan wealth accumulation.

Gunakan duit tambahan ini untuk:

• Mengukuhkan emergency fund
• Menyelesaikan hutang dengan interest tinggi
• Mengumpul modal pelaburan
• Membeli aset yang boleh menjana income

Daripada gunakan RM2,000 untuk tambah komitmen bulanan, lebih baik gunakan duit itu untuk membina aset yang boleh menghasilkan lebih banyak duit.

3. PASSIVE INCOME: FUND YOUR WANTS

Passive income ialah pendapatan yang tidak memerlukan kita bekerja secara aktif setiap hari.

Contohnya rental income, royalties atau keuntungan daripada bisnes yang sudah mempunyai sistem dan boleh beroperasi tanpa penglibatan harian kita.

Walaupun begitu, passive income biasanya masih memerlukan modal, pengurusan atau penyelenggaraan.

Bila passive income sudah stabil dan mencukupi, sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung lifestyle dan wants.

Nak beli Harley? Nak travel overseas? Nak makan wagyu? Nak pakai AMG?

Silakan, asalkan cash flow mencukupi dan tidak mengganggu financial security.

Bayangkan kalau rental income anda RM5,000 sebulan dan sebahagiannya boleh digunakan untuk travel tanpa perlu mengusik duit gaji.

Itulah kelebihan apabila kita mempunyai aset yang boleh menjana income.

4. PORTFOLIO INCOME: GROW YOUR WEALTH

Portfolio income pula merujuk kepada pendapatan dan pulangan daripada investment portfolio.

Contohnya:

• Dividen saham
• Agihan REIT
• Pulangan sukuk
• Realized capital gains daripada pelaburan

Bezanya, kita bukan sekadar mahu mendapatkan income. Kita mahu membina investment portfolio yang boleh berkembang melalui compounding dalam jangka panjang.

Contohnya, kalau kita konsisten melabur RM2,000 sebulan selama 20 tahun dengan andaian pulangan purata 7% setahun, portfolio berpotensi berkembang kepada sekitar RM1.04 juta.

Jumlah modal yang kita keluarkan cuma RM480,000. Selebihnya datang daripada investment returns.

Sudah tentu pulangan sebenar tidak dijamin dan bergantung kepada prestasi pelaburan.

Portfolio income juga boleh menjadi sumber passive cash flow, tetapi dalam framework ASPP, saya asingkan kedua-duanya supaya fungsi setiap sumber pendapatan lebih mudah difahami.

MASALAH PALING BESAR? LIFESTYLE INFLATION.

Ramai orang sebenarnya sudah berjaya membina side income.

Tapi mereka gagal menggunakan duit tambahan itu untuk membina aset.

Sepatutnya side income digunakan untuk mempercepatkan wealth accumulation. Sebaliknya, semuanya habis untuk memenuhi wants.
80000
Sesusah mana pun keadaan kewangan korang, tolonglah jangan sesekali pinjam ah long.

Kalau gaji dah tak cukup nak bayar hutang, jangan tambah hutang baru semata-mata nak bayar hutang lama.

Daripada pinjam ah long, lebih baik korang pergi dapatkan bantuan AKPK.

AKPK ni Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Melalui Program Pengurusan Kredit (PPK), AKPK boleh bantu negotiate dengan institusi kewangan untuk restructure semula bayaran pinjaman berdasarkan pendapatan dan kemampuan kewangan korang.

Contohnya, kalau komitmen hutang dah terlalu tinggi, AKPK boleh bantu susun semula repayment plan supaya ansuran bulanan lebih manageable, tertakluk kepada persetujuan institusi kewangan.

SIAPA YANG LAYAK MOHON?

Antara kriteria untuk menyertai program ni:

1. Individu atau pemilik perniagaan milikan tunggal yang mengalami kesukaran membayar hutang.

2. Mempunyai pinjaman atau pembiayaan daripada institusi kewangan yang menyertai program AKPK.

3. Belum diisytiharkan bankrap. Kalau dah bankrap, kena berurusan dengan Jabatan Insolvensi Malaysia.

4. Jumlah baki keseluruhan pinjaman tidak melebihi RM5 juta.

5. Kalau dah berdepan tindakan undang-undang, masih boleh rujuk AKPK kerana sesetengah kes boleh dipertimbangkan.

APA YANG PALING BEST?

✓ Khidmat kaunseling kewangan adalah PERCUMA.

✓ AKPK boleh bantu runding dan susun semula repayment plan.

✓ Pelan bayaran disesuaikan dengan kemampuan dan cash flow korang.

✓ Tak perlu bayar ejen atau orang tengah untuk mohon bantuan.

Cuma kena faham, AKPK bukan tempat untuk hapuskan hutang. Korang tetap perlu bayar hutang, tetapi melalui pelan pembayaran yang lebih realistik.

Dan bukan semua jenis pinjaman boleh dimasukkan dalam program ni. Ia bergantung kepada institusi kewangan yang mengambil bahagian.

Nasihat saya, jangan tunggu sampai bank ambil tindakan baru nak cari bantuan.

Kalau dah mula struggle nak bayar loan rumah, kereta, personal loan atau credit card, dapatkan nasihat lebih awal.

Dan satu lagi, jangan sesekali gunakan ah long sebagai jalan penyelesaian.

Masalah kewangan masih boleh dirancang dan diselesaikan. Tapi kalau dah terperangkap dengan ah long, masalah yang asalnya melibatkan duit boleh bertukar menjadi ancaman kepada keselamatan diri dan keluarga.

Kalau korang kenal sesiapa yang tengah struggle dengan hutang, share posting ni.

Mungkin ini antara maklumat yang mereka perlukan untuk keluar daripada masalah kewangan.
103000
Mostly orang kenal saya sebagai Trader atau Financial Planner.

Tapi mungkin ramai yang tak tahu, saya juga seorang Financial Adviser Representative (FAR) dan turut menawarkan produk Takaful.

Cuma bab Takaful ni saya jarang sangat promote dekat sini.

Tapi kali ni saya rasa nak share, sebab ada satu offer yang jarang-jarang dapat.

PROMO HIBAH TAKAFUL RM500,000

✓ Manfaat Kematian / TPD – RM500,000
✓ Kematian Semasa Haji / Umrah – RM1,000,000
✓ Khairat Kematian – RM5,000

Nak perlindungan lebih lengkap?

Boleh tambah optional benefits:

• Critical Illness – Pampasan untuk 61 jenis penyakit kritikal.
• Contribution Waiver – Pengecualian bayaran sumbangan apabila berlaku keadaan yang dilindungi.
• Additional Savings – Simpanan tambahan dalam pelan.

RM500,000 bukan jumlah yang kecil.

Sekurang-kurangnya, kita dah sediakan financial protection untuk keluarga kalau sesuatu berlaku kepada kita.

PROMO SEHINGGA 31 OKTOBER 2026 SAHAJA!

Berminat dengan promo ni?

Boleh terus DM saya untuk maklumat lanjut.
124000
🏠 BELI RUMAH UNTUK PELABURAN, MASIH BERBALOI KE?

Dulu, beli rumah dianggap cara paling selamat untuk bina kekayaan. Kutip sewa, tunggu harga naik, kemudian jual untuk untung.

Tapi sekarang...

Harga rumah makin mahal, kos pemilikan meningkat dan pulangan pula belum tentu berbaloi.

Ada 5 perkara yang kita kena faham.

1️⃣ CABARAN PELABURAN HARTANAH

📉 Low Liquidity – Rumah mengambil masa berbulan-bulan untuk dijual apabila perlukan duit.

💰 Low Rental Yield – Pulangan sewa mungkin rendah selepas ditolak kos pemilikan.

🔧 Holding Cost – Faedah bank, cukai, maintenance dan pembaikan tetap berjalan walaupun rumah kosong.

🏗️ Property Overhang – Lambakan rumah di sesetengah kawasan menyebabkan persaingan sewa dan harga sukar meningkat.

⏳ Opportunity Cost – Modal yang sama mungkin boleh memberikan pulangan lebih baik melalui saham, ETF atau instrumen lain.

2️⃣ KOS MENGIKUT CARA BELI RUMAH

🏗️ Undercon – Modal awal mungkin rendah, tetapi perlu bayar progressive interest, tunggu rumah siap dan tanggung risiko kelewatan projek.

🏠 Subsale – Boleh tengok keadaan sebenar rumah, tetapi perlu sediakan deposit, kos guaman, duti setem dan mungkin renovation.

🔨 Lelong – Berpeluang beli bawah harga pasaran, tetapi ada risiko tunggakan, kerosakan tersembunyi dan deposit hangus jika gagal menyelesaikan pembelian.

3️⃣ LANDED VS HIGH-RISE

🏡 Landed – Berpotensi mengalami capital appreciation kerana nilai tanah, tetapi harga belian dan kos pembaikan biasanya lebih tinggi.

🏢 High-Rise – Berpotensi memberikan rental yield lebih baik di lokasi strategik, tetapi perlu bayar maintenance fee, sinking fund dan berdepan risiko lambakan unit.

4️⃣ CONTOH KIRAAN PULANGAN SEBENAR

Katakan kita beli sebuah kondominium:

- Harga rumah: RM500,000
- Sewa bulanan: RM2,000
- Sewa setahun: RM24,000

Gross Rental Yield = 4.8% setahun.

Nampak menarik? Cuba tolak kos tahunan:

- Rumah kosong 1 bulan: RM2,000
- Maintenance & sinking fund: RM3,600
- Cukai & insurans: RM1,200
- Simpanan kos pembaikan: RM1,200

Pendapatan sewa bersih: RM16,000 setahun.

📉 Net Rental Yield = 3.2% sahaja.

Itu belum ambil kira bayaran pinjaman bank.

Jika pinjaman 90% (RM450,000), kadar faedah 4% dan tempoh 35 tahun:

- Ansuran bank: ±RM1,992 sebulan
- Aliran tunai selepas kos dan ansuran: Negatif ±RM660 sebulan

Maknanya, pemilik perlu top-up hampir RM8,000 setahun.

Ini contoh anggaran aliran tunai, bukan jumlah untung atau rugi keseluruhan. Sebahagian ansuran membayar prinsipal pinjaman, manakala kenaikan nilai hartanah dan kos transaksi belum diambil kira.

5️⃣ KESIMPULAN

Hartanah masih boleh menjadi aset yang baik, tetapi bukan semua rumah berbaloi dibeli.

Beli rumah untuk duduk sendiri ialah soal keperluan dan kemampuan. Beli rumah untuk pelaburan pula mesti berdasarkan angka.

Sebelum membeli, kira modal permulaan, Net Rental Yield, Cash Flow, Capital Appreciation dan Opportunity Cost.

Jangan hanya berharap harga rumah akan naik. Kalau rumah kosong 6 bulan atau kadar faedah meningkat, adakah kita masih mampu bertahan?

Aset yang mahal belum tentu menguntungkan. Yang penting ialah pulangan bersih selepas mengambil kira semua kos dan risiko.

💬 Kalau ada modal RM100,000, korang lebih suka beli rumah atau melabur dalam saham dan ETF?
108000
Walaupun market akan melalui fasa correction dan volatility, saya melihatnya sebagai sebahagian daripada investment cycle.

5️⃣ MACAM MANA NAK INVEST DUIT KWSP KE ETF EQ8 US TITANS 50?

Untuk korang yang berminat menggunakan duit KWSP Akaun 1 melalui EPF i-Invest, pelaburan ini boleh dibuat melalui:

Phillip Managed Account for Retirement (PMART) – ETF EQ8 US Titans 50 Portfolio.

Portfolio ini diuruskan oleh Phillip Capital Management.

Melalui akaun ini, korang boleh mendapatkan exposure kepada ETF EQ8 US Titans 50 menggunakan simpanan KWSP yang layak dilaburkan.

Saya boleh membantu dari segi penerangan produk, pembukaan akaun dan proses pelaburan.

Selepas akaun diaktifkan, urusan transaksi pelaburan boleh dilakukan secara online melalui platform yang disediakan.

6️⃣ ETF NI SESUAI UNTUK SIAPA?

Pada pandangan saya, ETF ini lebih sesuai untuk pelabur yang:

✅ Mahukan exposure kepada US equity market yang patuh Syariah.
✅ Mempunyai investment horizon jangka panjang, terutamanya untuk retirement planning.
✅ Mahu membina portfolio berasaskan equity growth dan capital appreciation.
✅ Mempunyai risk tolerance yang sesuai untuk menghadapi market volatility.
✅ Faham bahawa pelaburan saham boleh mengalami correction dan mengambil masa untuk recovery.

Paling penting, pelaburan ini perlu selari dengan investment objective, risk appetite dan retirement planning masing-masing.

NAK INVEST KE ETF EQ8 US TITANS 50 GUNA DUIT KWSP?

Kalau korang berminat mendapatkan US equity exposure melalui simpanan KWSP, saya boleh bantu.

✅ Minimum pelaburan melalui saya: RM10,000.
✅ Menggunakan simpanan KWSP yang layak dilaburkan.
✅ Bantuan penerangan produk dan proses pembukaan akaun.
✅ Review kesesuaian ETF dalam overall investment portfolio korang.

Nak invest ke ETF EQ8 US Titans 50? Boleh terus DM saya.

Kita bincangkan dahulu investment objective, risk appetite dan kesesuaian portfolio sebelum membuat keputusan.

Bagi saya, pelaburan yang baik bukan sekadar mencari fund dengan return paling tinggi, tetapi memahami apa yang kita beli dan mempunyai strategy yang jelas untuk mencapai financial goals.

Adli Ishak
Proprietary Trader & Licensed Financial Planner
76000
KENAPA SAYA LEBIH SUKA INVEST DUIT KWSP KE ETF EQ8 US TITANS 50 BERBANDING UNIT TRUST?

Kalau nak invest duit KWSP dalam US equity yang patuh Syariah, pilihan fund sebenarnya tak banyak.

Sebab itu saya lebih suka menggunakan ETF EQ8 US Titans 50 untuk sebahagian pelaburan KWSP Akaun 1 saya.

Bukan bermaksud Unit Trust tak bagus. Cuma untuk US equity exposure, ETF ini lebih sesuai dengan investment strategy saya.

Ini antara sebabnya.

1️⃣ PILIHAN US FUND PATUH SYARIAH DALAM EPF i-INVEST SEMAKIN TERHAD

Kalau korang perasan, pilihan Unit Trust yang memberikan exposure kepada pasaran saham US melalui EPF i-Invest semakin terhad.

Lebih-lebih lagi kalau kita mencari US equity fund yang patuh Syariah.

Ada beberapa fund yang sebelum ini tersedia tetapi sudah dikeluarkan daripada senarai pelaburan yang diluluskan KWSP.

Bila pilihan semakin sedikit, fleksibiliti untuk membina portfolio berdasarkan market outlook dan asset allocation strategy juga semakin berkurang.

2️⃣ SWITCHING ANTARA FUND HOUSE AGAK LECEH

Katakan saya melabur dalam Fund A daripada sebuah fund management company.

Kemudian saya nampak peluang lebih menarik dalam Fund B yang diuruskan oleh company lain.

Prosesnya biasanya:

▪️ Redeem pelaburan Fund A.
▪️ Duit dikembalikan ke akaun KWSP.
▪️ Kemudian baru boleh invest semula ke Fund B.

Proses ini mengambil masa dan kurang efisien.

Dalam investment, timing juga penting. Terutamanya apabila market sedang mengalami correction atau recovery.

Sebab itu saya lebih suka mempunyai portfolio dan investment strategy yang jelas supaya tidak perlu terlalu kerap bertukar fund.

3️⃣ EQ8 US TITANS 50 MUDAH DIFAHAMI DAN DIMONITOR

Ini sebab paling utama saya memilih ETF ini.

EQ8 US Titans 50 memberikan exposure kepada 50 syarikat besar di pasaran saham US yang memenuhi kriteria patuh Syariah.

Antaranya syarikat dalam sektor technology, healthcare dan pelbagai sektor ekonomi US yang lain.

Untuk investment strategy saya, S&P 500 merupakan benchmark utama yang saya gunakan untuk memantau performance dan keadaan keseluruhan pasaran saham US.

Kenapa S&P 500?

Sebab ia memberikan gambaran yang cukup luas tentang keadaan US equity market.

Secara umum:

📈 Bila S&P 500 bullish, EQ8 US Titans 50 juga berpotensi mendapat manfaat daripada momentum pasaran.
📉 Bila S&P 500 bearish, EQ8 US Titans 50 turut terdedah kepada tekanan pasaran.

Walaupun kedua-duanya tidak semestinya memberikan return yang sama, pergerakan S&P 500 membantu saya memahami market direction, sentiment dan valuation.

Lebih mudah untuk saya monitor dan membuat investment decision.

4️⃣ STRATEGY PELABURAN SAYA ADA DUA

Saya menggunakan dua pendekatan berbeza mengikut keadaan pasaran dan objektif pelaburan.

STRATEGY #1: TACTICAL ASSET ALLOCATION

Strategy ini lebih kepada mengurus market exposure berdasarkan keadaan semasa.

✅ Increase exposure apabila market undervalued dan menawarkan peluang menarik.
✅ Reduce exposure apabila market terlalu mahal atau risiko semakin meningkat.
✅ Monitor S&P 500, market trend, valuation, earnings growth dan macroeconomic indicators.

Contohnya, apabila US market mengalami correction tetapi fundamental masih kukuh, saya akan melihat peluang untuk meningkatkan exposure.

Sebaliknya, apabila valuation terlalu tinggi, saya boleh mempertimbangkan untuk mengurangkan exposure dan mengambil keuntungan.

Matlamatnya bukan untuk predict setiap pergerakan market, tetapi membuat investment decision berdasarkan data dan risk management.

STRATEGY #2: LONG-TERM ACCUMULATION

Ini pula strategy untuk membina retirement portfolio dalam jangka panjang.

✅ Accumulate secara konsisten.
✅ Tambah pegangan ketika market correction jika valuation dan fundamental masih menarik.
✅ Fokus kepada long-term capital growth dan compounding.

Saya percaya pasaran saham US mempunyai potensi pertumbuhan jangka panjang yang kukuh.

US merupakan home market kepada banyak syarikat global yang menjadi peneraju dalam technology, innovation dan productivity.
69000
Catching up dengan director TSI Wealth. Alang alang kat KLCC, kita ajak ngupi terus.

Anyway, kalau korang berada sekitar KLCC dan perlukan khidmat kewangan profesional, jangan segan-segan untuk PM saya. Kita boleh arrange appointment sambil ngopi.

Apa yang saya boleh bantu?

1️⃣ Financial Planning & Wealth Management

Nak tahu kedudukan dan potensi kewangan anda? Jom buat financial review untuk kenal pasti financial gaps, peluang dan strategi mencapai matlamat kewangan anda.

2️⃣ Investment & Portfolio Management

Nak melabur dalam Unit Trust atau Private Mandate, khususnya pasaran global? Saya boleh bantu bina portfolio pelaburan yang selari dengan financial goals, risk appetite dan investment horizon anda.

3️⃣ Career & Business Opportunities

Nak jadi Unit Trust Consultant atau Marketing Representative? Sertai platform kami dengan akses kepada lebih 600 investment funds dan peluang membina bisnes dalam industri wealth management.

Jadi, jangan segan untuk reach out. Kita boleh berbincang dan explore bagaimana saya boleh membantu anda membuat keputusan kewangan yang lebih baik.

My goal is simple - to deliver financial advice that is impactful, insightful and valuable.

Adli Ishak
Proprietary Trader & Licensed Financial Planner.
102000
Secara keseluruhan, lebih RM80 bilion diperuntukkan untuk subsidi, bantuan dan insentif.

Tapi jangan salah faham. Bukan semua orang akan menerima semua bantuan ini. Jumlah sebenar bergantung kepada kelayakan masing-masing.

Dari sudut financial planning, saya melihat Belanjawan 2027 memberi manfaat melalui tiga perkara:

1. Income meningkat melalui kenaikan gaji minimum dan insentif pendapatan.

2. Tax savings meningkat melalui pengurangan kadar cukai dan peluasan tax relief.

3. Expenses berkurang melalui bantuan tunai, subsidi dan pengecualian tertentu.

Ketiga-tiganya boleh membantu meningkatkan disposable income rakyat.

Cuma nasihat saya, kalau tahun depan korang dapat penjimatan cukai atau tambahan pendapatan, jangan habiskan semuanya untuk lifestyle.

Gunakan sebahagiannya untuk tambah emergency fund, kurangkan hutang atau tingkatkan investment.

Sebab yang menentukan kedudukan kewangan korang bukan sekadar berapa banyak duit yang masuk, tetapi berapa banyak yang berjaya disimpan dan dilaburkan.

Jadi, daripada semua pengumuman Belanjawan 2027 ini, yang mana paling banyak memberi manfaat kepada poket korang?

#Belanjawan2027 #Budget2027 #FinancialPlanning #PersonalFinance
187000
BELANJAWAN 2027: BERAPA BANYAK DUIT TAMBAHAN YANG KORANG DAPAT?

Macam-macam diumumkan dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan semalam.

Tapi saya nak fokus kepada satu perkara sahaja.

Apa yang rakyat dapat? Berapa banyak duit tambahan masuk poket dan berapa banyak perbelanjaan yang boleh dijimatkan?

Ini antara pengumuman yang memberi kesan secara langsung kepada kewangan korang.

1️⃣ CUKAI PENDAPATAN DIKURANGKAN

✅ Pelepasan cukai individu meningkat daripada RM9,000 kepada RM12,000. Kenaikan pertama sejak 2010.

✅ Kadar cukai bagi dua kategori pendapatan dikurangkan sebanyak 1 percentage point.

✅ Dianggarkan 5 juta pembayar cukai boleh menikmati penjimatan cukai sehingga RM1,600 setahun.

Tax relief juga diperluaskan kepada beberapa perbelanjaan seperti:

• Penjagaan ibu selepas bersalin.
• Penjagaan ibu bapa dan datuk nenek.
• Kasut sukan.
• Yuran tuisyen anak-anak.

Maksudnya, lebih banyak perbelanjaan yang boleh dituntut untuk mengurangkan taxable income.

2️⃣ BANTUAN STR & SARA MENINGKAT

Peruntukan STR dan SARA dinaikkan daripada RM15 bilion kepada RM16 bilion.

✅ Penerima yang layak boleh mendapat bantuan SARA sehingga RM150 sebulan, bersamaan RM1,800 setahun.

✅ Rakyat berumur 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR akan menerima RM100 sebanyak dua kali, sebelum Aidilfitri dan Hari Kebangsaan.

Jumlahnya RM200 setahun.

✅ Kredit SARA juga boleh digunakan untuk membeli barangan segar di pasar terpilih.

Walaupun SARA bukan cash yang boleh dikeluarkan, ia membantu mengurangkan perbelanjaan barang dapur.

3️⃣ GAJI MINIMUM NAIK KEPADA RM2,000

Gaji minimum meningkat daripada RM1,700 kepada RM2,000 bermula Jun 2027.

✅ Tambahan RM300 sebulan atau RM3,600 setahun jika dibayar untuk 12 bulan penuh.

Bagaimanapun, pengecualian dinyatakan bagi PMKS dengan jualan tahunan di bawah RM50 juta.

Kerajaan juga merancang gaji minimum RM2,500 untuk pekerja separa mahir dan graduan.

4️⃣ BANTUAN PERSEKOLAHAN NAIK KEPADA RM200

Bantuan Awal Persekolahan meningkat kepada RM200 bagi setiap pelajar.

Contohnya:

✅ 1 anak = RM200
✅ 2 anak = RM400
✅ 3 anak = RM600
✅ 4 anak = RM800

Untuk keluarga yang mempunyai ramai anak bersekolah, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos persediaan awal tahun.

5️⃣ PEKERJA GIG DAPAT TAMBAHAN PENDAPATAN

Kerajaan memperuntukkan RM160 juta melalui kerjasama dengan Grab.

✅ Pemandu e-hailing berpotensi mendapat tambahan net earnings sehingga RM227 sebulan.

✅ Penghantar makanan pula sehingga RM100 sebulan.

✅ Insentif padanan caruman KWSP dan PERKESO turut disediakan.

Ini penting kerana pekerja gig bukan sahaja perlu meningkatkan pendapatan, tetapi juga membina retirement savings dan perlindungan sosial.

6️⃣ BAYARAN PTPTN LEBIH RINGAN

Untuk graduan yang masih membayar pinjaman PTPTN:

✅ Pendapatan RM2,500 ke bawah boleh memohon penangguhan bayaran balik.

✅ Pendapatan sehingga RM3,000 boleh mendapat bayaran balik minimum RM50 sebulan.

Ini membantu mengurangkan komitmen bulanan, khususnya bagi fresh graduates yang baru memulakan kerjaya.

7️⃣ BELI RUMAH PERTAMA, JIMAT DUTI SETEM

Untuk first-time homebuyers:

✅ Rumah sehingga RM500,000 layak dipertimbangkan untuk pengecualian penuh duti setem.

✅ Rumah sehingga RM750,000 pula mendapat pengecualian sebahagian.

Penjimatan boleh mencecah ribuan ringgit bergantung kepada harga rumah dan jenis duti setem yang dikecualikan.

Jadi, korang boleh mengurangkan upfront cost pembelian rumah.

8️⃣ BANTUAN TAMBAHAN UNTUK PELAJAR

✅ Pelajar Tingkatan 6 menerima elaun sara hidup RM2,500.

✅ Subsidi tiket penerbangan FLYsiswa meningkat kepada RM500.

✅ Tambahan 100,000 langganan AI percuma untuk golongan muda, termasuk akses kepada ChatGPT.

Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sebahagian kos pendidikan dan pembelajaran.

9️⃣ BANTUAN UNTUK PESARA & GOLONGAN RENTAN

✅ Pencen minimum pesara kerajaan meningkat kepada RM1,350.

✅ Bantuan membaiki rumah akibat banjir atau bencana meningkat kepada RM10,000.

✅ Pas My Komuter 50 diperkenalkan untuk membantu mengurangkan kos pengangkutan harian.

---
APA MAKSUD SEMUA INI KEPADA KEWANGAN KORANG?
155000
📈 S&P 500 & Nasdaq Catat All-Time High
Wall Street membuka minggu pertama Oktober 2026 dengan momentum yang sangat kuat.

S&P 500 dan Nasdaq masing-masing mencatat paras tertinggi baharu, didorong oleh sentimen macro yang positif serta kekuatan sektor technology.

🇺🇸 S&P 500: 7,812.12 mata | YTD +14%
🇺🇸 Nasdaq: 27,635.52 mata | YTD +18%

Personally, untuk US equity, saya ada 2 fund yang saya gunakan — tetapi dengan strategy yang berbeza.

1️⃣ EQ8 US Titan 50 ETF
Fund ini melabur dalam 50 syarikat US yang memenuhi kriteria Shariah, antaranya Microsoft, Apple, Nvidia, Amazon dan Alphabet (Google).

Saya gunakan EPF Account 1 untuk investment ini.

Kenapa?
Sebab saya nak gunakan EPF untuk mendapatkan exposure kepada US equity yang Shariah-compliant, dengan fokus kepada long-term compounding.

🎯 Objective: Retirement + long-term growth
📊 YTD 2026: +14%

Saya tak terlalu kisah short-term volatility untuk portfolio ini sebab investment horizon saya memang panjang.

2️⃣ US Technology Fund
Yang kedua pula lebih tactical.

Fund ini fokus kepada US technology stocks, dengan exposure kepada syarikat seperti Nvidia, Broadcom, TSMC dan Microsoft.

Untuk fund ini, saya gunakan cash, bukan EPF.

Strategy saya lebih kepada ride the technology cycle.

Bila valuation/market cycle dah sampai kepada target yang saya tetapkan, saya boleh ambil profit dan rotate kepada fund atau sector lain yang mempunyai potential lebih menarik.

🎯 Objective: Tactical + sector rotation
📊 YTD 2026: +41%

Apa beza kedua-duanya?
Secara mudah, kedua-duanya memang ada overlap dalam US technology.

Tetapi US Technology Fund lebih concentrated dan lebih berat kepada semiconductor/technology, manakala EQ8 US Titan 50 lebih diversified merentasi 50 US companies yang Shariah-compliant.

Jadi saya gunakan kedua-duanya untuk objective yang berbeza, bukan sekadar beli dua fund yang sama.

📌 EPF → long-term retirement portfolio
📌 Cash → tactical opportunity

🇺🇸 What's next for US market?
Saya masih constructive terhadap US equity.

Untuk S&P 500, target saya untuk tahun depan ialah sekitar 8,800 mata.

Daripada level semasa, masih ada kira-kira 1,000 mata lagi sekiranya market terus follow trend bullish yang saya jangkakan.

Tapi target bukan jaminan.

Market tetap ada volatility, correction dan risiko macro yang kita perlu monitor.

Sebab itu bagi saya, fund selection + asset allocation + investment horizon sama penting dengan market timing.

Kalau anda nak saya explain kedua-dua fund ni dan macam mana saya gunakan EPF vs cash untuk US equity investment, boleh DM saya.
187000
Photo
🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan, dan kasih sayang yang dibawa oleh Aidiladha terus hidup dalam diri kita semua. Mari kita hayati makna sebenar hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

Salam Aidiladha buat semua umat Islam. 🌸
#Aidiladha #SalamPengorbanan #HariRayaHaji
1,050000
Photo
Alhamdulillah! Tabung Haji dah umumkan Agihan Keuntungan 2024. Tertinggi sejak 7 tahun lepas.

Kadar ni bersih dah ditolak zakat 2.5%.

Maksudnya kita dah tak perlu keluarkan zakat lagi seperti pelaburan yang lain di ASB, saham, emas, bitcoin dll.
1,070000
KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30% bagi Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion dan 6.30% bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM10.19 bilion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion.
901000
Photo
Lama dah tak jadi speaker BYC.

Tahun ni ramai muka baru dalam barisan speaker kita.

Tambah lagi dinamik dan perspective pembentangan BYC nanti.

Kudos to our Chief Takaful Consultant (CTC) Faiz Jalil

Untuk saya pula, saya akan bentangkan tentang Financial Adviser Representative (FAR).

Kena sabar sikit tunggu slot FAR ni, sebab awal awal cerita tentang career takaful.

Hujung hujung nanti baru saya cerita macamana nak upgrade career dari Takaful Consultant ke FAR.

Jemput hadir untuk dengar, boleh daftar di link di bawah

https://ezazwealth.onpay.my/order/form/2025tsibyc_form/243
1,230000

Showing 30 of 30 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram Adli Ishak - Tips kewangan, pelaburan dan financial freedom tentang apa?+

Adli Ishak - Tips kewangan, pelaburan dan financial freedom (@theofficialadlichannel) adalah channel Telegram di kategori Pasar Saham & Trading di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 3.907 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan Adli Ishak - Tips kewangan, pelaburan dan financial freedom (@theofficialadlichannel)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @theofficialadlichannel gratis.

Apakah Adli Ishak - Tips kewangan, pelaburan dan financial freedom channel Pasar Saham & Trading yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan Adli Ishak - Tips kewangan, pelaburan dan financial freedom sebelum bergabung. Saat ini sekitar 3.907 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Pasar Saham & Trading serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan Adli Ishak - Tips kewangan, pelaburan dan financial freedom?+

Di tgdio, buka halaman @theofficialadlichannel untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.