Catatan Ust Che Azizi Telegram channel photo

Catatan Ust Che Azizi

@ustcheaziziPublic Channel

📌 Nama Channel: Ust Che Azizi | Ilmu & Hafazan TMUA 📖 Deskripsi Ringkas: Ilmu Hafazan | Pendidikan TMUA | Teknik 4Q Selamat datang ke Channel rasmi Ust Che Azizi! 🔗 Sertai komuniti pencinta al-Quran & sebarkan manfaat!

Web SeriesIndonesiaIndonesia

265

Last views

1.5k (1,465 subscribers)
Anggota
—
Rating
46
Total Posts
Oct 16, 2026, 4:04 AM
Diperbarui
Apr 13, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameCatatan Ust Che Azizi
Username@ustcheazizi
CategoryWeb Series
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota1,465
Channel TypePublic Channel
Created13 Apr 2026
Last Updated16 Okt 2026 • 7 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#131854+198
Peringkat Bahasa
#539+6
Peringkat Kategori
#3603-1

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 1.5K30 Days growth: +141%
09/1609/2109/2610/0110/0610/1110/15
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
16:09:20261,451
17:09:20261,451
18:09:20261,449
19:09:20261,449
20:09:20261,449
21:09:20261,449
22:09:20261,449
23:09:20261,449
24:09:20261,449
25:09:20261,449
26:09:20261,449
27:09:20261,449
28:09:20261,449
29:09:20261,449
30:09:20261,449
01:10:20261,449
02:10:20261,449
03:10:20261,449
04:10:20261,449
05:10:20261,449
06:10:20261,449
07:10:20261,449
08:10:20261,449
09:10:20261,449
10:10:20261,449
11:10:20261,449
12:10:20261,449
13:10:20261,449
14:10:20261,449
15:10:20261,465
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 13:04:20261,383
Week of 20:04:20261,383
Week of 27:04:20261,415
Week of 04:05:20261,415
Week of 11:05:20261,415
Week of 18:05:20261,416
Week of 25:05:20261,416
Week of 01:06:20261,416
Week of 08:06:20261,416
Week of 15:06:20261,416
Week of 22:06:20261,416
Week of 29:06:20261,426
Week of 06:07:20261,426
Week of 13:07:20261,426
Week of 20:07:20261,426
Week of 27:07:20261,426
Week of 03:08:20261,426
Week of 10:08:20261,426
Week of 17:08:20261,449
Week of 24:08:20261,449
Week of 31:08:20261,450
Week of 07:09:20261,451
Week of 14:09:20261,449
Week of 21:09:20261,449
Week of 28:09:20261,449
Week of 05:10:20261,449
Week of 12:10:20261,465
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20261,383
May 20261,416
June 20261,416
July 20261,426
August 20261,450
September 20261,449
October 20261,465
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20261,465

Postingan Terbaru

Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

13 Okt 2026, 14.29

Apakah maksud يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ?

Ibn ‘Āshūr mentakrifkan ghaḍḍ al-baṣar:
وَالْغَضُّ: صَرْفُ الْمَرْءِ بَصَرَهُ عَنِ التَّحْدِيقِ وَتَثْبِيتِ النَّظَرِ

Menundukkan pandangan ialah seseorang mengalihkan matanya daripada merenung atau menetapkan pandangan secara berterusan.

Perhatikan perbezaannya.
Allah tidak memerintahkan manusia supaya tidak melihat apa-apa.

Sebaliknya, Allah memerintahkan manusia supaya mengawal pandangannya terhadap perkara yang tidak patut direnung.

Ini sangat berkait dengan manfaat mata. Mata memang diciptakan untuk melihat, tetapi bukan semua perkara yang mampu dilihat itu wajar dipandang.
408006
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

13 Okt 2026, 14.23

Menarik apabila kita meneliti perkataan manfaat (النفع) dalam al-Quran.

Dalam Surah al-Furqan ayat 3, Allah menyebut tentang sembahan yang tidak mampu memberikan mudarat mahupun manfaat.

Dalam Surah al-Baqarah ayat 102 pula, Allah menyebut tentang manusia yang mempelajari sesuatu yang memudaratkan dan tidak memberikan manfaat.

Kemudian, dalam Surah al-Syu‘ara’ ayat 88–89, Allah mengingatkan:

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ۝ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

“Pada hari ketika harta dan anak-anak tidak memberikan manfaat, kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.”

Bila kite tekuni, sesuatu yang bermanfaat kepada kehidupan kita di dunia belum tentu memberikan manfaat kepada kita di akhirat.

Harta bermanfaat. Ilmu bermanfaat. Mata yang Allah kurniakan juga mempunyai pelbagai manfaat.

Tetapi semuanya bergantung pada bagaimana kita menggunakannya.

Sebab itu menarik apabila Syeikh Abdul Qadir al-Mandili dalam Penawar Bagi Hati terlebih dahulu membicarakan manfaat mata sebelum menjelaskan kewajipan menjaganya.

Ada perkara yang menguntungkan kita didunia, tetapi belum tentu di akhirat.
Dan ada perkara yang terasa berat kepada nafsu, tetapi itulah yang menyelamatkan kita.
354003
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

13 Okt 2026, 14.19

Ada satu perkara menarik ketika saya meneliti perbahasan Syeikh Abdul Qadir al-Mandili dalam kitab Penawar Bagi Hati.

Ketika membicarakan bab mata, beliau terlebih dahulu menjelaskan manfaatnya. Ada manfaat dunia, ada manfaat akhirat.

Saya terfikir, mengapa perlu disebut manfaat sebelum membicarakan dosa mata?

Barangkali di sinilah satu pengajaran yang boleh kita ambil.

Manusia kadang-kadang bukan tertipu dengan perkara yang jelas memudaratkan. Tetapi tertipu dengan sesuatu yang kelihatan menguntungkan.

Menariknya, Allah sendiri menyebut tentang arak dan judi:

وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

“Ada beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.”
(Al-Baqarah: 219)

Perhatikan. Allah tidak menafikan adanya manfaat.

Tetapi bukan semua yang ada manfaat itu baik untuk kita.

Begitu juga mata.

Ada perkara yang seronok dipandang, tetapi merosakkan hati. Ada pula perkara yang berat untuk dilakukan, seperti menundukkan pandangan, tetapi itulah yang menyucikan jiwa.

Che Azizi Che Kadir
13 Oktober 2026
322002
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

11 Okt 2026, 13.59

Mengulang al-Quran ni kena pandai susun masa dan mood.

Dua-dua penting.

Tapi jangan sampai kita terlalu ikut mood dan masa. Sepatutnya kita yang pandai mengurus kedua-duanya.

Saya perhatikan, bukan semua hafalan sesuai diulang pada setiap masa.

Hafazan yang kita dah ingat, dah lancar, dah masyi… yang ni boleh guna waktu malas, waktu sibuk atau waktu yang kita sendiri tak tahu nak buat apa. 🤣

Masa berjalan, memandu, duduk berehat, baring-baring pun boleh ulang. Tak perlu tunggu masa free.

Kadang-kadang waktu malas nak buat kerja lain, mulut masih boleh ngulang al-Quran.

Tapi hafalan yang dah lupa, lain ceritanya.

Yang ni tak boleh cari pasal.

Kalau hafalan yang lupa, kemudian kita cuba ingat balik waktu badan penat, mata mengantuk, kepala pula tengah serabut… memang boleh hilang sabar dibuatnya.

Hafalan macam ni perlukan layanan istimewa.

Cari waktu kita paling segar. Mood tengah rajin. Tempat yang tenang, tak hiruk-pikuk. Duduk tenang-tenag dengan mushaf, baca, cuba ingat dan ulang lagi.

Ada juzuk yang boleh dibaca sambil berjalan. Ada juzuk yang kena duduk betul-betul, buka mushaf dan beri perhatian penuh.

Kalau tersalah pilih masa, kerja yang sepatutnya boleh selesai dalam setengah jam mungkin jadi berjam-jam.

Satu lagi, jangan habiskan waktu paling segar untuk mengulang hafazan yang kita dah ‘cair’, sedangkan ada hafalan yang patut kita beri perhatian lebih.

Bukan bermakna yang dah ingat tu boleh ditinggalkan. Tetap kena jaga. Cuma kita kena bijak membahagikan masa dan tenaga.

Dan jangan pula tunggu mood rajin baru nak mengulang. Kalau macam tu, alamatnya banyaklah hari kita tak mengulang.

Pada saya, disiplin dan strategi kena berjalan sekali.

Waktu terbaik, berikan kepada hafalan yang paling memerlukan perhatian. Waktu yang berbaki, manfaatkan untuk menjaga hafalan yang sudah ingat.

Kitalah yang kena belajar menyusun kehidupan ni supaya al-Quran sentiasa ada tempat di dalam hati.

Che Azizi Che Kadir
10 Oktober 2026
https://t.me/ustcheazizi
4700017
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

09 Okt 2026, 08.58

Photo1/2
Gambar kenangan bersama Halaqah Nafi’ 2015 | SMKA Maahad Muar
564000
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

09 Okt 2026, 08.52

Tadi seorang murid ada cerita tentang gurunya yang suka menebuk hafazan muridnya.

Pelajar tahfiz tahu, menebuk ni perkara biasa… dan blh jadi perkara paling alergik dan menakutkan…

Tapi ia antara kaedah yang baik untuk menguji kekuatan hafazan. Kalau setakat baca dari awal muka surat sampai habis, kadang-kadang lancar. Cuba mula dari tengah-tengah ayat, baru tahu sejauh mana bagusnya hafazan kita..

Tapi yang menarik, murid tadi tiba-tiba bertanya.

“Ustaz tu ingat ke Quran? Saya tak pernah nampak pun dia mengulang. Asyik tengok phone je.”

Aku tergelak kecil mendengarnya.

Rupanya bukan guru sahaja yang suka menebuk murid. Murid pun ada keinginan nak menebuk guru. Haha.

Aku nasihatkan dia supaya bersangka baik dengan gurunya.

Kita tak nampak seseorang mengulang Quran bukan bermakna dia tak mengulang. Mungkin dia murajaah di rumah, dalam kereta atau pada waktu yang kita tak tahu. Begitu juga penggunaan telefon. Kita tak semestinya tahu apa yang sedang dibuat oleh seseorang.

Jangan mudah menilai orang berdasarkan apa yang kita nampak, apatah lagi guru sendiri.

Tapi selepas perbualan tu, aku terfikir tentang satu perkara.

Budak-budak ni sebenarnya memerhatikan guru mereka lebih daripada yang kita sangka.

Kita ingat mereka hanya sibuk dengan menghafal, hantar tasmik, murajaah dan belajar. Rupanya dalam diam mereka juga memerhatikan bagaimana guru mereka berinteraksi dengan al-Quran.

Dan aku rasa itu sesuatu yang menarik.

Dalam pendidikan, ada perkara yang murid belajar tanpa kita perlu mengajarnya secara formal.

Bila mereka nampak guru membuka mushaf dan mengulang, mereka belajar bahawa murajaah bukan kerja murid sahaja.

Bila mereka nampak guru sendiri mengulang dan jadi imam dalam solat, mereka belajar bahawa lupa dan menghafal itu sebahagian daripada kehidupan para huffaz.

Ya guru sendiri pun masih bergelut bila bercakap bab mengulang ni. Ada yang kita ingat, ada yang kita lupa.

Semakin lama kita menghafal, semakin sedar bahawa nak mengekalkannya 30 juzuk itu ialah perjuangan yang jauh lebih panjang.

Sebab itu saya fikir, ada baiknya sesekali murid melihat guru mereka mengulang Quran.

Bukan untuk membuktikan siapa lebih hebat. Jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk.

Tetapi supaya mereka tahu bahawa perjalanan bersama al-Quran tidak berakhir selepas khatam, mendapat sanad atau bergelar guru tahfiz.

Cuma saya tetap berpegang pada satu perkara.

Murid perlu menjaga adab terhadap guru. Dan guru pula jangan berhenti memperbaiki diri hanya kerana sudah berada di tempat seorang guru.

Saya tak tahu sejauh mana kuatnya hafazan guru yang diceritakan tadi. Dan saya tak berminat membuat andaian.

Tetapi perbualan ringkas itu membuatkan saya terfikir.

Mungkin sesekali kita juga patut bertanya kepada diri sendiri, berapa banyak yang kita masih mampu baca dengan baik tanpa melihat mushaf?

Che Azizi Che Kadir
9 Oktober 2026
5930014
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

29 Sep 2026, 12.07

Nak ingat al-Quran, penuhilah ingatan dengan al-Quran.

Berikan al-Quran ruang paling besar, paling kerap dan paling dominan dalam pendengaran, lisan dan hati.

Kalau benar-benar mahu menjaga hafazan, tinggalkanlah mendengar lagu dan nyanyian. Walaupun nasyid.

Kitalah yang memilih apa yang paling banyak masuk dalam ingatan.

Biar yang terngiang-ngiang itu ayat al-Quran.
Biar yang spontan di bibir itu ayat al-Quran.
Biar ketika fikiran kosong, yang datang kembali juga ayat al-Quran.

إِنَّ هَذِهِ الْقُلُوبَ أَوْعِيَةٌ، فَاشْغَلُوهَا بِالْقُرْآنِ، وَلَا تَشْغَلُوهَا بِغَيْرِهِ

“Sesungguhnya hati-hati ini adalah bekas. Maka penuhilah ia dengan al-Quran dan jangan menyibukkannya dengan selain al-Quran.”

Che Azizi Che Kadir
29 September 2026
8560031
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

27 Sep 2026, 08.04

LUPA al-Quran bagi seseorang yang pernah menghafaz adalah satu realiti yang pahit untuk ditelan. Lebih² lagi bagi Guru Tahfiz.

Penguasaan kandungan pelajaran satu perkara yang mesti dikuasai oleh semua guru. Begitu juga Guru Tahfiz memang sepatutnya menguasai keseluruhan hafazan al-Quran yang kukuh, tahap “ingat 30 juzuk” elok dibawa sebagai standard profesional yang sentiasa dipelihara.

Ya guru boleh mengalami ‘futur’, kelemahan hafazan dan lupa; yang menjadi persoalan profesional ialah apa tindakan selepas menyedarinya.

Tindakannya ialah hafal semula.

Saya tolong bayangkan dan buat kiraan:

30 tahun perkhidmatan × 1 juzuk setahun = 30 juzuk.

Itu baru 20 muka surat setahun. Lebih kurang 1.7 muka surat sebulan.

Kalau dibahagi setahun, kira-kira setengah muka surat seminggu. Sedikit je tu..ini “pelan untuk orang paling malas.” 😆

“Satu tahun, satu juzuk.”

Kalau Allah beri kita 30 tahun dalam profesion ini, masuk tahun pencen nanti kita bukan hanya bawa pulang sijil penghargaan dan hadiah persaraan…

“Kita bawa pulang 30 juzuk dalam dada.”

Bayangkan hari terakhir kita sebagai guru Tahfiz, kita keluar daripada sekolah dalam keadaan hafalan kita lebih baik daripada hari pertama kita masuk sebagai GURU TAHFIZ.

Bukankah itu antara hadiah pencen yang paling indah?

Tapi.. saya nasihatkan..
Jangan tunggu pencen baru muhasabah: sepanjang 30 tahun aku mengajar al-Quran, berapa banyak dah aku ingat semula?

Tepuk dada tanya IMAN.

Che Azizi Che Kadir
27 September 2026
8790024
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

15 Sep 2026, 14.27

Photo1/2
Mushaf ni saya guna sejak mula menghafaz al-Quran di Kelantan. Sampailah dah kerja jadi guru pun saya masih bawa dan guna.

Selalu saya tunjuk pada murid-murid. Saya pesan, tanggungjawab menjaga hafazan bermula dengan bagaimana kita menjaga mushaf kita.

Dah lebih 20 tahun bersama. Hari ni saya hantar untuk rebinding. Sayang nak tukar. Banyak sangat cerita dengan mushaf ni.
1,0200022
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

06 Sep 2026, 08.34

“Jadikan kritikan yang benar sebagai bahan untuk memperbaiki diri. Abaikan cemuhan dan fitnah yang tidak membawa manfaat. Teruskan melangkah dengan menuntut ilmu, hiasi diri dengan sifat sabar dan tawakal kepada Allah.”

Bukan semua kata-kata negatif perlu dipendam dalam hati. Yang membina, ambillah sebagai pengajaran. Yang merosakkan tanpa asas, tinggalkan.

Kebijaksanaan ialah mengetahui perbezaan antara kedua-duanya.

Che Azizi Che Kadir
8 Ogos 2026
966008
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

06 Sep 2026, 08.34

Kadang-kadang kita perlu mengambil sedikit ruang untuk bermuhasabah, memulihkan diri dan memperbaiki akhlak. Kembalilah sebagai insan yang lebih dekat kepada Allah, bukan sekadar berbeza, tetapi lebih baik daripada sebelumnya.

Dan Nabi ﷺ bersabda:

“Sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Che Azizi Che Kadir
8 Ogos 2026
899004
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

06 Sep 2026, 08.34

Menegur atau memalukan?

Dalam pendidikan, tugas guru tidak hanya memastikan murid mematuhi peraturan, tetapi juga membentuk hati dan akhlak mereka.

Islam mengajar bahawa asal dalam memberi nasihat ialah menjaga aib, bukan membukanya.

Sebab itu Rasulullah ﷺ sering menegur dengan ungkapan "Mengapa ada kaum yang melakukan demikian..." tanpa menyebut nama individu.

Kesalahan diperbetulkan, tetapi maruah tetap dipelihara.

Sudah tentu, ada keadaan tertentu yang memerlukan identiti seseorang didedahkan demi maslahat yang lebih besar, seperti menjaga keselamatan atau mengelakkan mudarat.

Namun, bagi kebanyakan kes, teguran secara berhikmah dan berhemah selalunya lebih memberi kesan.

Murid mungkin terlupa akan teguran yang kasar, tetapi mereka tidak mudah melupakan perasaan malu yang dialami.

Ya, kita juga dulu seorang murid.

Sebaliknya, apabila ditegur dengan penuh hikmah, penuh kasih sayang… mereka bukan sahaja belajar mematuhi peraturan, malah belajar menghormati orang yang mendidik mereka.

Disiplin membentuk tingkah laku, tetapi tarbiah membentuk jiwa. Kedua-duanya perlu berjalan seiring.

Che Azizi Che Kadir
5 Ogos 2026
1,0800012
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

06 Sep 2026, 08.34

Sayidina Ali RA berkata:

لَا تَخَفْ إِلَّا ذَنْبَكَ، وَلَا تَرْجُ إِلَّا رَبَّكَ، وَلَا يَسْتَحِيِ الَّذِي لَا يَعْلَمُ أَنْ يَسْأَلَ حَتَّى يَعْلَمَ، وَلَا يَسْتَحِيِ مَنْ يُسْأَلُ عَمَّا لَا يَعْلَمُ أَنْ يَقُولَ: لَا أَعْلَمُ.

“Janganlah engkau takut kecuali terhadap dosamu. Janganlah engkau berharap kecuali kepada Tuhanmu.

Janganlah orang yang tidak mengetahui berasa malu untuk bertanya sehingga dia mengetahui.

Dan janganlah orang yang ditanya tentang sesuatu yang dia tidak tahu berasa malu untuk berkata:

‘Aku tidak tahu.’”
1,080008
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

06 Sep 2026, 08.34

Seorang doktor merawat pesakit yang kesakitan...
Pesakit menjerit kesakitan.

Adakah doktor jahat?

Sudah tentu tidak.

Mengapa?

Kerana kesakitan itu mempunyai tujuan.

Begitu juga seorang guru.

Guru menyediakan soalan peperiksaan, latihan...

Pelajar stres.

Adakah guru zalim?

Tidak.

Kerana peperiksaan, latihan mempunyai tujuan dan hikmah.

Maka,
kewujudan kesakitan tidak semestinya menunjukkan tiada sifat kasih sayang.

Sebab itu, Islam melihat penderitaan melalui mengenal seluruh sifat Allah:

Allah Maha Penyayang,
Maha Mengetahui,
Maha Berkuasa
dan Maha Bijaksana.

Oleh itu, apabila hikmah sesuatu musibah belum kita ketahui, kesimpulan yang tepat bukanlah "Allah tiada",
tetapi "ilmu kita belum sampai kepada hikmah Allah".

Che Azizi Che Kadir
26 Julai 2026
1,0900012
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

06 Sep 2026, 08.34

Photo
Alhamdulillah.

APC kedua sepanjang 10 tahun berkhidmat sebagai Guru Tahfiz.

🏅 Kali pertama: APC 2021 - kenangan manis bersama bekas pengetua, Ustaz Mokhtar.

🏅 Kali kedua: APC 2025.

“وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ”
(Hud: 88)
9550016
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

06 Sep 2026, 08.34

Mengapa saya mula menggalakkan murid membaca al-Quran dengan berlagu?

Dahulu saya agak skeptikal dengan penggunaan lagu tarannum dalam hafazan al-Quran. Saya bimbang murid lebih mengejar lagu daripada tajwid dan adab membaca al-Quran.

Namun, setelah melihat sendiri perkembangan murid, pandangan saya berubah.

Saya mendapati bahawa tarannum yang dipelajari dengan betul bukan hanya mencantikkan bacaan, bahkan memberi banyak manfaat.

Antaranya:

* Melatih kawalan suara dan pernafasan.
* Menjadikan bacaan lebih hidup dan tidak mendatar.
* Meningkatkan minat murid untuk membaca serta mengulang al-Quran.
* Membantu mengalihkan minat mereka daripada lagu-lagu hiburan kepada keindahan al-Quran.

Hakikatnya, manusia memang cenderung kepada sesuatu yang indah dan merdu. Islam tidak menolak fitrah itu, bahkan mengarahkannya kepada al-Quran.

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu.”
(Riwayat Abu Dawud dan al-Nasa’i)

Bagi murid yang baru ingin belajar tarannum, saya mencadangkan supaya mulakan dgn lagu Hijaz sebagai permulaan.

Lagunya mudah, bersahaja, tidak terlalu kompleks dan senang diikuti oleh kebanyakan murid.

Apabila murid mula seronok membaca dengan berlagu, keyakinan mereka akan meningkat dan mereka lebih bersemangat untuk terus mendampingi al-Quran.

Namun, satu perkara yang perlu sentiasa diingat ialah tarannum hanyalah wasilah, bukan matlamat.

Keutamaan tetap diberikan kepada makhraj, tajwid, fasohah dan tadabbur. Lagu berfungsi memperindah bacaan, bukan mengatasi hukum-hakam bacaan al-Quran.

Semoga lebih ramai anak-anak kita jatuh cinta kepada al-Quran, bukan semata-mata merdunya suara, tetapi kerana mereka akhirnya mencintai kalam Allah itu sendiri.

Che Azizi Che Kadir
Ust Kampung
24 Julai 2026
7560011
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

01 Sep 2026, 20.45

Tips Membaca Supaya Melekat

Jangan ukur bacaan dengan berapa banyak halaman yang kita mampu selesaikan, tetapi ukur dengan apa yang tinggal selepas kita tutup buku.

Selepas membaca, gunakan kaedah 3–2–1:

3 — Recall
Tutup buku. Cuba sebut semula 3 perkara terpenting tanpa melihat nota.

2 — Connect
Cari 2 hubungan antara apa yang dibaca dengan ilmu, pengalaman atau bacaan lain.

1 — Apply
Tentukan 1 perkara yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan atau pekerjaan.

Formula mudah:

Baca → Ingat → Hubungkan → Amalkan.

Bacaan yang baik bukan untuk menambah maklumat. Ia sepatutnya mengubah cara kita melihat, berfikir dan bertindak.

Che Azizi Che Kadir
1 September 2026
1,3200013
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

01 Sep 2026, 12.34

Dalam buku The Psychology of Money, ada satu idea tentang compounding yang menarik:

“Jangan terlepas perkara mudah hanya kerana ia nampak terlalu biasa.”

Saya terus terfikir tentang cara menguruskan murajaah al-Quran.

Mengulang satu muka surat setiap kali solat fardu.

Nampak biasa aje. Tak banyak pun.

Tapi kalau dibuat setiap hari, berbulan-bulan dan bertahun-tahun, perkara kecil itu boleh memberi kesan yang sangat besar.

Bayangkan:

1 muka surat × 5 waktu solat = 5 muka surat sehari.

Dalam seminggu → 35 muka surat, hampir 2 juzuk.
Dalam sebulan → 150 muka surat, sekitar 7.5 juzuk.
Dalam 4 bulan → ±600 muka surat, hampir satu pusingan 30 juzuk.
Dalam setahun → 1,825 muka surat, lebih kurang 3 kali khatam seluruh al-Quran.

Semuanya bermula dengan satu muka surat.

Kadang-kadang kita terlalu mencari amalan yang besar sehingga memandang kecil perkara yang nampak biasa.

Padahal nak ingat, tiada jalan pintas.. Kita perlu jadikan rutin… bukan apa yang kita mampu buat sekali-sekala, tetapi apa yang kita mampu buat berterusan.

Che Azizi Che Kadir
1 September 2026
Di Kampung Pengkalan ….
1,0600016
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

31 Agu 2026, 18.38

Photo1/2
Cuti sekolah, ambillah peluang untuk lebihkan masa dengan al-Quran. Masa lebih lapang, kita tambah mana yang mampu.

Galakkan anak-anak serta murid-murid supaya terus bersama al-Quran. Tak perlu banyak, yang penting jangan putus.
8130013
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

25 Agu 2026, 13.04

Romantik itu bukan semestinya kena bagi hadiah mewah, makan di tempat mahal atau bawa bercuti ke luar negara.

Kadang-kadang seorang suami itu sudah cukup romantik apabila dia benar-benar mengenali isterinya, sehingga perubahan kecil pada tutur katanya pun dia sedari.

Rasulullah ﷺ pernah berkata kepada ‘Aisyah رضي الله عنها:

إِنِّي لَأَعْلَمُ إِذَا كُنْتِ عَنِّي رَاضِيَةً، وَإِذَا كُنْتِ عَلَيَّ غَضْبَى

“Aku benar-benar tahu apabila engkau reda denganku dan apabila engkau sedang marah kepadaku.”

Baginda menjelaskan, apabila ‘Aisyah sedang happy, tidak moody, beliau akan berkata:

لَا وَرَبِّ مُحَمَّدٍ
“Tidak, demi Tuhan Muhammad.”

Tetapi apabila sedang marah, beliau berkata:

لَا وَرَبِّ إِبْرَاهِيمَ
“Tidak, demi Tuhan Ibrahim.”

‘Aisyah رضي الله عنها lalu mengakui:

أَجَلْ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا أَهْجُرُ إِلَّا اسْمَكَ

“Benar, demi Allah wahai Rasulullah. Aku tidak meninggalkan kecuali namamu.”

(“Ya, saya memang marah. Tetapi yang saya ‘jauhkan’ cuma nama abang daripada lidah saya. Bukan abang daripada hati saya.”)

Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Baginda ialah seorang suami yang sangat mengenali isterinya. Baginda tahu bahasa hatinya, memahami perubahan emosinya, bahkan tahu bila isterinya sedang merajuk.

Mungkin inilah antara sunnah rumah tangga yang sering kita terlepas pandang.

Belajarlah mengenali pasangan.

Kitalah sahabatnya.
Kitalah temannya.
Kitalah orang yang sepatutnya paling tahu bila dia gembira, bila dia penat, bila dia diam kerana ada sesuatu yang terbuku di hati.

Kita orang lelaki mungkin tidak pandai bermain dengan banyak kata. Tidak mengapa.

Tetapi usahakan satu perkara:

Biar isteri kita dapat merasakan “Suamiku memahami aku.”

Ya… itulah romantik yang paling mahal.

Che Azizi Che Kadir
25 Ogos 2026
https://t.me/ustcheazizi
9680011
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

24 Agu 2026, 20.25

Jangan letakkan al-Quran pada baki waktumu; bahkan berikan kepadanya waktu terbaikmu.
7760017
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

24 Agu 2026, 15.50

Saidina Anas RA pernah berkata:
خَدَمْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ عَشْرَ سِنِينَ، فَوَاللَّهِ مَا قَالَ لِي أُفٍّ قَطُّ، وَلَا قَالَ لِي لِشَيْءٍ فَعَلْتُهُ: لِمَ فَعَلْتَهُ؟ وَلَا لِشَيْءٍ لَمْ أَفْعَلْهُ: أَلَا فَعَلْتَهُ؟

"Aku berkhidmat kepada Rasulullah ﷺ selama sepuluh tahun.

Demi Allah, Baginda tidak pernah berkata kepadaku 'uff'. Baginda juga tidak pernah berkata terhadap sesuatu yang aku lakukan:
'Mengapa kamu lakukan?' Dan tidak pernah berkata terhadap sesuatu yang aku tidak lakukan: 'Mengapa kamu tidak lakukan?'"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saidina Anas RA berkhidmat kepada Rasulullah ﷺ selama sepuluh tahun.

Dalam tempoh itu, Baginda tidak pernah mengherdiknya, tidak pernah memalukan kesilapan kecilnya, dan tidak pernah membebel dengan kata-kata seperti, 'Kenapa kamu buat begini?' atau 'Kenapa kamu tak buat begitu?'

Sebaliknya, Baginda ﷺ mendidik dengan kelembutan, sehingga Anas sendiri mengingati layanan itu sepanjang hayatnya.
917004
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

23 Agu 2026, 07.09

Antara perkara yang sangat berharga bagi seorang guru tahfiz, atau sesiapa sahaja yang sedang berusaha menjaga al-Quran, ialah usaha untuk kekal mengurus murajaah mengikut kelapangan masa yang ada.

Tidak semua hari kita lalui, mempunyai masa yang sama.

Ada hari kerja kita banyak bertimbun...

Ada hari, kita rasa lebih lapang. Dan ada musim cuti yang memberikan ruang yg lebih panjang untuk bersama al-Quran.

Sebab itu murajaah tak semestinya terikat dengan satu kadar atau jadual tertentu sepanjang masa.

Kita boleh susun beberapa mode murajaah:

Mode 1 — Hari bekerja: 3 juzuk sehari
Jadikan sebagai kadar asas, paksa diri untuk capai mode ini.

Mode 2 — Hari lapang: 5 juzuk sehari
Apabila ada ruang masa, usaha tingkatan kadar murajaah.

Mode 3 — Cuti panjang: 10 juzuk sehari
Cuti sekolah khususnya boleh dimanfaatkan untuk memperbanyakkan kitaran murajaah.

Apabila bertukar mode, kita tidak perlu kembali semula ke Juzuk 1.

Jika semalam berhenti pada Juzuk 12, sambung sahaja Juzuk 13 pada hari berikutnya.

Satu lagi ruang yang sangat baik untuk dimanfaatkan ialah solat.

Bagi guru tahfiz yang berpeluang menjadi imam bersama murid, gunakan sebahagian hafazan dalam bacaan solat.

Boleh dimulakan daripada Juzuk 1 ikut tertib dalam mushaf, contohnya dua muka surat dalam Maghrib dan dua muka surat dalam Isyak, kemudian disambung pada hari berikutnya atau minggu berikutnya.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menjaga al-Quran dan terus hidup bersama al-Quran sehingga akhir hayat.

Aamin

Che Azizi Che Kadir
23 Ogos 2026
https://t.me/ustcheazizi
821007
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

22 Agu 2026, 11.54

Nasihat untuk Mereka yang Menghafaz al-Quran

Allah telah memudahkan al-Quran untuk diingati, dipelajari dan dihayati, termasuk dalam usaha menghafaznya. Allah SWT berfirman:

﴿وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ﴾

“Dan sesungguhnya Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan?”

Ketahuilah bahawa Kitab Allah itu telah dimudahkan. Namun, kemampuan membawa al-Quran di dalam dada merupakan taufik dan kurniaan yang sangat besar daripada Allah.

Sebab itu, jika kita mahu menghafaz al-Quran, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah:

اسْتَعِنْ بِاللَّهِ — Mohonlah pertolongan daripada Allah

Mintalah kepada Allah agar Dia membantu, memberikan taufik dan membimbing kita sepanjang perjalanan menghafaz al-Quran.

Jangan hanya bergantung kepada kekuatan ingatan. Kita menghafaz kalam Allah, maka kepada Allah jugalah kita meminta pertolongan.

Menghafaz al-Quran tidak mempunyai “rahsia ajaib”

Menghafaz al-Quran bukanlah satu rahsia tersembunyi yang perlu dicari-cari. Ia juga bukan teka-teki rumit yang memerlukan kita mencuba bermacam-macam kaedah sebelum boleh menghafaz.

Pada asasnya, seorang penghafaz perlu menjaga empat perkara:

1. الإخلاص — Ikhlas

Mulakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah.

Menghafaz bukan untuk dipuji, bukan untuk dikenali sebagai al-hafiz dan bukan untuk mengatasi orang lain.

Perbetulkan niat dan kuatkan azam.

2. التكرار — Pengulangan

Ayat al-Quran perlu diulang berkali-kali.

Ulang sehingga lidah semakin lancar, ringan dan mata semakin ‘cam’ ayat yang mengelirukan.

Jangan cepat merasa cukup dengan beberapa kali ulangan.

Hafazan dibina dengan murajaah.

3. التثبيت والمراجعة — Pengukuhan dan murajaah

Hafazan baharu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Apa yang telah dihafaz perlu ditashbit, dan apa yang telah lama dihafaz perlu sentiasa diulang.

Jangan terlalu ghairah menambah hafazan baharu sehingga hafazan lama mula hilang.

Menambah hafazan itu penting, tetapi menjaganya jauh lebih penting dari segalanya.

4. المداومة — Istiqamah

Teruskan walaupun sedikit.

Ada hari kita mampu menghafaz banyak. Ada hari kita hanya mampu sedikit. Yang penting, jangan tinggalkan al-Quran.

Sedikit tetapi berterusan lebih baik daripada banyak pada satu masa kemudian terhenti terus.

Hafazan tidak dibina dalam masa sehari. Ia dibina sepanjang masa.

Jangan terlalu sibuk mencari “kaedah terbaik”

Ada orang sentiasa mencari teknik menghafaz yang paling berkesan.

Hari ini cuba satu kaedah. Esok bertukar kepada kaedah lain. Kemudian mencari pula teknik yang baharu.

Kadang-kadang, terlalu lama mencari kaedah yang terbaik akhirnya membuatkan seseorang semakin merasakan bahawa dirinya tidak mampu menghafaz.

Akhirnya dia berkata:

“Aku sudah cuba macam-macam kaedah menghafaz al-Quran, tetapi tetap tidak mampu. Ingatan aku memang lemah.”

Sedangkan masalahnya mungkin bukan pada kaedah atau kekuatan ingatan.

Mungkin azamnya belum cukup.

Mungkin murajaahnya belum cukup.

Mungkin istiqamahnya belum cukup.

Kaedah memang membantu. Guru juga membantu. Jadual dan teknik yang baik juga membantu.

Tetapi jangan tunggu sehingga menemui kaedah yang dianggap sempurna baru mahu bersungguh-sungguh menghafaz.

Mulakan. Ulang. Kukuhkan. Murajaah. Dan teruskan.

الإخلاصُ بدايةٌ، والتكرارُ بناءٌ، والمراجعةُ حفظٌ، والمداومةُ طريقٌ إلى الإتقان.

Che Azizi Che Kadir
22 Ogos 2026
https://t.me/ustcheazizi

Telegram

Catatan Ust Che Azizi

📌 Nama Channel:Ust Che Azizi | Ilmu & Hafazan TMUA📖 Deskripsi Ringkas:Ilmu Hafazan | Pendidikan TMUA | Teknik 4QSelamat datang ke Channel rasmi Ust Che Azizi!🔗 Sertai komuniti pencinta al-Quran & sebarkan manfaat!

VIEW CHANNEL
8590012
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

14 Agu 2026, 09.36

Kenapa guru tahfiz perlu berusaha menjaga 30 juzuk?

Pertama, kerana guru tahfiz mengajar sesuatu yang bersifat amali. Guru matematik perlu menguasai matematik. Guru qiraat perlu menguasai ilmu qiraat.

Maka guru tahfiz sepatutnya mempunyai hubungan yang hidup dengan hafalannya. Tidak semestinya setiap guru perlu masyi 30 juzuk tanpa tersangkut, tetapi dia perlu berusaha mengekalkan 30 juzuk sepatutnya menjadi perjalanan profesional dan rohaninya.

Kedua, murid belajar daripada keadaan guru, bukan arahan guru sahaja. Kita boleh berkata kepada murid:

“Murajaah setiap hari. Jangan tinggalkan hafazan.”

Tetapi lebih kuat apabila guru sendiri boleh berkata:

“Ustaz pun sedang murajaah. Ustaz pun ada juzuk yang tak ingat. Ustaz pun sedang berjuang menguatkannya.”

Murid akan nampak bahawa murajaah bukan hukuman untuk murid tahfiz. Ia cara hidup seorang huffaz.

Ketiga, hafazan memang perlu dijaga sepanjang hayat. Nabi ﷺ menggambarkan al-Quran sebagai sesuatu yang sangat mudah terlepas daripada ingatan jika tidak sentiasa dijaga:

تَعَاهَدُوا هَذَا الْقُرْآنَ…

“Peliharalah al-Quran ini…”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jadi apabila ada Juzuk yang sudah lupa, itu bukan alasan untuk kita berhenti.

Itu bermaksud kita perlu kuat berusaha membina semula hafalan yang rapuh.

Dan ada satu sebab yang lebih besar

Bayangkan satu hari kita masuk kelas.

Murid tersalah.
Kita dapat kesan.

Murid bertanya, “Selepas ayat ini apa, Ustaz?”
Ayat itu sudah ada dalam dada kita.

Itu autoriti dan integriti seorang guru al-Quran yang tidak datang daripada jawatan atau sijil semata-mata.

Che Azizi Che Kadir
14 Ogos 2026
https://t.me/ustcheazizi
1,1800026
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

29 Apr 2026, 10.36

Photo
Nampak macam sebaya, tapi ini antara murid saya yang kuat murajaah bersama saya. Sesibuk macam mana pun kami. Anak² ini tetap cari saya untuk memperdengarkan bacaan al-Qurannya dihadapan saya. Ada 3 orang lagi yang tiada dalam gambar ini.

Mungkin ada yang tengok gambar ini, mereka seperti rakan² saya kerana wajah dan gaya kami hampir sebaya 🤣

Tetapi hakikatnya, inilah antara anak² yang sentiasa menjaga murajaah bersama saya.

Sesibuk mana pun jadual kami, sesukar mana pun untuk mencari masa, mereka tetap datang. Tetap mencari saya. Bukan kerana dipaksa, tetapi kerana mereka mahu memperdengarkan bacaan al-Quran di hadapan saya.

Kadang² selepas kelas, kadang² di tepi surau, kadang-kadang hanya beberapa minit sebelum pulang.

Mungkin gambar ini biasa sahaja. Tetapi bagi saya, inilah antara gambar paling mahal. Di dalamnya ada usaha, istiqamah, adab, kasih sayang dan satu ikatan yang dibina atas al-Quran.

Dan sebenarnya, ada lagi 3 orang yang tiada dalam gambar ini.

Moga Allah pelihara anak-anak ini.
7580023
Catatan Ust Che Azizi logo
Catatan Ust Che Azizi

29 Apr 2026, 10.36

Photo
Ada orang menanam pokok ketika tanah masih keras dan tiada siapa nampak hasilnya. Ada orang menyiram ketika pokok itu masih kecil dan rapuh. Ada orang datang ketika buah sudah ranum lalu menuainya.

Biasanya yang menuai itulah yang paling mudah dilihat dan dihargai. Tetapi hakikatnya, buah itu tidak akan pernah wujud tanpa orang yang sabar menanam dan menjaga sejak awal.

Begitulah juga dalam dunia pendidikan. Ada guru yang hadir pada saat murid sudah ‘masak’. Ada guru yang berjuang ketika murid masih lemah, degil, hilang arah dan belum nampak apa-apa.

Tetapi Allah tidak pernah tersalah menilai. Yang menanam, yang menyiram dan yang menuai , semuanya dicatat.

Cuma orang sering lupa bahawa setiap buah yang manis bermula daripada tangan yang kotor menggali tanah.

Che Azizi Che Kadir
2 April 2026
6970018

Showing 30 of 46 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram Catatan Ust Che Azizi tentang apa?+

Catatan Ust Che Azizi (@ustcheazizi) adalah channel Telegram di kategori Web Series di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 1.465 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan Catatan Ust Che Azizi (@ustcheazizi)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @ustcheazizi gratis.

Apakah Catatan Ust Che Azizi channel Web Series yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan Catatan Ust Che Azizi sebelum bergabung. Saat ini sekitar 1.465 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Web Series serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan Catatan Ust Che Azizi?+

Di tgdio, buka halaman @ustcheazizi untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.