𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 : 𝗔𝗽𝗮 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘁𝗮𝗵𝘂?
1. 𝑺𝒚𝒂𝒓𝒂𝒕 𝑷𝒆𝒓𝒎𝒐𝒉𝒐𝒏𝒂𝒏 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏 :
(i) telah disahkan dalam perkhidmatan dan diberi taraf berpencen (PTB);
(ii) berumur genap 40 tahun dan ke atas pada tarikh persaraan pilihan;
(iii) mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang sepuluh (10) tahun yang boleh dimasuk kira;
(iv) permohonan persaraan pilihan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan;
(v) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
(vi) bebas daripada sebarang siasatan/tindakan tatatertib/mahkamah; dan
(vii) sekiranya mempunyai ikatan perjanjian penajaan pendidikan, hendaklah mendapatkan surat persetujuan daripada penaja pinjaman/biasiswa pendidikan terlebih dahulu.
2. 𝑪𝒐𝒏𝒕𝒐𝒉 𝒔𝒖𝒓𝒂𝒕 𝒑𝒆𝒓𝒎𝒐𝒉𝒐𝒏𝒂𝒏 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏
Ni sampel saja ye. Boleh dijadikan rujukan dan ubahsuai ikut kesesuaian.
https://www.facebook.com/share/p/1EjahPhHG7/Soft copy fail doc. word ada kat telegram :
https://t.me/notaSSPAKeknie/2793. 𝑩𝒊𝒍𝒂 𝒕𝒂𝒓𝒊𝒌𝒉 𝒔𝒆𝒔𝒖𝒂𝒊 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏?
A.
Kalau nak dpt Pencen bulanan maksimum 60%,
Pilih tarikh pencen selepas servis 30 tahun dan ke atas.
B.
Kalau nak dapat terus pencen bulanan,
Pilih tarikh selepas umur 55 tahun.
C.
Kalau nak dapat gaji akhir lebih tinggi,
Pilih tarikh selepas Pergerakan Gaji Tahunan.
Kalau nak semua, penuhi semua syarat di atas. ehehe
4. 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏, 𝑮𝒂𝒏𝒋𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝑮𝑪𝑹 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝒄𝒖𝒌𝒂𝒊 𝒕𝒂𝒌??
Saya quote post FB Bahagian Pencen JPA :
"Ganjaran Perkhidmatan dan Award Wang Tunai GCR yang diterima penjawat awam bagi persaraan pilihan sebelum umur 55 tahun adalah DIKECUALIKAN daripada cukai pendapatan selaras dengan perenggan 25A Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967."
5. 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝑩𝒆𝒓𝒔𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏, 𝑩𝒊𝒍𝒂 𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝑷𝒆𝒏𝒄𝒆𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏?
Bagi pegawai bersara pilihan, Ganjaran dan GCR akan dibayar semasa tarikh bersara pilihan.
Untuk bayaran Pencen bulanan :
- Bagi Pegawai lantikan sebelum 12.4.1991, pencen bulanan akan dibayar seawal 45/50 tahun.
- Bagi lantikan pada dan selepas 12.4.1991 pula, Pencen bulanan akan dibayar seawal umur 55 tahun.
6. 𝑷𝒆𝒏𝒄𝒆𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒏𝒂 𝑪𝒖𝒌𝒂𝒊 𝒕𝒂𝒌 𝒌𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒑𝒆𝒏𝒄𝒆𝒏 𝒑𝒊𝒍𝒊𝒉𝒂𝒏?
Tidak. Hanya pencen bulanan yang diterima sebelum umur 55 tahun sahaja dikenakan cukai (dalam kes pegawai lantikan sebelum 12.4.1991 yang terima pencen bulanan seawal 45/50 tahun).
Saya compile semua persoalan berkaitan kat sini ye senang nak rujuk kemudian.
Keknie Sha