Sharing by NFAM Telegram channel photo

Sharing by NFAM

@sharingbynfamPublic Channel

Disclaimer : Mengumpul info dan rujukan sepanjang scamdemic,penipuan dlm bidang kesihatan,isu semasa,topik random dan pandangan peribadi. Make your own research too.

MedisIndonesiaIndonesia

1.8k

Last views

7.1k (7,074 subscribers)
Anggota
—
Rating
67
Total Posts
Oct 21, 2026, 10:00 PM
Diperbarui
Apr 4, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameSharing by NFAM
Username@sharingbynfam
CategoryMedis
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota7,074
Channel TypePublic Channel
Created4 Apr 2026
Last Updated21 Okt 2026 • 34 menit yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#263959-379
Peringkat Bahasa
#1153+1
Peringkat Kategori
#7073-12

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 7.1K30 Days growth: -630.9%
09/2209/2710/0210/0710/1210/1710/21
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
22:09:20267,137
23:09:20267,137
24:09:20267,137
25:09:20267,137
26:09:20267,137
27:09:20267,137
28:09:20267,137
29:09:20267,137
30:09:20267,137
01:10:20267,137
02:10:20267,137
03:10:20267,137
04:10:20267,137
05:10:20267,137
06:10:20267,137
07:10:20267,137
08:10:20267,137
09:10:20267,137
10:10:20267,137
11:10:20267,137
12:10:20267,137
13:10:20267,137
14:10:20267,092
15:10:20267,092
16:10:20267,092
17:10:20267,092
18:10:20267,092
19:10:20267,092
20:10:20267,092
21:10:20267,074
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 30:03:20267,212
Week of 06:04:20267,200
Week of 13:04:20267,200
Week of 20:04:20267,200
Week of 27:04:20267,184
Week of 04:05:20267,184
Week of 11:05:20267,226
Week of 18:05:20267,226
Week of 25:05:20267,226
Week of 01:06:20267,198
Week of 08:06:20267,198
Week of 15:06:20267,198
Week of 22:06:20267,198
Week of 29:06:20267,178
Week of 06:07:20267,178
Week of 13:07:20267,194
Week of 20:07:20267,194
Week of 27:07:20267,194
Week of 03:08:20267,191
Week of 10:08:20267,191
Week of 17:08:20267,179
Week of 24:08:20267,159
Week of 31:08:20267,159
Week of 07:09:20267,148
Week of 14:09:20267,137
Week of 21:09:20267,137
Week of 28:09:20267,137
Week of 05:10:20267,137
Week of 12:10:20267,092
Week of 19:10:20267,074
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20267,184
May 20267,226
June 20267,178
July 20267,194
August 20267,159
September 20267,137
October 20267,074
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20267,074

Postingan Terbaru

Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

09 Sep 2026, 04.44

Photo
Sebab Kesannya Perlahan, Kita Ingat Ia Tak Wujud

Bukan semua yang cucuk hari ni, esok terus sakit atau mati.

Kalau semudah tu nak nampak kesannya, dah lama orang persoal. Dah lama benda ni berhenti.

Dan di situlah masalahnya.

Yang datang cepat, kita akui. Yang datang bertahun kemudian, kita cari sebab lain. Kata genetik. Kata makanan. Kata memang dah takdir. Betullah tu. Tapi langsung tak nak salahkan yang satu tu kan?
Kami terima je semua faktor termasuk vaksin. Tapi kenapa kalian susah nak terima semua faktor termasuk vaksin? Langsung tak boleh disalahkan.

Pernah ke anda berhenti tanya, ada tak kaitan dengan apa yang anda terima bertahun dulu?

Bukan sebab kaitan tu mustahil. Tapi sebab kita tak pernah diajar nak tanya soalan tu.

Sekarang mari cakap pasal duit.

Ramai ingat sebab pergi klinik kerajaan bayar RM1, maka takde siapa untung. Macam semuanya percuma dan bergerak atas dasar kebajikan semata.

Alahai. Naif betul.

Setiap vial ubat tu ada harganya. Setiap mesin ada kontraknya. Setiap pembekalan ada syarikatnya. Setiap dos yang masuk badan kita tu ada pihak yang hasilkan, jual, dan tuntut bayaran.

Duit tu tetap mengalir. Cuma bukan keluar dari poket kita terus, jadi kita rasa ia tak wujud.

Industri farmaseutikal tu antara industri paling bernilai di dunia. Bertrilion.

Dan ia bukan sebab manusia makin sihat.

Ada untung bukan bermakna semuanya jahat.

Tapi ada untung bermakna ada kepentingan.

Dan di mana ada kepentingan besar, di situ kita wajib buka mata. Bukan sebab semua orang jahat. Tapi sebab manusia tetap manusia. Ada tekanan, ada sasaran jualan, ada kajian yang dibiayai oleh pihak yang untung dari hasilnya.

Tu bukan teori konspirasi. Tu cara perniagaan berjalan dalam setiap industri di dunia.

Cuma bila ia melibatkan kesihatan, tiba-tiba kita diharamkan bertanya.

Dan tu yang paling pelik.

Beli kereta, kita semak spesifikasi. Baca ulasan. Banding harga. Takde siapa kata kita tak percaya jurujual.

Tapi nak semak apa yang masuk badan anak sendiri, tiba-tiba kita jadi degil, jahil, dan ancaman pada masyarakat.

Kenapa berbeza?

Yang saya minta cuma satu. Jangan naif.

Jangan ingat bila sesuatu datang atas nama kesihatan, ia automatik bebas dari kepentingan dan tak boleh disoal.

Tanya. Semak. Baca insert rasminya. Tengok siapa biaya kajian tu, dan siapa untung dari kesimpulannya.

Bukan nak tolak semua membuta tuli. Tapi nak buat keputusan dengan mata terbuka.

Sebab keputusan yang dibuat tanpa maklumat penuh tu bukan pilihan.

Ia cuma ikutan.

Dan ingat satu benda ni. Ilmu yang benar tak pernah takut disoal.

Yang takut disoal tu, itu yang patut kita perhatikan.

#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening

https://www.facebook.com/share/1Bqrwx58jA/?mibextid=wwXIfr
1,840001
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

09 Sep 2026, 04.44

Photo
Kepada mak ayah yang sampai sekarang masih pening nak sign atau tak Surat Aku Janji untuk anak sekolah tu kan…

Kalau tanya saya, kalau saya berada di tempat korang saya memang takkan sign selagi benda yang saya persoalkan tak dijelaskan dengan terang. Simple.

Kenapa nak paksa diri sign sesuatu yang kita sendiri masih ragu2 dan tak faham sepenuhnya implikasi dia?

Lagi saya baca, lagi saya rasa surat ni ada banyak benda yang boleh dipersoalkan. Wording dia luas, ada terma yang umum dan bila dikaitkan pula dengan polisi serta garis panduan lain yang beratus muka surat, memang logiklah parent nak tahu sebenarnya sejauh mana persetujuan kita bila turunkan tandatangan tu.

Tambahan pula kita dah jumpa dalam Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat tu ada satu bahagian yang menyebut parent hendaklah “melengkapkan imunisasi dengan memastikan anak mendapat vaksin yang disarankan oleh KKM”.

Saya dah ulas benda ni sebelum ni. Setakat yang saya semak, saya tak jumpa ayat yang kata tak sign Aku Janji = anak tak boleh sekolah. Saya juga tak jumpa ayat yang kata tak lengkap vaksin = terus boleh dikenakan tindakan.

Jadi buat apa gelabah sangat?

Kalau tak yakin, jangan sign dulu. Tanya sekolah apa implikasi kalau tak sign. Kalau mereka kata wajib, minta tunjuk pekeliling/peruntukan mana yang menyatakan wajib dan apa tindakan jika ibu bapa memilih untuk tidak tandatangan.

Jangan kita sendiri yang overthinking sampai benda yang belum berlaku pun dah bayang macam2.

Saya ni kalau dokumen terang, saya faham dan saya setuju, saya sign.

Kalau dokumen ada lompong, banyak persoalan belum terjawab dan saya sendiri tak sedap hati, memang saya takkan turunkan tandatangan semata2 sebab “semua orang sign”.

Tandatangan tu kita punya.

Jangan bagi sebab takut.

Baca dulu. Faham dulu. Tanya kalau tak jelas. Lepas tu buat keputusan sendiri.

Dah. Jangan pening2 sangat. 😅

https://www.facebook.com/share/1CQf9gnXNw/?mibextid=wwXIfr
2,280001
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

09 Sep 2026, 04.44

Photo
Sebenarnya Bukan Kita Yang Melawan Arus

Setiap kali kita pilih jalan yang berbeza, mesti ada yang kata kita melawan arus.

Tapi cuba fikir balik. Siapa sebenarnya yang melawan?

Kita makan makanan yang tumbuh dari tanah dan diproses sesedikit mungkin. Itu cara manusia makan selama ribuan tahun. Yang baru tu makanan yang direka dalam kilang, penuh pewarna dan perasa yang lidah kita tak pernah kenal sebelum ni.

Kita jaga tubuh dengan apa yang Allah sediakan. Madu, herba, bekam, puasa, rehat. Itu yang diamalkan turun temurun. Yang baru tu sistem yang wujud baru lebih kurang seratus tahun, tapi dianggap satu-satunya kebenaran.

Kita didik anak dengan tangan sendiri. Itu yang manusia buat sepanjang sejarah. Yang baru tu model persekolahan yang direka zaman industri untuk melahirkan pekerja yang patuh.

Kita berpakaian menutup. Itu perintah yang dah lama. Yang baru tu fesyen yang berubah setiap musim, direka supaya kita rasa tak pernah cukup.

Jadi siapa sebenarnya yang melawan arus?

Kalau arus tu bermaksud fitrah, sunnah, dan cara hidup yang terbukti selamat selama beribu tahun, maka kita sebenarnya sedang berenang mengikutnya.

Yang melawan tu mereka yang meninggalkannya.

Cuma sebab yang meninggalkan tu ramai, ia jadi nampak normal. Dan yang kekal pada asal, terus nampak pelik.

Tapi bilangan tak pernah jadi ukuran kebenaran.

Allah berfirman,
“Dan jika engkau menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.”
-Surah Al-An’am ayat 116.

Ayat ni jelas. Ramai bukan bermakna betul.

Dan Rasulullah SAW bersabda,

“Islam bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.”
-Riwayat Muslim.

Beruntunglah. Bukan kasihanilah.

Masalahnya, orang yang selesa dalam kotak takkan nampak dinding kotak tu. Dia ingat itulah seluruh dunia.

Dan selagi dia tak berhenti untuk bertanya, selagi dia tak tabayyun, dia akan terus fikir orang di luar kotak tu yang sesat.

Jadi kalau hari ni kita dikata melawan arus, terima je.

Sebab kita tahu arus mana yang kita ikut.

Dan kita tahu ke mana arus yang satu lagi tu menuju.

#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman

https://www.facebook.com/share/1DPmyKkdGu/?mibextid=wwXIfr
1,880005
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

09 Sep 2026, 04.44

Photo
Kenapa Kita Berhenti Mencari?

Kepada yang sedang sakit dan cuba satu cara je, saya nak tanya satu benda.

Kenapa tak pernah terfikir nak cuba cara lain?

Bukan nak gantikan. Cuma kenapa kita rasa ikhtiar tu ada satu pintu je?

Cuba fikir balik. Sebelum wujud sistem perubatan moden yang baru lebih kurang lebih seratus tahun ni, manusia hidup, sakit, dan sembuh juga.

Mereka berikhtiar dengan apa yang ada. Ilmu yang diwarisi turun temurun. Dan sunnah.

Madu. Habbatussauda. Bekam. Puasa. Herba. Makanan jadi ubat.

Semua tu bukan khurafat. Sebahagiannya Allah sendiri sebut dalam Quran.

“Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, padanya terdapat penyembuh bagi manusia.”
An-Nahl 69.

Dan Nabi SAW bersabda, “Berubatlah kamu, wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah tidak menurunkan satu penyakit melainkan Dia turunkan juga penawarnya.”
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Baginda suruh berubat. Tapi baginda tak pernah kata penawar tu ada dalam satu bentuk je.

Saya tak kata perubatan moden tak berguna. Kemalangan, pembedahan, kecemasan, memang ia yang selamatkan.

Yang saya persoalkan, kenapa ia jadi satu-satunya jalan yang kononnya diiktiraf?

Kenapa yang lain dicop karut sebelum sempat dikaji?

Dan kenapa kesan sampingannya diperkecilkan, sedangkan ia tertulis hitam putih dalam insert ubat tu sendiri? Kalau memang selamat sepenuhnya, kenapa perlu disenaraikan?

Yang paling menyedihkan, ramai yang tak pernah tahu mereka ada pilihan lain.

Bukan sebab pilihan tu tak wujud. Tapi sebab tak ramai yang ambil tahu. Tak ramai yang share.

Jadi kalau anda sakit dan rasa buntu selepas cuba satu jalan je, cubalah buka mata sikit.

Kaji. Tanya. Timbang sendiri.

Allah dah bentangkan banyak pintu di bumi ni. Rugi kalau kita berhenti di satu, semata-mata sebab kita tak pernah diberitahu cara lain yang wujud.

Dan yang menyembuhkan tetap Allah. Kita cuma cari sebabnya.

#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening

https://www.facebook.com/share/p/1HMNW1bs8a/?mibextid=wwXIfr
1,500002
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

09 Sep 2026, 04.44

Kemudian menyalahkan mereka atas masalah yang jauh lebih besar dari kemampuan mereka. Kemudian mencadangkan mereka dinafikan hak yang orang lain nikmati. Corak ni berulang dalam sejarah manusia. Cari satu kumpulan kecil, jadikan mereka punca segala masalah, dan orang ramai akan bersorak. Sebab menyalahkan satu golongan tu jauh lebih senang dari menghadapi masalah sebenar. Hospital sesak sebab kekurangan kakitangan, kekurangan katil, kekurangan peruntukan, dan beban kerja yang tak berpenghujung. Itu masalah struktur yang besar dan rumit. Sebab lain; mereka merawat simptom bukan punca. Orang yang makan ubat ramai yang pakej dapat penyakit lain. Mana tak bertambah. Tapi menuding jari pada segelintir ibu bapa yang buat pilihan berbeza? Itu senang. Dan ia bagi rasa puas sekejap tanpa menyelesaikan apa-apa.

Jadi ini jawapan saya. Kami bayar cukai yang sama. Kami warganegara yang sama. Dan kami berhak pada perkhidmatan yang sama. Kalau ada yang tak berpuas hati dengan prinsip tu, bukan kami yang perlu berubah.

Dan tentang madu, terima kasih atas cadangan tu. Kami memang amalkan. Sebab ia disebut dalam Al-Quran, dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Kalau itu yang korang gelakkan, saya cuma boleh doakan supaya Allah beri kefahaman. Itu pun kalau nak la. Kalau jenis rasa diri tu pandai walaupun bodoh sombong memang sampai bila pun takkan jumpa kebenaran.

#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening

https://www.facebook.com/share/p/17j89rUSuU/?mibextid=wwXIfr
698000
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

09 Sep 2026, 04.44

Cadangan Yang Mendedahkan Kebenakan Sendiri

Ada yang cadangkan, untuk kurangkan kesesakan di hospital dan klinik kerajaan, halang antivaksin dari datang. Halau mereka pulang. Suruh balik minum madu.
Jom kita check cadangan ni satu-satu.

Pertama, matematik yang tak menjadi. Nak kurangkan sesuatu, maknanya benda tu mesti banyak dulu. Jadi cuba jawab. Sejak bila majoriti pesakit di hospital dan klinik kerajaan tu golongan antivaksin? Kadar imunisasi di negara ni tinggi. Maknanya majoriti besar yang beratur di kaunter tu adalah orang yang dah lengkap divaksin. Kalau survey pun memang majoriti kat hospital tu golongan yang dah cucuk. Jadi kalau logik cadangan ni diikut sampai habis, siapa sebenarnya yang patut dihalau untuk kurangkan kesesakan? Saya biarkan korang jawab sendiri.

Dan cadangan tu kelakar sebenarnya. Sebab golongan yang dia sebut tu dah lama pun kurangkan kebergantungan pada hospital. Kami jaga makanan. Kami jaga air. Kami jaga tidur dan gaya hidup. Kami ikhtiar dengan herba dan cara yang lebih fitrah untuk perkara ringan yang tak perlukan campur tangan perubatan.

Kami pergi ke hospital bila memang perlu. Kecemasan, kemalangan, keadaan teknikal yang memerlukan kepakaran dan peralatan. Bukan setiap kali demam. Bukan setiap kali selesema. Bukan setiap kali batuk tiga hari. Bukan juga untuk masalah yang timbul sebab pemakanan dan gaya hidup. Jadi kalau nak bercakap tentang mengurangkan beban petugas kesihatan, kami dah lama buat tanpa perlu diumumkan. Cuma kami tak jadikannya bahan post untuk menghina orang lain.

Kedua, kenapa berhenti pada kami? Kalau menghalau pesakit boleh selesaikan kesesakan, kenapa setakat antivaksin je? Kenapa tak halau perokok, yang penyakitnya berkait terus dengan pilihan sendiri? Kenapa tak halau yang tak jaga makan sampai kena kencing manis dan darah tinggi? Kenapa tak halau yang tak bersenam langsung?
Semua tu pilihan peribadi juga. Dan semua tu jauh lebih ramai. Tapi tak ada siapa cadangkan mereka dihalau, kan? Maknanya cadangan tu bukan tentang beban kesihatan. Ia tentang menghukum satu kumpulan yang tak disukai.

Ketiga, undang-undang mana? Cadangan tu nak dilaksanakan di bawah peruntukan apa? Perlembagaan Persekutuan, Perkara 8, menjamin kesamarataan semua warganegara di sisi undang-undang. Hospital kerajaan dibiayai oleh cukai. Cukai yang dibayar oleh semua rakyat, termasuk yang tak divaksin. Jadi menghalau satu golongan rakyat dari perkhidmatan yang mereka biayai sendiri, atas dasar pilihan peribadi, itu bukan dasar kesihatan. Itu diskriminasi. Dan kalau seseorang tak selesa dengan prinsip kesamarataan dalam perlembagaan negara ini, maka masalahnya bukan dengan kami.

Keempat, petugas kesihatan terikat dengan etika merawat sesiapa yang memerlukan, tanpa mengira pilihan peribadi pesakit. Kalau prinsip tu boleh diketepikan untuk satu kumpulan hari ni, siapa pula esok? Yang berlainan pendapat politik? Yang tak ikut cara hidup tertentu? Yang tak disukai ramai? Sekali pintu tu dibuka, ia tak pernah tertutup pada satu kumpulan sahaja.

Kelima, dan ini yang paling berat. “Pi balik minum madu.” Ayat ni dilempar sebagai ejekan. Tapi cuba fikir apa sebenarnya yang tengah diperlekehkan. Allah berfirman tentang lebah, “Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, padanya terdapat penyembuh bagi manusia.”
-Surah An-Nahl ayat 69.

Padanya terdapat penyembuh. Itu firman Allah, bukan kata-kata saya. Dan Allah namakan satu surah penuh sempena lebah. An-Nahl. Rasulullah SAW pula bersabda, “Penyembuhan itu pada tiga perkara, minuman madu, bekaman, dan besi panas.” Riwayat Bukhari.

Jadi bila seseorang menjadikan madu sebagai bahan ejekan, dia bukan sekadar mengejek saya. Dia sedang mempersendakan sesuatu yang Allah sendiri sebut dalam Kitab-Nya, dan yang Rasulullah SAW sendiri anjurkan. Saya harap dia tak sedar apa yang dia buat. Kerana kalau dia sedar, itu urusan yang jauh lebih besar antara dia dan Allah.

Dan akhirnya, kenapa seseorang boleh sampai ke tahap ni? Dalam psikologi, ada satu proses namanya dehumanisasi. Ia bermula dengan melabel satu kumpulan.
433000
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

09 Sep 2026, 04.44

Bila Produk Dipertahankan Macam Akidah

Persoalkan jenama kereta, orang balas dengan data.

Persoalkan telefon, orang tunjuk spesifikasi.

Persoalkan yang satu ni, tiba-tiba kau jadi ancaman kepada masyarakat.

Kenapa reaksinya berbeza?

Sebab benda ni dah lama berhenti jadi soal perubatan. Ia dah naik jadi soal kepercayaan.

Dan bila sesuatu dah jadi kepercayaan, ia jadi kebal. Tak boleh disoal. Tak boleh dikaji semula. Sesiapa yang cuba, terus dicop sesat.

Itu bukan sains.

Sains dibina atas keraguan yang sihat. Yang menghukum keraguan tu bukan sains. Itu doktrin.

Tengok reaksinya, bukan hujahnya.

Bila seseorang mempersoalkan, apa yang datang bukan penjelasan. Yang datang marah. Terasa. Melabel. Mengumpul geng. Sanggup putus silaturahim.

Itu bukan reaksi orang yang memegang fakta.

Itu reaksi orang yang memegang kepercayaan yang dia sendiri tak berani semak.

Dan ni yang saya risau sebagai Muslim.

Kita diajar jangan bergantung mutlak pada mana-mana makhluk.

Nabi Ibrahim AS berkata, “Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.”
-Asy-Syu’ara 80.

Dia tak kata ubat yang menyembuhkan. Dia kata Allah.

Jadi bila seseorang letak keyakinan mutlak pada satu produk komersial, sampai dia sanggup bermusuh dengan saudara seagama kerananya, di situ yang patut dimuhasabah.

Bukan soal kaedah dia pilih. Soal siapa sebenarnya yang dia percaya menyembuhkan.

Silakan buat pilihan masing-masing.

Saya tak pernah halang sesiapa. Itu hak korang.

Tapi bila pilihan tu dipertahankan sampai orang lain tak dibenarkan bertanya langsung, ia bukan lagi tentang kesihatan.

Ia tentang kuasa. Dan tentang siapa yang dibenarkan berfikir.

Yang benar tak pernah takut disoal.

Yang takut disoal, itulah yang patut kita perhatikan.

#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening

https://www.facebook.com/share/p/18xRwxCZHW/?mibextid=wwXIfr
295000
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

09 Sep 2026, 04.44

Sihir moden hanya perlukan botol dan jarum yg ditonjolkan atas nama “penyelamat” walhal bahan2 nya ada banyak persamaan dengan sihir purba. Yang terkena sihir ni susah nak sedar. Siap promote dan taksub ada la. Tahniah pd yg dh sedar👏

Ulangkaji sikit

1. https://www.facebook.com/share/1Z4MhB5Ge7/?mibextid=wwXIfr

2. https://www.facebook.com/share/1Jbcofy5pm/?mibextid=wwXIfr

3. https://www.facebook.com/share/1WrV113DnD/?mibextid=wwXIfr

4. https://www.facebook.com/share/1E9sT7H9gy/?mibextid=wwXIfr

Post asal : https://www.facebook.com/share/p/1H2rD18KUM/?mibextid=wwXIfr
250001
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

09 Sep 2026, 04.44

Satu Persatu Tirai Terbuka

Dulu sesiapa yang sebut nama Epstein dan senarai kenalannya terus digelar penganut teori konspirasi.

Sehinggalah 3 juta muka surat dilepaskan oleh Jabatan Kehakiman Amerika sendiri. Lebih 2,000 video. 180,000 imej.

Bukan dari blog. Bukan dari forum gelap. Dari kerajaan sendiri, di bawah undang-undang yang diluluskan khas untuk memaksa pendedahan.

Dan akibatnya nyata. Ada yang ditangkap. Ada yang meletak jawatan dari kedudukan tertinggi dalam institusi kewangan dan akademik dunia. Nama-nama yang selama ini dianggap terlalu tinggi untuk disentuh.

Dan ada satu benda tak boleh dinafikan. Perkara yang dulu dicop sebagai khayalan orang gila, hari ni menjadi rekod rasmi kerajaan.

Dan minggu lepas, satu lagi babak.

Anthony Fauci berdiri di hadapan Senat.

Dan dia enggan menjawab. Guna hak Pindaan Kelima, iaitu hak untuk berdiam supaya kata-katanya sendiri tak digunakan terhadapnya.

Cuba fikir sekejap ye.

Ini orang yang selama bertahun-tahun menjadi neraca rasmi menentukan apa dunia patut percaya. Sesiapa yang membantahnya dipadam, disekat, dilabel penyebar maklumat palsu.

Sekarang bila giliran dia yang disoal, dia pilih diam.

Orang yang menuntut seluruh dunia bercakap mengikut skripnya, kini memilih untuk tidak bercakap langsung.

Inilah corak yang saya nak korang nampak.

Bukan tentang siapa bersalah dan siapa tidak. Itu urusan mahkamah dan siasatan.

Yang saya bangkitkan adalah corak yang berulang.

Peringkat satu, sesuatu dipersoalkan. Peringkat dua, yang bertanya dihukum, dilabel, dipadam. Peringkat tiga, bertahun kemudian, dokumen keluar dan perbicaraan bermula.

Dan yang paling menyakitkan, tak pernah ada permohonan maaf kepada mereka yang bertanya awal.

Sebab tu saya sentiasa cakap benda yang sama.

Tabayyun. Semak dulu. Jangan telan bulat-bulat, dari mana-mana pihak sekalipun.

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, maka selidikilah.”
-Al-Hujurat 6.

Perintah ni turun 1400 tahun dulu. Tapi macam ditulis khas untuk zaman kita.

Yang jenis tabayyun, dia akan terus buka mata sedikit demi sedikit. Dia tak perlu tunggu izin sesiapa untuk berfikir.

Tapi yang jenis tibaiyun, hentam dulu tanya kemudian, memang akan terus hidup dalam penafian. Sampai bila-bila.

Dan saya tak minta sesiapa percaya saya.

Saya minta satu benda je. Berhenti hukum orang yang bertanya.

Sebab sejarah dah tunjukkan berulang kali, soalan yang dianggap gila hari ini, kadang menjadi rekod rasmi esok hari.

Wake up gaisss.

#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening

https://www.facebook.com/share/p/18xAKgDqtX/?mibextid=wwXIfr
244001
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

25 Agu 2026, 06.48

Dia Yang Suruh Dunia Percaya, Sekarang Enggan Bercakap

Anthony Fauci berdiri di hadapan Senat minggu lepas.

Dan dia enggan menjawab.

Dia guna Pindaan Kelima. Hak untuk berdiam diri supaya kata-katanya sendiri tak digunakan terhadapnya.

Orang yang sama. Yang bertahun-tahun jadi wajah rasmi menentukan apa dunia patut percaya. Yang kata-katanya jadi neraca membezakan mana sains, mana teori konspirasi. Yang sesiapa membantahnya terus dipadam dan disekat.

Sekarang bila giliran dia disoal, dia pilih diam.

Ia berlaku selepas 1,100 muka surat diari peribadinya dikeluarkan, dicari dari sebelas pelayan kerajaan. Dakwaan Rand Paul, di khalayak Fauci promosi teori virus muncul semula jadi, sementara secara peribadi dia sedar tentang bukti yang menunjuk ke arah makmal.

Belum terbukti di mahkamah. Saya tak nak mendahului. Yang ni kita tunggu biar semua yang terlibat didakwa.

Tapi ada satu benda yang tak perlu tunggu apa-apa keputusan.

Soalan itu sendiri dulu diharamkan.

Ingat lagi? Sesiapa sebut kemungkinan virus dari makmal, habis. Dicop pelampau. Post dipadam. Akaun disekat. Nama dicalar.

Bukan sebab mereka terbukti salah. Sebab mereka bertanya.

Hari ni soalan yang sama dibahas di Dewan Senat. Dengan sumpah. Dengan sepina. Depan seluruh dunia.

Apa yang berubah? Bukan fakta. Yang berubah cuma siapa yang dibenarkan bertanya.

Dan inilah sebabnya saya berdiri di tempat saya berdiri.

Saya tolak vaksin untuk anak saya. Saya tak sembunyikan tu.

Bukan sebab saya benci sains. Tapi sebab saya dah nampak berulang kali, apa yang dijual pada kita sebagai muktamad, rupanya ada ruang gelap yang kita tak dibenarkan tengok.

Kita disuruh percaya bulat-bulat. Sesiapa menyoal dilabel jahil, degil, penyebar ketakutan.

Sedangkan yang menyuruh kita percaya tu sendiri, bila tiba masanya disoal, memilih untuk diam.

Dalam Islam, kita tak pernah diajar telan bulat-bulat.

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, maka selidikilah.”
-Al-Hujurat 6.

Selidiki. Bukan percaya sebab semua orang percaya.

Dan Nabi SAW bersabda, “Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.”
-Riwayat Tirmizi.

Bila ragu, berundur. Itu agama saya yang ajar, bukan mana-mana kumpulan.

Jadi bila orang tanya kenapa saya begini.

Sebab saya dah tengok apa jadi pada mereka yang bertanya awal. Mereka dihukum dulu, kemudian bertahun kemudian barulah orang sedar soalan mereka tak sesat pun.

Saya tak nak jadi orang yang menyesal kemudian, sebab saya diam masa saya sepatutnya bersuara.

Anak saya cuma satu amanah. Saya akan ditanya tentangnya, bukan mereka.

Dan soalan terakhir untuk yang masih rasa saya melampau.

Kalau seseorang betul-betul tak menyembunyikan apa-apa, kenapa dia perlu berdiam?

Orang yang yakin dengan kebenarannya takkan pernah takut disoal.

Yang takut disoal, itulah yang patut kita perhatikan.

#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening

https://www.facebook.com/share/p/19SRAq7axq/?mibextid=wwXIfr
158000
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

25 Agu 2026, 06.48

KISAH DOKTOR PENIPU

Bila Hak Anak Dijadikan Alat Ugutan

Seorang ibu dalam komuniti kami kongsi pengalaman dia hari ni.

Dia bawa anak 2 bulan untuk pemeriksaan. Timbang, ukur tinggi, ukur lilit kepala. Dia tolak vaksin. Terus dirujuk kepada doktor.

Dan apa yang doktor tu sampaikan? Kalau tak vaksin, tak boleh sekolahkan anak.

Biar saya nyatakan dengan jelas. Itu maklumat yang tidak tepat.

Syarat permohonan sekolah di Malaysia adalah cukup umur dan warganegara. Akta Pendidikan tidak menyenaraikan status vaksin sebagai syarat kelayakan. Akta Kanak-Kanak pun tidak.

Apa yang ada cuma ini. Rekod imunisasi digunakan sebagai rujukan semasa pendaftaran. Rujukan untuk tujuan dokumentasi kesihatan. Bukan syarat untuk membuka pagar sekolah.

Dan ramai anak yang rekod vaksinnya kosong atau tidak lengkap bersekolah macam biasa sampai hari ni. Bukan sikit ye jumlahnya. Ramai.

Kalau ia betul wajib, tunjukkan pekelilingnya.

Yang menariknya, sudah lama ada pihak berkempen supaya vaksin dijadikan syarat pendaftaran sekolah. Ada persatuan perubatan yang mencadangkannya secara terbuka.

Tapi fikir sekejap. Kalau sesuatu itu sudah wajib, kenapa perlu dicadangkan supaya diwajibkan?

Cadangan itu sendiri bukti bahawa ia belum menjadi undang-undang.

Dan inilah yang paling pelik

Ibu tu datang untuk pemeriksaan tumbesaran anaknya yang berusia dua bulan. Yang dia dapat bukan penjelasan. Dia dapat ugutan tentang masa depan pendidikan anaknya.

Dalam Garis Panduan Consent Majlis Perubatan Malaysia, persetujuan yang sah memerlukan pesakit diberi maklumat yang mencukupi dan tepat, tanpa paksaan.

Consent yang diperoleh melalui tekanan atau maklumat yang salah, dari segi etika perubatan, sudah tercacat.

Dan ibu tu juga dikatakan pada dia, golongan antivaksin ni mesti jual produk.

Kalau itu hujahnya, saya biarkan orang menilai sendiri kekuatan hujah tu.

Tapi ada satu benda saya nak tegaskan.

Doktor tu sebut ada ibu bapa datang minta surat menyatakan anak dah divaksin, padahal tidak. Ini penipuan dari seorang yang doktor yang sangat memalukan.,

Kalau itu berlaku, saya berdiri di pihak yang sama dengan doktor tu. Jangan menipu dalam dokumen rasmi. Itu salah, dan tiada alasan untuk membenarkannya.

Maklumat yang tidak tepat itulah yang mencipta keadaan tu.

Kami tak perlu menipu. Sebab hak tu memang ada.

Anak yang tidak divaksin tetap boleh mendaftar dan bersekolah. Isi borang dengan jujur, tandakan status yang sebenar, lampirkan rekod walaupun kosong.

Itu sahaja. Tak ada tipu, tak ada sorok, tak ada sembunyi.

Yang kami minta pun bukan istimewa. Kami minta maklumat yang tepat, dan hak yang sama seperti orang lain.

Dan kepada ibu bapa yang sedang dalam keadaan ni, jangan biarkan diri diugut dengan sesuatu yang tak berasas.

Kalau ada yang beritahu anak awak tak boleh sekolah, minta rujukan bertulisnya. Pekeliling mana? Peruntukan undang-undang mana?

Kalau tiada, awak dah tahu jawapannya.

Sebab hak yang kita tak tahu kita ada, sama je macam hak yang tak pernah wujud.

#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #tentanghak

https://www.facebook.com/share/p/19kshkmuU2/?mibextid=wwXIfr
124000
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

25 Agu 2026, 06.48

Sekejap Je. Berhenti Dan Fikir.

Allah dah lengkapkan tubuh kita dengan sistem pertahanan yang canggih. Sel darah putih, antibodi, limfa. Bekerja siang malam tanpa kita suruh, tanpa kita sedar.

Itu ciptaan Allah. Percuma. Dalam badan kita sendiri.

Tapi kenapa kita dilatih untuk tak percaya padanya?

Setiap kali ada masalah, jawapannya satu je. Cucuk. Sakit, cucuk. Nak cegah, cucuk. Sekarang nak kurus pun ada cucukan.

Berhenti kejap kat situ. Nak kurus pun kena cucuk.

Bukan tukar makanan. Bukan gerakkan badan. Bukan baiki tidur dan gaya hidup. Terus lompat ke jarum.

Dan bila ada yang tanya kenapa tak baiki punca dulu, terus dijawab dengan gelak dan label.

Inilah maksud saya bila saya kata kita dah dilatih.

Dilatih untuk cari jalan pintas. Dilatih percaya penyelesaian mesti datang dari luar, tak pernah dari dalam. Dilatih rasa tubuh kita ni cacat sejak lahir, dan kena ditampung seumur hidup.

Padahal Allah tak cipta manusia dalam keadaan rosak.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik bentuk.”
/At-Tin 4.

Sebaik-baik bentuk. Bukan bentuk yang kurang, dan bukan yang perlu dilengkapkan oleh industri.

Saya tak kata semua ikhtiar tu salah. Saya tanya, kenapa kita tak pernah diberi ruang untuk berhenti dan menyemak dulu?

Sebab dalam Islam, tabayyun tu bukan pilihan. Ia perintah.

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, maka selidikilah.”
/Al-Hujurat 6.

Selidiki. Semak. Jangan telan.

Ayat ni turun 1400 tahun dulu, tapi macam ditulis khas untuk zaman kita. Zaman di mana maklumat datang laju, berulang, dari mulut yang nampak berautoriti, sampai kita lupa tanya siapa yang untung bila kita percaya.

Dan Nabi SAW bersabda, “Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.”
-Riwayat Tirmizi.

Jadi bila saya berhenti, membaca, dan menimbang sebelum memutuskan, saya bukan degil.

Saya sedang buat apa yang Allah suruh.

Yang peliknya, kenapa bertanya jadi jenayah? Kenapa berhati-hati jadi bahan ejekan?

Orang yang yakin dengan kebenarannya takkan takut disoal.

Yang takut disoal tu, itu yang patut kita perhatikan.

Saya tak minta sesiapa ikut saya. Buat pilihan masing-masing, itu hak setiap orang.

Yang saya minta cuma satu. Beri ruang untuk manusia berhenti, berfikir, dan memilih dengan sedar.

Sebab keputusan yang dibuat tanpa berfikir tu bukan pilihan.

Ia cuma ikutan.

#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening

https://www.facebook.com/share/p/1EYvPRfAJV/?mibextid=wwXIfr
164001
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

25 Agu 2026, 06.48

Ramai tak sedar bahawa bukan semua kisah pemulihan kanser berlaku melalui rawatan moden semata-mata.

Ada juga kes yang mana ramai je pulih tanpa menjalani rawatan moden.

Sebab itu, jangan terlalu cepat menolak perbincangan tentang pemakanan, gaya hidup, kesihatan holistik dan cara alternatif serta faktor-faktor lain yang mungkin memainkan peranan dalam kesejahteraan seseorang.

Tak semestinya ada produk.

Tak semestinya ada jalan yang sama untuk setiap orang.

Yang penting, terus belajar, terus mencari ilmu, dan jangan mudah menganggap hanya ada satu pendekatan sahaja dalam menjaga kesihatan.

Saya pun dah bertahun ajar orang cara percuma dan tanpa kos /kos rendah guna apa yang ada di rumah dan di sekeliling mereka. Bermodalkan keinginan,keyakinan,usaha dan doa berterusan.

https://www.facebook.com/share/p/1GuPGzFvES/?mibextid=wwXIfr
140000
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

25 Agu 2026, 06.48

Semua Akan Mati.

Soalannya, Kita Sedar Tak?

Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Itu janji Allah, bukan andaian. Ali-Imran 185.

Kita semua faham tu. Tapi peliknya, kita hidup macam kita terlepas dari janji tu.

Yang saya nak bangkitkan bukan bila kita mati. Tu urusan Allah. Tak ada siapa boleh awalkan atau lewatkan sesaat pun.

Yang saya nak bangkitkan, dalam tempoh yang kita ada ni, kita buat pilihan macam mana?

Sebab ikhtiar tu amanah.

Rasulullah SAW bersabda, “Berubatlah kamu, wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah tidak menurunkan satu penyakit melainkan Dia turunkan juga penawarnya.”
-Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Perhatikan betul-betul. Baginda suruh berubat. Tapi baginda tak kata penawar tu terkurung dalam satu bentuk, satu sistem, satu pintu.

Yang baginda kata, Allah dah sediakan penawarnya. Tugas kita mencari.

Dan mencari tu maksudnya berfikir, menimbang, memilih. Bukan menelan bulat-bulat sebab semua orang telan.

Dan di sinilah orang keliru tentang akidah.

Ramai ingat isu akidah tu tentang kaedah mana yang kita pilih semata.

Isu akidah tu juga tentang siapa yang kita percaya menyembuhkan.

Nabi Ibrahim AS berkata, “Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.”
-Asy-Syu’ara 80.

Dia tak kata ubat yang menyembuhkan. Dia tak kata makhluk yang menyembuhkan. Dia kata Allah.

Jadi sesiapa yang letak kepercayaan mutlak pada satu sistem, sampai dia rasa tak ada jalan lain, tak ada kuasa lain, di situ yang patut dimuhasabah.

Yang merawat tu sebab. Yang menyembuhkan tetap Allah.

Dan Islam ajar kita berhati-hati dengan apa yang masuk ke badan.

Allah berfirman, “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan.”
-Al-Baqarah 195.

Rasulullah SAW pula bersabda, “Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.”
-Riwayat Tirmizi.

Dua prinsip ni asas. Jaga diri. Dan bila ragu, berhati-hati.

Maknanya, bertanya tentang apa yang kita telan dan masukkan ke badan tu bukan sikap degil. Ia sebahagian dari menjaga amanah tubuh yang Allah pinjamkan.

Yang pelik tu bila orang rasa bertanya itu satu kesalahan.

Tapi biar saya jelaskan satu benda.

Saya tak sesekali kata orang yang memilih jalan berbeza dari saya tu rosak imannya, atau matinya kurang baik.

Tak ada siapa berhak menghukum begitu.

Ramai keluarga yang kehilangan orang tersayang selepas berikhtiar sehabis mampu. Mereka dah buat yang terbaik dengan ilmu yang mereka ada waktu tu. Itu antara mereka dan Allah, dan bukan tempat kita menghakimi.

Yang saya lawan bukan orang.

Yang saya lawan adalah sikap yang tutup pintu. Sikap yang kata cuma ada satu jalan, dan sesiapa yang bertanya tentang jalan lain terus dicop jahil, sesat, degil.

Sebab kalau ikhtiar tu betul-betul cuma satu, kenapa Allah bentangkan begitu banyak?

Madu. Habbatus sauda. Bekam. Puasa. Air. Rehat. Makanan sebagai ubat. Tumbuhan yang Allah tumbuhkan di bumi ini dengan segala khasiatnya.

Semua tu bukan kebetulan. Semua tu pintu yang Allah sediakan.

Dan kenapa kita dilatih untuk pandang semua ni sebagai karut, sementara satu jalan sahaja yang diiktiraf sebagai sah?

Siapa yang untung bila manusia berhenti mencari?

Jadi, nak mati macam mana?

Bagi saya, jawapannya bukan tentang kaedah semata.

Saya nak mati dalam keadaan saya dah berusaha sedaya upaya, dengan ilmu yang saya cari sendiri, bukan yang saya telan sebab orang suruh.

Saya nak mati dalam keadaan saya tahu kenapa saya buat pilihan saya, dan saya sanggup berdiri mempertanggungjawabkannya di hadapan Allah.

Bukan mati dalam keadaan saya cuma ikut, sebab semua orang ikut.

Sebab di hadapan Allah nanti, tak ada siapa boleh kata “saya buat sebab orang lain pun buat.”

Setiap kita akan ditanya sendiri. Sendirian.

#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening

https://www.facebook.com/share/p/1ErC2cXMDZ/?mibextid=wwXIfr
145001
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

25 Agu 2026, 06.48

Cuba kita perhati satu benda yang jarang orang sedar.

Bila seseorang mati di hospital, selepas berbulan rawatan, selepas habis berpuluh bahkan beratus ribu ringgit, tak ada siapa tanya apa-apa.

Tak ada siapa kata “kenapa tak cuba cara lain?” Tak ada siapa salahkan keluarga. Semua terima, sebab itu dianggap jalan yang betul.

Tapi cuba seseorang pilih ikhtiar alternatif. Yang selalunya kos rendah, atau langsung tak ada kos. Tiba-tiba semua orang jadi pakar. Dikondem, disindir, dikatakan degil, jahil, sesat.

Kenapa berbeza?

Sebab kita dah dilatih untuk percaya, ikhtiar tu cuma ada satu jalan. Dan apa-apa yang di luar jalan tu, automatik salah.

Padahal dalam Islam, ikhtiar tu luas. Rasulullah SAW sendiri berbekam, makan madu, guna habbatus sauda.

Baginda bersabda, “Berubatlah kamu, kerana Allah tidak menurunkan penyakit melainkan Dia turunkan juga penawarnya.” -Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Baginda tak hadkan penawar tu pada satu aliran sahaja.

Saya tak kata rawatan moden tu salah. Ia ada tempatnya, dan untuk sesetengah keadaan ia memang perlu.

Yang saya persoalkan adalah sikap kita yang menutup semua pintu lain, dan menghukum sesiapa yang berani memilih berbeza.

Sebab yang paling menyedihkan bukan bila seseorang buat pilihan yang salah.

Tapi bila seseorang tak dibenarkan langsung untuk memilih, dan dipaksa percaya cuma ada satu jalan.

Itu bukan ilmu. Itu kongkongan yang kita telan sampai kita ingat ia kebebasan.

Sesat yang tak disedari ni sebenarnya.

#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman

https://www.facebook.com/share/p/1Bxcsseqw3/?mibextid=wwXIfr
77000
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

25 Agu 2026, 06.48

Saya sebenarnya tak tahu nak gelak ke nak pelik bila baca ni.

Siap pesan ibu-ibu jangan expose rekod vaksin anak sebab nanti “mudahkan kerja mereka”. Lepas tu diselit pula ayat nak daftar sekolah kena kepilkan bukti pengambilan vaksin.

Mereka tu siapa sis? Nak buat apa? 😅

Ini masalah bila terlalu excited nak berlawan dengan “puak antivaksin” sampai benda yang tak sepatutnya menakutkan pun dibuat macam ada operasi besar sedang menunggu anak-anak yang tak lengkap vaksin.

Yang paling saya tak suka, ibu bapa lain yang tak tahu akan baca benda macam ni dan mula risau. Anak aku tak lengkap vaksin, boleh masuk sekolah ke? Sekolah akan reject ke? Kena kejar ke? Ada masalah ke nanti?

Padahal jangan campur-adukkan rekod kesihatan yang mungkin diminta untuk tujuan dokumentasi dengan syarat kelayakan untuk mendapatkan pendidikan. Itu dua benda berbeza. Kalau betul vaksinasi sekarang dah jadi syarat wajib kemasukan sekolah, keluarkan arahan rasmi. Pekeliling mana? Garis panduan mana? Biar semua orang baca.

Anak tak vaksin atau vaksin tak lengkap bukan bermaksud automatik tak boleh bersekolah. Ramai je anak yang rekod vaksinnya kosong atau tak lengkap bersekolah macam biasa. Jadi janganlah tulis sampai bunyinya macam rekod vaksin tu tiket masuk pagar sekolah.

Bab jangan tayang rekod penuh anak dekat media sosial tu saya setuju. Itu memang common sense. Nama penuh, nombor pengenalan, nombor siri atau apa-apa maklumat peribadi anak memang patut ditutup. Tapi nasihat privasi yang betul jangan ditumpangkan sekali dengan fear mongering yang belum tentu ada asas.

Dan ayat “jangan mudahkan kerja mereka” tu memang saya nak tahu juga.

Kerja siapa? Nak buat apa dengan rekod tu? 😅

Kalau ada sesuatu yang benar-benar berlaku, ceritalah dengan bukti. Jangan lempar ayat separuh jalan yang akhirnya buat orang berimaginasi macam-macam. Ironinya, sibuk tuduh satu pihak menyebarkan ketakutan, tapi posting sendiri sedang mencipta ketakutan yang lain.

Saya ni kalau hantar anak ke sekolah lagi rasa bangga ada la kalau rekod tu kosong. Tak ada apa nak disorok pun. 😂

Tapi itu pilihan keluarga masing-masing. Orang lain nak vaksin anak, silakan. Orang yang memilih sebaliknya pun tak perlu dibuat seolah-olah sedang melakukan jenayah atau kena hidup sembunyi-sembunyi.

Tak perlu delulu sangat sampai fikir ibu bapa yang tak vaksin anak ni takut orang tahu.

Kami okay je sis.

Yang penting jangan menipu dalam dokumen rasmi, jangan sebarkan maklumat yang kita sendiri tak pasti, dan jangan takut-takutkan ibu bapa lain dengan benda yang tak wujud.

Kalau betul ada dasar baru yang mewajibkan vaksin sebagai syarat anak masuk sekolah, drop pekeliling tu.

Saya pun nak baca.

Kalau tak ada…

sepoi betul. 😌

https://www.facebook.com/share/p/1EazrVJr6p/?mibextid=wwXIfr
85000
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

25 Agu 2026, 06.48

HAK ke 6: Hak Untuk Bertanya, Tanpa Dilabel

Ada satu perkara yang berlaku pada ramai ibu bapa, dan mereka sendiri tak sedar ia salah.

Mereka bertanya. Lepas tu mereka dilabel.

“Puan ni banyak sangat soal.”
“Jangan baca Google, nanti keliru.”
“Kalau tak percaya doktor, buat apa datang sini?”
“Ni mesti baca kat group antivaksin kan?”

Dan lepas dua tiga kali kena macam tu, ibu bapa berhenti bertanya. Bukan sebab mereka dah faham. Tapi sebab mereka dah penat rasa bersalah.

Di situlah masalahnya bermula.

Sebab dalam sistem yang betul, bertanya tu bukan gangguan. Ia sebahagian dari proses. GPFKV, garis panduan farmakovigilans KKM sendiri, meletakkan tanggungjawab pada petugas kesihatan untuk memaklumkan tentang kesan sampingan dan cara pelaporan. Maklumkan.

Bukan tunggu ditanya, dan bukan menyusahkan bila ditanya.

Maknanya, bila kita bertanya, kita sebenarnya cuma minta apa yang sepatutnya dah diberi dari awal.

Dan ni yang paling penting nak faham

Bertanya bukan tanda tak percaya. Bertanya tanda kita ambil serius.

Kita tanya harga sebelum beli kereta. Kita baca kontrak sebelum sign rumah. Tak ada siapa kata kita “tak percaya” jurujual. Tapi bila kita tanya pasal sesuatu yang akan masuk ke badan anak kita, tiba-tiba kita dicop degil, jahil, antivaks.

Kenapa berbeza?

Macam mana nak guna hak ni?

Bertanya dengan tenang dan spesifik. Bukan berdebat, cuma minta maklumat.

“Apa kesan sampingan yang biasa dan yang serius?”
“Kalau ada kesan, macam mana nak lapor?”
“Ada tak pilihan lain, dan apa jadi kalau saya tangguh?”

Kalau soalan dijawab dengan baik, alhamdulillah. Ramai HCW yang memang buat kerja dengan betul, dan ada juga yang tak betul.

Kalau soalan kita dijawab dengan keluhan, mata terjegil, atau label, ingat satu benda. Soalan kita tak salah. Cara ia disambut tu yang bermasalah.

Dan jangan berhenti bertanya sebab takut dilabel. Sebab label tu senjata paling murah. Ia digunakan bila seseorang tak mahu, atau tak mampu, menjawab.

Orang yang yakin dengan maklumatnya takkan terancam dengan satu soalan. Yang terancam tu, itu yang patut kita perhatikan.

Bertanya bukan biadab. Diam dalam kejahilan tu yang merugikan.

Pesanan ; kalau nak tolak tak payah tanya-tanyalah. Anda sudah pun mendapatkan info dan hanya perlu yakin sahaja. Tolak dengan kental. Tolak dengan ilmu dan iman.
Kadang bila bersoal jawab dengan pihak yang rasa dia betul sahaja ni buat penat.

#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening #tentanghak

https://www.facebook.com/share/p/1HYap6aSQ9/?mibextid=wwXIfr
104000
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

24 Mei 2026, 14.51

Photo
Terbaca satu kisah benar dari China.

Seorang gadis muda yang sakit kanser darah dan tengah jalani chemo, terlalu sunyi sampai dia guna apps penghantaran makanan bukan untuk order makanan, tapi untuk minta ada orang duduk teman dia di hospital. Lepas tu datang seorang rider, kemudian rider lain pun datang sama, teman dia, bawa buah, bawa bunga, borak-borak dan bagi semangat. Akhirnya keadaan dia pun bertambah baik.
Jom aku nak ulas sikit.

1.Bagi aku, kisah macam ni memang menyentuh hati. Tapi kalau dari sudut orang yang memang percaya pada rawatan alternatif dan penyembuhan secara menyeluruh, benda ni tak pelik pun. Cuma mungkin nampak pelik pada orang yang terlalu bergantung pada rawatan moden semata-mata, sampai rasa nak sembuh tu kena tunggu ubat, mesin dan prosedur je.

2.Padahal orang sakit ni bukan badan dia je sakit. Emosi dia pun down. Jiwa dia pun letih. Kadang yang paling perit bukan sakit tu sendiri, tapi rasa sunyi, rasa tak dipedulikan, rasa macam tanggung semua benda sorang-sorang. Bila hati lemah, badan pun biasanya makin lemah.

3.Sebab tu aku selalu percaya, support dari orang sekeliling memang sangat penting. Bukan sekadar ziarah saja, tapi terutama sekali orang yang paling dekat dengan dia. Keluarga, pasangan, anak-anak, adik-beradik. Orang yang sakit ni sangat perlukan rasa dia ada tempat bergantung dan ada orang yang betul-betul hadir untuk dia.

4.Dalam Islam pun memang kita diajar ziarah orang sakit. Bukan saja-saja. Bukan adat kosong. Memang ada hikmah besar. Bila kita datang, duduk, tanya khabar, cakap baik-baik, orang sakit tu rasa lebih tenang. Kadang-kadang semangat dia naik balik hanya sebab ada orang datang temankan. Benda macam ni ramai orang pandang kecil, padahal besar kesannya.

5.Tapi pada aku, selain ziarah, yang paling penting ialah apa yang berlaku dalam rumah sendiri. Aku selalu pesan, kalau ada yang sakit, jangan cuma sibuk tanya ubat apa, klinik cakap apa, result macam mana. Cuba bina bonding. Banyakkan komunikasi. Ceriakan orang yang sakit tu. Bagi dia rasa dia tak lawan sakit tu sorang-sorang.

6.Salah satu cara yang aku memang amalkan kat rumah ialah urutan. Memang dah jadi macam tradisi kat rumah ni. Kalau ada yang tak sihat, badan lesu, tak sedap badan atau emosi down, aku akan mula dengan urutan. Biasanya aku guna minyak herba yang memang dah ada. Kadang aku campur dengan minyak kelapa dara kalau nak buat urutan satu badan.

7.Kalau setakat bahagian tertentu je, selalunya tak perlu campur pun. Sebab minyak herba tu sendiri dah cukup kuat, dah macam pati. Bila buat urutan tu, bukan sekadar nak bagi badan lega. Tapi sambil tu lah kita bercakap, tanya apa dia rasa, dengar dia meluah, pujuk dia, tenangkan dia. Kadang-kadang orang sakit ni dia perlukan sangat benda macam ni.

8.Bagi aku, penyembuhan tu jangan disempitkan sangat. Jangan lupa sentuhan, komunikasi, suasana yang tenang, support dari keluarga dan kasih sayang pun sangat membantu. Ada sakit yang perlukan penawar. Ada sakit yang perlukan semangat. Dan selalunya dua-dua ni kena jalan sekali.

9.Jadi bila baca kisah dari China tu, aku tak rasa ia sesuatu yang ajaib pun. Aku cuma rasa semoga lebih ramai buka mata. Kadang-kadang benda yang paling membantu orang sakit bukan rawatan yang paling mahal, tapi kehadiran orang yang sayang, tangan yang sudi mengurut, mulut yang bercakap lembut, dan hati yang betul-betul peduli dan prihatin.

#sharingbynfam #sihatcaraalami

https://www.facebook.com/share/14kXKy7WST5/?mibextid=wwXIfr
2,280005
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

24 Mei 2026, 14.51

1.Sekarang naratif baru muncul lagi. Virus baru, amaran baru, ketakutan baru. Cara dia sama macam dulu. Mula-mula buat orang gelabah, lepas tu datang “solusi”. Dan bila orang dah panik, masa tu paling senang nak arah.

2.Saya bukan kata penyakit tak wujud. Penyakit memang wujud. Tapi banyaknya yang direka.
Persoalannya juga ialah ; cara ketakutan itu diolah. Bila semua benda dijadikan kecemasan, masyarakat jadi cepat ikut tanpa sempat fikir. Padahal Allah ajar kita satu perkara yang sangat penting ; jangan telan bulat-bulat berita yang datang tanpa semakan.

3.Allah sebut,
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (tabayyun)…”
-Surah al-Hujurat: 6)

Ini bukan ayat untuk baca masa ceramah je. Ini ayat untuk hidupkan dalam keputusan harian, termasuk bila melibatkan kesihatan, tubuh badan dan keluarga.

4.Saya juga teringat satu lagi peringatan Allah tentang golongan yang suka memutar belit kebenaran.
Allah sebut,
“Dan janganlah kamu campur-adukkan yang benar dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran…”
-Surah al-Baqarah: 42)

Cara memutar belit ni halus. Kadang yang salah nampak betul, yang betul nampak salah, bila naratif diulang-ulang sampai manusia letih berfikir.

5.Bila orang mula bertanya, terus dilabel. Bila orang minta bukti, terus dianggap mengganggu. Sedangkan orang yang benar tak takut soalan. Yang takut soalan selalunya bukan ilmu, tapi ego dan naratif.

6.Jadi, sebelum kita ikut apa-apa gelombang baru, saya ajak diri saya dan semua untuk kembali kepada disiplin iman;
tabayyun, semak, timbang, jangan buat keputusan dalam keadaan panik.

Tubuh ini amanah. Dan amanah tak patut diurus dengan emosi yang dipandu oleh ketakutan.

7.Dunia boleh bising dengan “virus baru” setiap masa. Tapi orang yang beriman akan tetap tenang. Sebab dia tahu, yang menyelamatkan bukan slogan dan panik, tapi ilmu, adab, ikhtiar yang betul, dan tawakal kepada Allah.

#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #sharingbynfam

https://www.facebook.com/share/1JBNk2Ewj5/?mibextid=wwXIfr
530003
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

24 Mei 2026, 14.51

Selama ni kita diajar sakit tu musuh.

Demam terus telan ubat turun demam. Radang terus ambik anti-radang.

Tapi sebenarnya sakit tu bukan musuh, sakit tu signal. Badan awak tengah bagitahu sesuatu yang awak dah lama tak dengar.

Bila kita suppress signal tu dengan ubat, kita tak sembuh, kita hanya senyapkan amaran tu buat sementara. Masalah asal masih ada, cuma lebih senyap, dan makin dalam.

https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd/post/DX9Tbs4Cjb3?xmt=AQG08ZnE4vSYe3vLVlnIYDqFQeKKEIJDENRBwNAAASWFxep0Hyv-CaMALhtx_rbgnI49jVHg&slof=1
485000
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

24 Mei 2026, 14.51

1. Kalau jumpa orang sakit, kadang-kadang cuba borak santai. Bukan nak serang, bukan nak menuduh. Cuma nak faham corak. Sambil borak, selit tanya “sejak bila mula jadi macam ni” dan “ada ambil vaksin Covid tak?
Ramai akan cerita sendiri.

2. Yang menariknya, bila orang mula bercerita, memang ramai ada sejarah cucuk2. Ada yang ambil sebab ikut arahan. Ada yang ambil sebab takut. Ada yang ambil sebab semua orang ambil. Itu bukan salah mereka pun, sebab masa tu ramai buat keputusan dalam keadaan tertekan dan keliru.

3. Tapi point yang aku nak tekankan, jangan cepat dismiss bila orang kata “lepas tu badan aku dah tak sama.” Ada orang simptomnya muncul cepat, ada yang perlahan, ada yang berperingkat. Tubuh manusia bukan suis. Dia ada memori dan ambang. Jadi bila banyak cerita yang patternnya hampir sama, itu patut jadi sebab untuk tabayyun, bukan sebab untuk mengejek.

4. Aku dah buat pemerhatian macam ni lama. Bukan sehari dua. Bila kita sembang dengan ramai jenis orang, dari pelbagai tempat, kita mula nampak corak yang berulang. Kita tak perlu overclaim. Cukup jujur dengan apa yang kita nampak dan dengar.

5. Yang kita minta sebenarnya simple. Jangan jadikan satu naratif itu maksum. Buka ruang untuk dengar pengalaman manusia. Semak dengan adil. Kalau betul semua selamat dan tiada isu, soalan takkan mengganggu. Tapi kalau pengalaman orang pun tak boleh dibincang, itu yang buat orang lagi curiga. Nak sorok apa tu?

#sharingbynfam #tolakvaksindenganilmudaniman
#awakening

https://www.facebook.com/share/1Ft6mTFBir/?mibextid=wwXIfr
1,530002
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

24 Mei 2026, 14.51

Photo
Siapa post macam ni kat Thread memang kena kental.

Sebab apa? Sebab korang kena berdepan dengan sekumpulan manusia yang sama je rupa dan orangnya. Bergerak dalam kumpulan untuk kondem korang hina korang sampai orang yang post akan delete post. So far ada yang tak delete.

Orang sama je akan serang. Walhal dekat Thread makin ramai dah mula sedar tapi tak seramai macam di fb la.

Sebab tu dulu saya galakkan korang ke sana. Bukan untuk bergaduh ke berdebat ke NO.
Fokus sharing awareness jika mampu.
Atau komen benda betul dekat post macam bawah ni.

Sana ramai silent reader tau. Yang cerdik2 kurang post dan komen mereka banyak membaca. Jadi yang dominan tu minoriti je. Syok sendiri rasa diri betul.
Siapa lagi kalau bukan provaksin terlampau.

Setakat ni brader ni steady lagi. Hehe

https://www.facebook.com/share/1FgfweLGdc/?mibextid=wwXIfr

Sumber asal :

https://www.threads.com/@wanzjafri/post/DX7dAFckhp7?xmt=AQF0QyzC5FLovDry03clRFyRQxOKNZm1aVvnFDSDeVQUqBwL0HMU7hDDpv0SwwfurexC_Yo&slof=1
2,390000
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

24 Mei 2026, 14.51

Photo
Kita relaks je. Masih ada cara lain.
Tak perlu panik sangat pun.

1. Guna Portal / Aplikasi MyJPJ (log masuk biasa)
Buat masa ni masih boleh log masuk ke MyJPJ macam biasa.

-Kalau dah ada akaun MySIKAP, terus guna username dan password sedia ada. Tak semestinya kena guna MyDigital ID.
-Kalau belum ada akaun, boleh daftar akaun MySIKAP di kaunter JPJ atau kiosk JPJ untuk dapatkan kod profil dan aktifkan akaun digital.

2. Guna Kiosk JPJ
Kalau tak nak guna telefon atau tak biasa dengan apps, boleh je pergi kiosk JPJ.

-Bawa MyKad
-Buat pengesahan biometrik / cap jari
-Boleh urus perkara seperti renew lesen dan roadtax

3. Pergi Kaunter JPJ / UTC
Cara paling mudah dan tradisional, pergi terus.

-Hadir ke kaunter JPJ atau UTC
1Boleh buat urusan seperti tukar hak milik, renew lesen, bayar saman dan lain-lain
-Guna kad pengenalan seperti biasa

4. Guna Pejabat Pos / MyEG
Untuk urusan rutin, masih ada pilihan lain.

-Pejabat Pos masih boleh bantu pembaharuan secara manual
-MyEG masih boleh digunakan untuk renew roadtax dan insurans secara online tanpa perlu daftar MyDigital ID

Semoga bermanfaat

-Sharing by Nfam

https://www.facebook.com/share/p/1K6ra5XVuG/?mibextid=wwXIfr
2,7700012
Sharing by NFAM logo
Sharing by NFAM

24 Mei 2026, 14.51

Photo
Bukan level dia
Mungkin dia level kayangan langit ketujuh dewataraya agaknya

Selalu kita ignore kalau ada bau2 provoke or saja bukan nak jawapan sangat.

Tersalah husnuzon pulak.
Probeks rupanya 😂

Rugi data aku balas komen puak ni

P/s: Sebenarnya nak korang tahu juga pasal kelebihan air kunyit tu. Tapi bukan untuk diminum setiap hari ye. Ada cara dan ada dose dia. Kenali badan kita.

https://www.facebook.com/share/p/1SCgH5Xpos/?mibextid=wwXIfr
668002

Showing 30 of 67 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram Sharing by NFAM tentang apa?+

Sharing by NFAM (@sharingbynfam) adalah channel Telegram di kategori Medis di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 7.074 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan Sharing by NFAM (@sharingbynfam)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @sharingbynfam gratis.

Apakah Sharing by NFAM channel Medis yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan Sharing by NFAM sebelum bergabung. Saat ini sekitar 7.074 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Medis serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan Sharing by NFAM?+

Di tgdio, buka halaman @sharingbynfam untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.