
Bukan semua yang cucuk hari ni, esok terus sakit atau mati.
Kalau semudah tu nak nampak kesannya, dah lama orang persoal. Dah lama benda ni berhenti.
Dan di situlah masalahnya.
Yang datang cepat, kita akui. Yang datang bertahun kemudian, kita cari sebab lain. Kata genetik. Kata makanan. Kata memang dah takdir. Betullah tu. Tapi langsung tak nak salahkan yang satu tu kan?
Kami terima je semua faktor termasuk vaksin. Tapi kenapa kalian susah nak terima semua faktor termasuk vaksin? Langsung tak boleh disalahkan.
Pernah ke anda berhenti tanya, ada tak kaitan dengan apa yang anda terima bertahun dulu?
Bukan sebab kaitan tu mustahil. Tapi sebab kita tak pernah diajar nak tanya soalan tu.
Sekarang mari cakap pasal duit.
Ramai ingat sebab pergi klinik kerajaan bayar RM1, maka takde siapa untung. Macam semuanya percuma dan bergerak atas dasar kebajikan semata.
Alahai. Naif betul.
Setiap vial ubat tu ada harganya. Setiap mesin ada kontraknya. Setiap pembekalan ada syarikatnya. Setiap dos yang masuk badan kita tu ada pihak yang hasilkan, jual, dan tuntut bayaran.
Duit tu tetap mengalir. Cuma bukan keluar dari poket kita terus, jadi kita rasa ia tak wujud.
Industri farmaseutikal tu antara industri paling bernilai di dunia. Bertrilion.
Dan ia bukan sebab manusia makin sihat.
Ada untung bukan bermakna semuanya jahat.
Tapi ada untung bermakna ada kepentingan.
Dan di mana ada kepentingan besar, di situ kita wajib buka mata. Bukan sebab semua orang jahat. Tapi sebab manusia tetap manusia. Ada tekanan, ada sasaran jualan, ada kajian yang dibiayai oleh pihak yang untung dari hasilnya.
Tu bukan teori konspirasi. Tu cara perniagaan berjalan dalam setiap industri di dunia.
Cuma bila ia melibatkan kesihatan, tiba-tiba kita diharamkan bertanya.
Dan tu yang paling pelik.
Beli kereta, kita semak spesifikasi. Baca ulasan. Banding harga. Takde siapa kata kita tak percaya jurujual.
Tapi nak semak apa yang masuk badan anak sendiri, tiba-tiba kita jadi degil, jahil, dan ancaman pada masyarakat.
Kenapa berbeza?
Yang saya minta cuma satu. Jangan naif.
Jangan ingat bila sesuatu datang atas nama kesihatan, ia automatik bebas dari kepentingan dan tak boleh disoal.
Tanya. Semak. Baca insert rasminya. Tengok siapa biaya kajian tu, dan siapa untung dari kesimpulannya.
Bukan nak tolak semua membuta tuli. Tapi nak buat keputusan dengan mata terbuka.
Sebab keputusan yang dibuat tanpa maklumat penuh tu bukan pilihan.
Ia cuma ikutan.
Dan ingat satu benda ni. Ilmu yang benar tak pernah takut disoal.
Yang takut disoal tu, itu yang patut kita perhatikan.
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening
https://www.facebook.com/share/1Bqrwx58jA/?mibextid=wwXIfr








