1/2Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, cadangan itu masih di peringkat perbincangan dasar dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN). Menurutnya, kecurian kabel bukan sekadar menyebabkan kerugian, malah boleh mengancam keselamatan orang ramai.
Isu itu kembali mendapat perhatian selepas cubaan mencuri kabel menyebabkan gangguan perkhidmatan MRT Laluan Kajang pada 16 Oktober lalu. Masalah sama turut membelenggu operasi dan infrastruktur rel lain termasuk KTMB serta projek ECRL.
Sumber: Bernama / Astro Awani








