The Reporter Telegram channel photo

The Reporter

Follow @thereporter untuk dapatkan info selektif setiap hari

34

Last views

3k (2,961 subscribers)
Anggota
—
Rating
70
Total Posts
Oct 23, 2026, 4:34 PM
Diperbarui
Apr 12, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameThe Reporter
Username@thereportermyofficial
CategoryUpdate Berita & Surat Kabar
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota2,961
Channel TypePublic Channel
Created12 Apr 2026
Last Updated23 Okt 2026 • 4 jam yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#311416-392
Peringkat Bahasa
#1518+6
Peringkat Kategori
#4192-3

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 3.0K30 Days growth: -401.3%
09/2409/2910/0410/0910/1410/1910/23
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
24:09:20263,001
25:09:20263,001
26:09:20263,001
27:09:20263,001
28:09:20263,001
29:09:20263,001
30:09:20263,001
01:10:20263,001
02:10:20263,001
03:10:20263,001
04:10:20263,001
05:10:20263,001
06:10:20263,001
07:10:20263,001
08:10:20263,001
09:10:20263,001
10:10:20263,001
11:10:20263,001
12:10:20263,001
13:10:20263,001
14:10:20263,001
15:10:20262,967
16:10:20262,967
17:10:20262,967
18:10:20262,967
19:10:20262,967
20:10:20262,967
21:10:20262,967
22:10:20262,967
23:10:20262,961
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 06:04:20263,129
Week of 13:04:20263,129
Week of 20:04:20263,129
Week of 27:04:20263,100
Week of 04:05:20263,100
Week of 11:05:20263,100
Week of 18:05:20263,072
Week of 25:05:20263,072
Week of 01:06:20263,072
Week of 08:06:20263,072
Week of 15:06:20263,072
Week of 22:06:20263,072
Week of 29:06:20263,069
Week of 06:07:20263,069
Week of 13:07:20263,069
Week of 20:07:20263,069
Week of 27:07:20263,069
Week of 03:08:20263,069
Week of 10:08:20263,039
Week of 17:08:20263,026
Week of 24:08:20263,017
Week of 31:08:20263,017
Week of 07:09:20263,007
Week of 14:09:20263,001
Week of 21:09:20263,001
Week of 28:09:20263,001
Week of 05:10:20263,001
Week of 12:10:20262,967
Week of 19:10:20262,961
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20263,129
May 20263,072
June 20263,072
July 20263,069
August 20263,017
September 20263,001
October 20262,961
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20262,961

Top 10 posts

Most viewed posts from this channel

By views
  1. #1Katanya, sepanjang berkawan dengan Ameng, tak pernah sekali pun tengok331
  2. #2Difahamkan, bapanya merupakan warganegara Bangladesh, ibunya Indonesia312
  3. #3Sri Maju Group juga membuat laporan kepada Agensi Pengangkutan Awam Da230
  4. #4Ketika kejadian, mangsa dikatakan melakukan aksi wheelie sebelum melan227
  5. #5Jabatan berkenaan sedang meneliti kesahihan serta sumber asal rakaman 226
  6. #6Tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan dengan tujuan mengaibka226
  7. #7Katanya, tiada sebab harga minyak dinaikkan kerana kerajaan sebelum in223
  8. #8Bila penduduk halakan laser minta berhenti, penduduk pula kena marah. 222
  9. #9Pemandu berkenaan juga telah dipanggil untuk memberikan keterangan.219
  10. #10Khaby Lame dilaporkan berdepan perceraian selepas isterinya, Wendy The218

Postingan Terbaru

The Reporter logo
The Reporter

20 Okt 2026, 03.48

Photo1/2
Kegiatan mencuri kabel yang semakin mengganggu operasi pengangkutan rel negara mendorong kerajaan merancang pindaan undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, cadangan itu masih di peringkat perbincangan dasar dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN). Menurutnya, kecurian kabel bukan sekadar menyebabkan kerugian, malah boleh mengancam keselamatan orang ramai.

Isu itu kembali mendapat perhatian selepas cubaan mencuri kabel menyebabkan gangguan perkhidmatan MRT Laluan Kajang pada 16 Oktober lalu. Masalah sama turut membelenggu operasi dan infrastruktur rel lain termasuk KTMB serta projek ECRL.

Sumber: Bernama / Astro Awani
34000
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 21.04

Photo1/2
Indonesia menangguhkan tawaran bantuan Malaysia dan beberapa negara lain untuk memadam kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu merentasi sempadan, meskipun sebelum ini dilaporkan bersetuju menerima bantuan antarabangsa.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Indonesia, Dudung Abdurachman berkata, negaranya masih yakin mampu mengendalikan kebakaran menggunakan sumber sendiri. Menurutnya, bantuan asing hanya akan dipertimbangkan sekiranya keadaan diisytiharkan sebagai bencana nasional.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan susulan laporan terdahulu bahawa Presiden Prabowo Subianto telah meluluskan penerimaan bantuan asing. Malaysia sebelum ini menawarkan sebuah pesawat pemadam kebakaran Bombardier CL-415MP, tiga helikopter dan 50 anggota bagi membantu operasi memadam kebakaran.

Bagaimanapun, bantuan berkenaan masih belum dapat digerakkan sementara menunggu keputusan rasmi Indonesia, ketika kebakaran hutan terus mencetuskan kebimbangan terhadap masalah jerebu di rantau ini.

Sumber: Free Malaysia
67002
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 18.40

Photo1/2
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadikan nama Muhammad sebagai bahan gurauan ketika berucap di Dalton, Georgia, pada Jumaat lalu, dengan mendakwa seseorang mempunyai peluang 65 peratus untuk meneka nama individu dari Timur Tengah dengan betul jika menggunakan nama tersebut.

“Kalau kamu tak pasti nama seseorang dari Timur Tengah, sebut sahaja Muhammad. Kamu ada kira-kira 65 peratus peluang untuk betul,” katanya sambil menambah bahawa beliau sudah bertahun-tahun menggunakan cara itu dan mendakwa tidak pernah tersilap.

Kenyataan itu dibuat ketika Trump menyentuh situasi politik Iran, termasuk mempersendakan kesukaran mencari individu yang mahu menjadi presiden negara berkenaan.

Sumber: Reuters
Gambar: Ross Williams/Georgia Recorder
89002
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 13.02

Photo1/2
Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan dirinya masih belum begitu kuat meskipun sudah mencuba untuk kembali ke pejabat. Beliau turut meluahkan rasa terharu atas doa yang tidak putus-putus buat Allahyarhamah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, serta memohon maaf sekiranya ada ucapan takziah dan sapaan yang belum sempat dibalas.

Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/tun-mahathir-masih-belum-kuat-selepas-pemergian-siti-hasmah/
110000
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 11.42

Ketika pemeriksaan, empat individu Rohingya ditemukan di lokasi, namun hanya seorang mengemukakan kad UNHCR manakala tiga lagi gagal menunjukkan sebarang dokumen.

Sebelum ini, penduduk meluahkan keresahan mengenai ladang sireh seluas lebih dua hektar itu, selain mendakwa jumlah komuniti Rohingya di kampung berkenaan meningkat daripada sekitar 15 orang kepada hampir 100 orang dalam tempoh lebih 10 tahun.

Sumber: Harian Metro
Gambar: Nik Abdullah Nik Omar / Harian Metro
106000
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 11.42

Photo1/2
Kerajaan Kelantan menyita kawasan ladang sireh yang dipercayai diusahakan etnik Rohingya di Kampung Padang Guchil, Kota Bharu, selepas pemeriksaan mendapati tanah berkenaan digunakan tidak mengikut syarat ditetapkan.

Tanah itu disewa daripada penduduk tempatan pada kadar RM2,000 setahun, manakala kediaman pula disewa RM300 sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah berkata, tanah berkenaan sepatutnya digunakan untuk tanaman getah dan dusun.

Pihak berkuasa turut mengambil tindakan terhadap binaan tanpa kebenaran serta mengarahkan kerja pembersihan tanah dan pembinaan stor dihentikan. Pemilik tanah dan kediaman dikenal pasti sebagai dua pesara guru yang tidak menetap di kampung berkenaan.
104000
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 10.49

Susulan kejadian, polis menahan pemandu treler berusia 49 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro / Sinar Harian / Sabah Media
107000
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 10.49

Photo1/2
Perjalanan pulang seorang bapa selepas mengambil anak perempuannya dari tempat kerja bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut selepas Toyota Avanza dinaiki mereka dihempap kontena di Jalan Sepanggar, berhampiran Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah, petang Ahad.

Mangsa, Mohd Jadi Pelbi, 53, dan anaknya, Norfaieza Mohd Jadi, 24, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas wanita itu dijemput dari tempat kerjanya di Manggatal.

Menurut polis, sebuah lori treler yang sedang mengangkat kontena di tepi jalan dipercayai hilang keseimbangan menyebabkan kontena berkenaan terjatuh lalu menghempap kereta mangsa yang melalui kawasan itu.

Kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan dan operasi menyelamat terpaksa menggunakan dua kren untuk mengangkat kontena sebelum mereka berjaya dikeluarkan kira-kira jam 9.55 malam. Bagaimanapun, bapa dan anak itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
99000
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 10.09

Photo1/2
Trend memasang lampu hiasan berbentuk mata garang atau ‘devil eyes’ pada lori kini mendapat perhatian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan kebimbangan ia boleh mengganggu tumpuan pemandu lain, terutama ketika memandu pada waktu malam.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail memaklumkan, pihaknya akan mempergiat penguatkuasaan terhadap penggunaan lampu kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi, termasuk lampu terlalu terang, berkelip atau mempunyai arah pancaran yang boleh menyilaukan pengguna jalan raya.

Pemilik atau pemandu yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959. Jika disabitkan di bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pesalah boleh didenda maksimum RM2,000 atau dipenjara sehingga enam bulan.

Sumber: The Star
106000
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 09.36

Photo1/2
Tindakan mahasiswa Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit yang lantang mengkritik kutipan derma bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar denda mahkamah RM50 juta terus mendapat perhatian apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming tampil memujinya, manakala Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengecam ugutan terhadap mahasiswa berkenaan.

Kor Ming menyifatkan keberanian Ummi menyuarakan pandangan sebagai cerminan suara generasi muda yang menolak rasuah.

Sementara itu, Fahmi menegaskan perbezaan pandangan bukan alasan untuk seseorang mahasiswa diherdik atau diugut, termasuk ancaman untuk mencarinya di universiti. Beliau turut memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap pihak terbabit, selain menggesa mangsa buli siber membuat laporan kepada polis dan MCMC.
108000
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 09.36

Dalam perkembangan berkaitan, Naib Canselor UM, Datuk Seri Prof Dr Noor Azuan Abu Osman menafikan dakwaan bahawa tindakan tatatertib telah diambil terhadap Ummi susulan pandangannya pada program iFUTURE 2026. Beliau menegaskan universiti menghormati hak mahasiswa untuk bertanya dan menyuarakan pendapat meskipun wujud perbezaan pandangan.

Sumber: Bernama, Utusan Malaysia
110000
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 08.34

Photo1/2
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir, 26, mendakwa dihalau oleh seorang wanita ketika menghadiri program Kampung Angkat MADANI di kawasan Masjid Bukit Rambai, semalam, selepas dituduh membawa unsur politik ke dalam masjid.

Menurut Farzana, beliau hadir sebagai anak jati Bukit Rambai dengan hanya memakai baju kurung tanpa sebarang logo parti atau bahan kempen. Bagaimanapun, wanita terbabit didakwa tetap memintanya beredar sehingga tercetus pertengkaran di hadapan orang ramai.

Susulan kejadian itu, Farzana memaklumkan beliau kembali ke masjid berkenaan selepas dihubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

“Alhamdulillah saya okay ja, saya pun hadir semula ke Masjid Bukit Rambai selepas dihubungi Datuk Azman, Setiausaha Politik YAB PMX,” katanya menerusi TikTok.

Farzana turut meminta orang ramai supaya tidak menghina wanita terbabit.

“Saya tak mahu panjangkan isi ini. Saya minta untuk orang ramai jangan menghina puan itu. Inshaaallah saya akan berju
116000
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 08.03

Photo1/2
Seorang pemandu berusia 38 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kes khianat sebuah masjid di Tumpat, Kelantan, selepas karpet ruang solat dicemari air selut berbau busuk, serpihan tulang, bulu dan ulat.

Kejadian pada 5 Oktober lalu disedari kira-kira jam 6.30 pagi apabila pihak masjid menemui pintu kaca pecah dan karpet dalam keadaan kotor serta berbau busuk. Kerja pembersihan dan sertu kemudian dilakukan.

Suspek ditahan di Kota Bharu pada 16 Oktober lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian
124000
The Reporter logo
The Reporter

06 Sep 2026, 13.54

Photo
Perwakilan Pemuda PAS mahu parti itu mengambil peranan lebih besar dalam sebarang kerjasama politik menjelang pilihan raya akan datang, termasuk menjadi peneraju di peringkat Persekutuan.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ilyas Ahmad berkata, PAS mempunyai barisan calon yang mencukupi dan berkelayakan untuk memimpin kerajaan, justeru tidak seharusnya terus memberi laluan kepada parti lain bagi jawatan perdana menteri.

“Kita tidak mahu lagi dengar kata-kata seperti ‘tak apa, biarlah orang lain jadi perdana menteri’. Kali ini, kita mahu pastikan PAS menjadi peneraju utama di peringkat Persekutuan,” katanya ketika Muktamar PAS di Kota Bharu, semalam.

Nada sama turut disuarakan perwakilan Pemuda PAS Terengganu, Mukhlis Hasin yang mahu parti itu mengetuai usaha penyatuan politik dan bukannya sekadar mengikut keputusan pihak lain. Katanya, usaha mengekalkan perpaduan tidak boleh menyebabkan PAS takut mempertahankan identiti serta pendiriannya.

Sumber: Malaysiakini
Gambar: Free Malaysia Today
100000
The Reporter logo
The Reporter

06 Sep 2026, 13.54

Photo
Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menggesa Peguam Negara meneliti semula 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi yang pernah dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mempersoalkan mengapa kes melibatkan Presiden UMNO itu dihentikan sedangkan kerajaan ketika ini dilihat tegas meneruskan tindakan terhadap kes rasuah lain.

Rayer berkata piawaian undang-undang perlu dikenakan secara sama rata tanpa membezakan antara sekutu dan lawan politik. Menurutnya, pendakwaan wajar dipertimbangkan semula sekiranya bukti dan kedudukan undang-undang masih menyokong tindakan tersebut.

Pada 4 September 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada Zahid selepas pihak pendakwaan memohon supaya prosiding dihentikan bagi membolehkan siasatan lebih menyeluruh dijalankan.

Rayer menegaskan gesaannya bukan untuk menentukan Zahid bersalah, tetapi bagi memastikan konsistensi pendakwaan dan keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan terus terpelihara.

Sumber: MalaysiaKini
96001
The Reporter logo
The Reporter

06 Sep 2026, 13.54

Photo
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berpandangan Timbalan Perdana Menteri tidak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendesak Perdana Menteri supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diadakan dengan segera.

Beliau berkata, pembubaran Parlimen dan penetapan PRU-16 adalah dalam bidang kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, tertakluk kepada Peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan itu dibuat susulan pendirian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu PRU-16 disegerakan bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

Hassan menegaskan, jika ada menteri yang tidak bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri untuk membiarkan penggal Parlimen ke-15 berakhir, tindakan yang munasabah ialah meletakkan jawatan sebagai seorang menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan.

Gambar: Suara Keadilan
100001
The Reporter logo
The Reporter

06 Sep 2026, 13.54

Photo
Nepal tidak mahu penghantaran pasukan penyelamat asing, sebaliknya hanya menerima bantuan dalam bentuk barangan daripada negara luar termasuk Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di bawah NADMA sentiasa bersedia digerakkan sekiranya diperlukan.

Menurutnya, pendirian Nepal itu dibuat bagi mengelakkan masalah penyelarasan sekiranya terlalu banyak pasukan penyelamat asing dihantar ke negara berkenaan. Bagaimanapun, Nepal tidak menghalang penghantaran barangan termasuk peralatan mencari dan menyelamat.

Sumber: Buletin TV3
Gambar: Facebook Khalid Nordin
104000
The Reporter logo
The Reporter

06 Sep 2026, 13.54

Photo
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan beliau hanya akan berundur sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekiranya diminta oleh Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kenyataan itu dibuat selepas Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesaknya melepaskan jawatan susulan isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

“Kalau menteri KKDW minta untuk saya berhenti, saya berhenti. Tapi bukan atas desakan AMK Parti Keadilan (PKR),” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Asyraf Wajdi turut menolak dakwaan bahawa beliau terlibat dalam sebarang salah laku berkaitan Tabung Haji, sambil menegaskan namanya tidak pernah disebut dalam laporan RCI berkenaan.

Beliau berkata isu itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menjejaskan reputasi MARA, sambil menegaskan keutamaannya ialah mempertahankan institusi berkenaan daripada sebarang agenda politik sempit.

Sumber: Malaysiakini
Gambar: Harian Metro
108000
The Reporter logo
The Reporter

06 Sep 2026, 13.54

Photo
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sudah tiba masanya golongan marhaen menentukan perjalanan negara dan tidak terus menyerahkan nasib mereka kepada golongan elit.

Menurutnya, golongan elit hanya mewakili kira-kira 10 peratus rakyat tetapi menguasai sebahagian besar kekayaan negara, manakala majoriti rakyat berkongsi bahagian yang jauh lebih kecil.

Beliau berkata keadaan itu tidak adil dan struktur negara perlu diubah supaya suara golongan marhaen yang lebih ramai diberi peranan lebih besar.

Sanusi turut mendakwa sebahagian golongan elit sukar memahami bahasa, cara hidup dan kesusahan masyarakat biasa kerana dibesarkan dalam keadaan serba mewah.

Katanya, pendekatan beliau dalam memimpin dan bercakap mengenai sesuatu isu dibuat daripada perspektif golongan susah atau marhaen.

Sumber: Harian Metro
Gambar: FB Muhammad Sanusi
106001
The Reporter logo
The Reporter

06 Sep 2026, 13.54

Photo
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain memberi jaminan institusi itu tidak berdepan campur tangan politik di bawah kepimpinan semasa.

Sejak dilantik pada 2023, beliau berkata tiada ahli politik dibenarkan menganggotai Lembaga Pengarah TH kerana institusi itu perlu diurus secara profesional.

Menurutnya, pendirian itu turut dihormati oleh dua menteri yang menyelia TH sepanjang tempoh beliau memegang jawatan.

Abdul Rashid berkata pendekatan profesional membantu TH memperkukuh kewangan, meningkatkan rizab serta kembali mencatat keuntungan dan dividen lebih baik.

Beliau turut memaklumkan TH telah melaksanakan 76 peratus daripada 25 syor RCI, manakala sebahagian baki syor memerlukan proses lebih panjang kerana melibatkan pihak luar.

Sumber: Harian Metro
118000
The Reporter logo
The Reporter

06 Sep 2026, 13.54

Photo
RUU untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri sudah siap bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, namun keputusan untuk membawanya ke sesi Parlimen akan datang masih bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cadangan itu melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga Ahli Parlimen.

Keperluan majoriti sama turut terpakai kepada RUU yang bertujuan mengasingkan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP). Menurut Azalina, sokongan politik merentas parti menjadi faktor penting bagi memastikan kedua-dua reformasi itu dapat dilaksanakan.

Beliau berharap Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara serta semua parti politik dapat mengetepikan perbezaan dan menyokong usaha tersebut kerana ia disifatkan membawa manfaat kepada sistem pentadbiran dan perundangan negara.

Sumber: Harian Metro
Gambar: The Edge
109000

Showing 30 of 70 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram The Reporter tentang apa?+

The Reporter (@thereportermyofficial) adalah channel Telegram di kategori Update Berita & Surat Kabar di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 2.961 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan The Reporter (@thereportermyofficial)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @thereportermyofficial gratis.

Apakah The Reporter channel Update Berita & Surat Kabar yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan The Reporter sebelum bergabung. Saat ini sekitar 2.961 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Update Berita & Surat Kabar serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan The Reporter?+

Di tgdio, buka halaman @thereportermyofficial untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.