The Reporter Telegram channel photo

The Reporter

Follow @thereporter untuk dapatkan info selektif setiap hari

79

Last views

3k (2,961 subscribers)
Anggota
—
Rating
90
Total Posts
Oct 23, 2026, 4:34 PM
Diperbarui
Apr 12, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameThe Reporter
Username@thereportermyofficial
CategoryUpdate Berita & Surat Kabar
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota2,961
Channel TypePublic Channel
Created12 Apr 2026
Last Updated23 Okt 2026 • 12 jam yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#311416-392
Peringkat Bahasa
#1518+6
Peringkat Kategori
#4192-3

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 3.0K30 Days growth: -401.3%
09/2409/2910/0410/0910/1410/1910/23
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
24:09:20263,001
25:09:20263,001
26:09:20263,001
27:09:20263,001
28:09:20263,001
29:09:20263,001
30:09:20263,001
01:10:20263,001
02:10:20263,001
03:10:20263,001
04:10:20263,001
05:10:20263,001
06:10:20263,001
07:10:20263,001
08:10:20263,001
09:10:20263,001
10:10:20263,001
11:10:20263,001
12:10:20263,001
13:10:20263,001
14:10:20263,001
15:10:20262,967
16:10:20262,967
17:10:20262,967
18:10:20262,967
19:10:20262,967
20:10:20262,967
21:10:20262,967
22:10:20262,967
23:10:20262,961
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 06:04:20263,129
Week of 13:04:20263,129
Week of 20:04:20263,129
Week of 27:04:20263,100
Week of 04:05:20263,100
Week of 11:05:20263,100
Week of 18:05:20263,072
Week of 25:05:20263,072
Week of 01:06:20263,072
Week of 08:06:20263,072
Week of 15:06:20263,072
Week of 22:06:20263,072
Week of 29:06:20263,069
Week of 06:07:20263,069
Week of 13:07:20263,069
Week of 20:07:20263,069
Week of 27:07:20263,069
Week of 03:08:20263,069
Week of 10:08:20263,039
Week of 17:08:20263,026
Week of 24:08:20263,017
Week of 31:08:20263,017
Week of 07:09:20263,007
Week of 14:09:20263,001
Week of 21:09:20263,001
Week of 28:09:20263,001
Week of 05:10:20263,001
Week of 12:10:20262,967
Week of 19:10:20262,961
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20263,129
May 20263,072
June 20263,072
July 20263,069
August 20263,017
September 20263,001
October 20262,961
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20262,961

Top 10 posts

Most viewed posts from this channel

By views
  1. #1Katanya, sepanjang berkawan dengan Ameng, tak pernah sekali pun tengok331
  2. #2Difahamkan, bapanya merupakan warganegara Bangladesh, ibunya Indonesia312
  3. #3Sri Maju Group juga membuat laporan kepada Agensi Pengangkutan Awam Da230
  4. #4Ketika kejadian, mangsa dikatakan melakukan aksi wheelie sebelum melan227
  5. #5Jabatan berkenaan sedang meneliti kesahihan serta sumber asal rakaman 226
  6. #6Tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan dengan tujuan mengaibka226
  7. #7Katanya, tiada sebab harga minyak dinaikkan kerana kerajaan sebelum in223
  8. #8Bila penduduk halakan laser minta berhenti, penduduk pula kena marah. 222
  9. #9Pemandu berkenaan juga telah dipanggil untuk memberikan keterangan.219
  10. #10Khaby Lame dilaporkan berdepan perceraian selepas isterinya, Wendy The218

Postingan Terbaru

The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 17.16

Photo1/2
Aplikasi navigasi Waze mungkin diharamkan sepenuhnya di Malaysia sekiranya kerajaan mendapati alternatif tempatan sudah mempunyai kemampuan mencukupi untuk menggantikannya.

Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemungkinan itu perlu diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat. Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang, hari ini, beliau turut mengakui aplikasi tempatan TuJu masih mempunyai kelemahan dan perlu ditambah baik.

Anwar menjelaskan, larangan penggunaan Waze bagi urusan rasmi penjawat awam dibuat atas faktor keselamatan negara, susulan kebimbangan terhadap data pengguna dan kedudukan syarikat berkenaan di bawah undang-undang Israel.

Beliau memahami kritikan terhadap kelemahan aplikasi pengganti, namun menegaskan keselamatan negara tidak boleh dikompromi semata-mata kerana kemudahan pengguna.
79000
The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 16.11

Photo1/2
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan berjaya mengumpul RM180,000 hasil jualan motosikal kesayangannya dan ikan ternakan bagi menampung bayaran RM300,000.

Dalam masa sama, beliau turut menerima sumbangan orang ramai berjumlah RM173,733.61 meskipun sebelum ini meminta supaya tiada derma diberikan.

Akmal kini berhasrat menginfakkan keseluruhan wang sumbangan berkenaan kepada golongan lebih memerlukan dan berjanji memperincikan setiap pengagihan menerusi media sosial.

Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/akmal-saleh-berjaya-kumpul-rm180000-hasil-jual-motosikal-ikan/
86000
The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 15.23

Photo1/2
Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berpandangan pemberian subsidi secara berterusan boleh menyebabkan rakyat terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan perlu memperbanyak bantuan berbentuk peralatan dan mesin yang mampu membantu rakyat menjana pendapatan untuk jangka panjang.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bantuan tunai masih diperlukan golongan tertentu termasuk ibu tunggal, individu sakit dan orang kurang upaya.

Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/kalau-kita-bagi-subsidi-kita-mengajar-rakyat-malas-mp-pasir-puteh/
79000
The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 14.51

Photo1/2
Kejujuran seorang lelaki, Hamid Samat, yang menyerahkan wang tunai RM19,300 ditemui dalam beg plastik hijau berhampiran sebuah kenderaan terlibat kemalangan mendapat penghargaan daripada IPD Setiu, Terengganu.

Wang berkenaan berjaya dipulangkan kepada waris yang berhak selepas diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Sungai Tong.

Atas tindakan terpuji itu, Hamid menerima sijil penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap sikap amanah dan integriti yang ditunjukkannya.

Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/lelaki-jujur-serah-rm19300-polis-setiu/
84000
The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 14.07

Photo1/2
Datuk Seri Rafizi Ramli mengarahkan pasukan peguamnya memulakan proses saman terhadap Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan susulan beberapa kenyataan yang dibuat dalam sidang media semalam.

Menurut Rafizi, pasukan peguamnya berpandangan terdapat asas kukuh untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan Ramanan yang didakwanya berunsur fitnah.

Rafizi turut mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat berhubung status tindakan mahkamah Ramanan terhadapnya.

Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/rafizi-arah-peguam-mulakan-proses-saman-terhadap-ramanan/
81000
The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 13.44

Photo1/2
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 26 Oktober 2026 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Menurut beliau, tarikh pembubaran itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mengikut Perlembagaan Sarawak, PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.

Sumber: TVS
76000
The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 12.27

Photo1/2
Amerika Syarikat (AS) mengarahkan kakitangan kerajaan bukan kecemasan dan ahli keluarga mereka meninggalkan Arab Saudi susulan peningkatan serangan kumpulan Houthi dari Yaman yang menyasarkan lapangan terbang serta kemudahan penting negara itu.

Menurut laporan Reuters, jurucakap Jabatan Negara AS, Tommy Pigott mengesahkan arahan berkenaan dibuat atas faktor keselamatan. Beliau bagaimanapun menafikan laporan bahawa arahan sama turut dikeluarkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan, Qatar dan Bahrain, sambil menegaskan ia hanya melibatkan Arab Saudi.

Ketegangan semakin memuncak apabila serangan dron terhadap kemudahan minyak Shaybah mengorbankan dua individu, manakala Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam turut menjadi sasaran. Kedutaan AS turut memberi amaran mengenai kemungkinan serangan lanjut serta gangguan perjalanan udara di negara berkenaan.
82000
The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 11.15

Photo1/2
Kerajaan Indonesia tampil memberikan respons terhadap teguran Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan yang menggunakan bahasa Jawa ketika menyampaikan pesanan kepada Presiden Prabowo Subianto berhubung isu jerebu.

Menteri Penyelaras Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Sugiono berkata, pihaknya memahami kebimbangan Malaysia kerana rakyat Indonesia sendiri turut menerima kesan langsung akibat kebakaran hutan.

Beliau turut menghargai tawaran bantuan negara jiran, namun menjelaskan Indonesia ketika ini masih mempunyai keupayaan mencukupi untuk menangani kebakaran berkenaan.

Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/indonesia-respons-teguran-ahli-parlimen-malaysia-isu-jerebu/
92000
The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 09.44

Photo1/2
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton menyuarakan rasa kecewa terhadap tindakan menghina umat Islam hanya kerana pegangan agama mereka.

Clinton turut mendedahkan bahawa anak perempuannya, Chelsea Clinton, pernah membaca keseluruhan al-Quran ketika berusia 15 tahun dan menggalakkan beliau memahami kandungan kitab suci itu.

Beliau turut memetik ayat 13, Surah al-Hujurat yang menekankan kepentingan manusia saling mengenali dan menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa serta latar belakang.

Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/saya-sudah-muak-lihat-umat-islam-dihina-hanya-kerana-agama-mereka-bill-clinton/
111000
The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 08.20

Photo1/2
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memberi amaran kepada negara tertentu yang didakwanya gemar menghina Indonesia bahawa pihaknya akan mendedahkan identiti syarikat yang dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah di republik itu.

Menurut Sekretariat Presiden Republik Indonesia, Prabowo menyuarakan amaran berkenaan ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Jakarta, Rabu lalu. Beliau turut mengarahkan polis, pendakwa raya dan agensi berkaitan menyiasat pembabitan syarikat dalam kebakaran yang disifatkannya sebagai jenayah terhadap kemanusiaan kerana mengancam kesihatan jutaan penduduk.

Prabowo menegaskan permit syarikat yang terbukti melanggar undang-undang akan dibatalkan, selain berjanji mendedahkan identiti syarikat terbabit apabila tiba masanya. Bagaimanapun, beliau tidak menamakan negara yang dimaksudkan dalam amarannya.
98000
The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 07.44

Photo1/2
Pemandu Porsche Cayenne hitam yang tular kerana memandu secara berbahaya di Lebuhraya Puchong Bypass dijatuhi hukuman penjara lima hari dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret.

Lelaki berusia 56 tahun itu turut hilang kelayakan memandu selama lima tahun, selain berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/pemandu-porsche-dipenjara-lima-hari-denda-rm10000-memandu-berbahaya/
100003
The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 07.01

Photo1/2
Perjalanan pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar bersama beberapa kakitangannya ke Gerik, Perak, awal pagi Jumaat bertukar cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Ustaz Wadi Annuar yang turut memohon orang ramai mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua individu terlibat.

Pendakwah berkenaan dilaporkan mengalami kesakitan pada bahagian perut dan dada, namun berada dalam keadaan stabil. Beliau kini menerima rawatan di Hospital Gerik, sementara punca serta butiran lanjut kemalangan masih belum diketahui.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian itu menerusi Threads, selain mendoakan agar urusan rawatan Ustaz Wadi dipermudahkan dan beliau segera sembuh supaya dapat meneruskan usaha dakwah kepada masyarakat.

Sumber: Harian Metro, Threads Anwar Ibrahim
106000
The Reporter logo
The Reporter

23 Okt 2026, 05.01

Photo1/2
Bilik dah penuh, ruang tamu pun boleh buat duit. Itu yang mencetuskan perhatian apabila sebuah kediaman di Bandar Cassia, Batu Kawan, Pulau Pinang didakwa menawarkan ruang tidur di bahagian ruang tamu dengan kadar sewa RM280 sebulan.

Menerusi perkongsian pengguna Threads aimnhzy, ruang berkenaan hanya dipisahkan menggunakan sekatan rendah seperti kubikel pejabat, tanpa dinding penuh untuk menjaga privasi. Individu dipercayai pemilik rumah memaklumkan semua bilik sudah berpenghuni, namun ruang tamu masih tersedia untuk disewa.

“RM280 ni sewa bilik ke sewa kotak? Partition office dalam ruang tamu pun jadi duit sekarang,” tulis pengguna berkenaan. Tawaran itu mengundang kritikan apabila orang ramai mempersoalkan keselesaan dan privasi bakal penyewa, khususnya kerana ruang tidur terletak berhampiran laluan utama rumah.

Sumber: Threads aimnhzy
120000
The Reporter logo
The Reporter

22 Okt 2026, 21.06

Photo1/2
Virus Shamonda yang sebelum ini hanya diketahui menjangkiti haiwan ternakan kini dikesan pada manusia buat kali pertama di Perancis, membabitkan seorang pesakit di Lyon yang meninggal dunia pada awal Oktober lalu.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC), pesakit berkenaan sedang menerima rawatan bagi penyakit serius sehingga menyebabkan sistem imunnya sangat lemah. Pihak berkuasa Perancis mengesyaki jangkitan berlaku akibat gigitan serangga kecil yang membawa virus berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi menentukan sama ada virus Shamonda menjadi punca atau menyumbang kepada kematian pesakit. Setakat ini, pihak berkuasa kesihatan Perancis memaklumkan tiada risiko kesihatan kepada orang awam dikenal pasti.
131000
The Reporter logo
The Reporter

22 Okt 2026, 18.52

Photo1/2
Pemandu kereta merah yang melanggar lari seorang penunggang motosikal sebelum mencetuskan kemalangan membabitkan empat kenderaan lain di Jalan Seremban-Kuala Pilah, Negeri Sembilan, didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Menurut laporan Harian Metro yang memetik Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, keputusan itu diperoleh menerusi ujian saringan air kencing di Hospital Kuala Pilah. Pemeriksaan terhadap kereta lelaki berusia 39 tahun itu turut menemukan satu paket plastik mengandungi serbuk putih disyaki ketamin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, lelaki berkenaan terus memandu secara melulu selepas melanggar belakang sebuah motosikal sebelum merempuh tembok jambatan. Keretanya kemudian berpusing dan melintang di tengah jalan lalu dirempuh tiga kenderaan lain.

Pemandu terbabit patah tangan, manakala seorang penunggang motosikal cedera ringan. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
137000
The Reporter logo
The Reporter

22 Okt 2026, 18.36

Photo1/2
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mahu umur minimum mendapatkan lesen motosikal dinaikkan daripada 16 kepada 18 tahun sebagai langkah membendung kegiatan lumba haram dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Pengerusinya, Prof Dr Wong Shaw Voon turut membangkitkan kemungkinan had umur 21 tahun dipertimbangkan, susulan masalah penunggang bawah umur termasuk kanak-kanak seawal 12 tahun yang sudah menunggang motosikal tanpa lesen.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyuarakan kebimbangan bahawa cadangan itu mungkin membawa kesan sebaliknya apabila lebih ramai pelajar sekolah memilih untuk menunggang tanpa lesen. Katanya, remaja berusia 13 dan 14 tahun juga sudah menunggang motosikal walaupun belum memenuhi syarat umur sedia ada.

Sehubungan itu, kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan MIROS dan had umur minimum mendapatkan lesen motosikal masih kekal pada 16 tahun.

Sumber: Bernama, Malay Mail
127000
The Reporter logo
The Reporter

22 Okt 2026, 15.21

Photo1/2
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah menggesa orang ramai supaya menghentikan penyebaran video insiden pelajar menyerang guru di Kuching kerana tindakan itu boleh menjejaskan privasi, maruah serta kesejahteraan individu terlibat.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak terburu-buru menghukum atau mengaibkan remaja terbabit tanpa memahami keadaan sebenar di sebalik kejadian itu.

Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/orang-ramai-digesa-henti-sebar-video-insiden-pelajar-serang-guru-di-kuching/
122000
The Reporter logo
The Reporter

22 Okt 2026, 13.46

Apabila pengacara bertanya, "Itu asumsi ya?", beliau mengakui, "Itu asumsi." Pengacara seterusnya mengingatkan bahawa pertelingkahan Malaysia-Indonesia di media sosial sudah lama berlaku dan kedua-dua negara lazimnya kembali berbaik, selain mempersoalkan sama ada kenyataan Boy hanya memburukkan keadaan.

Ketika ditanya tujuan sebenar video kontroversinya, Boy meminta penonton menunggu video berikutnya.

"Ya sebenarnya tujuan saya belum selesai. Tujuannya apa? Adalah, tunggu aja video berikutnya," katanya.

Beliau turut menegaskan persahabatan Malaysia dan Indonesia tidak sepatutnya musnah, namun keengganannya menjelaskan tujuan itu dalam rancangan berkenaan mencetuskan kritikan, sementara pengacara Rian Ibram menerima pujian pengguna Threads Malaysia.

Sumber: Trans TV (Pagi-Pagi Ambyar)
120001
The Reporter logo
The Reporter

20 Okt 2026, 03.48

Photo1/2
Kegiatan mencuri kabel yang semakin mengganggu operasi pengangkutan rel negara mendorong kerajaan merancang pindaan undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, cadangan itu masih di peringkat perbincangan dasar dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN). Menurutnya, kecurian kabel bukan sekadar menyebabkan kerugian, malah boleh mengancam keselamatan orang ramai.

Isu itu kembali mendapat perhatian selepas cubaan mencuri kabel menyebabkan gangguan perkhidmatan MRT Laluan Kajang pada 16 Oktober lalu. Masalah sama turut membelenggu operasi dan infrastruktur rel lain termasuk KTMB serta projek ECRL.

Sumber: Bernama / Astro Awani
34000
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 21.04

Photo1/2
Indonesia menangguhkan tawaran bantuan Malaysia dan beberapa negara lain untuk memadam kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu merentasi sempadan, meskipun sebelum ini dilaporkan bersetuju menerima bantuan antarabangsa.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Indonesia, Dudung Abdurachman berkata, negaranya masih yakin mampu mengendalikan kebakaran menggunakan sumber sendiri. Menurutnya, bantuan asing hanya akan dipertimbangkan sekiranya keadaan diisytiharkan sebagai bencana nasional.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan susulan laporan terdahulu bahawa Presiden Prabowo Subianto telah meluluskan penerimaan bantuan asing. Malaysia sebelum ini menawarkan sebuah pesawat pemadam kebakaran Bombardier CL-415MP, tiga helikopter dan 50 anggota bagi membantu operasi memadam kebakaran.

Bagaimanapun, bantuan berkenaan masih belum dapat digerakkan sementara menunggu keputusan rasmi Indonesia, ketika kebakaran hutan terus mencetuskan kebimbangan terhadap masalah jerebu di rantau ini.

Sumber: Free Malaysia
67002
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 18.40

Photo1/2
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadikan nama Muhammad sebagai bahan gurauan ketika berucap di Dalton, Georgia, pada Jumaat lalu, dengan mendakwa seseorang mempunyai peluang 65 peratus untuk meneka nama individu dari Timur Tengah dengan betul jika menggunakan nama tersebut.

“Kalau kamu tak pasti nama seseorang dari Timur Tengah, sebut sahaja Muhammad. Kamu ada kira-kira 65 peratus peluang untuk betul,” katanya sambil menambah bahawa beliau sudah bertahun-tahun menggunakan cara itu dan mendakwa tidak pernah tersilap.

Kenyataan itu dibuat ketika Trump menyentuh situasi politik Iran, termasuk mempersendakan kesukaran mencari individu yang mahu menjadi presiden negara berkenaan.

Sumber: Reuters
Gambar: Ross Williams/Georgia Recorder
89002
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 13.02

Photo1/2
Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan dirinya masih belum begitu kuat meskipun sudah mencuba untuk kembali ke pejabat. Beliau turut meluahkan rasa terharu atas doa yang tidak putus-putus buat Allahyarhamah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, serta memohon maaf sekiranya ada ucapan takziah dan sapaan yang belum sempat dibalas.

Baca berita penuh di sini 👉:https://thereporter.my/tun-mahathir-masih-belum-kuat-selepas-pemergian-siti-hasmah/
110000
The Reporter logo
The Reporter

19 Okt 2026, 11.42

Ketika pemeriksaan, empat individu Rohingya ditemukan di lokasi, namun hanya seorang mengemukakan kad UNHCR manakala tiga lagi gagal menunjukkan sebarang dokumen.

Sebelum ini, penduduk meluahkan keresahan mengenai ladang sireh seluas lebih dua hektar itu, selain mendakwa jumlah komuniti Rohingya di kampung berkenaan meningkat daripada sekitar 15 orang kepada hampir 100 orang dalam tempoh lebih 10 tahun.

Sumber: Harian Metro
Gambar: Nik Abdullah Nik Omar / Harian Metro
106000

Showing 30 of 90 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram The Reporter tentang apa?+

The Reporter (@thereportermyofficial) adalah channel Telegram di kategori Update Berita & Surat Kabar di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 2.961 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan The Reporter (@thereportermyofficial)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @thereportermyofficial gratis.

Apakah The Reporter channel Update Berita & Surat Kabar yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan The Reporter sebelum bergabung. Saat ini sekitar 2.961 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Update Berita & Surat Kabar serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan The Reporter?+

Di tgdio, buka halaman @thereportermyofficial untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.