Tinta Bahasa Telegram channel photo

Tinta Bahasa

@tintabahasaPublic Channel

‎حيَّاكُم الله وَبَيَّاكُم 📌 Perkongsian Bahasa Arab & Lahjah Hijaziyyah (Dialek Arab Saudi) 📌 Program Bahasa Arab anjuran Madini Events 📌 Jualan Buku Bahasa Arab terpilih 📌 Private Class / Speaking Coaching madiniservices.com

80

Last views

2.8k (2,837 subscribers)
Anggota
—
Rating
35
Total Posts
Oct 16, 2026, 4:25 AM
Diperbarui
Apr 13, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameTinta Bahasa
Username@tintabahasa
CategoryBelajar Bahasa
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota2,837
Channel TypePublic Channel
Created13 Apr 2026
Last Updated16 Okt 2026 • 6 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#261578-388
Peringkat Bahasa
#1133+2
Peringkat Kategori
#1820Tidak ada perubahan

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 2.8K30 Days growth: -210.7%
09/1609/2109/2610/0110/0610/1110/15
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
16:09:20262,858
17:09:20262,858
18:09:20262,852
19:09:20262,852
20:09:20262,852
21:09:20262,852
22:09:20262,852
23:09:20262,852
24:09:20262,852
25:09:20262,852
26:09:20262,852
27:09:20262,852
28:09:20262,852
29:09:20262,852
30:09:20262,852
01:10:20262,852
02:10:20262,852
03:10:20262,852
04:10:20262,852
05:10:20262,852
06:10:20262,852
07:10:20262,852
08:10:20262,852
09:10:20262,852
10:10:20262,852
11:10:20262,852
12:10:20262,852
13:10:20262,852
14:10:20262,852
15:10:20262,837
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 13:04:20262,873
Week of 20:04:20262,873
Week of 27:04:20262,871
Week of 04:05:20262,871
Week of 11:05:20262,871
Week of 18:05:20262,876
Week of 25:05:20262,876
Week of 01:06:20262,876
Week of 08:06:20262,876
Week of 15:06:20262,876
Week of 22:06:20262,876
Week of 29:06:20262,881
Week of 06:07:20262,881
Week of 13:07:20262,881
Week of 20:07:20262,881
Week of 27:07:20262,881
Week of 03:08:20262,881
Week of 10:08:20262,881
Week of 17:08:20262,864
Week of 24:08:20262,864
Week of 31:08:20262,860
Week of 07:09:20262,858
Week of 14:09:20262,852
Week of 21:09:20262,852
Week of 28:09:20262,852
Week of 05:10:20262,852
Week of 12:10:20262,837
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20262,873
May 20262,876
June 20262,876
July 20262,881
August 20262,860
September 20262,852
October 20262,837
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20262,837

Postingan Terbaru

Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

18 Okt 2026, 15.51

Sebutan yang betul asasnya ada dua:

Qiblah قِبلَة
Maksudnya arah kiblat.

Contoh ayat:
كعبة قِبلَة المُلسِمِين. Ka’bah adalah kiblat orang Islam.

2. Qublah قُبلَة
Maksudnya ciuman.

Contoh ayat:
أعطَتِ الأُمُّ ابنَهَا قُبلَة.
Ibu memberikan satu ciuman kepada anak lelakinya.

Dalam bahasa Melayu kita eja dan sebut kiblat. Dalam bahasa Arab K tu disebut dengan huruf ق iaitu biasanya mewakili huruf Q. Sebutnya lebih tebal.
Wallahu’alam
#tintabahasa
80000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

11 Okt 2026, 08.47

Photo1/2
Nasihat Emas

“Bergaullah dengan manusia dengan pergaulan yang baik, sehingga apabila kamu tiada, mereka merasa rindu kepada mu dan apabila kamu meninggal dunia, mereka menangisi pemergianmu.”

Ali bin Abi Talib رضي الله عنه

#tintabahasa
225000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

12 Sep 2026, 09.01

TERJEMAHAN TEMATIK

Di dalam surah al Fatihah ayat ke 6

ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَ ٰ⁠طَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ

kita mungkin hanya memahami ayat ini dengan maksud “Tunjukilah kami jalan yang lurus” seperti yang diterjemahkan oleh Abdullah Basmeih dan kebanyakan terjemahan, namun maksudnya sebenarnya lebih luas daripada itu.

Kitab tafsir muktabar semisal Tafsir Ibn Kathir menjelaskan maksud kalimah al-hidayah apabila ia digunakan dalam pelbagai konteks bahasa Arab dan Al-Quran.

Antara intipati penting yang dibincangkan:

Makna Asal Hidayah:

Ibn Kathir menyatakan bahawa perkataan al-hidayah membawa maksud al-irshad wat-taufiq (الإرشاد والتوفيق) — iaitu petunjuk/pemberian jalan serta taufiq (kejayaan/pimpinan untuk melaksanakannya).

Kepelbagaian Cara Penggunaan (Ta'addi):

Apabila kata kerja hidayah digunakan secara langsung (tanpa huruf jar) seperti dalam ayat
{اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ},
ia merangkumi makna yang lebih luas seperti ilhamkanlah kepada kami, taufiqkanlah kami, berikanlah kami kebaikan dan seumpamanya.

Ini menunjukkan ia bukan sekadar 'menunjuk' dari jauh, tetapi membimbing dan melorongkan kita di sepanjang jalan ‘hidayah’ yang telah dikurniakan tersebut.

Kandungan kitab tafsir ini selari dengan kefahaman kita bahawa doa Ihdina al-Sirat al-Mustaqim mengandungi elemen bimbingan berterusan (along the path), iaitu memohon taufiq dan istiqamah daripada Allah SWT di atas jalan iman yang telah dikurniakan.

Ini bukan sahaja bermakna daripada sesat kepada hidayah, ia juga bermakna daripada hidayah yang Allah swt telah kurniakan ini berikanlah kita ilham, taufiq, kekuatan, malah kurniakanlah atau berikanlah apa-apa sahaja rezeki dan kebaikan.

Saya tertarik dengan terjemahan oleh Shaykh Dr Mustafa Khattab:

“Guide us along the Straight Path”

Seakan-seakan kita berdoa:
“Ya Allah pandulah kami, bimbinglah kami, berilah kami taufiq dan inaayah di ‘sepanjang’ jalan yang Kau telah kurniakan ini.”

Perkataan ‘along the straight path’ itu lebih dekat jika mengikut konteks Nabi saw yang membacanya. Ini kerana Nabi saw yang telah dijamin syurga dan keampunan itu tetap mendoakan untuk dirinya agar diberi irsyad (panduan), thabat (ketetapan) iman dan taufiq (persetujuan) untuk terus beramal soleh malah melaksanakan tugas dakwah.

Sesuai dengan ayat ke 8 dalam surah ali Imran:

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَیۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ﴿ ٨ ﴾
#Dr. Mustafa Khattab:
˹They say,˺ “Our Lord! Do not let our hearts deviate after you have guided us. Grant us Your mercy. You are indeed the Giver ˹of all bounties˺.

#Abdullah Muhammad Basmeih:
(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

#tintabahasa #terjemahan #tafsir #mohddanial
397000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

06 Sep 2026, 08.02

Cara lain nak kata, (namun, tetapi) dalam bahasa Arab.

Kita guna بَيْدَ أَنَّ

Contoh ayat,

هو غنيٌّ بَيدَ أنَّه بَخِيل
Dia seorang yang kaya namun kedekut.

هذا الولد عبقري بَيْدَ أنَّه كَسوُل
Budak ini genius, tetapi malas.

Dalam bahasa Inggeri boleh terjemah however dan sebagainya.

- Tinta Bahasa
#tintabahasa
578000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

06 Sep 2026, 08.02

Saya ada terbaca terjemahan yang kurang tepat berkaitan pengunaan kata اللهم نعم yang diterjemah, “Ya Allah, ya.”

Ia adalah uslub jawapan yang nak memberi keyakinan ketika menjawab sesuatu soalan.

لِتَدُلَّ على تَيَقُّن المُجِيب من الجواب

Sebagai contoh,

هل تَعتَرِفُ أَنَّ هذا الأَمرَ حَقّ؟
Adakah kamu mengakui bahawa perkara ini benar?

اللهُمَّ نَعَم
Ya, benar!
Indeed, yes.

Bukan, “Ya Allah, ya” 😅

- Tinta Bahasa

#tintabahasa #terjemahan
540000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

06 Sep 2026, 08.02

Photo
Peluang terbaik.

Walaupun dah banyak kali join bengkel terjemahan Ustaz Ashafizrol Ab Hamid hafizahullah namun tidak rugi kalau join lagi. Polish dan dapatkan lagi input baru.

Mana-mana pencinta bahasa Arab yang nak mahir terjemahan Arab - Melayu, jangan lepaskan peluang. Kalau available tapi tak join, saya rotan. Haha.

Daftaran percuma, aiwah balash. ☺️
https://forms.gle/kvQ65CJWqKCzggyV6
476000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

06 Sep 2026, 08.02

Photo
Terjemahan “Apa lagi kita nak buat?” masih boleh dibaiki lagi.

Jangan abaikan perkataan ‘lagi’ disitu, ia ada makna. Lagi" berfungsi sebagai penegas atau kata penambah untuk menunjukkan kesinambungan tindakan.

Cadangan:

Lebih panjang,
ما الذي بقي لنا أن نفعله؟

Kalau nak kekal terjemahan asal, letak الآن. Ia boleh memberi makna ‘lagi’.

ماذا سنفعل الآن؟
Apa (lagi) yang kita akan buat sekarang?

Kalau nak casual dan pendek,

وماذا بعد؟
And then what?" atau "What's next?"

Disebabkan teks ini adalah genre novel yang ada unsur sastera maka yang pertama mungkin lebih sesuai dan ‘sampai’.

#tintabahasa #terjemahan
451000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

06 Sep 2026, 08.02

Nak belajar bahasa Arab ini sampai bila?

1. Sampai rasa seronok boleh faham dan dengar pengajian Tafsir oleh al-‘Allamah Sheikh Abdullah bin Muhammad al-Amin al-Syanqiti رحمه الله.

2. Sampai seronok boleh rasa ‘zouq’ faqihnya daripada pengajian fiqh al hadith al-‘Allamah Sheikh Muhammad bin Muhammad Mukhtar al Syanqiti حفظه الله. Sheikh mengajar fiqh tapi sheikh gaul dengan nada dan sentuhan tazkiyah al Nafs.

3. Sampai rasa sedap ‘gila’ dengar perbahasan Furuq Lughawiyyat oleh al-‘Allamah Sheikh Dr. Fadl al-Samarrai حفظه الله. Sheikh akan buktikan semua uslub itu datang daripada al Quran. Boleh baca sejarah bagaimana sheikh dapat “hidayah”.

4. Bila orang tanya berapa peratus kau boleh faham ceramah, perbualan, berita atau filem Arab tu:

Kita mampu jawab:

بِفَضلِ اللَّهِ, لَا شَيءَ يَعسُرُ عَلَيَّ فَهمُه.
“Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan ini, tidak ada apa lagi yang menyukarkan aku untuk memahaminya.”

Di atas ni hanya contoh pengajian sahaja dan banyak lagi pengajian mashaikh yang banyak boleh kita manfaatkan. Boleh kongsi durus yang anda ikuti diruang komen ☺️

Keep going. Never stop learning.

#tintabahasa
471000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

31 Agu 2026, 10.17

Jerebu dalam bahasa Arab apa?

Ramai juga yang tulis perkataan dhobab الضباب bila sebut perkataan jerebu. Sebenarnya dhobab ialah kabus hasil dari wap air yang tebal disebabkan kesejukan atau terlalu sejuk dan selalunya berlaku dikawasan berair atau berhampiran laut atau tempat tinggi.

Perasan tak bila kita naik tempat tinggi waktu pagi atau tengah malam mesti ada kabus, itulah dipanggil dhobab yang berwarna putih yang menghalang penglihatan perjalanan.

Adapun jerebu, ialah disebabkan atau berpunca dari asap kebakaran dan lain-lain. Maka sifat jerebu itu seakan sama dengan sifat kabus iaitu pemandangan menjadi tidak jelas dan bertukar warna kekuningan (asap).

Jika asap sahaja ia dipanggil dukhaan الدخان tetapi jika sifatnya menyerupai kabus ia disebut الضباب الدخاني dan kalimat ini digunapakai dalam penulisan arab.

Juga boleh juga disebut الضبخان iaitu gabungan antara الدخان dan الضباب dan istilah ini juga digunapakai dalam penggunaan orang Arab.

- Tinta Bahasa
420000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

20 Agu 2026, 09.04

🚨 LAST CALL! PENDAFTARAN AKHIR 🚨

🔰 WEBINAR BAHASA ARAB HARAMAIN
Asas Kaedah Lahjah Hijaziyyah (Dialek Mekah & Madinah) dalam 2 Jam

Khas untuk Mutawwif & Petugas Tanah Suci yang mahu berkomunikasi dengan lebih natural, yakin dan praktikal ketika berada di Mekah & Madinah. 🇸🇦

📅 23 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
💻 Google Meet
💵 Yuran: RM50 sahaja

🔥 APA YANG ANDA AKAN PELAJARI?

✅ Fahami “Mindset” Dialek Arab
Ketahui bila perlu menggunakan Bahasa Arab Standard (Fus-ha) dan bila lebih sesuai menggunakan ‘Ammiyyah/Lahjah supaya komunikasi tidak kedengaran terlalu formal atau janggal.

✅ 22 Kaedah Asas Lahjah Hijaziyyah
Pelajari pola dan kaedah penting dialek yang digunakan dalam komunikasi harian masyarakat Mekah & Madinah.

✅ Ayat & Uslub Praktikal untuk Mutawwif
Latihan berdasarkan situasi sebenar seperti:

✈️ Urusan di lapangan terbang
🏨 Komunikasi di hotel
💰 Tawar-menawar & urusan harga
🚨 Kecemasan dan jemaah sesat
🕋 Situasi sekitar Haramain
👮 Cara berkomunikasi secara sopan dan berhemah dengan askar serta petugas tempatan

⚠️ LAST CALL — TEMPAT TERHAD!

Kalau anda bakal membawa jemaah ke Tanah Suci, jangan sekadar tahu Bahasa Arab — belajarlah cara orang Mekah & Madinah benar-benar berkomunikasi.

📲 DAFTAR SEKARANG
WhatsApp: 016-335 6831
427000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

18 Agu 2026, 04.54

Selain penggunaan perkataan نفس yang bermaksud sama, kita juga boleh guna perkataan ذات.

Contoh ayat:

ذاتَ الشخص الذي رأيته أمس
Orang yang sama yang saya lihat semalam.

ذَات الفِكْرَة قَد نُوقِشَتْ فِي ذَلِكَ الاِجْتِمَاع
Idea yang sama telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

- Tinta Bahasa
#tintabahasa
373000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

13 Agu 2026, 07.53

Photo1/2
Terjemahan:

لَقَد تَغَيَّرتَ كَثِيرًا، مَاذَا طَبَّقتَ؟
“Engkau sudah banyak berubah, apa yang telah kau amalkan?”

القَرَارَات
“Buat keputusan.”

#tintabahasa #terjemahan
457000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

08 Agu 2026, 12.54

Kalau di Mekah/Madinah, kita akan terdengar orang Arab sebut عَلَى فِين. Maksudnya sama seperti إلى أين iaitu Kau mahu pergi mana?

Atau lebih panjang sikit,
عَلَى فِين رَايِح؟
Nak pi mana tu?

Boleh juga sebut, على وين.

Huruf عَلَى digunakan dalam dialek harian kerana ia menyerap fungsi kata arah إِلَى untuk memudahkan sebutan lisan (phonetic simplicity) dan memberikan gambaran "sedang menuju ke arah suatu lokasi. Jadi jangan terjemah ‘ala dengan makna di atas/on.

Ada banyak lagi gaya/uslub yang saya akan share dalam webinar Bahasa Arab Haramain (Kaedah Lahjah Hijaziyyah (Dialek Mekah & Madinah) untuk Mutawwif & Petugas Tanah Suci. Malah ia terbuka kepada sesiapa sahaja peminat bahasa Arab yang mahu mempelajari sesuatu yang baru.

#tintabahasa #dialekhijaziyyah
460000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

05 Agu 2026, 10.23

🔰 WEBINAR BAHASA ARAB HARAMAIN

Asas Kaedah Lahjah Hijaziyyah (Dialek Mekah & Madinah) dalam 2 Jam untuk Mutawwif & Petugas Tanah Suci.

📅 Tarikh: 23 Ogos 2026
⏰ Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari (Durasi 2 Jam)]
📍 Platform: Google Meet
💵 Yuran: RM50

Apa yang Peserta Akan Belajar (Key Highlights)

✅ Fahami 'Mindset' Dialek: Bezakan penggunaan Bahasa Standard (Fus-ha) dengan Dialek @ Ammiyyah) agar tidak janggal berkomunikasi.

✅ 22 Kaedah Asas Lahjah Hijaziyyah.

✅ Ayat dan Uslub Praktikal Mutawwif: Simulasi situasi sebenar di lapangan terbang, hotel, tawar-menawar harga, urusan kecemasan/jemaah sesat, hinggalah cara berlembut dengan askar/petugas Haramain.

DAFTAR SEKARANG. Tempat Adalah Terhad!

📞 0163356831
457000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

02 Agu 2026, 16.49

“SAYA TELAH LAMA BELAJAR BAHASA ARAB TAPI MASIH TIDAK DAPAT-DAPAT NAK KUASAINYA DENGAN BAIK.”

Wahai anakku, teruslah bersabar dan berjuang. Mari kita baca nasihat Sheikh Muhammad bin Muhammad Mukhtar Al-Shanqiti حفظه الله ورعاه.

فإذا نظر الإنسان إلى هذا الانكسار هذا الانكسار من أعظم العبادة لله عز وجل
Apabila seseorang manusia melihat kepada kepasrahan/kehancuran hati, kepasrahan ini adalah antara sekuat-kuat ibadah kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

فأبشر بخير ما دام عندك هذا الشعور في كل باب من أبواب الخير
Maka bergembiralah dengan kebaikan selagi mana engkau mempunyai perasaan ini dalam setiap pintu daripada pintu-pintu kebaikan.

لربما تأتي تريد أن تطلب العلم فتجد الشيطان قد أغلق عليك كل باب
Boleh jadi engkau datang dengan niat mahu menuntut ilmu, lalu engkau mendapati syaitan telah menutup di setiap pintu.

وكل ما أردت أن تضبط العلم وتحصله أقبل عليك بالفتن والمحن
Dan setiap kali engkau mahu menguasai serta meraih ilmu tersebut, syaitan akan mendatangkan ujian dan fitnah kepadamu.

هذه هي المجاهدة والمكابدة فلربما يمكث عشر سنوات وهو لا يستطيع أن يضبط العلم ضبطه ثم يفتح عليه بعد العشر فتحا عجيبا
Inilah dia perjuangan (mujahadah) dan kesusahan. Boleh jadi seseorang itu bertahan selama 10 tahun tanpa mampu menguasai ilmu itu dengan sempurna, kemudian selepas 10 tahun Allah membuka kefahaman baginya dengan keluasan pintu yang menakjubkan.

ومن هنا قال بعض السلف كابدت الصلاة عشرين عاما فتلذذت بها عشرين عاما
Oleh sebab itulah sebahagian ulama Salaf pernah berkata: "Aku berjuang dan bersusah-payah mendirikan solat selama 20 tahun, lalu aku dapat menikmati kemanisan solat itu selama 20 tahun.

ابدها عشرين عام وهو يريد أن يتعلم خشوعها ويتعلم إخباتها ويتعلم كيف يصلي الخاشعون وكيف يخبت المخبتون ثم فتح الله عليه بعد ذلك
Beliau bersusah-payah selama 20 tahun kerana mahu mempelajari khusyuk, mempelajari rasa tunduk rendah diri, mempelajari bagaimana orang-orang yang khusyuk bersolat dan bagaimana orang yang tunduk merendah diri, lalu Allah membuka jalan baginya selepas itu.

فأبشر بكل خير وما عليك إلا أن تحسن الظن بالكريم الذي لا تنفد خزائنه سبحانه وتعالى
Oleh itu, bergembiralah dengan segala kebaikan. Tiada apa yang perlu engkau lakukan melainkan bersangka baik terhadap Yang Maha Pemurah (Allah) yang tidak pernah habis perbendaharaan-Nya, Maha Suci Allah dan Maha Tinggi.

Allahuakbar.

Ya Allah, begitu jugalah dengan soal rezeki yang lain. Mungkin 10 tahun kami berjuang jatuh bangun atau seperti tidak pernah dapat apa yang kami mahukan. Namun dengan terus bersangka baik kami pada Mu, tuhan yang maha pemurah, kami terus berharap impian itu akan dimakbulkan oleh mu. Wahai tuhan sekalian alam. الله ربنا رب العالمين

#tintabahasa
432000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

30 Jul 2026, 18.57

Bagaimana nak terjemah “As we speak”?

Contoh ayat:

He is on his way here as we speak.

“As we speak” disini bermaksud pada ketika ini atau pada saat ini atau sekaran:

هو في طريقه إلى هنا في هذه اللحظة
Dia sedang dalam perjalanan ke sini pada saat ini.

Tidak perlu terjemah,

“Ketika kita sedang bercakap”.

#tintabahasa
403000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

13 Jul 2026, 11.22

Photo1/2
📢 CONTINUING TOURISM RELATED EDUCATION (CTRE) – MOTAC

Enhance your guiding skills in support of the Visit Malaysia 2026 campaign!

We are pleased to offer CTRE-approved courses specially designed for Licensed Tourist Guides:

Arabic for Tourist Guides: Communication and Cultural Practices of Arab Tourists in Malaysia

📅 25 July 2026 (Saturday)

⏰ Time: 9.00 PM – 11.00 PM
💻 Mode: Online (Google Meet)

💰 Fee:
• PPMM Member: RM40 per CTRE
• Non-Member: RM50 per CTRE

🎤 Speaker:
Mohd Danial Mohd Saodi
Arabic Communication Coach, Certified Arabic Teacher for Non-Native Speakers by King Salman Global Academy for Arabic Language (KSAA)

📲 Registration & Enquiries: 016-335 6831

Limited slots available. Early registration is encouraged.
616000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

11 Jul 2026, 05.11

Hafal doa bahasa Arab pendek ini dan jadikan kebiasaan mengungkapkannya.

Ia juga adalah satu bentuk ucapan berbentuk doa yang sering dibaca oleh para masyaikh dalam kuliah mereka.

نَسأَلُ اللهَ السَّلَامَةَ وَالعَافِيَةَ

Maksudnya:

“Kami memohon kepada Allah keselamatan dan kesejahteraan.”

Maksud السَّلَامَة (as-salāmah) ialah keselamatan yang terpelihara daripada bahaya, musibah dan kebinasaan, selamat dari segi akidah, iman, ibadah dan akhlak, selamat daripada fitnah, dosa dan kesesatan, selamat menjaga tubuh badan, keluarga dan harta.

Maksud الْعَافِيَة (al-’āfiyah) ialah kesejahteraan mendapat nikmat kesihatan fizikal dan mental, mendapat Kehidupan yang tenang dan diberkati. Memperoleh perlindungan daripada penyakit, ujian yang memudaratkan dan bala serta dipelihara daripada segala perkara yang boleh merosakkan agama dan kehidupan di dunia serta akhirat.

Secara kesimpulan, apabila seseorang memohon السَّلَامَةَ وَالعَافِيَةَ, dia sebenarnya sedang memohon kepada Allah ‘azzawajalla agar:

- Dilindungi daripada segala keburukan,
- Dikurniakan kesihatan dan ketenangan,
- Dipelihara iman dan agamanya,
- serta diberikan kehidupan yang baik di dunia dan keselamatan pada hari akhirat.

Sebab itulah ada para ulama menyatakan bahawa al-’āfiyah adalah nikmat yang sangat besar selepas nikmat Iman.

#tintabahasa
#notadoaterjemahan
514000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

01 Jul 2026, 07.09

Photo1/2
📢 CONTINUING TOURISM RELATED EDUCATION (CTRE) – MOTAC.

Enhance your guiding skills in support of the Visit Malaysia 2026 campaign!

We are pleased to offer CTRE-approved courses specially designed for Licensed Tourist Guides:

🟨 CTRE 1
Arabic for Tourist Guides: Communication and Cultural Practices of Arab Tourists in Malaysia

Choose any available date

📅 11 July 2026 (Saturday)
📅 21 July 2026 (Tuesday)

🟨 CTRE 2
Inside the Mosque: A Practical Guide for Non-Muslim Licensed Tourist Guides

Choose any available date

📅 12 July 2026 (Sunday)
📅 22 July 2026 (Wednesday)

⏰ Time: 10.00 AM – 12.00 PM
💻 Mode: Online (Zoom)

💰 Fee:
• PPMM Member: RM40 per CTRE
• Non-Member: RM50 per CTRE

🎤 Speaker:
Mr. Mohd Danial Mohd Saodi
Arabic Communication Coach & PhD Candidate
(Management of Mosque Tour Programs)

📲 Registration & Enquiries: 016-335 6831

Limited slots available. Early registration is encouraged.
447000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

01 Jul 2026, 06.12

It’s About Feeling Safe.

It has been quite a while since I last shared anything about language notes.

Improving my language skills is something I work on almost every day. I’m not just listening, I’m observing and absorbing: words, phrases, expressions, even sounds and intonation.

Over the past few days, I’ve noticed some people talking about how confident they feel speaking English with native speakers. One of them said, “I feel comfortable conversing when I’m in an English-speaking country, but I wonder why this happens and why I can’t do the same when I’m in Malaysia.”

The answer is feeling safe.

When you feel safe, your mind knows that native English speakers won’t judge your language. Even though you may still make mistakes, you don’t feel afraid of being judged. Instead of focusing on developing the language, your mind often gets stuck on trying to be grammatically perfect and worrying about looking weak.

That’s why you feel more comfortable speaking with native speakers and in an English-speaking environment because people are generally supportive rather than judgmental. Yes, speaking with native speakers is one of my personal tips for improving language proficiency.

I can still recall my journey with Arabic. It began almost 20 years ago when I was in high school. I didn’t learn Arabic formally, but I was fortunate to have some ustaz and ustazah who could speak Arabic quite well.

There was no real environment for learning the language.

I was walking alone in this journey very passionate. I felt genuinely happy just listening to people speak Arabic. From that feeling, I searched for ways to start learning seriously. While waiting for my SPM results, I attended private classes for tahsin of my Qur’an recitation and learned Arabic at a kindergarten level simply memorising words. I was 18 years old at the time.

But looking back, I realised that I had actually been exposed to ‘Arabic’ earlier, during my primary school years at Madrasah Al-Mansoriah, Pengkalan Hulu, Perak. That was where I learned fardhu ain and some Islamic subjects, including Arabic. Memorising without truly understanding the language is still a common learning method in Malaysia.

This is one of the reasons why students from Islamic schools despite studying Arabic for at least six years often struggle to speak even simple daily conversations.

My real progress began when I spent more time with native Arabic speakers when I was in International Islamic College, Saudis, Palestinians, and Sudanese were among my closest friends at that time. We had very good relationships, and I felt very safe conversing with them.

I always found time to mingle with them. Interestingly, I wasn’t even aware that I was developing my language skills through these interactions. The concept of “safety” wasn’t something I consciously thought about back then.

Yet, feeling safe is something we need to experience frequently.

When I started learning Japanese about six years ago, I applied the same concept. I had a Malaysian sensei and Japanese sensei. I observed, listened, and tried even when it was difficult. Japanese truly fascinates me.

I also had the experience of teaching two Japanese students Iqra’ and Arabic, and I took that opportunity to practise my Japanese. Additionally, working as a mosque tour guide became one of the best platforms for developing any language you want to master.

I feel very safe speaking with native Japanese speakers, even though my Japanese is still very limited. That sense of safety is how I develop foreign languages. This is how I’ve trained my brain to grow.

I have so much more to share about my journey. I’m not perfect. Learning is a lifelong process, and I choose to remain a lifelong learner perhaps until one day.

Motivation, psychology, mindset, passion, intention, and purpose…all of these matter.

I will keep learning. I love learning ❤️

May Allah bless all our learning journeys. Allah is the One who opens for us knowledge, hikmah, and basirah.

The journey continues. Thank you for reading 🫶🏼

- Mohd Danial
#tintabahasa
405000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

25 Mei 2026, 06.47

Kenapa Faham I’rab Penting Dalam Penentuan Makna sebelum menterjemah?

Dalam bahasa Arab, sistem i‘rab merupakan asas penting yang menentukan fungsi sintaksis setiap perkataan dalam ayat. Perubahan pada baris akhir kata nama atau kata kerja bukan hanya sekadar perubahan bunyi, tetapi menunjukkan hubungan tatabahasa seperti pelaku (fa‘il), objek (maf‘ul bihi), hal, maf‘ul li-ajlih dan sebagainya.

Penguasaan sistem ini sangat penting dalam penterjemahan kerana ia membantu menentukan struktur makna, peranan setiap unsur dalam ayat, serta arah makna yang ingin disampaikan oleh penutur asal.

Sebagai contoh, dalam hadis Rasulullah s.a.w:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّىٰ يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Perkataan مَا ialah isim mawṣūl yang berperanan sebagai maf’ūl bihi kepada fi’il يُحِبُّ.

Terjemahan yang tepat ialah:

"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyukai untuk saudaranya apa yang dia sukai untuk dirinya sendiri."

Namun, jika peranan kata mā sebagai objek tidak dikenal pasti dengan tepat, penterjemah boleh tersilap dan menghasilkan

Terjemahan yang kurang tepat,

contohnya: “Iman seseorang tidak akan sempurna sehingga dia menyukai saudaranya seperti dia menyukai dirinya sendiri.”

Kesilapan ini berlaku kerana tidak memahami struktur i‘rab, yang dalam konteks ini mengubah makna daripada unsur yang menjadi objek perbuatan kepada individu yang menjadi sasaran tindakan tersebut.

Oleh itu, yang dimaksudkan Nabi saw adalah dala hadis itu adalah,

kita perlu mempunyai sifat ihsan dan kasih sayang sesama manusia, iaitu:

- Kita suka sesuatu kebaikan untuk diri sendiri,
- Maka kita juga perlu suka kebaikan yang sama untuk saudara Muslim lain.

Contoh mudah:

Kalau kita suka mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, kita juga patut doakan dan gembira jika rakan kita berjaya

Kalau kita suka dihormati orang lain, kita juga tidak sepatutnya merendahkan atau menjatuhkan orang lain

Kalau kita suka mendapat rezeki yang baik, kita juga tidak dengki jika orang lain lebih berjaya.

يحب
Disini lebih tepat diterjemah menyukai bukan mencintai. حب bukan semua diterjemah cinta dan hadis ni bukan bermaksud cinta batang tubuh saudara kita, tapi suka pada benda yang kita juga suka untuk diri kita sendiri.

Ia menunjukkan tahap kesempurnaan iman yang berkait dengan akhlak dan hati yang tidak hasad serta suka kebaikan untuk orang lain seperti untuk diri sendiri.

Fawaid ini boleh didapati daripada buku Penterjemahan Arab - Melayu (Teori, Teknik dan Aplikasi) oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid حفظه الله ورعاه.

#tintabahasa #terjemahan
595000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

29 Apr 2026, 10.03

Beza nuansa antara لا أدري dan لستُ أدري

Secara asasnya kedua-duanya bermaksud “Saya tidak tahu”. Namun lastu adri membawa makna penafian kepada andaian yang kita tahu sesuatu perkara itu.

Contoh konteks orang sangka kita tahu, tapi kita nak betulkan sangkaan itu.

أنت تعرف سبب التأخير، أليس كذلك؟
Awak tahu sebab kelewatan tu, kan?

لستُ أدري.
Saya bukan dalam keadaan tahu yakni saya menafikan andaian kamu yang kata saya mesti tahu.

Ia juga menbawa nada lebih tegas dan formal.

Tapi untuk konteks ini nak sebut لا أدري sahaja pun boleh, namun jika kita letak sedikit tambahan kata penegasan lebih cantik demi menyangkal andaian itu.

Contoh:

والله لا أدري
Aku benar-benar tidak tahu.

- Tinta Bahasa
487000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

29 Apr 2026, 10.03

Photo
Di antara mutiara hikmah Al-Rafi'i:

Dahulu bahasa Arab adalah sebuah kerajaan tanpa penguasa, hingga datangnya Al-Qur'an.
493000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

29 Apr 2026, 10.03

TERJEMAHAN.

Jika jumpa perkataan ابن خالتي, tidak perlu terjemah panjang seperti

“Anak lelaki mak cik sebelah ibu saya” atau
“Anak lelaki ibu saudara sebelah mak saya”

Ringkas: “Sepupu lelaki sebelah ibu.”

Namun, jika konteks telah jelas diketahui oleh pembaca atau pendengar, maka pendekkan sahaja.

“Sepupu saya”

Sebab konteks dah diketahui, sepupu tu lekaki atau perempuan, dah belah ibu atau ayah.

Contoh:

من هو؟
Siapa dia?

هو ابن خالتي
Dia sepupu aku.

Melainkan kita yakin dia tak tahu, maka kita detailkan sikit lagi,

“Dia sepupu sebelah ibu aku”

- Tinta Bahasa
556000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

29 Apr 2026, 10.03

Contoh Terjemahan.

وإني على يقين أن أحدا لن يقرأها فيخرج منها بغير فائدة .

“Dan aku yakin bahawa tiada seorang pun yang akan membacanya lalu keluar tanpa mendapat faedah daripadanya.”

Namun boleh sahaja guna struktur ayat positif tanpa ikut sebiji-sebiji struktur ayat bahasa Arab.

Contoh:

“Dan aku yakin bahawa pembaca pasti akan mendapat manfaat daripada bacaan ini.”

Ini dinamakan terjemahan bebas / liberal (free translation) atau terjemahan makna (sense-for-sense translation).

Penggunaan bahasa ini lebih natural dalam bahasa Melayu malah lebih mudah difahami.

#tintabahasa
451000
Tinta Bahasa logo
Tinta Bahasa

29 Apr 2026, 10.03

Photo
Cakap je bahasa Arab, jangan takut atau terlalu risau nahu salah.

Memang itu prosesnya. Asalkan kita terus belajar dan betulkan. Lama-lama nanti akan fluent lah dan kurang lah silap.

Nak perfect? Orang Arab pun kadang tersasul dan tersilap hehe.

#tintabahasa
551000

Showing 30 of 35 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram Tinta Bahasa tentang apa?+

Tinta Bahasa (@tintabahasa) adalah channel Telegram di kategori Belajar Bahasa di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 2.837 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan Tinta Bahasa (@tintabahasa)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @tintabahasa gratis.

Apakah Tinta Bahasa channel Belajar Bahasa yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan Tinta Bahasa sebelum bergabung. Saat ini sekitar 2.837 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Belajar Bahasa serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan Tinta Bahasa?+

Di tgdio, buka halaman @tintabahasa untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.