UiTM Kampus Pasir Gudang Official Telegram channel photo

UiTM Kampus Pasir Gudang Official

@uitmkpgPublic Channel

Memberikan informasi semasa berkaitan pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang

655

Last views

4.8k (4,821 subscribers)
Anggota
—
Rating
58
Total Posts
Oct 15, 2026, 4:14 PM
Diperbarui
Apr 10, 2026
Created
Stats

Anda melihat konten dalam bahasa Indonesia. Untuk melihat konten dalam bahasa lain, ubah bahasa situs web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameUiTM Kampus Pasir Gudang Official
Username@uitmkpg
CategoryBerita Terkini
LanguageIndonesia
CountryIndonesia
Anggota4,821
Channel TypePublic Channel
Created10 Apr 2026
Last Updated15 Okt 2026 • 7 hari yang lalu
StatusActive

Peringkat

Peringkat Global
#18060+2
Peringkat Bahasa
#67-1
Peringkat Kategori
#391-1

Pertumbuhan Pelanggan

Total: 4.8K30 Days growth: +79819.8%
09/1609/2109/2610/0110/0610/1110/15
Pertumbuhan Pelanggan - 30 Days
DateSubscribers
16:09:20264,023
17:09:20264,023
18:09:20264,035
19:09:20264,035
20:09:20264,035
21:09:20264,035
22:09:20264,035
23:09:20264,035
24:09:20264,035
25:09:20264,035
26:09:20264,035
27:09:20264,035
28:09:20264,035
29:09:20264,035
30:09:20264,035
01:10:20264,035
02:10:20264,035
03:10:20264,035
04:10:20264,035
05:10:20264,035
06:10:20264,035
07:10:20264,035
08:10:20264,035
09:10:20264,035
10:10:20264,035
11:10:20264,035
12:10:20264,035
13:10:20264,035
14:10:20264,035
15:10:20264,821
Pertumbuhan Pelanggan - Weekly
DateSubscribers
Week of 06:04:20264,000
Week of 13:04:20263,999
Week of 20:04:20263,999
Week of 27:04:20263,963
Week of 04:05:20263,963
Week of 11:05:20263,963
Week of 18:05:20263,932
Week of 25:05:20263,932
Week of 01:06:20263,932
Week of 08:06:20263,932
Week of 15:06:20263,932
Week of 22:06:20263,932
Week of 29:06:20263,974
Week of 06:07:20263,974
Week of 13:07:20263,974
Week of 20:07:20263,974
Week of 27:07:20263,974
Week of 03:08:20263,989
Week of 10:08:20263,989
Week of 17:08:20264,004
Week of 24:08:20264,010
Week of 31:08:20264,010
Week of 07:09:20264,023
Week of 14:09:20264,035
Week of 21:09:20264,035
Week of 28:09:20264,035
Week of 05:10:20264,035
Week of 12:10:20264,821
Pertumbuhan Pelanggan - Monthly
DateSubscribers
April 20263,999
May 20263,932
June 20263,932
July 20263,974
August 20264,010
September 20264,035
October 20264,821
Pertumbuhan Pelanggan - Yearly
DateSubscribers
20264,821

Postingan Terbaru

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

🔊 PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20264

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan penangguhan bayaran yuran pengajian melalui Online Fee Deferment telah DILANJUTKAN sehingga 13 November 2026. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh menghantar permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/ dengan kadar segera.

Pelajar yang gagal membayar yuran pengajian mengikut tempoh yang telah ditetapkan akan dikenakan status GUGUR TARAF (GT).

[📌Ringkasan Tarikh Penting‼️]

🟠 Tarikh Akhir Bayaran Yuran Pengajian:
• 18 November 2026

🟠 Tarikh Akhir Permohonan Penangguhan Bayaran Yuran Pengajian:
• 13 November 2026

🔴Gugur Taraf:
• 25 November 2026

🟠 Tarikh Akhir Bayaran Yuran Pengajian (Lulus Penangguhan Yuran):
• 22 Disember 2026

🔴 Gugur Taraf Muktamad
• 31 Disember 2026

Sekian, terima kasih.


Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
19 Okt 2026 | Isnin
655000
Photo1/2
𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫, 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐆𝐮𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑, 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐆𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏𝟗 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟐𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Adalah…
2,070000
𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈

𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒
𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫, 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐆𝐮𝐝𝐚𝐧𝐠

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑, 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐆𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏𝟗 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟐𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pengoperasian UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang akan ditutup sementara bermula pada 19 Oktober 2026 (Isnin) hingga 23 Oktober 2026 (Jumaat).

Keputusan penutupan ini diambil selaras dengan arahan dan garis panduan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai penutupan premis institusi pendidikan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200 (Sangat Tidak Sihat). Langkah ini adalah bagi memastikan kesihatan, keselamatan, dan kebajikan seluruh warga kampus sentiasa terjamin.

Sehubungan dengan itu, sepanjang tempoh penutupan ini:
• Pengajaran dan Pembelajaran (PdP): Semua sesi kuliah dan aktiviti akademik akan dilaksanakan secara dalam talian (online).
• Pengoperasian Pentadbiran: Staf pentadbiran dan sokongan dikehendaki melaksanakan tugas secara Bekerja Dari Rumah (BDR), kecuali bagi perkhidmatan penting (essential services) yang ditetapkan oleh pengurusan.
• Aktiviti Kampus: Semua aktiviti luar, sukan, dan program bersemuka di dalam kawasan kampus adalah ditangguhkan serta-merta.
• No. Telefon yang boleh dihubungi sepanjang tempoh penutupan kampus:
i. Penolong Rektor : Dr. Siti Khadijah: 012-3480423
ii. Timbalan Pendaftar : En. Shaiful Anuar Sabu: 012-2831543
iii. Hal Ehwal Pelajar : 07-3818032
iv. Hal Ehwal Akademik : 07-3818008/ 8007/ 8006/ 8009 (whatsapp) & [email protected]

Pihak pengurusan kampus memohon kerjasama seluruh warga untuk sentiasa mengehadkan aktiviti di luar bangunan, memakai pelitup muka, dan mengambil langkah penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Operasi kampus dijangka kembali berjalan seperti biasa pada 26 Oktober 2026 (Isnin), tertakluk kepada perubahan dan pemantauan paras IPU semasa.

Sebarang perubahan atau makluman lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Universiti
Sekian.

𝑼𝒏𝒊𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒕𝒊 𝑼𝒏𝒈𝒈𝒖𝒍 𝑷𝒆𝒎𝒂𝒄𝒖 𝑩𝒖𝒎𝒊𝒑𝒖𝒕𝒆𝒓𝒂 𝑷𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍

اوسها، تقوى، مليا

#uitmdihatiku
#uitmpasirgudang
#johor4excellence #uitmjohorpremium2030
2,080000
Photo1/2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, PEMAKLUMAN LANJUTAN TARIKH PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR SESI SEPTEMBER 2026 – FEBRUARI 2027 Dengan segala hormatnya perkara di…
2,730000
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN LANJUTAN TARIKH PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR SESI SEPTEMBER 2026 – FEBRUARI 2027

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan Bantuan Zakat Pelajar UiTM Cawangan Johor bagi Sesi September 2026 – Februari 2027 telah dilanjutkan daripada 16 Oktober 2026 kepada 21 Oktober 2026 (Rabu).

Permohonan boleh dibuat melalui Sistem e-Zakat menerusi pautan berikut:

https://tinyurl.com/bdek64a9

PERHATIAN: Sistem e-Zakat hanya boleh diakses melalui rangkaian dalaman UiTM di dalam kampus. Pelajar juga diminta memastikan semua dokumen sokongan yang diperlukan disediakan dengan lengkap sebelum mengemukakan permohonan.

Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam membantu menyampaikan makluman ini kepada pelajar amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

اوسها، تقوى، مليا

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Sekian, wassalam.

Unit Hal Ehwal Islam,
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
Telefon: 07-3818038/8051
2,490000
Photo1/2
📢 HEBAHAN PERMOHONAN PENERAPAN PRA DIPLOMA KE DIPLOMA UiTM
Sesi Kemasukan Mac 2027 (20272)

Pelajar Pra Diploma UiTM Sesi 1 2026/2027 (Ambilan Oktober 2026) kini boleh membuat permohonan Penerapan Pra Diploma ke Diploma bagi kemasukan Mac 2027.

📅 Tempoh Permohonan:
12 – 26 Oktober 2026

🎫 No. Pin BSN:
Program 6 – Penerapan Pra Diploma ke Diploma | RM10.00
Pembelian melalui Kaunter BSN, ATM atau aplikasi myBSN.

🌐 Permohonan:
iStudent Portal – istudent.uitm.edu.my
Pilih menu “Appeal for Continuation of Studies”

📌 Calon yang layak:
Pelajar Pra Diploma Sesi 1 2026/2027 (Ambilan Oktober 2026) , kecuali AS002/AS003 Semester 1.

Bagi calon bukan sesi semasa, permohonan hendaklah dibuat secara manual dengan mengemukakan Nama Penuh, No Pelajar, No. Kad Pengenalan & Slip keputusam peperiksaan melalui emel:
📧 [email protected]

📚 Rujukan syarat kelayakan penerapan:
https://sites.google.com/uitm.edu.my/prauitm/penerapan

🔎 Tarikh-tarikh penting:
pengambilan.uitm.edu.my
2,260000
Photo1/4
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

PENUNDAAN TARIKH PELAKSANAAN UJIAN SPEAKING MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) SESI 3 TAHUN 2026 SELURUH NEGARA

Tarikh Ujian Speaking 2026 : 12, 13 & 14 Oktober 2026 akan ditunda ke 2, 3 & 4 November 2026 (Seluruh Negara)

Tarikh Ujian Speaking Sesi 3 2026 (Johor) : 7, 8 Oktober 2026 diubah ke 19 dan 20 Oktober 2026 (Daerah Batu Pahat : 7 Oktober 2026 digantikan pada 19 Oktober 2026 dan Seluruh Negeri Johor : 8 Oktober 2026 digantikan pada 20 Oktober 2026)

Tarikh Ujian Bertulis (Written) KEKAL 17 Oktober 2026.

Semua calon boleh membuat semakan tarikh baharu ujian yang dikemaskini dalam MUET/D pada 15 Oktober 2026.

Sekian utk makluman tuan/puan.

[Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia, 09 Okt 2026]
3,050000
Photo1/2
PEMAKLUMAN UJIAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) Susulan keadaan jerebu yang melanda seluruh negeri Johor dan pengumuman penutupan institusi pendidikan seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Johor, Majlis…
3,360000
PEMAKLUMAN
UJIAN MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Susulan keadaan jerebu yang melanda seluruh negeri Johor dan pengumuman penutupan institusi pendidikan seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Johor, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengambil langkah MEMBATALKAN Ujian MUET Speaking (800/2) pada tarikh 8 Oktober 2026 di semua pusat ujian MUET di negeri Johor. 

Tarikh Ujian MUET Speaking (800/2) pada tarikh 12, 13, dan 14 Oktober 2026 akan DITERUSKAN seperti yang dijadualkan termasuk pusat ujian di Daerah Batu Pahat. Ini tertakluk kepada pengumuman oleh Kementerian Pendidikan dan Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri Johor.

Tindakan ini diambil adalah selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) dan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tindakan berkaitan pengurusan jerebu di sekolah hendaklah dilaksanakan berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan arahan pihak berkuasa pendidikan.

Pemakluman tarikh Ujian MUET Speaking (800/2) yang baharu bagi calon yang dibatalkan ujiannya pada tarikh 7 dan 8 Oktober 2026 bagi seluruh negeri Johor termasuk Daerah Batu Pahat akan diumumkan kemudian setelah institusi pendidikan dibuka semula tertakluk kepada pengumuman oleh Kementerian Pendidikan dan Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri Johor.

MPM sentiasa mengambil berat aspek kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan calon dan semua petugas ujian dan akan terus memantau situasi jerebu dari semasa ke semasa.

Jika terdapat sebarang kemusykilan, calon boleh menghubungi Bilik Gerakan MPM di talian dan e-mel seperti yang tertera di bawah. Calon juga boleh merujuk Portal MPM untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan penjadualan semula Ujian MUET Speaking yang ditangguhkan.

KETUA EKSEKUTIF
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG
68100 BATU CAVES
SELANGOR
(U.P. BAHAGIAN PENGENDALIAN STPM DAN MUET)


Telefon 03-61261668
E-mel: [email protected]
Portal: http://www.mpm.edu.my

TAMAT
7 OKTOBER 2026
3,400000
Photo1/2
[🔊 HEBAHAN PENTING‼️]

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting berkaitan kursus, yuran, rekod pelajar dan perkuliahan bagi Semester Sep 2026 - Feb 2027 (20264).

Setiap pelajar UiTMPG dimohon untuk sentiasa cakna akan tarikh-tarikh penting ini agar tidak tercicir dan menghadapi sebarang masalah kelak.

Kalendar Akademik 20264 yang lengkap boleh diakses di https://hea.uitm.edu.my/index.php/calendars/academic-calendar.
3,380000
Photo1/2
‼️ PENGUMUMAN PENTING ‼️

IKLAN PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) DAN PROGRAM PROFESIONAL UiTM BAGI SESI 2 2026/2027 - KEMASUKAN MAC 2027

Permohonan kemasukan program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) UiTM bagi sesi 2 2026/2027 bagi lepasan STPM/Setaraf, dibuka mulai 05 Oktober 2026 - 16 November 2026 dan Program Profesional mulai 05 Oktober 2026 - 30 November 2026.

PASTIKAN CALON MENYEMAK KELAYAKAN SYARAT KHAS PROGRAM SEBELUM MEMOHON.

Sekian, dimaklumkan.

SELAMAT MAJU JAYA

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Permohonan : pengambilan.uitm.edu.my
Semak Syarat : selangkah.uitm.edu.my
Live chat: https://tawk.to/bppuitm

🏢Unit Sarjana Muda
📱No. Tel : 03-5544 3174/3195/3198/2798
📩Emel Unit Sarjana Muda: [email protected]

🏢Unit Pentadbiran dan Program Profesional
📱No. Tel : 03-5544 3168/3172
📩Emel Unit Pentadbiran dan Program Profesional : [email protected]
3,820000
Assalamualaikum WBT,

📣 KAUNTER TABUNG HAJI (TH) @ UiTM PASIR GUDANG

Tarikh/Hari: 04 Oktober 2026 / Ahad
Lokasi: Perpustakaan Tun Dr Ismail, UiTM Pasir Gudang
Waktu : 8.30 pm - 1.00 pm

Urusan yang boleh dilakukan:

✅Direct Debit / Potong Gaji
✅Pendaftaran TH Khairat
✅Pendaftaran THiJARI
✅Pembukaan akaun baru
✅Kemaskini akaun
✅Simpanan tunai

Sila bawa bersama kad pengenalan (dewasa) dan Mykid/ surat beranak (kanak2) bagi pembukaan akaun baharu dan urusan2 berkaitan.

Semua dijemput hadir.
3,230000
Photo1/2
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

DIBUKA: PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YURAN PENGAJIAN SESI 20264

Sukacita dimaklumkan bahawa sistem permohonan penangguhan bayaran yuran pengajian (e-deferment) telah DIBUKA bagi tempoh 24 Sep - 18 Okt 2026. Sehubungan itu, pelajar yang mempunyai kekangan pembayaran yuran pengajian boleh membuat permohonan melalui portal pelajar atau klik pautan https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/.

Pelajar yang telah diluluskan penangguhan yuran pengajian akan diberikan status yuran Y3. Manakala tarikh akhir bayaran yuran pengajian bagi pelajar yang diluluskan penangguhan pembayaran adalah pada 22 Disember 2026.

Nota: Status Gugur Taraf (GT) akan dikenakan sekiranya tiada pembayaran yuran direkodkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
5,300000
Photo1/2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, HEBAHAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UiTM CAWANGAN JOHOR SESI SEPTEMBER 2026 – FEBRUARI 2027 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.…
4,530000
Photo
PERINGATAN MESRA‼️

Semua pelajar perlu mematuhi sahsiah rupa diri (SRD) sepanjang peperiksaan seperti poster di atas.

Nota:
• Jaket fakulti ❌
• Seluar jeans ❌
• Jubah (Jumaat) ❌
• Kurta (Jumaat) ❌
3,100000
Photo
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

[HEBAHAN PENTING‼️] PEMAKLUMAN LARANGAN DALAM DEWAN PEPERIKSAAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, beberapa item khususnya peranti elektronik adalah TIDAK DIBENARKAN untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan berkuat kuasa Sesi Mac - Ogos 2026 (20262). Senarai boleh dirujuk melalui poster hebahan.

3. Sehubungan itu, pelajar UiTM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan barang peribadi masing-masing. Pihak UiTM tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan barang di lokasi peperiksaan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
16 Julai 2026
4,080000
Photo
🚨 𝗔𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗕𝗘𝗥 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗨𝗶𝗧𝗠 🚨

Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengesan kewujudan 𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘄𝗲𝗯 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂 yang menyamar sebagai 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗨𝗶𝗧𝗠

⚠️ 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮, 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗺𝗮𝘁𝗿𝗶𝗸, 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗹𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶 pada laman web tersebut.

✅ Akses semua sistem UiTM 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘄𝗲𝗯 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶, semak URL sebelum log masuk dan jangan kongsi kata laluan atau kod OTP kepada sesiapa.

Sekiranya anda telah mengakses laman tersebut, 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗹𝗮𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 dan hubungi Unit ICT kampus masing-masing untuk bantuan.

🔒 Kekal berwaspada. Lindungi akaun anda, lindungi data universiti.

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا
#UiTM #UiTMDiHatiku #UiTM7dekad #UiTMCakna
2,920000
Photo
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan,

PERINGATAN MESRA: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR SESI JULAI 2026 (UNTUK PELAJAR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BHEA UiTM Kampus Pasir Gudang akan mengadakan Taklimat Peperiksaan Akhir Sesi Julai 2026 kepada pelajar UiTMPG mengikut ketetapan berikut:

• Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
• Masa: 10.00 Pagi
•Tempat: DK200

3. Kehadiran semua pelajar baharu semester 1 adalah DIWAJIBKAN. Manakala pelajar lama pula amat dialu-alukan bagi menambahbaik pengetahuan berkaitan persediaan ke peperiksaan akhir.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian Akademik
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
3,020000
Photo
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Semua Pelajar
UiTM Kampus Pasir Gudang

PENTING‼️: SEMAKAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2 2025/2026 (JULAI 2026)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, semua pelajar UiTM Kampus Pasir Gudang (termasuk iCEPS) kini boleh membuat semakan jadual Peperiksaan Akhir Julai 2026 melalui pautan https://bit.ly/EMASUiTMPG > pilih Jadual Peperiksaan Pelajar atau imbas kod QR pada poster.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian Akademik
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
3,430000
Photo
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Prof. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA) akan mengadakan satu sesi taklimat seperti ketetapan berikut:

Tajuk : Taklimat Penilaian / Peperiksaan Akhir Sesi Mac - Ogos 2026
Tarikh : 9 Julai 2026 ( Khamis )
Masa : 10.00 pagi
Platform : YouTube Live Academic Assessment & Evaluation ( https://www.youtube.com/live/k1yUKzjX52c?si=baTKXdegYPfii7Ml)

Taklimat terbuka kepada semua warga UiTM (pelajar dan pensyarah).

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’ / Datuk / Datin / Prof. / tuan / puan / saudara / saudari berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

اوسها، تقوى، موليا
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Bahagian Pentaksiran dan Penilaian Akademik (BPPA)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
2,240000
Photo
Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam UiTM Dihatiku

Tuan/Puan,

PENTING‼️: PEMAKLUMAN PELAKSANAAN TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR SESI JULAI 2026 (UNTUK PELAJAR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa BHEA UiTM Kampus Pasir Gudang akan mengadakan Taklimat Peperiksaan Akhir Sesi Julai 2026 kepada pelajar UiTMPG mengikut ketetapan berikut:

• Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
• Masa: 10.00 Pagi
•Tempat: DK200

3. Kehadiran semua pelajar baharu semester 1 adalah DIWAJIBKAN. Manakala pelajar lama pula amat dialu-alukan bagi menambahbaik pengetahuan berkaitan persediaan ke peperiksaan akhir.

Perhatian dan kerjasama semua pihak amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

Unit Penilaian Akademik
Bahagian Hal Ehwal Akademik
UiTM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang
3,410000
Photo
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 1,064 Kertas Soalan Peperiksaan UiTM bagi Sesi Akademik I 2025/2026 telah dimuat naik dan kini boleh diakses oleh warga UiTM.

Koleksi ini merangkumi program:

• Pra Diploma
• Diploma
• Sarjana Muda
• Sarjana

Akses boleh dibuat melalui Portal PERMATA dengan kaedah berikut:

1. Log masuk ke Portal PERMATA.
2. Pilih Information Resources.
3. Klik Exam Paper.
📌 Pautan Portal PERMATA: https://permata.uitm.edu.my/ https://permata.uitm.edu.my/
Nota: Sistem ini hanya mengandungi kertas soalan peperiksaan akhir sahaja. Skema jawapan tidak disediakan.

Manfaatkan kemudahan ini sebagai persediaan menghadapi peperiksaan dan ulang kaji yang lebih berkesan.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Unit Korporat dan Kolaborasi, PTAR
2,870000

Showing 30 of 58 posts

Peringkat

Diperlukan Masuk

Frequently Asked Questions

Channel Telegram UiTM Kampus Pasir Gudang Official tentang apa?+

UiTM Kampus Pasir Gudang Official (@uitmkpg) adalah channel Telegram di kategori Berita Terkini di tgdio. Lihat ranking, rating, ulasan, dan postingan terbaru sebelum berlangganan. Saat ini sekitar 4.821 subscriber di tgdio.

Bagaimana bergabung dengan UiTM Kampus Pasir Gudang Official (@uitmkpg)?+

Buka profil di tgdio, lalu Join / Open in Telegram untuk berlangganan @uitmkpg gratis.

Apakah UiTM Kampus Pasir Gudang Official channel Berita Terkini yang bagus?+

Di tgdio Anda bisa cek rating, ulasan, ranking, dan postingan UiTM Kampus Pasir Gudang Official sebelum bergabung. Saat ini sekitar 4.821 subscriber di tgdio. Bandingkan dengan channel Berita Terkini serupa.

Di mana melihat statistik dan postingan UiTM Kampus Pasir Gudang Official?+

Di tgdio, buka halaman @uitmkpg untuk statistik, ranking, rating, dan postingan.