𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈
𝐒𝐄𝐌𝐔𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒
𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫, 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐆𝐮𝐝𝐚𝐧𝐠
𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑, 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐆𝐔𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏𝟗 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟐𝟑 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa pengoperasian UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang akan ditutup sementara bermula pada 19 Oktober 2026 (Isnin) hingga 23 Oktober 2026 (Jumaat).
Keputusan penutupan ini diambil selaras dengan arahan dan garis panduan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai penutupan premis institusi pendidikan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200 (Sangat Tidak Sihat). Langkah ini adalah bagi memastikan kesihatan, keselamatan, dan kebajikan seluruh warga kampus sentiasa terjamin.
Sehubungan dengan itu, sepanjang tempoh penutupan ini:
• Pengajaran dan Pembelajaran (PdP): Semua sesi kuliah dan aktiviti akademik akan dilaksanakan secara dalam talian (online).
• Pengoperasian Pentadbiran: Staf pentadbiran dan sokongan dikehendaki melaksanakan tugas secara Bekerja Dari Rumah (BDR), kecuali bagi perkhidmatan penting (essential services) yang ditetapkan oleh pengurusan.
• Aktiviti Kampus: Semua aktiviti luar, sukan, dan program bersemuka di dalam kawasan kampus adalah ditangguhkan serta-merta.
• No. Telefon yang boleh dihubungi sepanjang tempoh penutupan kampus:
i. Penolong Rektor : Dr. Siti Khadijah: 012-3480423
ii. Timbalan Pendaftar : En. Shaiful Anuar Sabu: 012-2831543
iii. Hal Ehwal Pelajar : 07-3818032
iv. Hal Ehwal Akademik : 07-3818008/ 8007/ 8006/ 8009 (whatsapp) &
[email protected]Pihak pengurusan kampus memohon kerjasama seluruh warga untuk sentiasa mengehadkan aktiviti di luar bangunan, memakai pelitup muka, dan mengambil langkah penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Operasi kampus dijangka kembali berjalan seperti biasa pada 26 Oktober 2026 (Isnin), tertakluk kepada perubahan dan pemantauan paras IPU semasa.
Sebarang perubahan atau makluman lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Universiti
Sekian.
𝑼𝒏𝒊𝒗𝒆𝒓𝒔𝒊𝒕𝒊 𝑼𝒏𝒈𝒈𝒖𝒍 𝑷𝒆𝒎𝒂𝒄𝒖 𝑩𝒖𝒎𝒊𝒑𝒖𝒕𝒆𝒓𝒂 𝑷𝒓𝒐𝒇𝒆𝒔𝒊𝒐𝒏𝒂𝒍
اوسها، تقوى، مليا
#uitmdihatiku
#uitmpasirgudang
#johor4excellence #uitmjohorpremium2030