๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐ข๐๐ ๐๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ก๐จ๐ซ, ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ฌ๐ข๐ซ ๐๐ฎ๐๐๐ง๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa pengoperasian UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang akan ditutup sementara bermula pada 19 Oktober 2026 (Isnin) hingga 23 Oktober 2026 (Jumaat).
Keputusan penutupan ini diambil selaras dengan arahan dan garis panduan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenai penutupan premis institusi pendidikan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200 (Sangat Tidak Sihat). Langkah ini adalah bagi memastikan kesihatan, keselamatan, dan kebajikan seluruh warga kampus sentiasa terjamin.
Sehubungan dengan itu, sepanjang tempoh penutupan ini:
โข Pengajaran dan Pembelajaran (PdP): Semua sesi kuliah dan aktiviti akademik akan dilaksanakan secara dalam talian (online).
โข Pengoperasian Pentadbiran: Staf pentadbiran dan sokongan dikehendaki melaksanakan tugas secara Bekerja Dari Rumah (BDR), kecuali bagi perkhidmatan penting (essential services) yang ditetapkan oleh pengurusan.
โข Aktiviti Kampus: Semua aktiviti luar, sukan, dan program bersemuka di dalam kawasan kampus adalah ditangguhkan serta-merta.
โข No. Telefon yang boleh dihubungi sepanjang tempoh penutupan kampus:
i. Penolong Rektor : Dr. Siti Khadijah: 012-3480423
ii. Timbalan Pendaftar : En. Shaiful Anuar Sabu: 012-2831543
iii. Hal Ehwal Pelajar : 07-3818032
iv. Hal Ehwal Akademik : 07-3818008/ 8007/ 8006/ 8009 (whatsapp) &
[email protected]Pihak pengurusan kampus memohon kerjasama seluruh warga untuk sentiasa mengehadkan aktiviti di luar bangunan, memakai pelitup muka, dan mengambil langkah penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Operasi kampus dijangka kembali berjalan seperti biasa pada 26 Oktober 2026 (Isnin), tertakluk kepada perubahan dan pemantauan paras IPU semasa.
Sebarang perubahan atau makluman lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Universiti
Sekian.
๐ผ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ผ๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
ุงูุณูุงุ ุชูููุ ู
ููุง
#uitmdihatiku
#uitmpasirgudang
#johor4excellence #uitmjohorpremium2030